Menu Utama

1MDB Melepaskan Peluang Demi Kestabilan Politik, Dari RM 42B kepada RM 2B

EDITORIAL

1. Memasuki tahun 2016, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menyelesaikan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, agar menyelesaikan masalah hutang besar mereka menjelang 2016. Daripada hutang berjumlah RM 42 Bilion kini tinggal sekitar RM 2 bilion sahaja.

2. 1MDB diambil alih oleh Kerajaan Malaysia dari Kerajaan Negeri Terengganu (dulunya dikenali sebagai Terengganu Invesment Arm – TIA) dengan tujuan menjadi satu entiti (vehicle) bagi menstrukturkan semula industri janakuasa bebas dan menstabilkan harga tenaga letrik dalam negara.

3. Selain itu 1MDB turut diberi tanggungjawab membangunkan Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.

4. Pengambil alihan beberapa Pembekal Janakuasa Bebas (IPP) telah menimbulkan tentangan dan gosip liar mengenai pembelian luar biasa dan “inflated price”. Namun sehingga kini ia tidak pernah dibuktikan. Sebaliknya, pengambil alihan ini membolehkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengadakan rundingan semula tarif yang berat sebelah sebelum ini. Melalui rundingan semula ini TNB tidak lagi menanggung kos yang tinggi dan merugikan mereka.

5. 1MDB hanya bermodalkan RM 1 juta dari kerajaan dan RM 5.5 bilion bon, melakukan pengambil alihan ini membabitkan konsep “mortage” atau pinjaman bercagar aset. Ini bermaksud 1MDB hanya membayar deposit dan selebihnya dibiayai oleh cagaran aset yang diambil alih. Oleh kerana 1MDB menjalankan urusaniaga ini dengan agresif ia mula mendapat tentangan daripada IPP yang masih ada kerana melihat masa depan mereka akan terancam.

6. 1MDB sepatutnya berjaya menyelesaikan semua hutang pembelian IPP yang berjumlah sekitar RM 18 bilion melalui Tawaran Terbitan Saham Awam (IPO) pada tahun ini. Malangnya, serangan secara tersusun dan terancang dibuat ke atas 1MDB. Apabila serangan ini dibuat dalam skala yang besar, 1MDB tidak lagi berupaya menawarkan IPO kerana imej yang negatif akan menjauhkan pelabur yang berminat dengan IPO ini.

7. Pada Januari 2015, Arul Kanda dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB yang baharu. Beliau diberi tanggungjawab menyelesaikan masalah hutang 1MDB yang terlalu besar iaitu sebanyak RM 42 bilion.

8. Oleh kerana 1MDB tidak lagi boleh menawarkan IPO, mereka perlu membuat pelan rasionalisasi melalui penjualan aset dan penstrukturan semula hutang serta mempercepatkan proses pembangunan projek pembangunan mereka.

Siapa Pun Boleh Berniaga Jika Jual Aset Untuk Bayar Hutang

1MDB19. Langkah pertama 1MDB ialah melakukan persetujuan dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) melalui pertukaran aset dan pengambil alihan hutang. Sungguhpun tidak jelas apakah pertukaran tersebut, namun dipercayai ia membabitkan pelaburan luar negara dalam Brazen Sky, Aabar Investment dan GIL FUND. Pelaburan dalam unit-unit amanah ini menyebabkan hutang 1MDB mencecah RM 16 Bilion.

10. Oleh kerana pelaburan-pelaburan ini merupakan pelaburan jangka panjang untuk mendapat dividen, pengambil alihan ini membolehkan 1MDB bebas hutang sebanyak RM 16 bilion dan IPIC akan mendapat semua apa sahaja keuntungan dari pelaburan ini pada masa depan.

“Pengambilalihan faedah dan bon utama IPIC ini akan dibayar melalui pertukaran aset yang disediakan 1MDB, sebahagiannya tunai deposit dolar Amerika Syarikat (AS) manakala sebahagiannya pula dana di bawah pengurusan – sama ada dalam bentuk tunai atau unit dana – atas persetujuan bersama dengan IPIC. – 1MDB

11. Langkah kedua, ialah menjual keseluruhan aset tenaga mereka di bawah Edra Energy Sdn Bhd. Dua syarikat teratas dalam pembidaan terbabit ialah China General Nuclear Power Corporation (CGN) dan TNB. Bagaimanapun CGN telah dipilih sebagai pembeli EDRA kerana:

i. Ia menawarkan harga paling tinggi dan;

ii. mengelakkan tuduhan TNB diarahkan menyelamatkan 1MDB.

