Menu Utama

Tunggul Elok Dipotong, Khuatir Tersepak Juga Tersadung

potong tunggulWaima tunggul kayu, tentu sahaja punya harga jika bijak untuk dihias.  Dari kacamata seni, tunggul kayu juga boleh menjadi sangat indah dan penuh seni. Semakin lama ia tersimpan, semakin indah bentuknya, dan semakin tinggi nilai seninya.

Namun ianya bergantung kepada pilihan, samada untuk dipandang indah, atau sekadar berputar-putar dalam bentuk dan kondisi yang sama, berulang-ulang, tanpa sedikit pun pembaharuan. Jika pembaharuan yang dimahukan, maka ianya memerlukan pembuktian, bukan sekadar omong-omong kosong yang berulang sambil mengharap orang percaya bahawa tunggul itu cantik, tetapi begitulah keadaan sekian lama, tanpa sebarang pembuktian akan pembaharuan yang diwar-warkan.

Tunggul juga berisiko terbiar reput, terpaksa dibakar atau hanya terbenam di dalam timbunan sampah dan tanah. Ini hakikat tunggul kayu, yang sekurang-sekurangnya tidak menyusahkan orang lain, bersemadi dengan aman dan tenang bersama alam, secara alami.

Tidak kena gaya, tunggul juga bersifat menghalang, terutamanya di laluan untuk kita semua gunakan.

“Jong jong inai, mak ipong raja wali, sepak tunggul inai, berdarah ibu kaki”. Itu sebahagian dari bait-bait lagu rakyat, yang menceritakan bahaya tunggul kepada masyarakat kita.

Oleh yang demikian, ada ketikanya, perlu untuk kita alihkan, atau potong terus tunggul yang boleh mengakibatkan mudharat kepada kita. Jika mampu alihkan, kita alihkan sambil mencari manfaat kegunaannya, atau keindahannya. Kalau akarnya sudah lama bertunjang, setinggi egonya, maka potonglah ia, agar manfaatnya dapat dinikmati semua.

Pesan orang-orang tua “Jangan berlari terlalu laju, khuatir tersepak tunggul dan jatuh”. Mungkin atas nasihat ini, orang tua memang sudah lama tahu akan sifat tunggul.

Maka, tidak hairanlah jika orang tua juga yang tahu perguna tunggul.






17 Komen to Tunggul Elok Dipotong, Khuatir Tersepak Juga Tersadung

  1. moo says:

    Tunggul yg menyusahkan rakyat dan pengkhianat ialah Najib dan konco2nya..

  2. Memang Terok says:

    Sekian lama mooo mendiamkan diri akhirnya muncul mooo dengan komen dalam bentuk ayat sebaris. Syabas mooo, daripada copy paste bahan recycle lagi elok ayat sebaris.

    Kita semua faham bahawa penentang tidak akan berkata baik pada musuhnya. Namun lebih elok berdiam dari berkata sesuatu yang tidak benar dan terpesong faktanya.

    Kita faham puak anda telah kekurangan peluru , walau pun belum mengalami kehabisan langsong semua peluru. kiTA faham anda semua sedang merana melihat Najib bertambah kuat.

  3. azmi says:

    Bukan senang nak membuang tunggul tersebut yang dah bertunjang puluhan tahun. Jika dibuang juga maka ia akan meninggalkan lubang yang besar, silap hari bulan yang membuang tunggul terjatuh pulak masuk lubang tersebut..

  4. Pemerhati says:

    azmi says:
    December 9th, 2015 at 4:08 PM

    “Bukan senang nak membuang tunggul tersebut yang dah bertunjang puluhan tahun. Jika dibuang juga maka ia akan meninggalkan lubang yang besar, silap hari bulan yang membuang tunggul terjatuh pulak masuk lubang tersebut..”

