Menu Utama

Media Hari Ini: Gurauan Bawa Bekal Jadi Isu, Masalah Usahawan Kecil Tidak Dipedulikan

Bukankah sepatutnya difokuskan kepada kesan-kesan yang bakal menimpa usahawan kecil dan sederhana dalam bidang “catering”, hotel-hotel kecil yang bergantung kepada acara kerajaan dan syarikat pengurusan acara akibat langkah penjimatan kerajaan ini?

Oleh Ab Jalil Backer

Sesiapa masih ingat bulan lepas saya menulis mengenai Menteri KPDNKK yang mendiamkan diri dalam banyak isu pengguna.

Semalam Datuk Hamzah Zainuddin menjadi bahan kontroversi apabila China Press melaporkan kononnya beliau meminta kakitangannya membawa bekal dan memasak di pejabat sebagai langkah berjimat cermat.

Sebenarnya Hamzah hanya bergurau dalam ucapan bulanan bersama kakitangan bawahannya. Beliau bergurau demikian sebagai mengulas ucapan KSU sebelum beliau yang meminta kakitangan kerajaan bawa bekal sebagai langkah berjimat dan akan mengurangkan bajet makan untuk mesyuarat dan majlis kementerian.

Lalu Hamzah ketika berucap, bergurau dengan KSU menyatakan lebih kurang, “susahlah saya hendak bawa bekal makan seorang. Ramai yang datang pejabat saya setiap hari. Kalau hendak buat macam tu saya kena minta staf masaklah.”

Malangnya, berbanding keperluan media membincangkan langkah penjimatan kerajaan dari segi pertumbuhan ekonomi, mereka memilih untuk membincangkan gurauan Menteri sebagai isu nasional.

Radio Bernama misalnya membincangkan kenyataan yang dipetik dari China Press itu dengan begitu bersungguh seolah-
olah ia hal terpenting dalam ucapan Hamzah.

Bukankah sepatutnya difokuskan kepada kesan-kesan yang bakal menimpa usahawan kecil dan sederhana dalam bidang “catering”, hotel-hotel kecil yang bergantung kepada acara kerajaan dan syarikat pengurusan acara akibat langkah penjimatan kerajaan ini?

Media harus tahu keutamaan isu membangunkan negara dan masyarakat bukan melekakan rakyat dengan isu remeh-temeh.-MYKMU.NET



(Next News) »



Satu Komen to Media Hari Ini: Gurauan Bawa Bekal Jadi Isu, Masalah Usahawan Kecil Tidak Dipedulikan

  1. Pemerhati says:

    ‘china press’ sudah bankrap modal lah tu…diorang tak suka mana2 kementerian berjimat nanti sambutan rumah terbuka hari raya makanan tak banyak tak dapat orang cina tapau bawak balik untuk muntakedarah lagi

Leave a Reply

Threesome