12. Lebih penting pembelian Edra ini dari 1MDB dengan harga yang hampir sama dengan pembelian menunjukkan dakwaan “inflated price” adalah tidak benar sama sekali. Jika dijual kepada TNB akan ada tuduhan syarikat kerajaan ini diarahkan membayar harga yang lebih tinggi dari pasaran.

13. “Siapa Pun Boleh Berniaga Jika Jual Aset Untuk Bayar Hutang” adalah mantera baru mereka yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak. Memang betul. Namun apa yang mereka tidak faham ialah penjualan aset ini berkaitan langsung dengan hutang. Hutang timbul dari pembelian aset-aset terbabit. Justeru cara untuk melupuskan hutang adalah melalui penjualan aset terbabitlah.

14. Jika 1MDB terpaksa menjual aset untuk membayar hutang “berpoya-poya” atau salah pelaburan tempat lain, maka mungkin ada asas untuk mempertikaikan penjualan aset-aset ini.

15. Namun bagi memenuhi kehendak sebahagian rakyat Malaysia termasuk Tun Mahathir yang mahu hutang 1MDB dikurangkan, maka syarikat tiada pilihan kecuali melupuskan aset-aset yang diperolehi secara hutang tersebut. Ini kerana aset-aset ini adalah sebahagian hutang yang wujud.

16. Transaksi terbaru ialah penjualan 60% daripada pembangunan Bandar Malaysia kepada konsortium IWH-CREC Sdn Bhd. Konsortium ini terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (“IWH”) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC). Konsortium yang dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd adalah hasil usahasama 60:40 antara IWH dan CREC.

17. Melalui persetujuan ini 1MDB akan menerima RM 7.41 bilion. Perlu dijelaskan persetujuan ini membabitkan kerjasama membangunkan bandar Malaysia bukannya menjual tanah-tanah dalam cadngan Bandar Malaysia kepada IWH. Ini bermakna IWH sekarang merupakan sebahagian Pemaju (developer) untuk bandar Malaysia.

18. IWH, pemaju utama bagi bahagian Flagship A Koridor Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Iskandar, adalah perkongsian awam-swasta antara Credence Resources Sdn Bhd (60%) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (40%) yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Johor. Adalah tidak benar dakwaan bahawa 60% tanah di Bandar Melaysia dijual kepada entiti asing.

19. Justeru pembangunan Bandar Malaysia ini merupakan “Joint Venture” antara 1MDB dan IWH-CREC. Secara keseluruhan kira-kira 54% daripada projek tersebut dimiliki oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor, masing-masing melalui 1MDB/MOF Inc dan KPRJ. CREC sebagai rakan kongsi antarabangsa hanya mempunyai ekuiti projek sebanyak 24% sahaja. Selebihnya milik pemegang saham dalam IWH yang terdiri daripada rakyat tempatan.

20. Enam bulan selepas pengumuman Perdana Menteri bahawa 1MDB akan mengurangkan hutang sebanyak RM 42 bilion dengan drastik, Arul Kanda menunaikannya pada 31 Disember 2015. Secara dasarnya hutang 1MDB kini hanya tinggal sekitar RM 2 bilion sahaja.

21. 1MDB boleh menjadi entiti yang besar jika tidak diganggu gugat oleh agenda politik anti-Perdana Menteri. Namun kestabilan politik lebih penting daripada perkembangan 1MDB sendiri.-MYKMU.NET

*Analisis di atas dibuat hasil penyelidikan bebas berdasarkan sumber-sumber rasmi tanpa pengesahan dari 1MDB. Ia mungkin sedikit berbeza dengan maklumat sebenar.






35 Komen to 1MDB Melepaskan Peluang Demi Kestabilan Politik, Dari RM 42B kepada RM 2B

  1. ayam says:

    Satu malaysia dah tak percaya. Pulangkan balik semua duit2 tu pun tak kan menghalalkan pecah amanah najib dan geng penyamun yg dah dibuat.

  2. mata-mata says:

    Pecah amanah??

    Tang mana yang keluar dakwaan pecah amanah ni?

    Berapa bilion najib dah pecah amanah tu?

  3. ayam says:

    1MDB tak menyumbang pun apa2 pada ekonomi melainkan satu blunder terbesar dlm keputusan najib gara2 dgr ckp member anak tiri dia…si jho low.

