Menu Utama

Tidak Boleh Berucap, Muhyiddin Maki Hishamudin

Kuala Lumpur – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan marah dengan keputusan ahli Majlis Tertinggi (MT) yang memutuskan hanya Datuk Seri Najib Razak akan melakukan ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2015, Sabtu ini.

Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi, sejurus selepas mesyuarat khas tersebut Muhyiddin dikatakan menarik Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ketepi sebelum menjerit sambil mengeluarkan kata-kata kesat bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya.

“Kenapa tak bagi aku berucap, ********* betul” jeritnya kepada Hishamuddin dengan nada berang sebelum beredar.

Menurut sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu, jeritan Muhyiddin itu di dengari oleh beberapa orang ahli (MT) lain yang berada tidak jauh dari tempat kejadian.

Keputusan yang dibuat itu turut mengambil kira perasmian dan penggulungan perhimpunan ketiga-tiga sayap parti hari ini hanya dilakukan ketua pergerakan masing-masing.

Sumber itu turut menjelaskan majoriti ahli MT merasakan adalah tidak wajar untuk membenarkan Muhyiddin memberikan ucapan memandangkan beliau telah melakukan perkara yang bertentangan dengan prinsip parti apabila mengadakan perjumpaan khas semata-mata untuk bagi mengutuk dan menyerang pemimpin tertinggi UMNO Isnin lalu.

Muhyiddin ketika berucap di dalam perjumpaan khas yang diadakan di Kampung Baru itu, sekali lagi membangkitkan isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang jadi punca pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tidak cukup dengan itu, Muhyiddin juga dilaporkan sengaja enggan hadir pada sesi taklimat tertutup presiden dengan pemimpin pelbagai peringkat Selasa lalu walaupun berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditanya mengenai perkara itu.

“Kita dimaklumkan beliau (Muhyiddin) telah sampai ke PWTC, tetapi tidak masuk ke dalam Dewan Merdeka,” katanya sewaktu sidang media di PWTC semalam.

Menurut Zahid sehingga kini pihaknya tidak mengetahui mengapakah Muhyiddin bertindak sedemikian.

Sumber Berita Dari SuaraTV






10 Komen to Tidak Boleh Berucap, Muhyiddin Maki Hishamudin

  1. haq says:

    Hmm kalau btul la hal ni berlaku. Mmg cnfirm dia ada telor. Haha

  2. dindally says:

    Maka hampalah penyokong pembangkang untu lihat muhyiddin kutuk najib di kaca televisisyem. Kalau nak maki buat saja dalam forum pembangkang. Kan seronok ramai-ramai boleh maki. Ini platfprm UMNo, jgn harap la. Korang buatlah demo ye, nbersih lima, enam , tujuh lapan dan beberapa yg korang suka. Tahniah ahli majlis tertinggi UMMNO. K<ita dah berjaya amenyakitkan hati pembangkang dan sikotol. Sehingga belum ada b;ukti najinb bersalah, kami sokong Najib. Susah sangat ke nak cari bukti najib bersalah wahai pembangkang yang kononnya hebat di du;nia ni woooi???? PPTUUUIIII.

  3. Meriam Buluh says:

    Telur TSMY sudah busuk..macam telur tembelang. Tembelang sudah pecah.

  4. zasmj says:

    Anak ulamak pun maki orang ke. Tak puas berucap kat KSS ke…

  5. azmi says:

    “Kenapa tak bagi aku berucap, ********* betul” jeritnya kepada Hishamuddin dengan nada berang sebelum beredar.
    Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditanya mengenai perkara itu.
    Menurut Zahid sehingga kini pihaknya tidak mengetahui mengapakah Muhyiddin bertindak sedemikian.

  6. Org Lama says:

    “Semuanya demi kepentingan parti” ???

  7. raplahjingaa says:

    Hehehe…..mykmu…mykmu

  8. burrpp.. says:

    Kadang-kadang saya terfikir, adakah Tan Sri Muhyiddin akan membenarkan pihak lawan mencerca beliau di atas pentas UMNO seperti apa yg beliau cuba lakukan sekarang sekiranya beliau berjaya menjadi PM?

  9. H2OComms says:

    https://www.youtube.com/watch?v=MTJhfN1RrNI – Respons YB DS Hishammuddin berkenaan posting tersebut.

  10. daud says:

    Kecik jer nampak mykmu sekarang ni…bisa dah hilang 🙂

Leave a Reply