Menu Utama

Tak Boleh Ceroboh ‘Ruang Peribadi’, Bagaimana Nak Cegah Khalwat, Mujahid?

mujahid2

Penulis tertarik dengan tulisan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Muhajid Yusof Rawa yang menulis di Malaysiakini tentang isu kumpulan G25 yang mahu kerajaan memansuhkan hukuman bagi kesalahan khalwat di kalangan umat Islam.

Dalam tulisan Mujahid itu, dia menggesa pihak penguatkuasa agama di negara kita supaya ‘tidak menceroboh ruang peribadi’ dalam usaha membasmi maksiat kerana katanya tindakan itu merupakan satu dosa.

Dia sertakan dalil naqli dari surah Al-Hujurat, ayat 12 yang mafhumnya; “dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?,”

Seterusnya, Mujahid lebih cenderung kepada pendekatan ‘nasihat’ berdasarkan Hadis yang dia utarakan berhubung ‘Islam itu adalah agama nasihat’. Jadi, dia menganjurkan supaya nasihat lebih diutamakan berbanding memberi hukuman kepada kesalahan yang dilakukan umat Islam.

Berdasarkan penulisan Mujahid itu, apa yang dia cuba sampaikan ialah penguatkuasa tidak wajar menceroboh ruang peribadi umat Islam ketika membasmi maksiat. Dia juga berpandangan bahawa adalah menjadi satu dosa sekiranya mencari kesalahan atau aib orang. Itu antara intipati yang penulis faham dari penulisannya.

Penulis bukanlah seorang Naib Presiden sebuah parti yang mendabik dada ‘lebih Islam’. Penulis juga tidak sekolah tinggi dan bukan seorang pemegang ijazah kedoktoran dari mana-mana universiti dari Timur Tengah. Penulis cuma umat Islam biasa yang hanya berbekal sedikit ilmu sahaja…

Berhujah dari sudut naqli, kita semua tahu tentang Al-Quran dan Hadis yang menjadi sumber perundangan di dalam Islam. Kandungannya begitu syumul, termasuk mengandungi hukum-hakam agama yang kita perlu praktikkan seumur hidup selaku umat Islam.

Seingat penulis, Allah SWT turut berfirman tentang pelbagai hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan hambaNya. Ia tidak terhad kepada hukum halal, harus, makruh, sunat mahupun haram sahaja.

Sebagai contoh, hukum bagi umat Islam yang berzina, mencuri, merompak, membunuh dan sebagainya. Tidak perlu penulis sertakan ayat mana, surah mana atau hadis yang mana satu kerana penulis yakin semua orang tahu tentang sumber perundangan Islam itu.

Penulis tidak nafikan tentang kepentingan nasihat. Tapi, sekiranya nasihat itu dipatuhi, maka tidak mungkin umat Islam akan melakukan kesalahan. Sebagai contoh, sudah terang-terang Islam menasihatkan supaya umat Islam tidak mendekati zina.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Isra’, ayat 32, yang mafhumnya “dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.”

Bukankah itu ayat nasihat? Tapi kenapa masih ada yang menghampiri zina, malah ada yang terlanjur berzina? Kerana ada umat Islam yang tidak mendengar nasihat dari Allah SWT, bukan? Itulah perkaitan sebenar dengan hadis bertemakan ‘nasihat’ yang diajukan Mujahid itu.

Namun memandangkan masih ada lagi umat Islam yang enggan mendengar nasihat dari Allah SWT, maka apakah Mujahid fikir umat Islam yang gemar berzina atau mendekati zina itu akan mendengar nasihat dari hamba Allah? Jelaslah mereka tidak peduli dengan nasihat, bukan?

Maka kerana itulah dianjurkan kaedah pencegahan dari menghampiri zina. Bagi mengatasi maslahat tersebut, maka sudah tentulah diperbahaskan tentang kaedah pencegahan yang berkesan bagi mengelak berlakunya perbuatan zina di kalangan umat Islam.

Berbalik kepada isu khalwat, penulis mentakrifkan perbuatan itu sebagai salah satu langkah menghampiri zina. Ekoran tidak mendengar nasihat Allah, maka perlulah kedegilan umat Islam itu diatasi dengan penguatkuasaan sebagai langkah mencegah maksiat. Mujahid suka tengok anak luar nikah bergelimpangan dibuat di longkang?

bayi9

Menyentuh tentang ‘ruang peribadi’, Mujahid mengatakan tidak boleh dan berdosa sekiranya menceroboh ruang peribadi seseorang. Apakah takrifan dan maksud ruang peribadi bagi Mujahid?

