Menu Utama

Tambang: Akhirnya UMNO & Najib Juga Yang Selesai Masalah

umno_komuter

PERHIMPUNAN Agung UMNO (PAU 2015) tidak seperti mesyuarat parti-parti politik lain di Malaysia ini.  Mesyuarat parti politik, terutama pembangkang, hanya bincang tentang mereka dan politik mereka sahaja, termasuk puja memuja semasa sendiri.

Dalam UMNO, kita tak puja batang tubuh, tapi pertahan institusi, contoh institusi Presiden.  Tak sapa cakap dia rindu Datuk Seri Najib Tun Razak pun dalam perbahasan PAU2015, tapi dalam PKR ada – rindu Anwar la pulak isunya.

Selain itu, PAU2015 bukan sahaja bincang hal UMNO dan yang berkaitan, tapi bagaimana menyelesaikan masalah rakyat secara keseluruhan.  Setiap dihujung PAU, mesti ada hasil yang menguntungkan rakyat, tahun lepas kekal Akta Hasutan.

Tahun ini diskaun tambang.

Benar, yang buat keputusan akhir ialah kabinet dipengerusikan Najib tapi kabinet Malaysia ini bukan bincang hal tambang saja, mereka juga bincang hal lain-lain membabitkan negara.  Kita ada agensi yang bertanggungjawab, mereka inilah yang lihat satu persatu isu dengan teliti sebelum bawa ke mesyuarat kabinet untuk kelulusan akhir.

Ketika kelulusan itu dibawa, kabinet hanya melihat secara dasar sahaja, bukan peinciannya.  Budak atas 7 tahun bayar tambang berapa, budak bawah 2 tahun kena tambang ke tidak, ini semua kabinet tak tengok, hal-hal dasar saja.

Sebab tu dah berpuluh tahun budak umur 7 tahun bayar tambang komuter sama dengan orang dewasa, Menteri KBS baru tahu tahun ini saja, contohlah kita cakapkan ni.

Malaysia ada 13 negeri dan Wilayah Persekutuan, sedangkan hal tambang ERL, LRT dan komuter yang naik selepas 13 tahun baru-baru ini banyak melibatkan orang-orang sekitar Lembah Klang dan beberapa bahagian dalam Negeri Sembilan (bukan keseluruhan negeri pun).

Tapi bila ia dibincang seolah-olah keseluruhan 30 juta rakyat inii juga terbabit, maka UMNO mengambil kiralah pandangan dan seperti mana yang kita lihat, sudah ada beberapa keputusan dicapai dan dalam jangka masa terdekat, akan ada lagi pengumuman-pengumuman yang bakal meringankan sikit beban rakyat Lembah Klang terutamanya.

Bukan sokong kerajaan sangat pun isunya sebab 90% laluan komuter sebagai contoh, adalah kawasan yang diwakili pembangkang.  13 tahun tak naik bukan sokong kerajaan pun mereka ini semua, tapi UMNO, berjiwa besar, masih ambil kira masalah ini walaupun tahu takde untung politik sama sekali.

Tapi itulah UMNO.

Selain potongan separuh harga untuk pelajar sekolah (komuter), untuk sektor Putrajaya (ERL), kita semua masih menunggu apa lagi yang akan KTMB dan syarikat lain yang terlibat akan umumkan seperti mana arahan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO dalam penggulungan Sabtu lepas.

Begitupun, apa pun ia, ingatlah, jasa UMNO semua tu.  Sibuk sangat sangat tanya jasa UMNO, itulah salah satu darinya.






11 Komen to Tambang: Akhirnya UMNO & Najib Juga Yang Selesai Masalah

  1. Meriam Buluh says:

    Tak ramai yang berterima kasih. Ramai tak tahu dan tak mahu bersyukur apabila dapat nikmat. Apabila nikmat Allah tarik..mengeluh, menuduh..