  4. ayam says:

    Aaaah…dedak ada gi…ok..ok..sorry…1MDB idea paling bernas anak melayu bernama najib…dia mmg tahap dewa dlm memimpin negara…hehehe..pecah amanah tu…duit hilang tu…semua2 adalah fitnah org yahudi nak menjahanamkan negara Islam. Org2 melayu khususnya umno jgn lupa musuh2 negara menikam di belakang dan bukan di depan…

  5. Memang Terok says:

    Takziah kita ucapkan pada kalian yang hanya mampu recycle teori asal yang dikarang tukang karut. Itulah tujuan, itulah matalamat mereka dan teryata tukang karut itu memang sudah berjaya menarik segelintir manusia yang berjalan dengan otak lemah mereka yang malas bekerja. Kerja otak ialah berfikir , menilai dan merumus. Setelah malas gunakan otak mereka akan telan saja apa yang diberi .

    Semua tahu, malah Midin pun tahu asal usul 1MDB datangnya dari pelaburan kerajaan Terengganu. Kalau TPM kata dia tak tahu menahu, tak sedar, tak faham akan asal usul 1MDB, itu TPM yang dungu namanya. Tak buat kerja lalu tak sedar apa yang berlaku sekelilingnya.

  6. Memang Terok says:

    Kini 1MDB sudah jadi satu entity gagal. Its a failed projek. Gagal kerana tidak berjaya mencapai matalamat penubuhan nya. Gagal kerana terpaksa divert haluan lain setelah terganggu dipertengahan.

    Yang pasti penjualan EDra bukan dijangka atau dirancang dari awal. Tetapi EDRa terpaksa dijual kerana kekurangan dana yang sepatutnya diperolihi dari IPO.

    Ternyata IMDB mengambil alih fungsi YTL keatas Tenaga. Apa YTL, siapa dibelakang YTL, you know , i Know, everybody knows.

    Kenapa tumbul kemarahanan ? You know, I know.

  7. sman says:

    ayam je,macam mana nak tahu pasal ekonomi,pasal kewangan,pasal pelaburan.dulu boss dia kata 42 billion lesap,kemudian kata hutang melebihi nilai harta,hakikatnya sekarang tebukti mereka bohong atau mungkin juga bodoh dalam membaca Penyata Kewangan.Patut benarlah DS Wahid beria-ria nak tambahkan bilangan akuntan Bumiputra,kerana kalau tidak mereka mudah sangat tertipu ,terutama nya dalam bidang perniagaan.

  8. sman says:

    1MDB mungkin gagal dalam mencapai matlamat asal,tapi yg pasti PM Najib berjaya membuktikan Mantan PM adalah seorang ‘pembohong’.

  9. Memang Terok says:

    IMDB adalah peluru kosong yang telah digunakan untuk menembak sesaorang untuk ‘mematikan’ dia.

    Jika sodomi dikatakan senjata untuk menembak AnwarIbrahim, sodomi peluru hidup bukan peluru kosong. Kerana memang AnwarIbrahim buat kerja itu dan ianya ditukar jadikan senjata untuk menembak dia. Maknanya, kita boleh jugak cakap sodomi ke, langgan pelacur ke… itu Anwar punya hal, dia suka, dia gemar, …. biarkan dia, asalkan dia tidak susahkan orang lain.

    Tapi Anwar ketika itu sudah buat kerja lain dengan berpakat dengan israel untuk ‘matikan’ mAdey. Macam mana mahu bendong semua itu, sedangkan segala pembuktian sudah jelas. Menjatuhkan ketua bukan satu jenayah civil untuk dakwa Anwar. Maka sodomi dijadikan senjata kerana sodomi miliki unsur jenayah civil mengikut undang2 negara.

    Itulah beza keduanya.

  10. mata-mata says:

    Kesian ayam tu… Otak dia hanya mampu berfikir tahap tu je.. Kalau suruh dia bagi bukti pun, hanya pandai melalut tak tentu arah.

    Cukup, cukup kesian…. Tertelan dedak gamaknya…!!

  11. itsme says:

    Yg pastinya 1MDB mungkin tdk dpt merealisasikan matlamat asal spt dirancang (jk ada), kita percaya pasti ada.. tiada sape yg rugi melainkan rakyat. Yg kaya tetap mrk2 yg sudah pun kaya.

    Kita juga begini.. dan masih begini.

  12. geekpuk2 says:

    Terbaik dari Kunta Kinte

    Jasa terbesar 1MDB ialah merapatkan hubungan Malaysia dengan China dan GLC milik penuh China.

