Menu Utama

Tidak Hadir Taklimat Presiden, K10 MT Mahu Muhyiddin Digantung Tugas

taklimatpresiden

Majlis Tertinggi UMNO dijangka menggantung jawatan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berikutan kegagalan beliau hadir ke Majlis Taklimat Tertutup Presiden UMNO semalam.

Menurut sumber, Kumpulan 10 orang ahli Majlis Tertinggi UMNO telah memaklumkan kepada Presiden dan Setiausaha Agung untuk membawa usul tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam ini.

Menurut wakil kumpulan 10 MT ini, tindakan Muhyiddin mengadakan Perhimpunan membelasah Presiden parti di Kelab Sultan Sulaiman beberapa hari sebelum Perhimpunan Agung UMNO adalah tindakan yang tidak beretika dan menyebabkan suasana Perhimpunan akan menjadi tidak selesa dan “awkward”.

“Kita berharap majlis tertutup semalam boleh memulihkan suasana pergeseran ini sebelum persidangan yang akan bermula khamis ini. Malangnya ia tidak berlaku apabila Timbalan Presiden memilih tidak hadir tanpa sebab. Ini menunjukkan beliau mahu mencari perpecahan bukan pengukuhan parti.”

Kumpulan 10 bagaimanapun berpuas hati dengan kehadiran Naib Presiden Datuk Seri Shafiee Apdal yang menunjukkan sikap terbuka beliau dalam perbezaan pendapat.

“Kita boleh terima perbezaan pendapat di kalangan pemimpin. Yang kita tidak boleh terima ialah usaha meneruskan dan melebarkan jurang perbezaan ini sehingga menggusarkan akar umbi. Jika Datuk Seri Shafie Apdal boleh hadir majlis semalam, mengapa Timbalan Presiden memilih untuk tidak hadir?

“Bagi kami 10 orang, ‘enough is enough’! Kami mahu MT malam ini menggantung tugas jawatan Timbalan Presiden sehingga diadakan satu siasatan disiplin menyeluruh dijalankan. Sukar kita bersidang dalam keadaan cacing naik ke mata. Lebih banyak agenda rakyat perlu dibahaskan bukannya meneruskan polemik perebutan kuasa.”

Sebelum ini timbul desas-desus bahawa penggulungan Majlis Tertinggi UMNO hanya akan dilakukan oleh Presiden UMNO berikutan kekhuatiran akan timbul ketegangan jika Timbalan Presiden turut menggulungnya.

Bagaimanapun MYKMU.NET sebelum ini membantah sebarang usaha menghalang Timbalan Presiden daripada berucap selagi beliau memegang jawatan tersebut.






10 Komen to Tidak Hadir Taklimat Presiden, K10 MT Mahu Muhyiddin Digantung Tugas

  1. Gengrembau says:

    Ape l umno ni
    Tak gentle lansung
    Saj cari jalan nak buang timbalan peresident
    Suka kau orang lah
    Hari ni hari kau esok lusa hri aku pulak
    Jgn lupa tu

  2. Anak_Nogori says:

    Kata midin dia masih timbalan presiden umno dan beliau masih ahli majlis tertinggi…tapi pesal tak hadir tanpa sebab?.

    Kita ahli umno pun tak mahu timbalan presiden tidak ada displin mcm ni, ni baru dlm parti, apa jadi kalau dia jd pm?..

  3. mark chaipong says:

    Sya begitu teruja dgan 2 kes TSMY lakukan…..

    1. Mengadakan taklimat Tim Presiden di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru 1 hari sebelum PPAU 2015 dgn mengecam Presiden.Padahal perkra2 yg dikatakan adalah perkara yg sama dan faktanya begitu lemah.Betul sebagaimana dikatakan oleh Menteri Komunikasi Dauk Salleh Said Kruak.

    2.Tidak hadir taklimat Presiden

    Dua perlakuan ini pada hemat saya telah merendahkan martabat dia sebagai seorang pemimpin yg sebelum ini dianggap bersuh n baik.

