Menu Utama

Ahmad Bashah Boleh Melompat Atas Meja, Tapi Dia Tak Gila Kuasa

ADUN-Bakar-Bata-Datuk-Ahmad-Bashah-Md-Hanipah

Jika diimbas kenangan ketika PRU ke-13 yang lalu, Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Dato’ Seri Mukhriz Mahathir akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah sekiranya BN berjaya merampas kembali Kedah dari PAS.

Pengumuman tersebut dibuat sehari sebelum berlangsung hari mengundi dan kempen bagi PRU ke-13 bakal berhenti pada jam 12 tengah malam itu. Tiada sebarang aktiviti kempen dibenarkan selepas detik 12 malam.

Dikhabarkan Ahmad Bashah yang tahu tentang Mukhriz akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah kira-kira dua bulan sebelum PRU ke-13 berlangsung tetap seperti biasa, malah berkempen bagai orang muda tanpa mengenal erti penat atau lelah.

Biarpun penat bersusah payah sejak mengambil alih jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah sejak BN ditewaskan pada PRU ke-12 kira-kira 5 tahun sebelumnya, Ahmad Bashah tidak kisah untuk tidak dilantik sebagai Menteri Besar.

Khabarnya, Ahmad Bashah ketika dimaklumkan Najib tentang perkara tersebut akur dan menerima dengan baik. Langsung tidak membantah walau sepatah. Malah beliau dikatakan lebih fokus kepada usaha 5 tahunnya untuk merampas Kedah kembali.

Sekiranya orang lain di tempat Ahmad Bashah, penulis yakin ada yang akan protes. Malah bagi sesetengah orang, ada yang sampai tepuk meja atau melompat atas meja. Tapi tidak Ahmad Bashah. Beliau orang lama yang tahu tentang hak Presiden dan bukan jenis gila kuasa.

Khabarnya, beberapa bulan sebelum itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ada bertemu dengan Najib dan meminta Presiden UMNO itu mengatur supaya melantik anaknya sebagai Menteri Besar di Kedah jika BN berjaya merampas kembali negeri itu.

Tidak pasti sama ada Mahathir tahu bahawa anaknya itu suka atau tidak dengan permintaan tersebut kerana Mukhriz difahamkan lebih memilih untuk menjadi Menteri di Kerajaan Pusat berbanding di Kedah. Namun mungkin atas nama tidak mahu ‘derhaka’, Mukhriz terima dalam ‘paksa rela’…

Ditakdirkan Allah, BN berjaya tewaskan PAS di Kedah. Kerajaan Negeri beralih tangan dan Mukhriz lekas-lekas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar. Ahmad Bashah langsung tidak melompat atas meja. Malah dilihat masih mampu tersenyum puas walaupun wajahnya terpampang penat lelah sepanjang 5 tahun berjuang.

Siapa yang tidak kenal dengan UMNO Negeri Kedah? Politiknya unik dan sukar dimengerti. Budaya yang diamalkan akar umbi politik UMNO di Kedah berbeza dari yang lain. Sepak teranjang, kias berkias dan enggan bertolak ansur adalah satu kebiasaan. Malah ada yang sanggup bertanding calon bebas, tapi mengaku ‘pejuang UMNO tulen’, itulah orang Kedah.

Setakat bergaduh sesama sendiri dalam UMNO Bahagian di Kedah adalah sesuatu yang biasa. Di mana-mana negeri pun berlaku begitu. Yang hendak tunjuk kuat, hendak tunjuk dirinya paling UMNO di Kedah, dan dirinya paling betul pun ramai juga ketika itu.

Namun itulah yang terpaksa diharungi Ahmad Bashah yang dibayangkan sebagai ‘bodoh’, tidak berpendidikan tinggi dan sering diperlekeh pihak tertentu yang dilihat ‘pro-Mukhriz’ sejak akhir-akhir ini.

Dialah yang menyatukan semua pemimpin, ahli dan penyokong UMNO ketika itu. Dialah yang sibuk mengatur gerak kerja, daftar pemilih, menyusun strategi dan mengetuai semua jenis ‘peperangan politik’ di Kedah sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tapi ada pula yang tidak malu, mengaku dialah ‘kepala perang’ yang tewaskan PAS di Kedah…

bashah

Bila Ahmad Bashah dikatakan adalah ‘arkitek’ dan ‘general perang’ yang bertanggungjawab merampas Kedah kembali dari PAS, ramai yang mencebik bibir tetap enggan percaya. Mana mungkin ‘orang bodoh’ seperti Ahmad Bashah mampu lakukan semua itu, bukan? Tapi percaya atau tidak, itulah fakta dan kebenaran yang sebenar.

Ada sumber menyatakan pada penulis bahawa sekiranya Mukhriz tidak diumum sebagai MB, BN mungkin akan menang 3-4 kerusi Dun lagi berdasarkan kajian sikap pengundi terutama pengundi Cina. Namun disebabkan nama Mukhriz disebut sebagai MB, maka ramai pengundi Cina yang beralih kembali ke Pakatan Rakyat ketika itu.