Pada penulis, ruang peribadi adalah merangkumi ‘private area’ termasuk, rumah, bilik hotel yang tertakluk pada terma ‘P&C’ dan seumpamanya. Malah bagi sesetengah orang, dalam kereta mereka juga adalah ruang peribadi…

Soalnya, apakah Mujahid fikir permulaan zina itu selalu berlaku di pasar malam atau pusat membeli belah di kawasan awam? Apakah Mujahid fikir penguatkuasa agama mampu mencegah bibit-bibit zina seperti khalwat di pasar borong?

Lumrah mereka yang berniat untuk berkhalwat akan menyewa bilik hotel, bawa pulang pasangan ke rumah sewa, malah ada yang ‘sangap’ sangat tergamak melampiaskan nafsu di dalam kereta sendiri, bukan? Selalu kita baca insiden berkenaan di media, bukan?

khalwat

Sekiranya diikut ‘nasihat’ Mujahid itu, maka pihak penguatkuasa agama berdosa sekiranya ‘mengacau’ pasangan berkhalwat di bilik hotel atau rumah sewaan mereka kerana dua tempat itu layak diklasifikasikan sebagai ‘ruang peribadi’. Jadi, bagaimana hendak cegah dari berlakunya zina, mengandung dan lahirkan anak luar nikah?

Apakah sudah cukup dan memadai pihak penguatkuasa agama itu menunggu pasangan-pasangan berkhalwat itu selesai melampiaskan nafsu mereka dengan terpacak berjam-jam di lobi hotel atau di tepi jalan depan pagar rumah sewa? Apakah tindakan itu bertepatan dengan maqasid syari’ah dari sudut pemahaman Mujahid?

Keluar saja pasangan berkhalwat itu, maka mereka diberi tazkirah dan nasihat supaya tidak mengulangi perbuatan dosa tersebut? Bagaimana pula tentang air mani yang sudah bertakung di dalam rahim dan akan menghasilkan ana luar nikah itu? Cukup sekadar ‘nasihat’?

Secara hujah aqli pada pandangan penulis, sekiranya memadai dengan ‘nasihat’ saja, maka tidak perlulah Allah SWT menurunkan firman-firmanNya yang menekankan tentang hukuman sebat, rejam dengan batu dan sebagainya, bukan? Hanya dengan nasihat saja boleh ‘selesai’?

mujahid1

Maaflah sekiranya hujah penulis yang cetek ilmu agama ini menyinggung perasaan Mujahid yang dikatakan tinggi ilmu agamanya dan hebat fahaman agamannya. Jika tidak, takkanlah boleh jadi Naib Presiden sebuah parti yang ‘lebih Islam’, bukan?

Cuma penulis minta jika boleh, Mujahid jelaskan kemusykilan yang penulis utarakan di atas. Itu pun kalau Mujahid terbaca tulisan penulis yang cetek ilmu inilah…






17 Komen to Tak Boleh Ceroboh ‘Ruang Peribadi’, Bagaimana Nak Cegah Khalwat, Mujahid?

  1. Zul says:

    Rasanya lebih baik di perbanyakan serbuan sebagai satu nasihat, kalu boleh guna kuasa tentera tutup pusat urut di malaysia, sebab menjadi pusat jangkitan hiv kpd anak muda dan anak tua juga, haramkan rokok , dan kerajaan sebagai ganti buka pusat teknologi / pusat hiburan baik yg terkawal sebagai ganti bagi hiburan yg tak baik itu,

  2. system baru says:

    Senang mat sabu berkhalwat he.he.he

  3. Memang Terok says:

    Setiap pendapat atau pandangan dari mana2 individu selalunya dibuat bersesuaian dengan cita rasa dan selera diri. Juga yang bersesuaian dengan selera konco2 dan member dalam grup sendiri. Ini bagi mengelak dari ditempelak orang dengan kata2 cakap tak serupa bikin jika apa yang disebut termakan diri.

    Umpamanya seorang yang duduk diatas pernah andaikan bahawa pemberiaan sesuatu yang didakwa rasuah itu bukan rasuah tidak salah kerana itu cuma pemberian, hadiah ikhlas sesaorang untuk sesaorang. Seolah2 kalau ada willing giver, willing taker, itu tidak salah. Ayat mana, hadis mana, firman dalam ayat mana yang berbunyi begitu, tak pulak kita tahu. Hal ini kita pernah dengar bukan rekaan. Serupa dengan kalimah suci boleh diguna pakai oleh sesiapa saja termasok kafir. Asalkan tidak salah guna. Pun kita tak pernah dengar ayat dari surah apa ada sebut kebenaran sebegini pernah diberi. Sedangkan kafir bukan hendak sangat nama suci itu pun. Mereka cuma mahu rosakkan akidah. Pecahkan pegangan kita orang Islam, bukan untuk sebab lain.

    Berbalik pada cerita diatas, tanpa prasangka, tanpa menuduh namun kita tahu boss Mujahid itu apa hobinya. Apa yang pernah dibuatnya.

    Wallahu alam, hanya Allah yang maha pengetahui.