    Sepatutnya sepanjang PPAU 2015 TSMY hanya diam n memerhati…..lakukanlah gerakerja selepas PPAU 2015.

    Sekarang….pada pandangan saya dgn perlakuannya dlm 2 perkara trsebut keadaanya dimata ahli2 UMNO dianggap kurang sopan.

    Jadi….TSMY sdah mula menuju kearah gulung tikar dlm kepimpinan UMNO.

    Wasalam.

  4. Memang Terok says:

    Muhyiddin tidak boleh terima hakikat bahawa dia dipecat kerana ingin memecat. Yang ingin dipecat pulak tu PM yang jadi boss dia yang masih alive and kicking.

    Kita pun kurang faham apa yang dia cuba buktikan, kerana if you don’t like the general you don’t be in the army. You cannot change nor can you transfer him out.
    PM sudah lakukan apa yang betul yeini dia sudah gugurkan seorang askar dibawah commandnya kerana askar itu tidak menyukai dia sebagai genaral. Bahawa askar itu tidak ada kuasa untuk menukar general jadi seharusnyalah askar itu sendiri yang berhenti. Dalam kes ini diberhentikan bukan berhenti sendiri.

    Muhyiddin tetiba rasa bertenaga namun terperanjat rupa2nya itu tenaga palsu yang entah dari mana datangnya, lalu hilang sekelip masa.

    Tidak ke dia menyesal ? tentu dia sesal kerana dia masih sayang jawatan nya. kerana dia tahu dia masih ada beberapa tahun lagi untuk berkhidmat dalam jawatan sama walau tanpa dinaikkan.

    Dia terperanjat kerana sebenarnya boss dia bertambah kuat bukan sebaliknya. OH NO Midin. Mintak saja anak anda nyanyikan satu lagu buat berhibur.

  5. sireh ke gagang says:

    gantung je jawatan org meroyan tu. sampah jgn simpan lama2. nanti mengotorkan rumah kita(UMNO).

  6. Meriam Buluh says:

    Betul. TSMY dah mula kencing merata-rata. Ikut perangai Tun M.

  7. jebon says:

    Cantik sungguh TSMY berpolitik, meninggalkan Najib dan adikong2nya termangu2 mencatur langkah.

    TSMY telah mendapat momentum baru melalui gerakan bersepadu ketua2 cawangan.
    Melihat beliau hadir dlm perbahasan sayap2 penuh ceria, membuktikan gegaran magma akar umbi di bawah sana mmg betul2 hebat.

    Bagi TSMY, PAU 2015 ini sekadar perjumpaan ramah mesra sesama ahli kerana hajat sebenar telah dilafazkan bukan sahaja kpd ahli2 Umno yg mengikuti perhimpunan di KSS tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.

    Ramai tidak sedar, kuasa sebenar berada di tangan akar umbi, di cawangan2.

    Tak lama pun, awal tahun depan akan bermula mesyuarat agung Umno cawangan2.

    Kita tengok, betapa ramai KB2 yg menanah bontot dan telinga kena tibai dgn cawangan2.

    Aku yakin, dalam usul2 nanti mesti akar umbi ajan desak Najib dan KB2 pengampu letak jawatan.

  8. syah says:

    yg komen sokong najib ni buta atau bodoh…tanya diri sendiri..
    cukup2 la tgk najib hancurkan parti keramat dan negara..
    tak tahu malu masih nak memerintah..
    TSMY mewakili suara majoriti ahli umno dan rakyat malaysia…
    Najib PM paling teruk dalam sejarah..
    bukti??tanyala rakyat itu jawapannya..
    jgn tanya menteri atau ketua cawangan sebab mereka semua dh kenyang

    Undur najib,undur najib,undur najib!!takbir

  9. dkds says:

    ketua cawangan yang menyoikong moidin pun tak guna juga…sejak bulan lepas nak buat perhimpunan kumpul 2000 KC pun tak terbuat…duit moidin juga merekakebas buat joli…hahahahaha

Leave a Reply

Threesome