Menu Utama

TOL PLUS: Zaman Mahathir 26% Setiap 5 Tahun, Zaman Najib 5% Setiap 3 Tahun

Keriuhan dan keributan mengenai kenaikan tol ​Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tahun hadapan ialah berdasarkan perjanjian sahaja bukannya keputusan kerajaan atau PLUS lagi. Dalam jawapan kepada Parlimen semalam, Timbalan Menteri terbabit hanya menyatakan kandungan perjanjian bukannya KEPUTUSAN KERAJAAN.

Harga tol belum tentu naik kerana apabila tiba masanya PLUS hanya boleh membuat permohonan tetapi bergantung kepada kerajaan sama ada membenarkannya atau tidak.

Malah seperti ditegaskan oleh Timbalan Menteri Kerjaraya, Datuk Rosnah Sirlin, Manifesto PRU 13 BN menetapkan pengurangan kadar tol secara berperingkat lebuh raya Antara Bandar. Justeru Kerajaan akan berunding dengan syarikat konsesi bagi memenuhi akujanji manifesto tersebut.

DENGAN KATA LAIN, KEMUNGKINAN BESAR TOL TIDAK AKAN NAIK KECUALI KERAJAAN PERLU MEMOHON MAAF KEPADA RAKYAT KERANA GAGAL MEMENUHI JANJI MAIFESTONYA.

Kita lihat sejarah terlebih dahulu. Kerajaan telah beberapa kali membuat penstrukutran semula Perjanjian konsesi PLUS bagi mengurangkan kenaikan tol. Penstrukturan ini telah dilakukan sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 1999, 2002, 2005 dan 2011.

Pada 1999 ketika di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad, kerajaan telah mengadakan rundingan semula dan perjanjian baharu menetapkan kenaikan 26% setiap 5 tahun.

Bagaimanapun pada 2005, di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, satu lagi perjanjian baharu dibuat dengan mengurangkan kenaikan kepada 10% setiap 3 tahun.

Apabila Datuk Seri Mohd Najib mengambil alih pentadbiran beliau mengarahkan kajian dan penstrukturan semula perjanjian. Justeru pada tahun 2011, PLUS dan kerajaan bersetuju kenaikan kadar tol diselaraskan kepada 5% setiap 3 tahun. Dalam penstrukturan semula kadar tol tahun 2011, tiada kenaikan tol sehingga 2015.

Malah kadar kenaikan ini merupakan paling minima pernah dibuat oleh mana-mana konsesi. Sebagai contoh, dalam carta di bawah kita boleh bandingkan kenaikan tol konsesi lain berpuluh peratus berbanding PLUS yang hanya akan naik 3% jika dipersetujui kerajaan. – MYKMU.NET

Peratus TOL

Untuk berlaku adil kita kena melihat fakta.

​Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) telah mula dibina pada tahun 1989 dan siap pada tahun 1994 dengan kos sebanyak RM5.9 bilion. Kos projek ini ditanggung sepenuhnya oleh syarikat konsesi PLUS, kecuali kos pengambilan tanah yang ditanggung oleh Kerajaan. Berdasarkan perjanjian konsesi tambahan terkini (2011), tempoh konsesi Lebuhraya PLUS akan tamat pada 31 Disember 2038. Setakat ini Kerajaan tidak ada perancangan untuk melanjutkan lagi tempoh konsesi tersebut.

Dalam tahun 2011, PLUS telah melaksanakan pengstruktaran semula dimana PLUS terpaksa membuat pinjaman sejumlah RM30.6 billion melalui penerbitan bon. Bayaran balik faedah pinjaman telah mula pada tahun 2012 manakala bayaran pokok hanya akan bermula pada tahun 2017 sehingga 2038.

