Menu Utama

40 Tahun Pemergian Tun Razak: Gelaran Bapa Pembangunan Perlu Dikaji Semula

tun_razak

HARI ini, 14 Jan 2016, genap sudah 40 tahun Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein meninggalkan kita semua.  Al-fatihah untuk Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Mengenang kembali jasa dan pengorbanan Tun Razak kepada rakyat dan negara, penulis merasakan gelaran Bapa Pembangunan Negara yang diberikan kepada Allahyarham perlu dikaji semula.  Tak tahu atas asas apa gelaran itu dipilih tapi mungkin kerana kejayaan Allahyarham membangunkan negara selepas tragedi 1969.

Begitupun, setelah diihat semula, jasa Allahyarham lebih dari itu dan sebabnya ada banyak.

Tempoh Tun Razak menjadi Perdana Menteri mungkin singkat, sekitar 5 tahun lebih sikit tapi perlu diingat, Allahyarham adalah Timbalan Perdana Menteri pertama negara sejak 1957 dan menjadi satu-satunya rakyat di negara ini yang pernah dilantik menjadi Pengerusi Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang ditubuhkan untuk mengatasi darurat 1969.

Secara logiknya, ketika menjadi Pengerusi Mageran, Tun Razak adalah orang paling berkuasa di negara ini dan boleh memilih untuk melakukan apa sahaja kerana ketika itu perlembagaan negara pun turut digantung.

Kalau nak diisytiharkan mana-mana kaum yang mendapat kerakyatan melalui prinsip Jus Soli pada 1957  sebagai bukan warganegara pun ketika itu, Tun Razak boleh, tapi beliau tidak memilih ke arah itu sebaliknya menumpu kepada menyatu padukan semua rakyat yang masih berpecah belah akibat tragedi 13 Mei.

Mengembalikan, mengekalkan serta menetapkan asas yang telah terbukti berjaya memastikan keamanan dan perpaduan dalam negara kekal untuk berdekad-dekad selepas itu, adalah bukti kepada kehebatan sebenar Allahyarham yang kelihatan ‘diperkecilkan’ dengan gelaran Bapa Pembangunan Negara ini.

Sebagai Pengerusi Mageran sahaa, Allahyarham telah berjaya memastikan tidak berlaku lagi seumpanya Tragedi 13 Mei (setakat ini), jurang kekayaan antara Bumiputera dan bukan bumiputera berjaya dikurang menerusi dasar DEB, pengenalan prinsip rukun negara dan sebagainya terbukti menjamin keamanan berdekad-dekad selepas itu dan diharapkan berterusan – tak sebut yang lain-lain lagi tu seperti jasa selama 13 tahun sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pendidikan, Pertahanan dan sebagainya.

Besar jasanya tu dan perlulah diberi gelaran yang lebih sesuai.  Apakah nama gelaran tu, penulis serah pada yang lebih layaklah

Gelaran Bapa Pembangunan Negara ini sesuai untuk orang macam Tun Mahathir.  Dia memang banyak membangunkan bangunan-bangunan tinggi untuk sekadar dibangga dan diisi dengan peniaga-peniaga bukan Bumiputera disebalik retorik sebagai jaguh Melayu.  Dia juga membangunkan lapangan terbang yang entah macam mana memberikan keuntungan berdekad-dekad kepada kawan baik dan ipar duainya sekalipun mereka tidak ada kaitan langsung dengan pengurusan lapangan terbang tersebut.

Hebat, memang hebat.

Jadi sesuailah Bapa Pembangunan Negara itu untuk Mahathir, bagi gelaran Bapa Konsesi atau Bapa Assumption kang, kecik hati pulak.






4 Komen to 40 Tahun Pemergian Tun Razak: Gelaran Bapa Pembangunan Perlu Dikaji Semula

  1. system baru says:

    Gara2 13 mei tun m ambil kesempatan buat Buku Malay delema.
    Bila tun razak bagi peluang 22tahun pada tun m memerintah untuk laksanakan 30% dasar ekonomi bumiputera Gagal dia laksanakan nya. Kalau aku jadi tun m aku diam diri seperti pak lah Dan rapat diri ke masjid Dan surau.

  2. kri says:

    KALAU TUN M TIDAK BELA ORANG MELAYU, TUNKU RAHMAN MASIH TIDAK LETAK JAWATAN, MUNGKIN TUN RAZAK PUN TAK SEMPAT JADI PERDANA MENTERI

  3. dkds says:

    Banyak jasanya , samalah dengan presiden UMNO yang lain , tapi yang dajalnya bila yang dah bersara tu masih ingat dia berkuasa memaksa orang lain jadi puppetnya

  4. kri says:

    Gelaran Bapa Pembangunan Negara ini sesuai untuk orang macam Tun Mahathir. Dia memang banyak membangunkan bangunan-bangunan tinggi untuk sekadar dibangga dan diisi dengan peniaga-peniaga bukan Bumiputera. TUAN PENULIS JANGAN KITA BUAT FITNAH, CAKAP BOHONG, MALAIKAT KANAN DAN KIRI MENULIS AMALAN KITA. JANGAN KITA BENCI SESEORANG ITU KITA FITNAH. BOLEH DIKATAKAN ZAMAN TUN BANYAK BUMIPUTRA YANG MELIBATKAN BERNIAGA, BANYAK ORANG MELAYU YANG BEKERJA DI JABATAN KERAJAAN, SWASTA DAN BANYAK LAGI. UNTUK ORANG MELAYU ASB, PROTON, BANK ISLAM, UIA, DAN BANYAK LAGI UNTUK ORANG MELAYU. TUAN PENULIS, NABI BERPESAN, TENGOK KEBAIKAN SESEORANG ITU SEBELUM TENGOK KEBURUKAN SESEORANG ITU. APA YANG DITULIS OLEH TUAN SELURUH MALAYSIA AKAN BACA ARTIKEL TUAN, KALAU TUAN TULIS SATU PERKATAAN FITNAH TANGGUNGLAH DOSA TUAN. MASING-MASING SAMPAN MASING-MASING DAYUNG.

Leave a Reply

Threesome