Menu Utama

Untung Tak Dipecat, Tapi Akhirnya Ditogel Depan-Depan

picsart_12-10-11-43-401

ASALNYA penulis kecewa bila Majlis Tertinggi (MT) UMNO sendiri buat keputusan untuk tidak memecat Muhyiddin Yassin.  Sedetik di hati penulis, memang cari bala simpan orang macam ini lama-lama.

Tapi langsung penulis tak terfikir bahawa keputusan tak memecat tu bukan saja-saja dibuat, tapi ada strategi lain di belakangnya.  Pecat seteru politik ini rupanya kerja yang terlalu senang, kenapa nak bagi dia senang ye tak?

Lagi dari itu, pecat ini silap-silap boleh bagi simpati dan peluang untuk dia kenakan kepimpinan lebih teruk lagi.  Mungkin Datuk Seri Najib Tun Razak belajar dari kesilapan Mahathir mengendalikan pemecatan Anwar dulu.

Kenapa tak dibiarkan saja dia duduk saf depan tu sementara Najib boleh guna peluang memberi ucapan dasar untuk hentam dan kerjakan dia cukup-cukup secara berdepan.  Tak mainlah kutuk belakang-belakang macam pondan balik petang.

Yang disentuh Najib pun bukan batang tubuhnya, tapi jawatannya.  Nama pun tak ingin nak sebut.

Begitulah halus dan berhati-hati permainan politik Najib, ibarat mengulit ayam lah, kulit biar terlerai, daging jangan rosak.  Tapi semua orang yang mendengar ucapan itu dapat rasa siapa yang terkena, yang terkena pun rasa lebih lagi, di depan semua perwakilan pulak tu. Paling pedih, di depan controller sendiri, Mahathir.

Ini semua patut jadi pengajaranlah, Najib bukan calang-calang orang.  Walaupun leluhurnya bangsawan UMNO tapi permainan politik UMNOnya sama setaraf dengan orang yang dibawah-bawah ini pun, malah boleh jadi keras lagi kalau tak hati-hati.

Tak hairan, baru saja beberapa bulan Najib dipanggil pengecut, hari ini dah ada orang panggil Najib diktator.






15 Komen to Untung Tak Dipecat, Tapi Akhirnya Ditogel Depan-Depan

  1. Anak_Nogori says:

    Kalau saya Midin la…saya terjun lombong krn tak tahan tanggung malu…midin tentu sama macam madey, mana tahu malu.

  2. Meriam Buluh says:

    Terjun lombong bukan untuk bunuh diri, tapi nak bersihkan diri yang dah kotor berlumuran najis. Tak cukup mandi di rumah sendiri..satu rumah bau busuk.

  3. Memang Terok says:

    Muhyiddin seorang pemimpin yang berkaliber ini kita semua tahu. Beliau seorang yang berwibawa, berhemah dan tidak jenis orang politik yang huru hara tingkah lakunya.

    Namun bak kata orang jika rapat dengan penjual minyak wangi, kita berbau wangi, rapat dengan penjual bunga, pun kita bau wangi. Jika kita rapat dengan penjual daging badan berbau daging dan jika rapat dengan penjual tahi lembu untuk dibuat baja…. memang parah lah kerana badan akan berbau tahi lembu.

    Beliau telah terlalu rapat dengan sesaorang yangh bukan menjual minyak wangi, tidak jugak menjual bunga. Beliau mendengar sesuatu yang hebat dari orang yang dia rapat itu lalu terpengaruh dengan satu perancangan kearah mencapai satu cita2 dan masa depan cemerlang , maka terjadilah penderhakaan. Beliau tersilap langkah dan kita rasa beliau sedar akan kesilapan itu.

    Najib tidak akan memcatnya. Najib jugak tidak akan menghukum Madey. Najib bijak dengan mathematicnya, walau semua pencacai sering berkata sebaliknya. Najib sudah study suasana akar umbi yang pasti tak boleh terima pemecatan atau hukuman jika diberi pada kedua veteran ini.

  4. Memang Terok says:

    Kita menulis begini bukan untuk memuja. Bukan menyanjung, jauh sekali untuk mengampu. Tidak, tidak, tidak….Ampu pun tak dapat apa kerana PM tak kenal pun penulis.

    Kita tak pernah pun cakap PM Najib pemimpin terbaik, bersifat terpuji, sempurna dan tak buat silap. Tidak, tidak, tidak…..
    Jelasnya TAK ADA seorang pemimpin pun dalam dunia sekarang ini yang layak dipuji kerana sifatnya yang terbaik, luhur, jujur, haq dan maaruf.

    Kita tahu sifat sebegitu Allah hanya beri untuk seorang manusia saja. manusia yang memang dilahirkan tanpa cacat cela, maksum dan dijamin syurga tanpa hisab. Walau pun Allah masih beri kekurangan pada baginda, namun kekurangan itu mempunyai rahsia disebaliknya.

