Menu Utama

Usaha damai Najib-Muhyiddin nampak sukar

Harapan untuk melihat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdamai tidak akan kesampaian sekiranya bekas Timbalan Perdana Menteri itu terus mengambil jalan bertentangan yang merugikan parti.

Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, tidak dinafikan perbezaan pandangan antara pemimpin boleh berlaku dalam pelbagai pe­ringkat parti tetapi tidaklah sampai sehingga menyusahkan Presiden serta UMNO.

“Sepatutnya tidak jadi begitu dan jika kita terus bersama-sama, insya-Allah mudah bagi UMNO untuk menghadapinya walaupun ada pandangan berbeza. Sekiranya kita tidak mengambil langkah kontra pasti kita akan menemui satu titik persamaan.

“Namun beliau (Muhyiddin) mengambil langkah le­bih awal dengan meng­asingkan diri. Bagi saya, itu merupakan satu kesilapan apabila beli­au mengambil langkah yang lain. Sepatutnya beliau bersama-sama me­nunggu, sabar sehingga semua isu dapat diselesaikan,” katanya.

Mohd. Isa bercakap kepada Mingguan Malaysia ketika melawat bilik operasi akhbar itu sempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Beliau merujuk kepada kenya­taan Muhyiddin dalam catatan Facebook miliknya semalam ketika mengulas ucapan dasar Presiden UMNO yang menegaskan, pemim­pin yang wajib ditaati ialah pe­mimpin yang taat kepada perintah Allah, amanah, jujur, berintegriti dan bersih serta menjauhi perkara-perkara mungkar.

Mohd. Isa berkata, mungkin juga masing-masing ada perkiraan politik dan Muhyiddin berpandangan itu adalah langkah terbaik.

Ditanya sama ada masih ada ruang kedua-dua pemimpin itu berdamai, beliau berkata:

“Ini bergantung dan pengamatan saya berdasarkan ucapan Presiden dan reaksi Muhyiddin, nampaknya beliau me­larikan diri. Apabila melihat kenya­taan terbaharunya Muhyiddin sudah mempunyai pandangan yang berbeza.

“Jadi maknanya beliau meng­anggap pemimpin yang ada sekarang tidak bersih dan dia tidak boleh bersama. Oleh itu, tiada apa yang perlu kita harapkan lagi. Yang penting sekarang kita perlu teruskan perjuangan,” katanya.

Mohd. Isa berkata, beliau juga sukar hendak meramalkannya ke­rana Muhyiddin ketika ini tidak mahu menerima kepemimpinan Najib dan menganggap Presiden UMNO sebagai pemimpin tidak bersih.

“Beliau merupakan pemimpin yang bersih. Bila ada pemimpin yang mengaku bersih dan kata orang lain tidak bersih maka susahlah. Maknanya jika Muhyiddin kata orang lain tidak bersih, beliau bersihlah?” soalnya.

Kata beliau, sewajarnya selepas Najib membuat penjelasan dan jawapan pun telah diberikan, Muhyiddin tidak perlu memanjangkan lagi isu itu.

“Masalahnya dia ambil semangat lain. Sekiranya terus menganggap Perdana Menteri tidak betul bagaimana hendak satukan. Kita boleh berusaha tetapi batang tubuh yang mainkan peranan utama,” katanya lagi.

Utusan






21 Komen to Usaha damai Najib-Muhyiddin nampak sukar

  1. azmi says:

    Saya setuju dengan artikel ini dan saya setuju apa yang Isa Samad kata:-
    “Beliau merupakan pemimpin yang bersih. Bila ada pemimpin yang mengaku bersih dan kata orang lain tidak bersih maka susahlah. Maknanya jika Muhyiddin kata orang lain tidak bersih, beliau bersihlah?”
    He he he..ada tak lagi pemimpin dan bekas pemimpin UMNO yang betul2 jujur dan bersih..
    MAI HABAK KAT AKU…..

  2. dkds says:

    sudah sampai masanya Muhyiddin meninggalkan saf kepimpinan UMNO dan menjadi ahli biasa…tunggu sahaja pemilihan untuk mencabar Presiden

  3. Sen says:

    Berpuluh tahun DSN sabar melihat kerenah Tun M dengan kroni YTL dan lain-lain. Ambil langkah yg betul selepas DSN jadi PM. Fikir-fikirkanlah TSMY

  4. Memang Terok says:

    Apabila TSMY katakan yang Najib tidak bersih, itu adalah dikaitkan dengan 1MDB dan duit dalam akuan peribadi Najib. Apabila TSMY dalam ucapannya dimalam pra-himpunan parti telah memetik firman Allah dalam surah suci yang berbunyi ” jika kamu melihat kemungkaran berlaku, maka hendaklah kamu halang dengan …..
    Itu juga dihalakan pada dua perkara diatas.

