Menu Utama

Tidak Benar Stesen LRT Dibom

lrt amcorpSebaran maklumat di media sosial bahawa berlaku letupan bom di LRT berhampiran Amcorp Mall sebentar tadi adalah tidak benar.

IMG-20151221-WA0069Apa yang berlaku hanyalah kebakaran membabitkan tempat letak kereta di Stesen LRT Taman Jaya berhampiran Amcorp Mall.

Menurut Sinar Harian, Dua buah kereta musnah dan manakala empat lagi kereta hampir musnah selepas parkir kereta di LRT Taman Jaya, Persiaran Barat, Seksyen 52, Petaling Jaya mengalami kebakaran kira-kira jam 1 petang tadi.

Pihak bomba dalam satu kenyataan berkata, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 1.32 petang tadi.

“Kebakaran melibatkan enam buah kereta yang diletakan di parkir, Toyota Vios dan Proton Wira musnah 100 peratus; Suzuki Swift musnah 80 peratus; Proton BLM musnah 70 peratus; Proton Gen2 musnah 20 peratus dan Honda musnah 20 peratus,” kenyataan itu dipetik.

Dalam pada itu, pihak bomba juga memaklumkan bahawa seramai enam anggota yang terlibat dalam membantu memadamkan kebakaran itu.






Leave a Reply

Threesome