Syarikat PLUS merupakan pemegang konsesi bagi 6 lebuh raya iaitu:

• Lebuhraya Utara Selatan
• Lebuhraya Lingkaran Tengah ELITE
• Lebuhraya LINKEDUA
• Jambatan Pulau Pinang
• Lebuhraya Butterworth Kulim
• Lebuhraya Seremban Port Dickson

Melalui penstrukturan semula pada tahun 2011, hasil keuntungan terkumpul pemegang konsesi Lebuhraya PLUS sehingga 2014 adalah RM26 juta. Secara puratanya, 50% daripada hasil keuntungan adalah digunakan untuk membayar balik faedah pinjaman. Syarikat PLUS telah membuat pinjaman melalui penerbitan bon berjumlah RM30.6 bilion. Pinjaman ini dibuat pada tahun 2011 semasa penstrukuturan PLUS Berhad.

​20-25% digunakan untuk membiayai kos operasi dan penyenggaraan, ini termasuk lebih kurang 25% jajaran yang tidak dikenakan tol.

​15-20% adalah untuk kerja-kerja upgrading, termasuk pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya, Bukit Gambir, Kuala Kangsar, Ainsdale dan kerja-kerja naiktaraf Lorong Keempat Lebuhraya Utara Selatan.

​Baki 10% adalah untuk bayaran balik kepada pemegang saham yang terdiri daripada KWSP (49%) dan Khazanah (51%).






12 Komen to TOL PLUS: Zaman Mahathir 26% Setiap 5 Tahun, Zaman Najib 5% Setiap 3 Tahun

  1. kunta says:

    Mahathir dah kenyang sangat tapi masih tak kenyangkan lagi taikun taikun dia. Itu sebab dia begitu marah bila terkena kat kroni kroni dia. TOL ni kan legasi beliau sejak dulu lagi

  2. Abu Bakar says:

    Lagi dua hari untuk kerajaan Barisan Najib dan United Mohd Najib Organization menerangkan di parlimen mengenai wang RM 2.63 bilion di dalam akaun peribadi Najib itu.

    Kita menantikan perkara ini, apakah wang itu derma untuk UMNO seperti yang dikatakan oleh Najib, Tengku Adnan, dan Rahman Dahlan, atau wang itu derma untuk kerajaan seperti yang dikatakan oleh Zahid Hamidi, Aziz Kaprawai, dan Wan Adnan Wan Mamat yang beritahu Najib beritahu kepadanya dan 145 ketua bahagian yang lain bahawa wang itu adalah wang derma untuk kerajaan.

    Harapnya Najib tak akan menggunakan Ali Tinju untuk menggelupur di pintu pagar parlimen untuk ‘memaksa’ Speakar Pandikar Amin membatalkan sidang parlimen pada hari itu pula, harapnya jugalah Tengku Adnan dan Ahmad Maslan tidak akan ‘tertidur’ dan kemudiannya ‘mengigau’ sampai mengelupur, terkinja-kinja sambil melolong di dalam dewan untuk ‘memaksa’ Speaker Pandikar Amin membatalkan sidang parlimen pada hari itu atas alasan ‘ancaman keselamatan’ pula.

    Lagi dua hari, Azalina pula nanti jangan beri alasan sakit senggugut untuk tidak hadir sidang parlimen.

    Najib jangan tak datang sidang parlimen pada hari itu ye.

    Rakyat menantikan apakah kelentong terbaharu Najib dan kuncu-kuncu mengenai isu RM 2.63 bilion tersebut.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

  3. Abu Bakar says:

    Zaman Tun Dr. Mahathir dulu ada ke naikkan tol sampai 80% seperti Lebuhraya SILK itu?

    Di zaman Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri dulu, keadaan tidaklah caca marba seperti sekarang ini, harga barang yang berpatutan, kos sara hidup rakyat yang rendah, rakyat boleh simpan wang lagi, sekarang ni sampai terpaksa berhutang untuk biaya kehidupan, inilah legasi pelingkup Najib yang merapu tak tentu hala lepas tu sibuk salahkan Tun Dr. Mahathir pula.

    Perbelanjaan melampau Najib, kos urusan kapal terbang sahaja sampai lebih RM 40 juta untuk tempoh 9 bulan, orang suruhan Najib seperti Jamal Ikan Bakar boleh kata itu bukti Najib buat kerja, kerja apa? Kerja melingkupkan wang negara sahajalah.