    TSMY talk pernah sebut issue lain kerana barangkali dia sedar bahawa apa kurangnya dia. Dia sudah kaut banyak harta sewaktu di Johor jadi MB. Berpindahnya dia ke kabinet pun adalah usaha kerajaan pusat untuk selamatkan dia selepas penolakan orang Johor terhadapnya yang bercita2 untuk jual Larkin dan Kg Melayu Majidee atas nama pembangunan. Orang Melayu bimbang dan risau kerana kedua area itulah satu2 milik Melayu di JB. Jika dijual untuk pembangunan orang Melayu terpaksa menjual semua milik itu dan warisan miliki akan lesap.

    Penulis dari Johor, penulis tidak copypaste fakta ini malah itulah yang berlaku.
    Kerana orang Johor seharusnya penulis sokong TSMY bukan PM. Tapi tidak begitu. Yang salah akan salah dan yang benar tetap benar.

  5. Memang Terok says:

    Semasa baru berpindah kekabinet mentornya yang jadi PM ketika itu dengan berani tanpa segan silu umumkan bahawa TSMY adalam menteri dia yang paling kaya. dari mana datang kekayaan itu kalau dia bersih sangat. Setakat gaji + alaun walau cecah 100K sebulan tidak mebuatkan orang itu jadi kaya raya dalam beberapa tahun saja. Kita perlu kaut 10juta sebulan untuk bergelar kaya selepas 24 bulan.

    Isu 1MDB sudah jelas. Isu duit dalam akaun sudah juga dijelas ., namun TSMY masih menyalak. Kita akui itu silap naJIb yang lupa nak buat MEPS inter-bank transfer dari akaun nya ke akuan TSMY masa awal2 dia dapat dulu. Kalau jumlah 2.6B itu ditransfer padanya 1.0B, dia akan cakap “Najib seorang yang murni dan berhati mulia. Supportlah dia wahai semua rakyat kerana saya sebagai timbalan akan support Najib sampai mati. Support dan support kerana tak ada lagi PM selepas ini yang berhati semulia Najib”

    Ye… itulah lidah politik. Lidah berbelit mengalah ular sawa telan kerbau.

    ddarnRd

  6. Memang Terok says:

    Dakwaan TSMY….Najib seleweng duit 1MDB dan duit dalam akaun beliau ialah duit songlap dari 1MDB. Bagi tujuan analisa, dalam siasat MACC tentunya yang pertama sekali mereka semak ialah punca dari mana duit dalam akuan itu . Adakah transaksi dari luar atau dalam dan sourcenya . Kerana kita transfer duit RM 100 pun bank ada rekod, ada slip remittance.

    Kalau remittance itu besar, bank akan mintak banyak detail supaya dapat disubmit ke BNM sebagai memenohi prosidur biasa.

    TSMY tentunya faham semua itu tapi dek kerana dia rapat dengan seorang yang jual najis untuk buat baja maka badannya sudah berbau najis dan fikirannya tertutup tak boleh berfikir lebih.

  7. Memang Terok says:

    Politik kedai kopi tetap terus kitar semulakan bahawa Najib sebagai PM telah gunakan kuasa premiernya untuk selamatkan diri.

    Issue Atlatunya dikait semasa beliau jadi TPM,belum lagi PM. Apakah sebagai TPM diMalaysia akan buatkan sesiapa jadi kebal undang2. Macam mana dengan kes Anwar ? Kenapa Anwar sebagai TPM tidak jadikan dia kebal ? Jawapan …. ini bergantong samada dakwaan itu berdasar fakta dan bukti atau hanya fitnah dan percepsi sahaja. Fitnah dan persepsi yang dilempar terhadap PM buatkan dia tetap utuh, nampak kebal dan masih disitu hingga hari ini.

  8. azmi says:

    terbaca dari blog kadir jasin katanya..
    – PAU kali ini adalah medan menyelamatkan Presiden/PM dari skandal
    – PAU dulu pasaran saham naik..PAU kemarin SAHAM jatuh 2 persen
    – Najib dan konco2 tak peduli tentang UMNO pecah dan pentadbiran negara kucar kacir, yang penting kelansungan kuasa
    – jalan penyelesaian krisis Muhyidin n the gang dengan najib n konco2 dah tertutup, najib bertambah kuat tetapi beliau bertambah takut sehinggakan ketua cawangan suruh dia letak jawatan pun kena gantung keahlian
    seterusnya kadir jasin mahu perkara berikut dipertimbangkan..
    1. Menyerah kalah dan tidak berbuat apa-apa. Mohd Najib terus berkuasa. Usaha mencari kebenaran mengenai 1MDB, SRC International/KWAP dan derma/sedekah/zakat RM2.6 bilion akan dilencongkan bagi membersihkan nama beliau.
    2. Ekonomi akan terus menjunam kerana kurang keyakinan manakala rakyat jelata terus ditekan oleh GST, kenaikan kos sara hidup, kejatuhan nilai ringgit dan pengangguran.
    3. Meneruskan usul undi tidak percaya di Parlimen atau pungutan suara secara akuan berkanun (statutory declaration) di kalangan ahli Dewan Rakyat.
    4. Bagi pembangkang, adalah lebih menguntungkan mereka kalau Mohd Najib terus menjadi Perdana Menteri hingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Umno/Barisan Nasional terus lemah dan dengan itu lebih mudah dikalahkan.
    5. Atau mereka menyokong usul tidak percaya/akuan berkanun yang mana mereka berpeluang berkongsi kuasa dalam kerajaan perpaduan nasional. Sekiranya ini berlaku, hilanglah kuasa penentu Umno.
    6. Apabila kuasa penentu terlepas daripada tangan Umno, hatta (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin pun mungkin terlepas peluang mengambil alih dan (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi pula mungkin mencatat sejarah sebagai Timbalan Perdana Menteri yang paling singkat tempoh perkhidmatan, melainkan beliau berpaling tadah.
    7. Jadi, siapakah yang boleh kita harapkan untuk menyelamatkan negara? Kita terpaksa berbalik kepada veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang sedang mempelopori usul tidak percaya/akuan berkanun.
    8. Raja-Raja Melayu pun tentunya tidak akan berdiam diri membiarkan negara terumbang-ambing dan hidup rakyat jelata semakin hari semakin susah.

    SO KEPADA PENYOKONG-PENYOKONG NAJIB SILA JAWAB…HE HE HE..

  9. Meriam Buluh says:

    azmi ni penyokong pakatan peminat kadir jasin rupanya. hahaha…

    Malaysia Insyaallah selamat selagi ditadbir oleh kepimpinan Najib dan pemimpin Umno yang masih ada ketakwaan kepada Allah.

    Jangan sampai tanahair kita jatuh kepada pakatan haramjadah & sekutu-sekutu laknatullah di kalangan mereka. Selamatkan negara kita daripada jatuh ke tangan mereka. Termasuk azmi yang mahu mengharuskan maksiat yang dibuat secara sembunyi. Terpengaruh idea syaitan anwar la ni..

  10. Meriam Buluh says:

    hari ini mana ada pemimpin yang betul-betul bersih. Yang berusaha gigih, jujur dan bertakwa pun tak boleh bersih daripada mendapat fitnah musuh esp jika musuh tu puak-puak harbi laknatullah. macam pakatan haramjadah, daPIG, barua RBA…

  11. system baru says:

    Ekonomi dunia ia jangka dua tahun lepas ekonomi dunia akan jatuh ,azmi kerajaan cekup Dari mana duit ITU kalau tak laksanakan gst Dari langgit ke?
    Cuba berfikir harga komuniti dah jatuh minyak,getah,kelapa sawit dah jatuh.
    Cuba berfikir petronas pun dah terpaksa jual logi gas dia di vietnam
    Felda harga kelapa sawit dah jatuh
    Syarikat sapura Kencana yg tendang keluar Anak tun m ITU tak ada untung sebab bergantung oil and gas
    Mana kerajaan cekup wang Dari langit ke? kalau tak dilaksanakan gst itu, Cuba kau cerita dengan aku INI APA cara selamat krisis ekonomi dunia sedang meruncing kita bukan kuasa besar macam rusia nak selamat ekonomi dia terpaksa pergi perang ke syria Dan menberi bantuan senjata pada Iran untuk meningkat harga minyak dunia itu, gst selamatkan Negara kita ini
    Sebab ITU aku tak berapa setujuan sangat Malaysia INI tumpukan sangat industry oli and gas itu.
    Kau tahu tak kenapa ekonomi Thailand tak jatuh sebab
    1)rakyatnya boleh terima gst
    2)pelaburan syarikat gegasi dia tak bergantung pada oil and gas
    3)pelaburan syarikat famasutikan ,makan,produk kecantikan Dan otomotif s

    Saham jatuh perkara biasa, aku ingat lagi cakap abu ya dia bimbang saham ioi jatuh sebab tak dapat keluarga anwar banyar elaun lebih pada Abu ya ITU maklum lah anwar akan sleeping parknar ioi

  12. azmi says:

    laaaa..system baru..
    kerajaan kau dah tak tau mana nak cekau duit eh???
    kerajaan apa UMNO/BN ni??
    tak tau cari yang nampak rakyat sendiri kau rompak!!!
    yang kena cari duit rakyat eh???
    pas tu bagi kat kerajaan kau???
    BIJAK BIJAK BIJAK….