    China Nuclear Group dapat IPP. Siap dapat pengecualian hakmilik tempatan. China Railway Group dapat Bandar Malaysia. Kejap lagi Najib bagi kontrak kerapati laju kepada syarikat China.

    China amat yakin dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia dibawah PM sekarang

    Harap lepas ni tiada lagi suara sumbang kata kerajaan Melayu kita rasis atau anti Cina

  13. Memang Terok says:

    Jika IMDB merupakan satu salahlaku PM dan duit dalam personal akaun 2.6B merupakan penyelewangan beliau…. kenapa tiada pendakwaan.?

    Kenapa PM masih disitu, sihat walafiat dan semakian galak dengan tugasnya.

    Jika itu salah laku dan penyelewengan, dakwalah beliau, samanlah beliau….

    Sudah dua hari dalam 2016, wahai kalian… matangkan diri, cedaskan otak dan belajar lah menerima apa yang benar bukan hanya seronok dengan dongeng hasil karangan imajinasi tukang karut.

  14. cikminah says:

    KIHKIHKIHKIH………………….
    Sudah, tak paya bertekak lagi.
    1MDB memang typical cara Melayu meniaga.
    Meniaga bukuh kasap.
    Hujang hilang, pangkal lesap.

  15. ayam says:

    hahahaha…pandai la cikminah…saja2 jer singgah sini nak kasi panas balik mykmu nie..dah sejuk sgt isu 1MDB sampai semua lupa janji PM mau kasi report kat rakyat…dah agak dah…mcm biasa la muka2 hulubalang siber yg sama akan muncul….kasi bela boss dia. Ingat…semua sudah kasi sama china mainland…kalau tak menang 2/3 jugak tak tau la BN nie…apa lagi mau kasi cina lepas nie…

  16. Mazlan says:

    …apa yg lesap?…100b lesap masa mahafiraun tu…tak mau cerita ka…hampeh….

  17. ayam says:

    ok la..ok laa…masa mahafiraun lesap berbillion2…masa sebelum tu pun dah lesap berbillion2…masa british…masa jepun…so what? melayu jugak masuk angin keluar asap..hehehehehe..apa lagi mykmu…kasi bukak cerita lama balik laa di mana melayu hilang berbillion2 supaya cerita sekarang nie org lupa kejap…lagi bagus kasi lupa terus.

  18. ayam says:

    Tak sangka zaman celik IT nie orang melayu masih buta jugak lagi…kesian.

  19. Anak_Nogori says:

    1..mula2 tuduh najib lesapkan dan seleweng duit 1mdb..ternyata kini itu satu fitnah.

    2..lepas tu tukar..bukan lesapkan 42b, tapi 24b, lepas tu 17b. ternyata juga satu lagi fitnah.

    3..tak habis fitnah lagi..kata 1mdb akan bengrap sebab tak mampu byr hutang.

    4..dah kantoi 1mdb mampu byr hutangnya dan tidak bengrap..spin plak kata meniaga jual beli tanah sapa pun boleh.

    5..kalau dah jenis makan bangkai sampai bila pun tetap akan makan bangkai jugak.

  20. midin_kutty says:

    kesian ayam, hari-hari dtg mykmu buat overtime
    maklumlah duit elaun dari YTL makin kurang
    cukup bulan bolehlah ayam bayar loan PTPTN
    yg dah 2 tahun tertungak tu hahahah

  21. syaa says:

    mereka ni memang jenis suka makan daging saudara sendiri.makan la bangkai puas2 sblm mati.mati jadi bangkai baru tau langit tinggi rendah.

  22. ayam says:

    hehehehe…bagus la semua melayu dlm mykmu nie makan bangkai

  23. dop says:

    eh ayam pukul 2.13 pagi pun buat overtime ? tak boleh tido? marah sgt sampai termakan dedak ? hahaha. ayam nie suka dtg mykmu sebab nak makan dedak sambil menonton drama penipu bersiri lakonan umi aida hahaha

  24. anoi says:

    Bodoh korang dok salak meniago pimpinan Melayu Malaysia seantara dunio, ikut dengki komunis wat pe,ikut telunjuk yahudi, wal2kan kearah menyalak, mencela, tahap banggang korang, so simpan je la duit tu lelama licin daripada memberanakan, korang tak dpt semangkok tu pasal melaong, nak jadi juara nak betul yg dah betul, duduk ontok2 je le. Siol punyo Melayu haprak. Bingai punya keturunan.