  2. kakak says:

    Perkhidmatan awam di Lembah Klang juga dinikamti oelh semua orang kerana KL. Selangor dan kawasan berdekatan sentiasa dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat – zon fokus untuk bekerja, belajar, bercuti, berihat, berniaga, ziarah-menziarah.

    Budak-budak, kalau musim sekolah, tak sah kalau tak ke KL atau yg berdekatan sekelilingnya kalau ada peluang.

    Sebab itu musim cuti sekolah, zon tengah ini menjadi tumpuan dan sentiasa sibuk sebagai pusat kosmopolitan. Jadi LRT, Monorail, ERl memang penuh.

  3. tony fernandes merapu says:

    dari kepong nak pergi cheras kena naik kapal terbang airasia ke?? kalau lrt dah mahal. baik naik basikal saja. http://www.kinitv.com/video/26811O74

  4. tony fernandes merapu says:

    http://www.kinitv.com/video/26811O74

  5. Tun Teja says:

    Bukan camtu kakak..

    Apa yg mykmu nak nyatakan adalah jumlah susidi pengangkutan awam utk lembah kelang billion yg depa dapat…

    Maknanya duit subsidi utk masyarakat lembah kelang dapat gila2 tetapi sokongannya tiada.

    Maka sebab itulah kita katakan UMNO tetap menjaga rakyat walaupun jelas masyarakat lembah kelang langsung takda ucap terima kasih kpd UMNO.

    Kalau takat orang kedai mai Kl setahun sekali berapa sen la sangat depa bayaq tambang no?

  6. Memang Terok says:

    Bagi pembangkang semua itu merupakan tugas dan tanggong jawab kerajaan yang memerintah. Tugas kerajaan memberi, menyedia, pemperelok dan mebetul segala urusan negara dan kemudahan yang ada untuk keselesaan rakyat dibawah pemerintahannya.

    Ini betul tidak salah dan kita sangat2 bersetuju.

    Malangnya pembangkang kita jenis makhlok perosak. Mereka tidak ada tenaga nak beri, nak sumbang, tapi mereka bernafsu sekali menjahanam apa yang ada. SElepas punah, rosak dan lunyai, yang salah adalah kerajaan bukan mereka.

  7. rockers says:

    dahlah naik Gila babi.najib juga yg turunkn.turun amendenye.Bkn semua org dpt.masuk bakul angkat sendiri je.tu lah umno.

  8. moo says:

    UMNO parti penyangak dan pengkhianat negara!

  9. rockers says:

    bolehlah najib turunkn toll,petrol,electric,kembalikn subsidi gula;beras,hapuskn gst,Naikkn brim 5000 satu keluarga.kata2 najib umpama keramat.anugerah tuhan buat umno.kan tu yg macai sanjung.barulah berjiwa besar

  10. jebon says:

    Ni posting lawak paling bangang.

    Dah tentulah ini salah satu tugas Najib utk menjaga kebajikan rakyat.

  11. kakak says:

    Maknanya apa yang dibuat oleh kerajaan (bukan terdiri dari parti UMNO sahaja) juga dinikmati oleh semua orang secara aggregetnya. Bukan kawasan tertentu sahaja yang dapat faedah. Tapi apa yang dibangkit oleh pembangkang, apa yang kerajaan buat, dianggpa hanya beri faedah orang atau kumpulan tertentu sahaja.

    Di Lembah Kelang ialah pusat pentabiran tetapi tidak menjadi isu kalau tumpuan jaringan kemudahan asas diadakah di situ kerana itu semua menjadi keperluan sebagai tempat pusat segala macam aktiviti. Ini bukan bermakna di tempat /zon lain diabaikanm malah juga diberi tumpuan. Lihat jalan persekutuan dan jalan “feeder’ sentiasa diwujudkan, lebuh raya baru dirancang untuk diadakan seperti jalan pantai barat Perak, Pan Borneo Highway.

    Mereka ini, kalau tak buat, macam-macam komplain, kalau buat pulak, tak sampai tahap yang boleh memuaskan hati. Ada saja yang tak kena.

Leave a Reply

Threesome