Menu Utama

January, 2016

 

Demi Jawatan Mukhriz Perkudakan Nama Istana Kedah?

Jemaah Pemangku Sultan Kedah tidak pernah menzahirkan apa-apa pandangan politik terhadap mana-mana pihak dalam krisis pertukaran Menteri Besar Kedah. Menurut sumber yang rapat dengan Istana, Tengku Temenggung dan dua lagi kerabat yang menganggotai jemaah terbabit tidak pernah tersinggung atau murka dengan kenyataan-kenyataan politik mana-mana pihak termasuk sidang akhbar 14 Ketua UMNO Bahagian di Kedah. Mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah bahawa Istana tersinggung dengan perbuatan sidang akhbar 14 Ketua UMNO bahagian minggu lalu, sumber tersebut mengulas, “Seperti mana dalam kenyataan sebelum ini, Jemaah tidak masuk campur dalam politik dan hanya akanBaca Lagi


Mukhriz Hilang Sokongan BN, Ahmad Bashah Dijangka Angkat Sumpah MB Baru Esok

Kenyataan Akhbar Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir petang tadi merupakan antara usaha terkahir beliau untuk mengubah pendirian majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dari Barisan Nasional agar menyokong beliau. Seramai 19 ADUN BN telah menandatangani akuan bersumpah menyokong pengguguran Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah. Walaupun ada dua Adun yang mendakwa dalam ucapan dan media sosial bahawa mereka “terpaksa” menandatangani akuan bersumpah tersebut, namun tiada siapa antara mereka membuat keputusan menarik balik akuan sumpah terbabit. Sementara itu, kenyataan akhbar petang tadi yang bertujuan mahu menyelamtkan kedudukan Mukhriz akhir mendedahkanBaca Lagi


Mukhriz Dakwa Pemangku Sultan Kedah Tersinggung Dengan UMNO

Di saat rakyat Negeri Kedah Darul Aman sedang bergembira meraikan Ulangtahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah yang ke-88, sekumpulan pemimpin UMNO negeri ini telah bertindak mendesak saya berundur dari jawatan Menteri Besar. Tindakan 12 Ketua Bahagian dan dua Timbalan Ketua Bahagian mengheret sama ketua-ketua sayap dan pemimpin muda dalam UMNO mengadakan sidang media di Alor Setar pada 20 Januari 2016 lalu adalah tidak bertanggungjawab. Malah sebilangan yang hadir pada sidang media tersebut telah maklum kepada saya bahawa mereka tidak mengetahui terlebih dahulu tujuan dan intipati kenyataan yangBaca Lagi


BARUA DAP


Belum Masuk Sarawak Pun Sudah Tunjuk Perangai Buruk, Macam Mana Hendak Dibenarkan Masuk?

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang makin terasa bahangnya, makin kuat pula puak-puak pembangkang meroyan di media. Tidak habis-habis membuat ‘bising’ menuduh kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sebagai ‘pengecut’ dan sebagainya. Terbaru, seorang ahli politik yang baru di’gam’ dari memasuki negeri itu gara-gara tindakannya bertemu dengan ‘Puteri Sulu’, melalak di portal pembangkang kononnya Adenan ‘pengecut’ kerana tidak membenarkan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, memasuki negeri berkenaan. Kata Nurul Izzah, dia bimbang jika rakyat Sarawak tidak memperolehi ‘akses maklumat’ yang di bawa pemimpin PKR yang kononnya cubaBaca Lagi


Sirul Sudah Bersuara, Tidak Perlu Lagi ‘Launch’ Di Australia

Sudah bertahun-tahun lamanya telah diulangi berkali-kali. Mahkamah pun sudah mengesahkan. Malah Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang ketika itu masih merupakan Timbalan Perdana Menteri pun sudah bersumpah dengan nama Allah berkali-kali bahawa beliau langsung tidak terlibat dengan kes pembunuhan mendiang Altantuya Shaaribuu. Namun laporan beberapa media antarabangsa yang menulis kononnya Perdana Menteri Malaysia terlibat dengan kes berkenaan menjadi ‘bukti utama’ pihak-pihak tertentu yang mahu menjatuhkan Najib. Walaupun sebelum ini terbukti akhbar-akhbar barat ditegaskan berkonspirasi jahat terhadap Najib, mereka tetap enggan percaya. Malah sehingga kini, masih diulang-ulang tuduhan fitnahBaca Lagi


‘Dua kem’ atau SPRM kejar ranking TI?

Tidak tahulah sama ada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed sudah hilang kawalan terhadap pegawainya. Bukan kerana apa, apabila ketua bercakap, pegawainya pula ‘pusing’ sebelah lain. Apabila Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengumumkan tiada alasan untuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung siasatan sumbangan dana RM2.6 bilion serta SRC International, Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd. Zin bernada lain pula. SPRM, kata Bahri, ‘berkemungkinan besar’ akan merayu terhadap keputusan Peguam Negara itu yang menutup kes tersebut. Ini keranaBaca Lagi


Demi Allah, Najib tidak terlibat – Sirul Azhar

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Dia melafazkan sumpah itu menerusi rakaman video terbaharu yang menjadi viral di Facebook dan Twitter selepas disiarkan oleh laman Facebook ‘Barisan Merdeka’ hari ini. “Saya lafazkan di sini, wallahi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak ada terlibat dan tidak ada kaitan dalam kes,” katanya. Sirul Azhar memberitahu, dia mengerti tentang kehendak sesetengah pihakBaca Lagi


Ambik 6% (GST) Bising, Bagi 3% (EPF) Pun Bising, Pembangkang Dah Gila?

PENULIS tak rasa pakatan pembangkang yang diketuai DAP masih rasional.  Mereka sebenarnya ada masalah lebih besar (isu CEC tak selesai) dan calon Perdana Menteri pilihan mereka adalah seorang peliwat, maka itu asyik main persepsi negatif pasal kerajaan BN, lepas satu, satu. Terbaru caruman isu EPF pekerja dikurangkan 3%.  Apa masalahnya disitu pun penulis tak faham.  Pertama itu bukan kali pertama dibuat, dah beberapa kali sejak 1998, kedua, ini cerita tambah duit dalam poket rakyat, pun nak bising juga?  Ketiga, itu pilihan bukan paksaan pun dan ke empat, ini bukti kerajaan adaBaca Lagi


Muhyiddin Sendiri Akur Keperluan Ganti Mukhriz?

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin langsung tidak membantah cadangan pengguguran Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam. Menurut seorang Ahli MT, mesyuarat semalam menerima keputusan untuk menggantikan Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah tanpa bantahan. “Timbalan Presiden juga tidak membantah walaupun diketahui beliau dan Mukhriz dalam satu kumpulan yang tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri.” Ahli MT ini juga mengesahkan Mukhriz tidak dijemput ke Mesyuarat kerana salah satu agenda mesyuarat ialah membincangkan kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan PengerusiBaca Lagi