Menu Utama

Zaid Kata Kerajaan Malaysia Zalim Seperti Kerajaan Syria?

syria

Suatu masa dahulu ketika mana beliau menjadi menteri penuh, desas-desus diruang internet riuh mengatakan Dato’ Seri Zaid Ibrahim merupakan seorang yang gemar kepada minuman keras. Penulis tidak tahu sama ada dakwaan netizen pembangkang itu benar atau tidak.

Namun kenyataan terbaru dari bekas menteri yang kini menentang kerajaan itu membuat penulis berfikir sekali lagi, apakah benar bagai didakwa beliau seorang pemabuk. Kata Zaid, rakyat di Semenanjung akan ‘lari’ ke Sarawak kerana beliau mendakwa negeri itu tidak seperti di sini yang hiruk-pikuk dengan pertikaian.

Katanya, “orang Melayu Semenanjung yang sentiasa mencari alasan untuk berlawan. Mereka mahu menentang Kristian, pihak liberal dan juga peniaga telefon. PERKASA pula mahu kumpulan pesara kakitangan awam tersohor G25 diklasifikasikan sebagai sesat”.

Malah Zaid menyamakan Kerajaan Malaysia sebagai ‘sama’ zalim dengan pemerintah di Syria yang menyaksikan ramai rakyat di negara itu kini hidup dalam pelarian ke negara asing kerana tidak tahan dengan ‘kezaliman dan keganasan’.

Tidak dinafikan bahawa budaya politik dan cara rakyat di Semenanjung berbanding rakyat Sarawak adalah berlainan. Pada penulis, ia adalah disebabkan oleh jumlah kepadatan rakyat di Semenanjung yang jauh lebih ramai berbanding di negeri berkenaan. Sebagaimana maklum, lebih ramai rakyat, lebih banyak ragamnya, bukan?

Lagipun, kita juga tahu bahawa meskipun Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia, akses internet yang memeriahkan penggunaan laman sosial di negeri tersebut masih terhad, terbatas dan masih banyak lagi lokasi yang tidak mendapat capaian internet. Maka kuranglah sedikit ‘riuh rendah’ dari ‘pakar-pakar Facabook’ seperti di Semenanjung, bukan?

Kerajaan Malaysia zalim seperti Kerajaan Syria? Pada penulis, dakwaan Zaid itu langsung tidak dapat diterima akal. Kenapa? Kerana pelarian dari Syria sendiri yang menafikan kenyataan Zaid itu. Zaid tidak baca surat khabar atau tonton berita?

syria ke msia

Tahukah Zaid betapa bersyukurnya kumpulan pertama pelarian Syria kerana Malaysia sudi menerima mereka untuk tinggal di negara ini? Cuba Zaid ke Syria sekarang dan tinggal di sana selama sebulan. Cuba tanya orang di sana tentang kehidupan mereka dan bandingkan dengan apa yang dialami rakyat Malaysia sekarang.

Kerajaan Malaysia zalim? Zalim bagaimana? Apakah ada yang mati kelaparan di Malaysia? Apakah rakyat Malaysia jatuh miskin disebabkan dasar Kerajaan Malaysia? Tertekan atas peningkatan kos sara hidup?

Zalim bagaimana jika masih ramai yang mampu makan di restoran? Tertekan apa jika kompleks membeli belah masih penuh dikunjungi? Zalim apa jika jalanraya penuh dengan kenderaan hingga sesak? Teruk bagaimana jika puluhan ribu kereta terjual setiap tahun?

Miskin bagaimana jika sebuah rumah PPRT masih mampu berpiring Astro dan berderet kereta di laman rumah? Kos sara hidup apa yang memiskinkan rakyat Malaysia jika hotel-hotel lima bintang penuh di’booking’ di musim cuti sekolah?

Memang benar ada yang miskin kerana kurang mendapat rezeki dari Allah. Itu memang ketetapan dariNya. Kerana disebalik itulah wujudnya hikmah zakat dan konsep sedekah.

Kerajaan Malaysia juga berbesar hati memberikan pelbagai bantuan dari banyak agensi seperti JKM dan program yang membantu mereka meningkatkan pendapatan. Malah, walaupun dibantah dan dimaki ‘orang kaya’, Kerajaan Malaysia sanggup teruskan pemberian BR1M bagi mereka yang kurang bernasib baik.

Jadi, di mana ‘zalim dan ganas’nya Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak? Maaflah jika penulis tidak bersetuju dengan seorang bekas menteri undang-undang itu. Memang dangkal sangat tuduhannya itu, kan?

Justeru itu, penulis sarankan supaya Zaid cuba cari hujah lain untuk meningkatkan publisiti beliau selaku ahli politik. Berilah hujah yang lebih bernas, waras dan rasional. Jika mahu hentam kerajaan sekali pun, harap jangan keluarkan kenyataan seperti orang yang sedang mabuk, kan?






