Menu Utama

UMNO Pernah ‘Mati Hidup Semula’ Di Zaman Dr Mahathir? Lupa?

tunM-L

Penulis terkejut mendengar pendedahan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa beliau sebenarnya berpeluang untuk mencuri sebanyak RM50 bilion dari parti keramat bangsa itu ketika memegang jawatan nombor satu parti.

Katanya, beliau boleh memilih untuk ‘menghancurkan’ UMNO ketika itu, namun kononnya beliau enggan berbuat demikian. Kononnya, beliau selesaikan dulu semua masalah termasuk isu liwat bekas Timbalan Presiden UMNO merangkap bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, barulahlah beliau letak jawatan…

Begitu sekali Dr Mahathir? Beliau berpeluang curi duit UMNO sebanyak RM50 bilion? Sekiranya mencuri duit UMNO sebanyak itu, agaknya berapa bilion ringgit lagi yang tinggal dalam akaun UMNO ketika itu? RM100 bilion atau RM5 trilion?

Benarkah UMNO mempunyai wang sebanyak itu sewaktu beliau menjadi Presiden UMNO? Ada penyata kewangan parti atau mana-mana bendahari UMNO yang boleh sahkan dakwaan Dr Mahathir itu?

Jika benar, ke manakah wang beratus-ratus bilion itu dibelanjakan? Ada resit? Apakah benarkah di zaman beliau tidak pernah berlaku ketirisan? Khabarnya, di zamannya dana diuruskan dalam bentuk tunai. Jika dibawa dari PWTC ke Pagoh, tidak pernah tiris wang itu dalam perjalanan?

Jika benar ada wang sebanyak itu, dari mana pula datangnya wang berkoyan-koyan ringgit itu? Siapa pula penyumbang dermanya? Dari negara mana asalnya? Apakah wujud ‘arab gila’ atau sesiapa saja yang boleh dilabel sebagai ‘gila’ di zaman beliau untuk memberikan wang sebanyak itu kepada UMNO atau Presidennya?

Benarkah UMNO tidak pernah ‘hancur’ di zaman Dr Mahathir? Ingat lagi tentang krisis yang menyebabkan UMNO diharamkan? Masih ingat lagi tentang ‘UMNO lama’ dan ‘UMNO baru’? Masih ingat lagi ketika Dr Mahathir pernah ‘hilang jawatan’ kira-kira 2 minggu?

Pada pandangan penulis, UMNO bukan saja pernah hancur, malah pernah ‘mati’ di zaman Dr Mahathir menjadi Presiden. Apakah kisah yang menjadi penyebab sehingga UMNO terpaksa diharamkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas ketika itu?

Krisis perlembagaan yang menyaksikan Tun Salleh Abas dipecat, merajuk dan menyertai parti pembangkang. Masih ingat lagi tentang pakar perlembagaan yang pernah menjadi mangsa Dr Mahathir? Ketika insiden itu berlaku, apa yang berlaku pada UMNO?

UMNO ketika itu ‘mati’ dan ‘dihidupkan’ semula. Masih ingat bagaimana Dr Mahathir menang menewaskan Tengku Razaliegh Hamzah? Berapa undi beliau menang? Masih ingat lagi bagaimana tertubuhnya parti Semangat 46?

Mentang-mentanglah Presiden UMNO yang terkini, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak sekejam dan sampai hati untuk berlaku ‘kuku besi’ sepertinya, maka beliau diperlekeh dan cuba dijatuhkan Dr Mahathir?

Perlu Dr Mahathir sedar bahawa walaupun Najib tidak sekejam beliau, namun Najib juga tidak lemah, bodoh atau sedangkal bekas-bekas Perdana Menteri yang pernah beliau cuba jatuhkan dulu. Najib bukan Pak Lah atau Tunku Abdul Rahman…

Dr Mahathir fikir Najib tidak tahu tentang gerakan yang beliau buat? Menghasut ketua-ketua cawangan untuk memberontak? Digunakan alasan kos sara hidup, 1MDB dan RM2.6 bilion sebagai ‘umpan’? Hanya mereka yang malas guna akal dan otak, serta tiada semangat kekeluargaan dalam parti saja yang akan berjaya dicucuk hidungnya…

Justeru Dr Mahathir suka mengulang-ulang apa yang beliau katakan walau sudah diberi jawapan, maka penulis pun suka mengulang pesanan penulis meskipun beliau belum menunjukkan respon yang positif.

Penulis pesan, banyak-banyakkanlah zikir pada Allah SWT diusia senja dan berhentilah memburuk-burukkan Najib dengan menggunakan bukti dari Claire Brown. Banyakkan baca Al-Quran dari Sarawak Report. Itu lebih baik buat Dr Mahathir, kan?