    tunggul yang dimaksudkan tidak mempunyai akar menjalar panjang serta tidak terbenam terlalu dalam(tanah)…tunggul seperti ini mudah dicabut sekiranya memberi risiko keselamatan(supaya tidak ada sesiapa tersandung, jatuh patah kaki & sebagainya) kepada sebuah padang rata yang menghijau dengan rumput

    selain merbahaya, nampak cacat pemandangan sekiranya tunggul seperti ini dibiar terus berada di tengah padang…sekali lagi, tunggul seperti ini bila dicabut tidak akan menyebabkan lubang yang besar & dalam seperti besar & dalam lubang si ‘azmi’ dimana ‘PUNAI’ tidak perlu menyuruh si ‘azmi’ menyapu KY Jelly terlebih dahulu pada zakar si ‘PUNAI’

  5. kakak says:

    Tunggul itu seperti tunggul kayu bakau, berasap dan memanaskan bumi. Walaupun kayu bakau berguna tetapi tunggulnya dalam diam memusnahkan kerana baranya tersembunyi yang pada awalnya disangka tulus-mulus untuk membantu bumi.

  6. Pemerhati says:

    kiranya tunggul yang ‘kakak’ maksudkan itu sama dengan tunggul2 di Indonesia yang telah menyebabkan keadaan jerebu bila selepas terbakar ianya menjadi bara yang boleh memusnahkan alam sekitar, menyebabkan jerebu berlaku & menyebabkan risiko kesihatan kepada manusia

    selain kepala otak muhyiddin, patut le kepala otak macai seperti si azmi & moo berjerebu juga susah nak faham tentang isu 1MDB & derma 2.6 bilion itu…madey yang menyebabkan jerebu ini berlaku, dia simbah minyak tanah pada muhyiddin lalu muhyiddin membakar diri…bila asap meresapi kepala otak, berjerubu kepala otak muhyiddin susah nak faham fasal isu 1MDB & derma 2.6 bilion

  7. Memang Terok says:

    Soal duit memang buat manusia merah mata sama sendiri. Isu disini ialah duit semata2. Ungkit dan reka cerita mengenai 1MDB ialah duit, isu derma memanglah duit. Kerana PM pegang duit sebegitu banyak, maka semua rival jadi memulas perut, rasa loya, perit tekak,sengal2 badan , pedih hati dan paling ketara mata jadi merah.

    Pada orang tua berketurunan kerala itu mata dia terus jadi merah kerana 2.6B itu pergi ke Najib bukan dia . Masa dia duduk selama 22 tahun tak ada angka sebesar itu. Banyak remittance tetapi tak ada jumlah sebegitu dalam satu remittance.

    REsah madey dibuatnya. Tidor tak lena, makan rasa tak sedap, duduk tak selesa, pendek kata serba tak kena.

    Lepas itu apa yang patut dibuat ???? Ayoh Jatuhkan Najib at any cost. By hook or by crook, by book or by cook . Itu sebenarnya berlaku.

  8. Memang Terok says:

    Pada kita yang middle class ini, atau semi middle class atau high class sekali pun kita tak rasa apa2. Pada kita dia PM tentunya dia accessible pada peluang2 begitu. Kita faham jadi ketua party perlu pastikan kemenangan party untuk terus memerintah. Untuk menang perlu berkempen. Untuk berkempen perlu duit.

    Dari mana nak dapat duit??. Madey beri projek pada kroni. Mereka jadi kaya mereka beri sumbangan. Pak lah pun begitu. Najib dapat dari luar dengan contact dia. Pada Najib itu tidak salah. Kalau salah masakan dia berani approach bank negara untuk remittance itu. Masakan dia berani bukak akaun atas nama sendiri diAMbank.

    Tapi Madey cakap orang gila pun tak derma kapada orang sebanyak itu tanpa harapkan pulangan. Itu pendapat Madey dan pendapat Madey sudah retro.

  9. Anak_Nogori says:

    Buat apa jadi tunggul..krn tunggul ni sudah tentu pokok yg sudah mati..kan lebih baik jadi pokok yg rendang dimana semua org boleh berlindung..dapat gak pahala.

  10. Pemerhati says:

    iya jadilah pokok yang dapat memberi perlindungan(teduhan) kepada manusia untuk membuat sidang DUN dibawahnya, duduk berpiknik dibawahnya, buat sepasang kekasih gay(azmi & moo) bercengkerama dibawahnya & sebagainya

    apa kejadah jadi tunggul kayu buat si tua kutuk itu bakar? silap besar madey fikir tunggul kayu yang dia bakar & terbakar itu boleh bakar jambatan dalam UMNO

    cuba ‘azmi’ jawab siapa ‘tunggul kayu’ itu & siapa ‘tua kutuk’ itu kalau nak dapat hadiah?