7 Komen to Zaid Kata Kerajaan Malaysia Zalim Seperti Kerajaan Syria?

  1. bujuk says:

    Zaid ni tak boleh pakai… hudud pun dia bawak p mahkamah suruh batalkan. G25 dia nak pertahankan, kalau benda baik ok tapi kalau nak lawan hukum Allah aku tentang. Allah suruh hukum sebat pada mereka yg berzina, hukum khalwat ni tak kena sebat pun. Aku rasa ramai yg dah rasa bahang bila Najib nak satukan UMNO dengan PAS. Lebih perit lagi bila TGHH kata PAS takda masalah jika ISLAM ditegakkan. Makna kata seluruh kehidupan orang melayu lepas ni berpaksikan Islam, tak boleh mabuk2, maksiat, berpakaian menjolok mata dan lain2. Sekarang kita akan nampak puak2 yg tak suka Islam mengelupur.. lebih mudah kita kenal siapa sebenarnya yg tolak ISlam.

  2. memang terok says:

    Zaid sentiasa harafkan ferhatian. Zaid sebenarnya tidak fernah diberi ferhatian. Salakan nya tiaf hari sekadar menembak bukit. Bukit tidak bergerak yang ferit cuma tekak. Maaf kerana satu huruf fada keyboard ini tidak berfungsi,jadi huruf alternatif terfaksa digunakan.

    Malaysia sudah saferti Syria. Adakah ferubahan dari satu negera malaysia kenegara syria berlaku sekelif mata atau sejak dari sefuluh, lima belas tahun lefas. Kalau sejak sefuluh tahun lefas,maka dia sendiri fun bertanggungjawab mengubah kerana zaman itu zaman Fak Lah. ZaidIbrahim seorang menteri fenuh dizaman itu.

    Soal dia minum arak atau tidak, femabuk atau tidak… hanya orang yang kenal rafat dengannya akan tahu. Kerana minum arak selalu berkumfulan tidak sorang2. Anak bininya juga fasti tahu kerana minum arak tidak saferti minum oren jus atau air siraf atau longan. Mulut berbau, badan terhuyung hayang lefas minum, fastinya.

    Sukar untuk di bayangkan seorang melayu beragama islam berumur lima fuluhan berhobikan minum arak. Kerana fada umur ini sasaorang itu sedang asyik berjemaah dari awal subuh hingga keisya’ Waalahu alam. Jika itu benar, kita mahu doakan sufaya beliau itu cefat sedar, fulang kefangkal jalan dan kembali segera kejalan Allah,satu2nya jalan yang diredhai.

  3. semangat dato' haron says:

    Alcoholic, Go to rehab!!!

  4. hura says:

    Zaid mabuk todi

  5. mike says:

    Zaid oh Zaid……! Zaid tak supe Pok Him
    Kayuh basikal berbekal sgelas air
    menuju madrasah hijau
    di Kg cabang 4 bayam
    azan maghrib
    berbuka puasa
    sembahyang maghrib
    cogan kata hidup
    Pak Him
    Islam di tegak n dijunjung
    diamal suruhan Allah
    tanpa lupa sesaat waktu
    Pak Him
    Adalah pengikut Islam yg Jitu.
    Tapi Zaid tak supe Pok Him yg saya tahu!!!!!!

  6. Memang Terok says:

    Pok Him itu bunyi macam ayah Zaid . Agaknya Mike kenal Zaid secara peribadi.
    Sedih kita dengar hal serupa ini. Kita tahu Zaid sudah kaya raya dengan firma guamannya. Firma dia di Damansara juga dikatakan hanya employ peguam yang bagus2 saja. Tidak ambik orang sebarangan untuk jadi peguam di firma nya.

    Namun, kaya , lebih duit, duit melimpah ruah tak tahu apa nak buat… bukan alasan untuk kita minum wiski menggantikan teh tarik. Beer menggantikan sprite atau fanta atau oren jus.

    Lebih duit buatlah masjid. Pergi mekah setahun 4 kali. Dengan cara ini Zaid pasti rasakan alangkah bahagianya satu kehidupan. Sesiapa saja akan syukur nikmat jika benda betul kita amalkan. Kita tak kata Zaid tidak bina masjid, Zaid tak pergi Mekah. Kita hanya harapkan Zaid buat lebih masjid kalau sudah buat. Dan pergi Mekah 6 kali setahun kalau sekarang dia memang sudah pergi 4 kali setahun.

    Tak perlu menyalak. Tak perlu marah orang. Wallahu alam.

  7. semangat dato' haron says:

    Contoh org kampung yg culture shock : zaid ibrahim

Leave a Reply