7 Komen to UMNO Pernah ‘Mati Hidup Semula’ Di Zaman Dr Mahathir? Lupa?

  1. Org Lama says:

    Kami sudah muak org2 tua suka gaduh. Flashback n nostalgia tak main lah. Malaysia harus dibina jenerasi baru org2 muda. Tinggalkan lah mereka. Tok moyang kita dulu pun berjasa juga, dizaman mereka.

  2. Meriam Buluh says:

    Apa cadangan Tun M, TSMY, pewaris pakatan retard dan penyokong pakatan haramjadah untuk kurangkan kos sara hidup? Senarai harga barangan dan perkhidmatan kawalan ditambah? Kerajaan tetapkan semua harga barang? Kerajaan berniaga gantikan peniaga yang byk manipulate harga brg skrg?

    KJ bising juga hal ni. Tapi tak jelas jalan penyelesaiannya. Pemimpin kurang bermakna.

  3. kri says:

    RAKYAT SUDAH MELUAT NAK TERMUNTAH BILA DENGAR CERITA TUN SALLEH KENA PECAT, TUN SALLEH TAK SIBUK PUN SEBAB APA PENULIS SIBUK. RAKYAT PUN TIDAK ADA MASA NAK AMBIL TAU CERITA LAMA, RAKYAT HENDAK TAU SEBAB APA GST, BARANG MAHAL, RINGGIT JATUH, DAN SEBAB APA ZAMAN MAHATHIR DIVIDEN DAN BONUS DIBAYAR 10 PERATUS KE ATAS, SEBAB APA ZAMAN NAJIB ASN DIBAYAR 7.5 PERATUS, KENAIKAN BARANG SEMAKIN HARI SEMAKIN MAHAL, SAYA NASIHAT PENULIS, KALAU BOLEH JANGAN TULIS CERITA LAMA

  4. Anak_Nogori says:

    Kan madey dah kantoi dah..50b bukan sikit..bukan 2.6b..mana pinya?…kenapa madey beritahu skrg, kenapa tak masa dia ada wang sebanyak tu?..mana detailnya?..apa jadi dgn wang 50b tu?…kayakan kroni2 dia ka utk kuatkan kedudukannya ka?..byk nak tanya ni..mungkin pak abu boleh ulas panjang2 kot.

    Satu lagi…kenapa madey tak jwp lagi duit 73b yg lesap masa dia jd pm?..takkan madey pandai tanya je dan suruh najib jawap..dia kenapa tak jawap?.

  5. che ted says:

    Sejak bila Umno ada 50 billion ? Peninggalan Tun M kpd Tun Abdullah katanya sekitar 1billon shj. Mana pergi yg lain? Agaknya Tun M sudah nyanyuk sampai terlepas cakap benda bukan2 atau…… Doa

  6. megat says:

    Subhanallah, akhirnya dia sendiri meletakkan nilai dan tahap dirinya dimana apabila terlalu byk bercakap dan mungkin atas dasar yg dia sendiri lebih arif, tapi yg pastinya bukanlah utk kepentingan UMNO.

  7. Memang Terok says:

    Madey seorang yang luas pengalamannya. Madey sudah arif benar kalau dia kata pokok kayu depan rumah dia itu berhantu dan kata berkali2, ulang dan ulang untuk semua orang dengar…. yang pertama orang akan termakan dan percaya juga. Kerana percaya itu semua orang yang lalu lalang depan rumahnya akan ternampak benda macam hantu. Ini kerana idea yang telah diterapkan bahawa pokok itu berhantu. Kedua mungkin jugak pokok itu betul2 berhantu selepas itu, kerana itu kerja syaitan.

    Yang selebihnya percakapan Madey itu adalah percakapan politik. Gaya, cara dan helah orang politik berbicara lain dengan cara kita diluar sini.

    Tun Ghaffar (arwah) dalam satu kempen politik dalam menekankan betapa pentingnya ekonomi negara terus mantap pernah berkata.

    ” Tuan2 , kita mesti pastikan pendapatan negara dipertingkatkan dari tahun ketahun. Kita mesti perbanyakkan export dan kurangkan import. Tuan2 cuba kira kalau kita dapat untung 50 sen dalam setiap tan minyak yang kita export, kalau kita eksport 500 tan saja kita sudah dapat untung berbilion billion RM”.

    Kiraan kita baru RM250.00 untung. Kalau dia tersalah cakap 500 ribu bukan 500 tan pun hanya tambah tiga sifar baru jadi RM250,000.00 bukan billion.

    Itu contoh cakap politik dan orang pun tak kuasa menyoal kerana masa hadir dikempen dia tak ada orang bawak kalkulator. Masa itu pun h/phone belum ada. Sekarang h/phone ada aritmatic boleh kira terus.

Leave a Reply

Threesome