Menu Utama

Usahlah Nafi Realiti, PAS Memang Tenat

image

SEPERTI dijangka, keputusan Hadi Awang untuk berkerjasama dengan UMNO menggamit suara-suara sumbang dalam partinya, diketuai Timbalan Presiden dan dua dari 3 Naib Presiden.

Macam biasa, UMNO yang dikata terhegeh-hegeh nak berkerjasama sebab tengah ada masalah dalaman.  Nak bagi sedap hati lagi, konon kerjasama dengan ahlinya, bukan dengan partinya dan macam-macam lagilah kenyataan yang cuba menampakkan PAS ni macam kuat banding dengan UMNO.

Cakap serupa ini macam cakap orang bodoh, ignorance pun bukan.

Ni nak sebut ni.  UMNO memang ada masalah, dengan pakatan Muhyiddin-Mahathir dan cainya yang lain nak menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa lalu jalan demokrasi, memang dol siapa yang kata UMNO tidak ada masalah.

Tapi itu apa sangat banding dengan masalah dalam PAS?  Sebagai permulaan, suku wakil rakyat parti tu dah masuk parti baru PAN (Tanah Air Tercinta), suku lagi tengah tengok peluang macam mana mereka pulak boleh ikut jejak sama, lagi-lagi bai’ah cerai 3 bini sudah tak jadi isu, boleh bayar kifarah.

Wakil rakyat yang kita sebut ni, maksudnya ADUN dan Ahli Parlimenlah tu.  Dahlah dalam PRU13, PAS parti paling corot dengan hanya 21 kerusi Parlimen, hilang Kedah pulak, sekarang tubuh PAN, yang sikit jadi bertambah ciput.  Kalau manusia ni, mau ‘bunuh diri’, nasib baik parti.

Untungnya, akar umbi PAS ni kuat pasal dia jual agama dan Tuhan untuk dapat kuasa politik, tapi kena akuilah di peringkat kepimpinan memang tengah ada masalah dan UMNO sekarang datang nak membantu.  Banyak pilihanraya dah, PAS terbukti bukan saingan UMNO pun.

Kita faham, orang macam Idris Harun, Tuan Ibrahim Tuan Man dan lain lagi tu sedar masalah sebenarnya, cakap kuat ni sebab nak menutup yang mengigil kat dalam.  Politik, biasalah ni, cuma jangan lah ingat orang Malaysia ni bodoh sangat.

PAS nak pergi mana lepas ni?  Semua jalan tutup dah.  Jadi UMNO nak tolong ni, janganlah banyak cakap pulak.






11 Komen to Usahlah Nafi Realiti, PAS Memang Tenat

  1. sman says:

    Dari segi politik sekarang ini,kalau Pas meunjuk sombongnya,Pas lah yg akan rugi,kerana dgn itu nanti fahamlah rakyat,siapakah parti Pas sebenarnya.Adakah Pas sebuah parti yg Islamik atau parti hanya parti yg penuh dendam kesumat,angkuh, riak merasa diri mereka saja yg Islamik dan pemutus sailatulrahim yg tegar.

    Apa dosa Umno pada Pas?.Kalau pun ada hanyalah dosa seseorang peimimpin dari Umno,tetapi dosa pemimpin tersebut tidak boleh di letakan pula pada pemimpin yg lain,apatah lagi jika pemimpin yg lain tersebut cuba berbuat baik dan berniat baik.Kalau nak di kirakan dosa rasanya dosa pemimpin Pas dan ahli Pas terhadap orang Umno lebih besar.Apakah ada dosa yg lebih besar dari dosa mengkafirkan seseorang yg masih mengamalkan seluruh rukun Islam?.Dan inilah yg telah di lemparkan oleh pemimpin Pas dan ahli Pas terhadap orang Umno satu ketika dulu,walau pun secara berkias,malah secara direct pun ada bila sembelihan orang Umno di tolak dan penikahan orang Umno dibatalkan juga imam sembahyang orang Umno pun di tolak.Ini semua tidak pernah di bangkitkan oleh mana-mana pihak dalam Umno sebagai alasan menolak kerjasama dgn Pas.nampaknya Umno jauh lebih pemaaf dari Pas,satu sifat yg sangat di tuntut oleh Islam.Bukan seperti segelinti pemimpin dah ahli Pas,yg sentiasa menyebut dosa Umno,yg entah ya entah tidak.

    Walaupun saya sangat menykong kerjsama,Umno Pas namun,saya tidak lah sangat keciwa kalau Pas menolak kerjasama tersebut,kerana yg bakal menerima kesan besarnya ialah Pas sendiri,biarpun Pas sanggup menjilat ludahnya kembali berbaik dgn DAP.

  2. daud says:

    Senang cerita, dua dua tenat…dua dua terhegeh hegeh.
    Jalan selamat, I love you, U love me, I cover you, you cover???
    Lu pikir lah sendiri. Ahli akar umbi & rakyat terbanyak sedan memerhati…:)

  3. Sen says:

    Ye la tu daud… tak kisah ko nak tuduh apa-apa pun.. lebih baik UMNO & PAS daripada PKR yang dah tak de hala tuju melainkan nak bebaskan banduan tu je. Akekeke

  4. armok says:

    Dua-dua tenat ???hehehe, sebab kedua-duanya hebat dan gah di pentas masing-masing lah yg membuatkan ada cai-cai yg kepanasan tak tentu hala..

  5. sman says:

    Yg tenat sekarang grombolan TDM,M’din dan Dhafie.Ada sesiapa yg boleh nafikan?.Apa yg di hajat tak tercapai malah yg di kendong pula berciciran.Proton tenat,jawatan TPM dan menteri terlepas,Najib tetap menjadi PM,agak-agaknya siapa yg tenat?.

