Menu Utama

Apabila Ketua Cawangan Tidak Tahu Beza Jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri dan Presiden

Cadangan Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) supaya tindakan disiplin dikenakan ke atas ketua-ketua bahagian yang menyatakan pendirian ‘hilang keyakinan’ terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah tidak masuk akal dan menunjukkan kedangkalan pemahaman mereka mengenai peraturan parti.

Pengerusinya, Kamarulazman Habibur Rahman berkata Malaysiakini.com bahawa sembilan ketua cawangan Umno Teluk Kemang digantung hak ahli Umno selama enam tahun kerana mendesak presiden parti Datuk Seri Najib Razak berundur.

Namun apa yang Kamarulzaman tidak faham ialah beza antara jawatan Presiden UMNO dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Usaha menjatuhkan Presiden UMNO tidak mengikut saluran Perlembagaan parti adalah salah kerana Presiden dipilih oleh ahli UMNO. Presiden juga merupakan ketua kepada sebuah parti. Maka serangan terhadap beliau merupakan serangan terhadap parti.T

Presiden boleh ditegur dan dikritik. Namun sekiranya anda menjalankan gerakan menghasut ahli membenci Presiden parti yang dipilih secara sah oleh ahli supaya dijatuhkan, maka ia merupakan satu pelanggaran tata etika parti.

Sebaliknya, jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Menteri Besar adalah jawatan lantikan yang bila-bila masa boleh ditukar oleh mereka yang mempunyai kuasa melantik.

Justeru tidak timbul isu disiplin atau etika parti apabila Ketua-Ketua UMNO bahagian membuat sidang akhbar meminta perubahan pentadbiran UMNO negeri kerana ia jawatan lantikan dan mereka sebahagian daripada Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri.

Ketua-ketua cawangan jika mahu menjatuhkan Presiden UMNO perlu menggunakan fasal dalam Perlembagaan kerana ia jawatan melalui pemilihan. Yang menjadi salah dari segi disiplin parti apabila mereka menganjurkan pelbagai majlis untuk menjatuhkan Presiden secara tidak mengikut Perlembagaan parti.

Justeru angan samakan tindakan beberapa kerat Ketua Cawangan melalak untuk minta Presiden Najib Razak berundur, dengan kenyataan Ketua-Ketua UMNO Bahagian meminta Ketua Perhubungan UMNO Negeri ditukar.

Lagipun sudah ada “Hadis Sahih” semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman dan Tun Mahathir Mohamad bahawa mengkritik Presiden secara berterusan dengan bertujuan menjatuhkan secara tidak sah adalah salah.

UMNO memecat Dr Mahathir apabila beliau menyebarkan kepada umum kritikannya ke atas Presiden UMNO (Tunku Abdul Rahman).

UMNO zaman Tun Mahathir memecat Anwar Ibrahim apabila beliau memilih menentang pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri. UMNO juga menggantung ramai ahli apabila mengkritik kepimpinan secara berlebihan pada zaman Mahathir.

Namun sejak pada zaman Mahathir juga tiada tindakan diambil ke atas mereka yang mendesak perletakan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Menteri Besar atau Ketua Menteri. Ini kerana jawatan-jawatan tersebut jawatan lantikan yang boleh ditukar pada bila-bila masa.

Meminta ditukarkan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri atau Menteri Besar tidak sama dengan menjalankan gerakan memburuk dan menjatuhkan Presiden parti. Kedua-dua jawatan tersebut mempunyai hirarki dan peranan yang berbeza.






10 Komen to Apabila Ketua Cawangan Tidak Tahu Beza Jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri dan Presiden

  1. RK says:

    PAS di Kedah mirip Umno di Selangor. Walaupun nampak gah tetapi kerana tiada pemimpin yg baik mereka tetap tumbang. Jika PAS perbaiki imej parti nescaya BN sukar menang walaupun ditangan Mukhriz. Ingat, dulu Pak Lah juga ada feel good factor tapi dek serangan dari dalam last2 terus jahanam.

    Ini satu warning utk Mukhriz. Jgn terbuai dgn mimpi yg indah. Jgn sampai Umno tewas atau terpaksa bentuk kerajaan campuran sbb PAN anytime boleh kacau daun. Jgn ingat amaran KB ini saja suka2. Mereka ada sokongan padu ahli! Tak percaya tunggulah pemilihan nanti kita tengok sendiri kekuatan MB.

    Dua masalah utama Umno Kedah pertama pemimpin jarang turun padang. satu lagi imej Tun M yg semakin anti-melayu. Mula bersekongkol dgn DAP, taikun cina dan golongan liberal yg spt Bersih dan G25. Org kampung semakin menyampah.

  2. musanghitam says:

    MUKHRIZ UNDUR !

  3. ToraTora says:

    Balik2 masalah dalaman..aku pun sampai la ni tak tau apa salah Mukhriz.Banyak sangat berita tokohtambah zaman sekarang ni..pening kepala

  4. Anak_Nogori says:

    Kalau pun 14 Ketua bahagian tersebut diambil tindakan displin…apakah mukris masih selamat?…apakah umno kedah juga akan selamat?.

    Ingat…kemenangan bn di kedah bukan semata mata faktor mukris..tapi atas kerja semua pihak….apa mukris berani mendabik dada bahawa beliau sorang bn menang dikedah ke.

  5. maula says:

    Haha .. nak menghalalkan cara maka timbullah artikel ni ..

    Memang nak nazak sgt dah

    Sedih tgk

  6. bujuk says:

    Hehheee..

    Kenapa ambil langkah mencabar sedangkan boleh aje Najib panggil Mukhriz baik2.. bagitau suruh letak jawatan atau buat cam pecat Muhyidin. Sekarang suhu dah panas, Mukhriz memang tak mampu buat apa pun melainkan jumpa sultan buat Pilihanraya semula. Itupun kalau sempat, ramalan aku Mukhriz jadi macam Khalid Ibrahim. Hanya masa akan menentukannya..

  7. mamak kota sarang semut says:

    Najib nak divert isu la konon..bertambah lagi la masalah dia..huahuahua
    Apa2 pun aku memang sokong Mukriz undur..Mukriz ni memang tak layak jadi MB.
    Cuma layak ke Putrajaya saja ganti Najib..kakakaka.
    Utk Ahmad Bashah..(Ahmad lagi)..boleh ka hang handle invertor kat Kulim Hitech? Nanti jadi cam Syed Razak la…mat salleh tanya pasal teknologi pi jawab pasal kolam ikan..haru sungguh la.
    Agak2 komen aku ni disiarkan ka tak??

  8. Aan says:

    Nauzubillah. Jangan biarkan Mukriz ganti Najib. Berdondang sayanglah YTL dan Berjaya dihujani duit dengan menindas rakyat. Ini kerana ikut peribahasa bapa borek anak rintik. Sudah x percaya lagi dengan keluarga manahazalim ni.

  9. jebon says:

    Hebat betul resipi dan khasiat dedak Najib ni.

    Perkara yg salah pun dah jadi betul.
    Benda yg busuk pun jadi wangi.

    Apabila duit beraja di mata, bersultan di hati.

    Ingat2lah warga MYKMU, rezeki yg masuk ke perut anak bini akan kekal jadi darah daging hingga kemati.

  10. rockers says:

    x cukup duitc1mdb, duit src yg dipinjam dr kwap pun blh balun. lebih baik keje pm dr sultan. sultan pun kena ikut nasihat pm.

Leave a Reply