Menu Utama

1MDB: Jangan Bagi Muka Pada The Edge

the_edge

SELESAI saja pelan rasionalisasi 1MDB, antara media yang paling kedepan jadi batu api menghangatkan persepsi buruk pasal 1MDB, The Edge, dilihat cuba jadi alim pulak pulak dah dengan menulis artikel yang baik-baik saja pasal 1MDB.

Sila rujuk keluaran terbaru akhbar tersebut dimana temuramah eksklusif dengan Arul Kanda dibuat, bercakap tentang kejayaan 1MDB menjayakan pelan rasionalisasi yang diarahkan kerajaan kepadanya dalam tempoh yang ditetapkan. Menariknya, pandai pulak nak temuramah sekarang (bila dah selesai), kenapa tak buat dulu?

Yang haramnya tu, Datuk Seri Najib Tun Razak punya nama langsung tak disentuh, segalanya ni pasal Arul Kanda saja.  Walhal masa cakap buruk pasal 1MDB, semuanya Najib itu Najib ini, bila dah elok dan terbukti apa yang ditulis dulu sebenarnya salah, nama Arul Kanda saja yang pulak yang dijulang.

Sedangkan, pelan rasionalisasi yang membawa kepada kejayaan 1MDB mengurangkan hutang ini pun diperkenalkan oleh kabinet kerajaan Malaysia yang dipengerusikan Najib.

Tapi tak apalah sebab bagi penulis tidak ada yang lebih pahit melainkan telan ludah sendiri dan dalam hal ini sememangnya The Edge sedang menelan ludah mereka sendiri.  Masa cerita buruk pasal 1MDB dan buat pelbagai bentuk persoalan, tuduhan tidak berasas – siap ada dakwaan orang kuat mereka nak beli dokumen curi untuk dipalsukan (rujuk kenyataan Adre Justo) dan sebagainya, ramai yang ‘beriman’ dengan Th Edge, termasuk Muhyiddin Yassin, siap kehilangan jawatan kerana terlalu percayakan laporan The Edge pada waktu itu.

Sekarang tak tahulah apa benda dia nak cakap lagi bila terbukti The Edge salah dan Najib betul, Arul betul, 1MDB betul.

Apa pun, soal Muhyiddin itu kemudian.  Yang pentingnya sekarang, sekalipun The Edge dilihat cuba nak ‘jadi baik’ (kononnya) ini, janganlah hendaknya kita terpengaruh dan melupakan semua benda buruk dan tuduhan tidak berasas yang pernah ditulis mereka mengenai Najib dan 1MDB.

Penulis difahamkan, dari 2 ketua The Edge tu, seorang dilaporkan masih tidak tunjuk tanda akan berubah, seorang lagi sedang mencari jalan bagaimana untuk mengelak dari penjara kerana masalah kesihatan.

Apa pun keadaanya 2 orang itu, jika dokumen dan keterangan yang diperolehi PDRM dari Andre Justo dan polis Thailand itu mencukupi untuk tindakan dikenakan ke atas  mereka berdua, maka teruskanlah, jangan bagi muka.  Banyak rosak dah dibuat dek tangan-tangan jahat ini.

Maaf boleh, lupa jangan, no retreat, no surrender – ada kaitan takde kaitan, belakang kira.






5 Komen to 1MDB: Jangan Bagi Muka Pada The Edge

  1. Pemerhati says:

    iya, the rule of law harus tepat aplikasinya kepada pihak yang disabit telah melakukan pelanggaran sesuatu undang2…tidak harus ada kompromi kerana teladan kes untuk pengajaran kepada pihak lain supaya jangan silap membuat perkara salah yang sama

  2. azmi says:

    Aduhai ADAMYAN..
    Sampai ari ni Najib belum ada telor nak saman The Edge dan Sarawak Report…
    Saman Lim Liong Sik pun Najib minta selesai luar mahkamah…
    Belum ada bukti Najib berani jejak kaki ke Mahkamah…
    Sudah-sudahlah Najib…kau dah banyak buat kerosakan dalam negara ini..
    Sampai bila kau mampu bertahan…KAH KAH KAH..

  3. Pemerhati says:

    kesian pada mak bapak ko azmi sebab dapat anak bodoh sangat…selesai luar mahkamah itu bermaksud ling liong sik tahu dirinya bersalah telah memfitnah Najib lalu dia pun mohon maaf…jika apa difitnahkan itu merupakan perkara benar ling liong sik tidak akan mohon maaf sebaliknya dia akan berkata pada mahkamah bahawa dia mempunyai bukti tentang apa yang peguam kepada Najib anggap sebagai fitnah itu merupakan perkara benar

    otak si ‘azmi’ memang terletak kat pala lutut, entah2 kefahaman ko tentang selesai luar mahkamah itu hasil dari proses otak ko yang dah jatuh kat pala buto ko…kahkahkahkah

  4. rockers says:

    jgnlah selesai luar mahkamah jib oii.. lawan ttp lawan. kasi tertonggeng sama liong sik.. kan pahlawan kann..

  5. system baru says:

    rockers cakap liwat tetap liwat he.he.he pergi sokong peliwat ITU . he.he.he. selesai di luar mahkamah biasa nya orang bersalah macam edge akan selesaikan nya di luar mahkamah, tak penah orang tak bersalah yg Ada bukti nak selesai diluar mahkamah. Hanya tukang fitnah je yg nak selesai diluar mahkamah.

Leave a Reply

Threesome