    Lagi satu kalau pun betul Umno tenat,Pas pun tenat,siapakah yg sihat,Pakatan Harapan,Mahathir?,M’din??.Adakah orang Melayu dan Islam akan maju jaya kerana ketenatan Umno dan Pas?.Adakah gulungan yg bermentalitikan subsidi,yg gulungan sentisa marah pada kerajaan dgn apa saja yg terjadi sekarang akan gembira bila Pakatan Harapan berjaya?.Boleh dapat rumah mampu milik,harga barang boleh menurun,GST boleh di hapuskan kembali,Ringgit melonjak naik,pendapatan akan meningkat.hutang PTPN boleh di lupuskan?.Atau apakah Mahathir yg bakal di lantik oleh Lim Kit Siang sebagai PM dan M’din sebagai TPM?.Semuga bergembiralah padda mereka yg didalam hatinya bersarang kemarahan,kebencian dan dendam kesumat.

  6. daud says:

    Usah nafi realiti…mykmu. Aku kata kedua dua UMNO & PAS memang tenat. Aku sambung lagi….PAN pun masih mencari gala tuju tk jumpa jumpa. PKR pun tenat. Tapi DAP tidak. DAP makin advance. Yg korang dok merapu kata yg tenat tu apakebenda nya.
    Korang hanya boleh harapkan undi atas dasar kesian jer.Letakkan rakyat dalam dilema. Mengaku sajalah…
    Cuba tanya hati dan renungkan…kalau pilihanraya umum harini…boleh dapat balik kah 2/3 ? Boleh dapat balikkah Selangor. Tk terlepas kah Kedah & Terengganu dan mungkin Perak….melainkan adakan kerjasama UG dgn PAS. Itu yg aku katakan UMNO memang tenat. Lim Kiat Siang berminggu minggu ke Jordan dgn Mesir jumpa student kita di sana. Kenapa boleh sampai jadi mcm tu..?? Ini realiti. Jangan tambahkan kebencian pengundi at as pagar yg sememangnya
    adalah majoriti berbanding dgn beberapa kerat pengampu
    totok UMNO seperti kamu. Makin lama makin kelaut hanyutnya bahtera kamu di bawa nakhoda Bugis yg kepanasan. Lihat keluar, bukan hanya syok sendiri sesama kamu.

  7. daud says:

    Sman…dari segi politik, kalau PAS menunjukkan kesombongannya…bukan setakat PAS akan rugi, tetapi UMNO lah yg akan kelemasan. Jangan ego semata mata nk jaga air muka boss….hakikatnya UMNO dalam keadaan paling tenat berbanding sebelum sebelum ini….
    Tapi, tajuk artikal ni `Usahlah Nafi Realiti, PAS Menang Tenat’.
    🙂 Buatlah tujuk `PAS & UMNO : menuju jalan yang lurus berbekalkan keikhlasan.’ baru ada umppph…. 🙂

  8. Meriam Buluh says:

    UMNO makin kuat kerana gunting dalam lipatan & musuh dalam selimut sudah kena hambat.

  9. kakak says:

    Yang tenat adalah DAP yang ingin mengekalkan keDAPian mereka, mementingkan cauvinism dan kegoaan yang hanya mereka pandai dan bijak mentadbir. Orang lain salah belaka

  10. sireh ke gagang says:

    timbalan presiden pas & 3 ketul naib presiden tu semua pentaksub arwah nik aziz . semua pemuja tu. sbb zaman nik aziz la nama2 dorg naik . biasalah , ini kes nk balas budi .

    pokok persoalan utamanya ialah :-
    seteruk mana problem umno , belum kedengaran lagi ahli atau mp atau adun umno lari keluar umno , buat parti baru . mcm mat sabu & geng dia buat kpd pas.

    keduanya ,umno menghulurkan salam perpaduan demi ummah. bukan sebab nk mati terdesak perlukan backup pas.hadi awang nampak benda ni dari kaca mata sebagai seorang islam yg memahami perintah Allah dalam Al Quran. tapi juak2 hadi ,kebanyakannya masih buta tuli dan angkuh mcm firaun .terang2 menolak perintah Allah.

    najib bukanlah perlukan sangat pun pas dalam kabinet dia.BN dah memerintah malaysia dgn jayanya tanpa pas dalam banyak PRU.kenapa skrg najib perlukan pas ?? tiada keperluan pun untuk bawa pas duduk dalam bn ketika ini. isu utamanya ada mengenai ummah , disaat umat islam ,agama islam diseluruh dunia dserang oleh kuffar . ini yg timbalan presiden dan 3 ekor naib presiden pas buta mata & buta hati menilainya. termasuklah segelintir ahli pas yg mmg suka bersangka buruk kpd umno dan lebih suka berkawan dgn kuffar dalam pkr & dap.

  11. bujuk says:

    PAS tenat? itu hanya pesepsi UMNO dan PAN saja. Betul separuh mungkin lebih ADUN dan MP serta pemimpin utama PAS keluar parti tapi PAS kukuh. PAS tak seperti UMNO semasa tertubuhnya S46 dan PKR. PAS lemah sikit tapi tidak tenat, seperti sebuah pasukan bola bila beberapa pemain utama khianat mereka diketepikan. Kita ambil masa sikit susun pemain semula dan teruskan perlawanan. Kita takkan menyerah atau beli perlawanan, kita ada maruah dan jatidiri. Kalau UMNO nak beli pemain utama pun kita takkan bubarkan pasukan. Biarlah pemain utama diambil UMNO, PAS akan teruskan perjuangan memartabatkan Islam dan mensejahterakan rakyat.

Leave a Reply