    Tak cukup dengan itu, lantik penasihat itu dan ini, nak lantik penasihat apa lagi, di Jabatan Perdana Menteri tu ada 10 menteri dan dua timbalan menteri dalam pelbagai bidang, jadi apa perlunya penasihat yang dikutip dari British seperti Paul Stadlent dan kuncu-kuncunya itu?

    Gaji penasihat yang melingkup ini lebih tinggi dari gaji pegawai kanan kerajaan.

    Lagi satu, jawatan penasihat Najib itu, mendapat kelulusan dari Jabatan Perkhidmatan Awam ke? Mereka ni ada skim gaji ke? Setahu saya mereka ini tidak dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, tetapi melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Najib, Najib yang lantik mereka ini, lepas tu bayar gaji para penasihat pelingkup tu gunakan wang negara pula.

    Kalau nak sangat penasihat tu, maka tak perlulah ada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, apa guna ada pegawai yang bertindak bidang tugasnya?

    Setiap tahun berbilion wang negara lingkup kerana biaya para penasihat pelingkup ini, tak pasal-pasal kerana perangai syok sendiri Najib ini, lingkup punah ranah wang negara dikerjakan oleh para perosak ini.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

  4. Abu Bakar says:

    Pembetulan:

    Bukan bertindak, tetapi bertindan.

    Zaman Tun Dr. Mahathir dulu ada ke naikkan tol sampai 80% seperti Lebuhraya SILK itu?

    Di zaman Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri dulu, keadaan tidaklah caca marba seperti sekarang ini, harga barang yang berpatutan, kos sara hidup rakyat yang rendah, rakyat boleh simpan wang lagi, sekarang ni sampai terpaksa berhutang untuk biaya kehidupan, inilah legasi pelingkup Najib yang merapu tak tentu hala lepas tu sibuk salahkan Tun Dr. Mahathir pula.

    Perbelanjaan melampau Najib, kos urusan kapal terbang sahaja sampai lebih RM 40 juta untuk tempoh 9 bulan, orang suruhan Najib seperti Jamal Ikan Bakar boleh kata itu bukti Najib buat kerja, kerja apa? Kerja melingkupkan wang negara sahajalah.

    Tak cukup dengan itu, lantik penasihat itu dan ini, nak lantik penasihat apa lagi, di Jabatan Perdana Menteri tu ada 10 menteri dan dua timbalan menteri dalam pelbagai bidang, jadi apa perlunya penasihat yang dikutip dari British seperti Paul Stadlent dan kuncu-kuncunya itu?

    Gaji penasihat yang melingkup ini lebih tinggi dari gaji pegawai kanan kerajaan.

    Lagi satu, jawatan penasihat Najib itu, mendapat kelulusan dari Jabatan Perkhidmatan Awam ke? Mereka ni ada skim gaji ke? Setahu saya mereka ini tidak dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, tetapi melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Najib, Najib yang lantik mereka ini, lepas tu bayar gaji para penasihat pelingkup tu gunakan wang negara pula.

    Kalau nak sangat penasihat tu, maka tak perlulah ada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, apa guna ada pegawai yang bertindan bidang tugasnya?

    Setiap tahun berbilion wang negara lingkup kerana biaya para penasihat pelingkup ini, tak pasal-pasal kerana perangai syok sendiri Najib ini, lingkup punah ranah wang negara dikerjakan oleh para perosak ini.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

  5. Abu Bakar says:

    Konsesi sampai tahun 2038 tu diluluskan oleh Tun Dr. Mahathir ke atau Najib? Cer citer, teman nak tahu jugalah.

  6. moo says:

    Bapa aku wpun kerja kerajaan paling bawah mampu beli rumah kos rendah (Landed, coerner lot) di bandar alor setar in 1988. skg ni mampu ke pekerja kerajaan level beliau beli rumah landed kat bandar2 (exclude KL/Penang, JB ler).