  25. geekpuk2 says:

    betul tu anoi

    Jangan ikut telunjuk komunis, jangan ikut telunjuk Yahudi

    Goldman Sachs dan Parti Komunis China itu lain cerita

  26. amran says:

    statement “Ia mungkin sedikit berbeza dengan maklumat sebenar.” mungkin persediaan untuk mengaku bahawa semua statement di atas adalah pembohongan?… kalau orang check balik tentang kebenaran artikel ini…
    kalaulah betul 1mdb diganggu dari memberi khidmat tahap gaban terhadap malaysia atawau rakyatnya, kenapa tiada saman ke atas semua individu dan pihak terbabit (Tun, WSJ, Ling Liong Sik, SR dan ramai lagi)…
    Bagaimana pulak dengan berpuluh2 dakwaan salah laku?… bagaimana pulak dengan usaha menutup bangkai melalui pemecatan dan ugutan keatas beberapa pihak? bagaimana pulak dgn kegagalan presiden menerangkan dlm NTHide dan sidang parlimen?
    Menulis kenyataan spt di atas boleh dibuat di kamar tidur… tanpa siapa menyoal… Hakikatnya ekonomi meruncing, rakyat makin susah dgn pelbagai bebanan termasuk GST…
    Mungkin benar artikel tersebut di atas disiapkan dalam kamar tidur saja….

  27. system baru says:

    Baru susuh sikit dah bising , ketika krisis 1990 dan 1998 ramai berkerja di bank kena buang kerja tak ada pun dia orang nak jatuhkan kerajaan
    Macam ini sikap najib tak mahu bermusuhan dengan golongan fanatik tun m ada faham tak amran, kalau ramai lagi kena tangkap sebab bela kroni ada faham sikap najib mebetulkan kesilapan lepas, gst dah lama dirancang semejak zaman daim jadi menteri kowangan dan anwar ada rancangan buat gst tapi penakut sebab takut dengan cina. Syarikat besar apek dapat klaim balik wang gst, tapi kenapa mereka tak nak turun harga barang ketika duit kita tinggi, berfikir sendiri sebab mereka malas klaim balik wang gst itu,menipu cukai, mereka nak jatuh kerajaan ada faham tak amran

  28. Gengrembau says:

    Hehehehehe
    5 tahun 42 biliion dan hutang tak habis habis.
    How much money you can make from 42 billion in the fixed deposit selama 5 tahun?
    Hanya pemakan dedak dan mykmu aje yang tak reti sbb kene dedak
    Well

    Sekarang hutang tinggal 2 billion (kamu kater)
    Tapi harta tergadai
    Tanah tergadai
    Ipp tergadai
    Kepunyaan org asing

    Biasalah bapak jual singapork
    Anak jual malaysia
    Bapak borek anak rintik

    Pepatah melayu tu

    Well nenek moyang kaya raya
    Tergadai semua harta benda

  29. Hantu Gigi Jarang says:

    Lepas ni ramai orang kampung jual tanah ke cina…kepimpinan melalui teladan

  30. ayam says:

    Cakap apa pun tak guna…mykmu tetap pusing2 balik billion2 lesap pasal PM dulu2 pun buat..kira2 mcm tu ler. Bukan reti2 nak paham sapa untung sapa rugi…asyik2 fitnah la…makan bangkai la…walhal berkoyan2 dr M kena caci maki dgn pelbagai tuduhan yg ntah btol entah tidak…takde pulak terasa makan bangkai..munafik sungguh.

  31. amran says:

    system baru,saya tahu anda macai yang sanggup bersusah demi kemewahan pemimpin dan isteri pemimpin…
    Saya boleh kemukakan banyak kes2 yang amat pelik seperti kemasukan wang 2.6B kedlm akaun peribadi (mana dan siapa pen “derma” nya), pemecatan AG dan SPRM diganggu secara amat dahsyat, Gabenor BNM juga tak kurang diganggu dan dinafikan laporannya, jawapan yang berpusing2 sehingga jwp terhadap satu soalan darimana 2.6B saja ada 28 jawapan..
    Orang yang sihat akal fikiran akan bertanya dan berfikir secara sihat… tak tau pulak bagaimana cara awak berfikir???

  32. ayam says:

    system baru mcm bangkai

  33. ayam says:

    mykmu bangkai

  34. […] Sumber: http://www.mykmu.net/2016/01/1mdb-melepaskan-peluang-demi-kestabilan-politik/ […]

  35. rockers says:

    sistem baru ni ade mental disorder

Leave a Reply