  11. system baru says:

    Team 5m ketuanya Mahyuddin ,buat mesyuarat umno club sultan abdul samat kau azmi aku hadir ke? Tak .
    Siapa nak jadi ketua cawangan team 5m boleh lah daftakan nya
    Ramai kroni tun m kaya raya dan tak sedar diri itu suka minta bil out turut hadir nya.

  12. dkds says:

    walaupun mesyuarat MT tidak membicarakan mengenai kedudukan muhyiddin dan shafie, namun kesepakatan ahli MT untuk mengekalkan keputusan awal yang membenarkan hanya Presiden mengulung diakhir perhimpunan adalah satu tamparan buat 2 trio ini.

    adakah mereka akan meneruskan pemberontakan ini? atau menjadi tunggul yang tiada nilai dimata Mahathir?

  13. azmi says:

    Ha Ha Ha…MT masih tak berani buang tunggul..tunggul bukan sebarang tunggul..tunggul berpuaka tu..sapa buang tanggunglah akibat nya..ha ha ha!

  14. moo says:

    1.​NAJIB mendakwa bahawa sebabnya saya tidak sokongnya ialah kerana saya tidak dapat apa yang saya minta.

    2.​Bagi diri saya tidak ada apa pun yang saya minta. Tawaran kerajaan untuk memberi percuma tanah di Putrajaya di waktu saya letak jawatan, seperti kepada bekas Perdana Menteri yang lain, pun saya tolak. Saya minta untuk membeli tanah di Putrajaya dan saya bayar satu juta untuk sekeping. Duit ini dari tabung simpanan saya selama 29 tahun dalam kerajaan. Tak hutang.

    3.​Hadiah yang diberi kepada saya semasa dalam kerajaan saya pulangkan balik. Semua boleh dilihat di Galeria Langkawi dan kediaman PM lama di Jalan Terengganu, off Jalan Damansara.

    4.​Yang saya minta dari Najib ialah untuk negara dan untuk rakyat. Semuanya ditolak tetapi dalam PRU13 saya masih sokong Najib. Walaupun saya menyatakan Najib harus berhenti jika pencapaiannya dalam PRU13 lebih buruk dari Abdullah dalam PRU 12, setelah kemenangannya dalam PRU13 lebih buruk dari Abdullah saya masih terus menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

    5.​Hanya apabila rahsia hutang dan kerugian 1MDB terbongkar barulah saya tarik sokongan saya daripada Najib.

    6.​Kalau kerana jambatan tidak dibina, sudah lama saya berhenti dari menyokongnya. Kalau kerana landasan berkembar elektrik tidak dibina dari Johor Bahru ke Padang Besar, sudah lama saya hentikan sokongan saya kepada Najib. Bukan kerana tidak layan permintaan saya untuk negara pun yang saya tarik sokongan saya dari Najib.

    7. ​Najib biasa datang jumpa saya untuk bertanya apa yang saya hendak. Saya fikir ia ikhlas dan saya pun sebut beberapa projek pembangunan untuk negara. Kemudian saya sedar ia sedang mencuba sogok saya dengan cara ini supaya saya tidak bangkit soal 1MDB.

    8. ​Tetapi kehilangan wang kerajaan terlalu besar. Hanya kerana melayan saya tidak boleh dijadikan alasan bagi saya pejam mata berkenaan kehilangan duit kerajaan berbillion-billion. Oleh itu saya teruskan juga membangkitkan soal 1MDB. Apatah lagi apabila RM2.6 billion tiba-tiba didapati ada dalam akaun persendirian Najib.

    9.​ Tidak pernah dalam sejarah Malaysia merdeka, Perdana Menteri Malaysia memiliki sebegitu banyak duit. Untuk apa tujuan pun Perdana Menteri Malaysia tidak harus memiliki RM2.6 billion.