    Kos sara hidup jauuuhhh lebih tinggi aka pendapatan benar berkurang. ini pun korang tak nampak…

  7. bajak says:

    pru14 nnt tukar la gomen yg baru…bagi guan eng naik jd pm…sume masalah settle mcm kt penang skrg…kalo banjir nnt bole ckp sbb hujan lebat…kalo x hujan lebat xmungkin jd banjir…xpn bole bagi alasan banjir sbb ktm xselenggara rel keretapi…itu baru masalah banjir dh bole settle blm lagi hal2 yg laen…konpom pm yg baru bole settle

  8. khairul says:

    Katakan duit 1MDB RM42b hilang? (MISSING in thin air??)
    Kemudian dikatakan duit RM2.6b masuk dari 1MDB ke akaun peribadi Najib?
    Fakta ini disokong penuh oleh Wall Street Journal dan Sarawak Report. Tapi mereka terbukti kantoi sekarang ni.
    Sekarang ni nak kata apa? Nak ubah GOAL POST?

    Apa pasal kit siang dan sekutu penyokong pembangkang serta puak anti-Najib dah senyap menyatakan duit RM2.6b tu dari 1MDB?

    Kenapa tak mengaku mereka menipu dalam hal ini?
    Kenapa tak mengaku mereka tidak boleh melihat dengan kebenaran?
    Kenapa senang terpedaya dan mempercayai fitnah?
    Apakah ini melambangkan bentuk serta isi hati mereka?

    Kalau penderma yang budiman serta banyak menderma kepada lain lain pihak yang menyokong Arab Saudi diserata dunia boleh percaya Najib, itu sepatutnya terpulang kepada dia.

    Bagaimana pula puak DAP yang mendapat derma politik dari luar Malaysia dan dalam Malaysia untuk lawan kerajaan? Kenapa Najib perlu dedahkan siapa pendermanya sedangkan puak pembangkang tak perlu dedah?

    Sekurang kurangnya kita tahu putera Arab yang kasi derma kat Najib.
    Tapi puak anti Najib langsung tak berani nak dedahkan siapa sumber derma mereka. Apa pasal?

    Tang mereka boleh, tang Najib tak boleh… Kahak ptuiiiii

  9. jebon says:

    Adakah membaca hikayat2 penglipurlara Tun M ini akan membersihkan semua kemelut yg ditanggung oleh Regim Najib?

    Pemikiran penjilat2 Najib sudah jadi mcm budak darjah 5.

    Apa saja isu2 busuk yg timbul dari Regim Najib akan ditunding kesalahnnya kpd Tun M.

    Seolah2nya selepas itu, bolehlah mereka bergembira dan bersuka ria kerana beban masalah sudah dipindah ke bahu Tun.

    Prajurit2 dulu bergadai nyawa membenteras ancaman komunis.

    Najib n the 1MDB gang, mendabik dada berjaya jual EDRA kpd syarikat China Komunis.

  10. system baru says:

    Lupa ia tun m juga pergi ke china ketika kes memali berlaku setalah dinasihat tun musa jangan ke china kita kena selesai masalah memali ini.he.he.he itu macai tun m konon perjuang penentang komunis, tun m juga bagi pengampunan pada hishamuddin rais komunis boleh balik kemalaysia ini setelah di buang ke rusia. syarikat llp apek ciptaan tun m Dan anwar untuk menipu rakyat ada faham.

  11. Hantu Gigi Jarang says:

    Apasal nak pertahankan Najib sangat ni ye…Pertahankan UMNO la..

  12. jebon says:

    Kahkahkah

    Bila masa Tun ke China masa Memali?
    Bila pulak Tun ampunkan HR?
    Mana bukti syarikat apek tu ciptaan Tun?

    System Baru,

    Jangan fikir, rakyat bodoh, boleh terima je fakta tanpa rujukan dan bukti.

    Ko heboh mengata pembangkang buat fitnah, org lain buat fitnah.

    Pendekatan yg ko buat ni, buat ahli Umno dan rakyat makin benci dan meluat dgn Regim Najib.

    Carilah formula utk tarik hati rakyat, bukan formula nak junjung Najib semata2.
    Serangan2 ke atas Tun, impaknya sgt sedikit sebab rakyat yg hidup di zaman Najib ni tengah pikul sengsara dan rasa malu, marah, meluat dgn perangai2 Najib n the gang.

    Dgn kata lain, kita hidup dlm zaman Najib bukan zaman Tun lagi, ada faham.

    Ada faham.

Leave a Reply

Threesome