Kenapa? Khabarnya kerana ada nama Mahathir di nama Mukhriz, dan insan itulah menjadi ikon Perkasa yang dilabel sebagai pelampau Melayu ketika itu. Penulis tidak peduli sangat soal itu kerana ia hanyalah sekadar kajian sikap yang terperinci, tapi tidak berpeluang untuk dibuktikan.

Habis kisah lama, Mukhriz ditabal menjadi Menteri Besar Kedah. Semua sokong termasuk Ahmad Bashah. Itulah yang diceritakan kepada penulis oleh ‘orang lama’ yang sudah ‘dipencenkan’ sejak Mukhriz meletakkan ‘orang-orang baru’ yang ‘hebat terlampau’ gerak kerjanya tentang Ahmad Bashah.

Tapi hari ini Ahmad Bashah dicerca, dihina dan diperlekeh oleh penyokong-penyokong Mukhriz. Beliau tidak marah. Ahmad Bashah tidak buat poster suruh berkumpul. Ahmad Bashah tidak ajak berdemo. Ahmad Bashah tidak gunakan tentera siber memaki hamun. Dan dikhabarkan Ahmad Bashah sedang tenang mengatur hari pertunangan anaknya.

Penulis tertanya-tanya, siapa berani nafikan jasa Ahmad Bashah mengetuai UMNO merampas Kedah dari PAS? Siapa pula mampu menafikan pahala yang beliau dapat hasil dari maki hamun dan fitnah para penyokong taksub Mukhriz itu?

Nak sokong, sokonglah. Nak politik, politiklah. Tapi ingat kita ahli UMNO beragama Islam dan kita perlu akur pada dosa dan pahala, kan?






11 Komen to Ahmad Bashah Boleh Melompat Atas Meja, Tapi Dia Tak Gila Kuasa

  1. Pemerhati says:

    kalau AB jenis gila kuasa(kemaruk sangat nak jadi MB) mana mungkin 14 bahagian teringin nak sokong & bersatu hati dengan AB mahu anak madey itu digantikan…14 bahagian bukan 14 cawangan, dalam 1 bahagian ada berpuluh & beratus cawangan…14 dari 19 bahagian merupakan majoriti besar mewakili 3/4 UMNO di Kedah mahu mukhriz digantikan…3/4 boleh dikata bagaikan suara harimau mengaum bukan seperti suara 9 cawangan di Selangor yang mahu Najib digantikan, itu cuma suara kucing kurap mengeow tak cukup makan nak mintak makan…bunyi kucing kurap itulah dijadikan justifikasi & sokongan oleh si tua musibat itu konon UMNO di seluruh negara mahukan Najib turun(digantikan)…kesimpulannya madey ialah bapak kucing kurap

  2. Memang Terok says:

    Setelah dikupas sebegitu rupa Ahmad Bashah seolah2 menyerupai arwah Ghafar Baba yang besar perjuangannya dan dibuat dengan penuh ikhlas .

  3. ayam says:

    kepala kote la kau pemerhati

  4. Kuntang says:

    Bapak Mukriz kata ” Kalau dah majoriti tak mau tu elok turun je la Mukhriz oi, wat malu ayah aje. Ayah dulu cuba buat undi tak percaya kat parlimen pun tak menjadi”

  5. Pemerhati says:

    dalam artikel(topik) lain pun ‘ayam’ asyik sebut kepala kote kepala kote, ‘ayam’ dah lama tak rasa kote ke? nak tak, aku nak bagi ni?

  6. ayam says:

    eh…bukan kena mencarut ke kalau nak komen apa2? Aku ikut jer….mula2 dtg singgah dulu aku cakap baik2 tapi org2 sini carut kepala kote….aku pun ikut le. Kau bagi la kote kau kat system baru gay tu..tak pun offer kat najib…boss kau…mana tau dapat “derma”.

  7. Pemerhati says:

    apa pulak kena mengena dengan system baru & Najib ni ‘ayam’ gersang oi, ko tu yang suka sebut kepala kote kepala kote, jangan nak salahkan orang pulak sangka ko dah lama tak rasa kote sebab orang ingat lagu tu lah

    hehehehehe

    ‘ayam’ mesti pompuan, kalau ‘ayam’ bukan pompuan kira ‘ayam gay’ lah ni sebab itu dia suka sebut kepala kote kepala kote…kalau ‘ayam’ lelaki dia mesti sebut cipap kecipap gitu

    hehehehehe

    aku tarik balik, tak jadi nak bagi pada ‘ayam gay’…lubang taik buat apa, cheh!

  8. ayam says:

    cipap btol la

  9. Helang says:

    Aku setuju dgn pendapat Memang Terok, AB tak ubah mcm arwah Ghafar Baba..
    Tapi aku perasan jugak dari penulisan diatas…AB tak jujur. Dia tak melompat atas meja..tp dia melompat depan press …hehehe

  10. rockers says:

    ahmad basyar gendut suka hati.. bila lg nk sakau..

  11. system baru says:

    Ayam ini gay tahu kote je. Orang sejenis macam ayam itu memang macam itu sebab tak heren jika dia sokong dap itu

Leave a Reply

Threesome