    10.​Yang jelas ialah tanpa duit yang begitu banyak, BN dan Umno telah menang dengan berkali lebih baik dari Najib dalam PRU13. Bukan wang yang boleh beri kemenangan. Khidmat pada rakyat dan keikhlasan niat yang memberi kemenangan bagi parti.

    11. Kononnya duit ini diderma oleh penderma-penderma yang tidak suka dikenali. Mereka pula tidak sanggup memberi terus kepada Umno tetapi sebagai “pemimpin” mereka sanggup beri hanya kepada Najib sebagai pemimpin untuk disimpan olehnya dalam akaun peribadi. Ini tidak masuk akal sama sekali melainkan ada niat untuk tidak menjelas dari mana duit itu datang, menyembunyi perbelanjaan.

    12.​Tuduhan dibuat bahawa Bank Negara tahu. Apa buktinya Bank Negara tahu. Kenapa laporan dari Bank Negara ditolak oleh AG. Apakah AG tidak percaya kepada Bank Negara sedangkan kita dikehendaki percaya Bank Negara berkenaan sesuatu yang hanya disebut oleh Najib, tidak oleh Bank Negara.

    13.​ Adakah lebih meyakinkan jika laporan Bank Negara didedah daripada hanya Najib berkata Bank Negara tahu. Wang 50 million dan lebih yang dimasuk dalam mana-mana bank mesti mendapat kelulusan Bank Negara. Tunjuk sahaja bukti kelulusan Bank Negara berkenaan RM2.6 billion dan Najib akan dipercayai.

    14.​ Percubaan memburukkan nama saya dengan berkata saya juga menyebabkan wang kerajaan hilang kerana tindakan dan pelaburan yang merugikan. Najib sendiri mengaku bahawa dalam perniagaan adakala untung adakala rugi. Yang utama ialah segala yang dilakukan ditulis dalam akaun yang telus dan terbuka. Dan segala urusan dibuat oleh pengawai kerajaan yang bertanggungjawab. Saya tidak terlibat dengan pengurusan terutama pengurusan modal wang. Tugas saya tamat dengan melulus pelaburan. Saya tidak menjadi pengurus atau penasihat eksekutif.

    15. ​Sebaliknya Najib menubuh 1MDB yang dibiayai sebanyak 1 juta sahaja oleh Kerajaan. Najib juga menjadi Penasihat kepada 1MDB.

    16.​1MDB hutang RM42 billion iaitu 42,000 kali ganda lebih besar dari modal. Wang ini dipinjam dengan faedah yang amat tinggi dan komisyen kepada Golden Sachs berjumlah 10 peratus.

    17.​ Wang ini diguna untuk beli stesen janakuasa yang usang dan hampir tamat lesen dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran. Hutang sebanyak RM8 billion diambil alih menjadi jumlah hutang RM50 billion.

    18. ​Stesen digabung menjadi Edra. Tetapi pulangan begitu rendah sehingga tidak dapat bayar faedah dan terpaksa dijual. Ia tidak boleh disenarai kerana akaunnya tidak dapat disah oleh juruaudit. Ia terpaksa dijual kepada syarikat negara China kerana TNB tidak dapat bayar harga yang boleh selesaikan hutang sebanyak RM 18 billion.

    19. ​Baki hutang diguna untuk beli tanah kerajaan dengan harga yang amat murah iaitu RM60 kaki per segi sedangkan tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000 kaki per segi. Harga belian tanah lapangan terbang tidak disebut.

    20. ​Tanah yang diduduki oleh setinggan di Pulau Pinang dibeli dengan harga yang amat tinggi. Sukar untuk dibangun.

    21.​Percubaan dibuat untuk jual tanah Jalan Tun Razak yang dibeli dengan harga RM60 kaki per segi dari kerajaan, kepada Tabung Haji dengan harga RM3,000 kaki per segi (50 kali ganda harga beli). Wajarkah kerajaan rugi sebanyak RM2,940 kaki per segi. Inikah perniagaan stategik 1MDB?

    22. ​Apakah saya pernah buat perkara-perkara seperti ini? Buktikan. Jangan tuduh melulu.

