Menu Utama

Tangisan Ibu Tunggal Itu Mampu Hapuskan Tangisan Anak Yatim, Balu Mangsa Lahad Datu

ni

Hari ini penulis bermuram durja. Hari ini merupakan hari gelap penulis. Amat ‘sedih’ sekali penulis melihat seorang ibu tunggal menangis, menitiskan air mata di dalam Dewan Rakyat gara-gara sekeping gambar yang memanaskan rakyat Malaysia…

Tidak hanya lebih 100 laporan polis dibuat terhadap ibu tunggal itu, malah dia juga terpaksa ulang-alik ke balai polis memberi keterangan. Dewan Rakyat pula hari ini luluskan usul hadapkan dia ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Kasihan dia…

Sebenarnya, tidak tergamak penulis melihat airmata ibu tunggal itu tumpah. Apatah lagi hanya kerana sekeping gambarnya dengan seorang wanita warga asing. Salahkah ibu tunggal ‘jelita’ itu bergambar dengan anak seorang ‘sultan’?

Pada pandangan penulis, mungkin ramai yang tidak kenal siapa Jacel Kiram. Dia anak ‘sultan’ tahu! Kiranya, boleh dianggap ‘kerabat DiRaja’ juga. Salahkah Nurul Izzah bergambar dengan seorang ‘kerabat DiRaja’?

Puteri kepada Kiram itu jika dinilai, sangat-sangat ‘disayangi’ oleh seluruh rakyat Sabah. Sebut saja nama ‘Jacel’, mereka akan bersorak gembira bukan kepalang mendengar namanya. Mungkinkah Jacel boleh disamakan bagai ‘Lady Diana’ versi Borneo?

Di mata rakyat Sabah, mungkin sekiranya Jacel menyebut hendak ‘turun’ ke negeri itu, maka mereka akan membuat persediaan rapi bagi menyambut ‘Puteri Sulu’ itu. Karpet merah, istiadat ‘DiRaja’, pemeriksaan barisan kehormat, kenduri 3 hari 3 malam mungkin diadakan untuk menyambut ‘Lady Jacel’…

jacel

                            Tak menangis pula masa ni, kan? Lupa nak menangis ke?

Jacel merupakan jurucakap tentera Sulu yang menyerang kedaulatan Sabah? Jacel merupakan anak kepada dalang serangan pengganas Sulu yang membunuh anggota keselamatan negara? Jacel itu antara dalang pencerobohan terhadap kedaulatan negara?

Mungkin itu hanyalah satu dua dakwaan saja, kan? Mungkin mereka tersilap dakwa. Mungkin juga tersalah orang. Mungkin juga Jacel yang bergambar dengan Nurul Izzah tempohari itu merupakan seorang ‘model’. Kehadirannya bertemu Nurul Izzah mungkin barangkali untuk menjadi ‘model poster Anwar’ sahaja.

Salahkah jadi ‘model poster Anwar’? Apakah ia satu jenayah? Apakah tindakan itu merupakan satu pengkhianatan terhadap negara? Apakah menjadikan Jacel sebagai ‘model’ juga melayakkan Nurul Izzah dianggap sebagai ‘treason’?

Cukup-cukuplah menumpahkan airmata Nurul Izzah. Mujur penulis tidak berada di Dewan Rakyat ketika itu. Jika penulis ada di situ, mungkin penulis akan bergegas masuk ke dalam Dewan menghulurkan tisu padanya. Walau berdepan dengan bentara dewan, akan penulis cuba juga loloskan diri…

Pada pandangan penulis, hati rakyat Sabah atau rakyat Malaysia ‘tidak penting’. Perasaan balu, anak-anak yatim dan keluarga mangsa tragedi pencerobohan Lahad Datu juga ‘tidak penting’. Yang ‘paling penting’ ialah hati Nurul Izzah sahaja. Jangan guris hatinya…

korban-ops-daulat-252

Penulis harap, janganlah dikutuk Nurul Izzah disebabkan dia menjadikan Jacel sebagai ‘model poster’. Sebaliknya, pujilah dia setinggi yang mungkin atas ‘kejayaan’nya memperoleh khidmat seorang ‘Puteri Raja’ sebagai ‘model’ untuk kempen bapanya.

‘Kejayaan’ Nurul Izzah itu bukan calang-calang. Penulis yakin tidak ada seorang pun yang mampu menandingi kehebatannya menjalin hubungan baik sebegitu dengan ‘kerabat DiRaja’ yang bertaraf antarabangsa. Bapanya hanya mampu bersahabat dengan John Mallot saja, tapi Nurul Izzah berjaya pikat ‘Puteri Raja’!

Sewajarnya kita semua ‘berbangga’ dengan Nurul Izzah. Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen perlu cadangkan supaya Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah beri ‘pingat tertinggi’ kepada Nurul Izzah atas ‘kejayaan’ tersebut.

tangisan lahad datu

Teringatkan airmata Nurul Izzah di Dewan Rakyat hari ini, penulis teringat pula pada airmata balu, anak-anak yatim dan keluarga wira negara yang terkorban di Lahad Datu. Apakah airmata ibu ‘tunggul’ itu mampu mengatasi airmata dan kepiluan mereka sebelum ini…






8 Komen to Tangisan Ibu Tunggal Itu Mampu Hapuskan Tangisan Anak Yatim, Balu Mangsa Lahad Datu

  1. burrpp.. says:

    Menangis konon

  2. syaa says:

    membazir duit rakyat jer bayar gaji dia.pi duduk filipina la.

  3. itsme says:

    Yg kita jarang tgk menangis hanyalah babi tunggal… ibu tunggal mungkin dh biasa.

  4. tengkudin says:

    pergi kau dari sini ijah…dah makan sedap bagai dengan pengganas…berlako nangis konon…drama air mata pulak..khaarkk ptuii

  5. semangat dato' haron says:

    Watch out, Izzah akan menceburi bidang lakonan x lama lg.

  6. rockers says:

    mykemut..mana zahid Kate nk bg bukti gred A dalang lahad datu..siape nama 3 pemimpin pembangkang tu.sonyap je jang..

  7. Zex1 says:

    Rockers.. nak tau 2 org yg terlibat adalah Nurul Izzah dan Tian Chua. Cuma kepala penyangak sahaja kat dalam belum didedahkan.

    bawak bersabaq noo

Leave a Reply