  13. Meriam Buluh says:

    Ada banyak cara kerajaan nak dapatkan duit. Cukai yang dikutip dari rakyat digunakan semula untuk kebaikan rakyat..dinikmati semula oleh rakyat. Mengutip cukai untuk tujuan seperti itu bukan merompak rakyat. Yang bebal berfikiran kuno sahaja akan anggap cukai yang diagihkan semula kepada rakyat itu sebagai merompak.

  14. syaa says:

    oklah klu nak berdamai.tapi yg paling suka mereka tak berdamai ialah macai pakatan haram dan setan2 yg memang suka anak2 adam bergaduh dan bermusuh.jadinya macai pakatan ni tak ubah mcm setan.

  15. syaa says:

    oklah klu nak berdamai.tapi yg paling suka mereka tak berdamai ialah macai pakatan haram dan setan2 yg memang suka anak2 adam bergaduh dan bermusuh.jadinya macai pakatan ni tak ubah mcm setan.setan ni tempatnya neraka.

  16. HANG TUAH says:

    AZMI , NAK MENGHALALKAN SEKS DAN LIWAT, IKUT BOSS ANWAR, HA HA HA

  17. daud says:

    Bila Muhyiddin nk mintak maaf ni…?
    Propa propa Najib dah 2 hari canang Muhyiddin nk mintak maaf dan Najib yg berjiwa besar bersedia memaafkan Muhyiddin… 🙂
    Kelihatan seperti majoriti `ahli biasa’ UMNO yg taknak maafkan Najib…
    Majoriti `ahli biasa PAS’ macamana…?

  18. daud says:

    Satu perkara mengenai Najib dalam isu 1MDB ini yang rakyat sudah mula nampak adalah – Tidak Pernah walau satu kali pun Najib menjawab soalan terbuka secara spontan mengenai 1MDB !

    Betuuul…… yang kita duk baca jawapan2 yang Najib berikan dalam Parlimen semuanya bersifat Jawapan Bertulis.

    Dulu jika ada sebarang isu hangat, sibuklah Penerangan Umno dan pemimpin2 akan turun bertemu rakyat memberi penjelasan tapi dalam isu 1MDB, semua patah kaki. Yang mengaku dah faham dengan jelas pun tak berani nak bertemu rakyat. Kenapa sampai begitu jadinya…???

  19. sireh ke gagang says:

    knp rakyat skrg mudah kena tipu ? – sebab bengap nk memahami isu.pusingkan isu pandai , cari fakta dgn agensi terbabit tak kuasa nk buat .

    knp rakyat skrg suka menyalahkan najib ? – sbb najib tak ikut mahathir. buat mcm2 bangunan , buat kemudahan yg rakyat boleh sengih selfie amik gambar dpnnya.walhal , nk masuk merasa ke tempat terbabit , mmg tak mampu pun.

    knp rakyat skrg suka dgr berita khabar angin ? – sbb khabar angin (fitnah) itu indah. dihiasi oleh syaitan2 anak iblis untuk buat anak2 adam saling berbalah tanpa penghabisan.

    adakah ini zaman yg disebutkan oleh nabi SAW sebagai zaman fitnah ? – iya. sebab mentaliti majoriti rakyat yg suka pd berita palsu , fitnah , adu domba .semuanya terbukti sudah.

  20. Meriam Buluh says:

    daud wrote:

    “Satu perkara mengenai Najib dalam isu 1MDB ini yang rakyat sudah mula nampak adalah – Tidak Pernah walau satu kali pun Najib menjawab soalan terbuka secara spontan mengenai 1MDB”

    Kebenaran lebih utama. Spontan atau bertlis perkara kedua. Lumrah dunia orang petah berucap, hebat berdebat & dapat menjawab spontan dipandang hebat. Pasal tu penyokong pakatan retard terpesona dengan karisma silap anwar sampai aktiviti songsangnya tak diambil peduli.

  21. Meriam Buluh says:

    “Satu perkara mengenai Najib dalam isu 1MDB ini yang rakyat sudah mula nampak adalah – Tidak Pernah walau satu kali pun Najib menjawab soalan terbuka secara spontan mengenai 1MDB”

    Kebenaran lebih utama. Spontan atau bertulis perkara kedua. Lumrah dunia orang petah berucap, hebat berdebat & dapat menjawab spontan dipandang hebat. Pasal tu penyokong pakatan retard terpesona dengan karisma silap anwar sampai aktiviti songsangnya tak diambil peduli.

Leave a Reply

Threesome