    23. ​Kononnya ekonomi negara tidak teruk.

    24. ​Hakikatnya nilai Ringgit dan harga saham jatuh dengan teruk. Kos sara hidup meningkat dengan GST, subsidi minyak diturunkan, tol dan tambang dinaikkan dll.

    25.​ Pendapatan dinaikkan tetapi daya beli turun kerana nilai Ringgit jatuh. Pengangguran bertambah, termasuk dikalangan lulusan universiti. Perniagaan dan industri menghadapi masalah yang tidak dapat diatasi.

    26. ​Apakah saya yang merosakkan imej negara?

    27. ​Akhbar dunia telah melaporkan berkenaan Jho Low dan persahabatannya dengan Najib, cara hidupnya dan pembelian rumah mewah, pembiayaan filem Wolf of Wall Street bersama anak tiri Najib jauh lebih awal dari sebutan 1MDB oleh saya. Semua ini yang memburukkan imej negara. Ia menjadi lebih buruk kerana laporan tentang pelaburan 1MDB, dan kemudian wang yang terdapat dalam akaun peribadi Najib sebanyak RM 2.6 billion.

    28. ​Jika ada sesiapa yang merosakkan imej negara, ia adalah Datuk Seri Najib sendiri. Sebelum ini imej negara amat baik.

    29.​ Jika apa yang dituduh Najib lakukan fitnah, Najib harus membuktikan semuanya tidak benar. Bahkan Najib perlu saman malu akhbar-akhbar yang melapor. Walaupun kononnya tindakan akan diambil, tetapi tidak ada apa-apa tindakan selain dari menakutkan sesiapa yang membuat teguran atau melapor kepada polis dengan disoal siasat oleh polis, dimasuk dalam tahanan dan dihadapkan kepada mahkamah. Tidak pernah terjadi dimana-mana bahawa orang yang melapor jenayah kepada polis dituduh mensabotaj demokrasi atau menguling kerajaan. Juga peguam pihak yang mengadu disoal oleh polis dan dimasuk dalam tahanan.

    30.​ Orang kampung mungkin tidak kisah. Sebabnya mungkin kerana akhbar tidak dibenar melapor. Tetapi hanya kerana orang kampung tidak ambil kisah, maka perbuatannya curang dan jenayah masih tidak boleh dihalalkan.

  15. system baru says:

    Sudanlah moo kau dari sokong pas tak payah kau nak simpati, tulis bodoh kau itu, dari dulu aku tengok tulis kau menyokong pakatan haramjadah. Orang kampung bukan bodoh mereka semua ada musuk universiti Dan ada WiFi mereka tahu pembohongan PR itu,
    aku tengok menyokong PR di Bandar semua bodoh2 belaka tak tahu bezakan yg mana penipu Dan yg mana kebenaran, sampaikan orang meliwat ada DNA pun Dibontot pun masih cakap kopirasi, ada video lucah pun masih cakap kopirasi Dan muka mirip, itu bijak ke,

    Kos hidup Dah lama meningkat itu hakikat kita kena terima kalau Nak jadi negara majukan, APA yg kerajaan boleh buat kawalnya supaya mereka tak naikan harga barang
    1)negara maju mana ada subsidi kalau ada golongan sasar
    2)negara maju ada fasiliti moden
    3)negara maju ketenteranya kuat

    Macam inilah aku Dah hidup zaman tun m,pak lah Dan najib tak ada zaman mereka harga barang tak meningkat Dan barang tak naik, orang dulu pun boleh cakap tea o ais 80sen je kalau kau meniaga tak kan kau bagi 80sen lagi pada zaman ini, dulu pun zaman tun m Dan pak lah harga barang naik ramai merungut cuma mereka terlepas dari kutukan itu sebab tak media sosial

    Cuba pergi ke jepun mana ada subsidi sangat Dan ketenteran mereka kuat

  16. system baru says:

    Moo kau yakin ke PR memerintah harga barang akan turun, seperti harga era tun m itu. Tea o ais 80sen, aku tengok zaman anak didik tun m itu jadi tbm si anwar pun harga barang Dah naik

Leave a Reply

Threesome