    Baginda Rasul membesar sebagai anak yatim piatu. Baginda juga buta huruf. INi lah kekurangan yang diuntukkan padanya tetapi terdapat banyak hikmah disebalik apa yang disuratkan pada baginda.

    Jika baginda seorang penyair dan penulis yang terbilang…. bayangkan apa yang kafir anggap terhadap kitab suci AlQur’an nul karim yang kita baca tiap hari sekarang . Bahawa ….Itu syair Muhamad, itu tulisan Muhamad, itu buah fikiran Muhamad. Maka baginda dibuta hurufkan untuk memudah makjizat AlQur’an diturunkan dari satu ayat, kesatu ayat yang lain hingga lengkap dan terlalu sempurna kejadiannya.

  5. Memang Terok says:

    Muhyiddin mungkin terus menerus mengatakan bahawa dia memang setia terhadap parti , masih setia dan terus akan setia terhadap Umno. Bahawa perbuatan memintak PM undur bukan tanda tidak setia pada parti kerana president bukan parti, parti jugak bukan president. Ini bermakna menentang president tidak boleh diambil sebagai menentang parti.

    Muhyiddin tidak salah, tapi dia juga bukan betul. Ini kerana jika anda seorang jurulatih bolasepak yang berpengalaman dan meminta jurulatih harimau muda berhenti kerana prestasi buruk dalam perlawanan, semua orang seluruh dunia tahu yang anda sebenarnya ingin ambil alih pasokan harimau muda sebagai jurulatih.

    Tapi jika anda hanya seorang penonton yang mendesak jurulatih ditukar kerana prestasinya, maka itu dikira sesuai dan boleh diterima akal. Anda boleh terus katakan bahawa anda sayangkan team harimau muda dan jurulatih yang tidak pandai itu perlu ditukar segera. Dunia akan tahu bahawa calun jurulatih baru bukanlah anda kerana anda hanya seorang penonton yang suka bolasepak tetapi berkaki bangku.

    Dalam hal Muhyiddin seluruh dunia tahu apa niat dan tujuan dia.

  6. ancus says:

    Cara presiden tu cara orang bacul…bercakap syok sendiri..tak sangka aku selama ni editor ni otak lembab.

  7. haq says:

    Sya tk sgka editor mengesahkn bhawa najib seorg presiden plg bacul dn tdk gentlemen dlm sejarah umno ni. Sepatutnya dia bagi ruang utk muhyiddin jawab Segala tduhan. Dn najib punya ruang kembali utk pthkn hujah muhyiddin di penggulungan. Apa yg najib buat ni mcm pukul org yg diikat kaki dn tngan. Pastu mengaku hebat. Dn lbh malang lg org keliling yg tgk turut puji kata najib hebat. Sya sgt rsau dgn kualiti pemimpin dn perwakilan umno skrg. Ptut la golongan muda yg cerdik mkn tolak umno

  8. Memang Terok says:

    ….bagi ruang untuk muhyiddin menjawab segala tuduhan…. (?)

    Siapa yang tuduh siapa ? Apa benda yang muhyiddin patut jawab.

    Jenis manusia yang tertinggal gerabak kereta api tak payah menulis portal ini lagi baik. Susah nak catch up kalau tertinggal jauh sangat.

  9. Meriam Buluh says:

    memang terok, barua bernama haq tu tidak berpijak di dunia nyata. Dia masih tenggelam dalam fantasi, ilusi dan kontroversi ciptaan diri sendiri. Macam orang mabuk ketum.

    Sawan pewaris pakatan retard dan penyokong pakatan haramjadah akan berterusan. Sabar je la layan karenah dan spin mereka. Relax, buy some kacang goreng, sit down and enjoy their retard show.

  10. haq says:

    Pusing la cmna pun. Kebaculannya ttp terserlah. Heh

  11. Memang Terok says:

    Tentang mana Najib layak dipanggil bacul, pengecut tu kita memang kurang faham. Kalau dia pengecut dia dah cabut lama dah dengan ‘jenayah’ dan ‘skandal’ yang berbagai sebagaimana didakwa oleh pencacai.

    Tapi dia tetap disitu jugak, tak berganjak dan siap jemput semua seteru dia datang kemajlis yang dia jadi chief. Ini pahlawan namanya bukan pengecut. Tak kan menilai benda semudah ini pun tak tahu.

  12. Meriam Buluh says:

    Bila Najib diam belum bertindak pembangkang kata dia penakut, tak ada telur, bacul dsb.

    Bila Najib mula bertindak pembangkang kata Najib kejam, diktator dsb.

    Pembangkang taraf longkang..

  13. syaa says:

    klu dah namanya macai pembangkang apa buat pun takkan betul bagi mereka.apa betulnya mereka?mungkin mereka lebih teruk lagi.klu muhyiddin dlm pkr dah lama kena pecat.

  14. Rahim din says:

    Cuba bagi muhyiddin berucap kat atas tu…kita tgk siapa yg bogel dan gelabah suruh hentikan ucapan…ada brani?

Leave a Reply

Threesome