  4. azmi says:

    CARI PUNYA CARI TERJUMPA ARTIKEL LAMA KES KHALWAT..SAJA AKU POST BUAT TATAPAN KITA…

    Dalam banyak-banyak ucapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semasa bersama rakyat Selangor dalam program Karnival Terima Kasih Selangor dahulu, skandal perdana menteri Najib di negeri berdaerah sembilan paling mencuri tumpuan.
    Walaupun tidak menamakan dengan jelas skandal tersebut cuma menyebut nama Port Dickson sebagai kaitan antara Najib dengan ‘insiden khalwat’ tersebut, majoriti rakyat Selangor tahu siapakah artis yang bersama dengan Najib dan apakah yang berlaku pada awal tahun 1995 itu.
    Ketika itu, Menteri Besar Negeri Sembilan ialah Isa Samad dan sudah pastinya dia tahu apa yang sebenarnya yang berlaku.
    Malah pegawai pencegah maksiat Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) yang terlibat dalam serbuan ke atas sebuah hotel di bandar pelancongan terkenal itu pun masih hidup sehingga sekarang, cuma identitinya tidak mahu didedahkan atas sebab keselamatan.
    Pun begitu, kenyataan Anwar Ibrahim yang bernada menyerang Najib kunun mahu merampas Selangor lebih dilihat sebagai satu bentuk peperangan psikologi paling ampun pernah diucapkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu di hadapan lebih 12 ribu rakyat yang membanjiri Kuala Selangor.
    Persoalannya, apakah tindakan balas Najib yang dilihat semakin lemah sehingga hanya mampu menyebut Anwar tidak layak menggantikan tempatnya sebagai perdana menteri.
    Padahal cabaran debat Anwar yang sudah sekian lama pun masih sepi di pihak Najib .
    Apakah Anwar terpaksa melondehkan skandal Najib dengan penyanyi dan pelakon Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain yang terlibat dalam skandal pelacuran kelas atasan yang diuruskan seorang ‘ibu ayam’ bernama Haslinda Merican, baru hendak berhenti berkokok merampas Selangor?
    Malah bukan setakat Ziana Zain sahaja, nama–nama besar dalam industri seni tahnah air ketika itu seperti Erra Fazira, Lidyawati dan Sofia Jane pun terbabit sama!
    Walaupun dunia artis yang bergelumang dengan glamor dan kekayaan dijadikan sandaran sesetengah artis untuk mengejar kehidupan dunia, satu lagi pendedahan juga dikaitkan dengan Haslinda yang berurusan dengan seorang produser filem wanita satu ketika dulu, Julie Dahlan.
    Bagi sesiapa yang pernah mendengar nama Julie Dahlan, pasti akan ingat bagaimana setiap filemnya mesti ada adegan buka dada dan kolam renang.
    Mengikut laporan The Straits Times Singapura pada 30 Oktober 1999, Haslinda bersama rakannya Mohamad Amin Jamadi mengaku seorang produser filem lah yang membekalkan senarai nama artis untuk dilanggan menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan Umno-APCO sehingga meletusnya cerita Najib ditangkap basah dengan Ziana Zain di Port Dickson itu.

  5. bangKano says:

    Wahai Azmi…….

    Kalau benar apa yang hang dakwa tu sila bawa pegawai JAIN untuk mendedahkan skandal Najib…apa hang kita termaklum seseorang insan mesti berani bercakap benar dalam ” mengamalkan kebaikan dan menjauhi keburukan ” untuk menegakkan kebenaran…jangan cuma berkokok berderai-derai tapi di belakang ekor bergelumang. Islam tu sebuah kitab panduan Cara Hidup bagi insan di bumi ini.

    Kalau takpun dedahkan nama pegawai penguatkuasaan tersebut barulah kita dapat menyelesaikan isu yang heboh diperkatakan…kan gitu Azmi….?

    Jangan but fitnah tu satu dosa tau tak…?

  6. mata-mata says:

    Cakap al-juburi pasal blackout tak mahu pulak si BENGONG azni tu cari ye….

    O ye.. Mana ade al-juburi cakap begitu… Yang ada macai2 dia je yang cerita pasal blackout ikut arahan al-juburi…

    Nenek G25 suruh hukuman khalwat dimansuhkan pun si BENGONG azmi sokong… Bagi hujah pun copy paste dari wikileaks… BODOH TAK BOLEH DIIKUT…!!!!

  7. anakbochek says:

    Laaa… dia post ucapan banduan (Anwar) kaki main belakang rupanya. Sia-sia je Azmi dapat dosa fitnah. Oh yea… anything about Najib is not fitnah but everthing about Anwar is fitnah.

    Please try again next time Azmi. Dah basi la.

  8. Memang Terok says:

    Mengaitkan perbuatan orang lain dalam tujuan untuk menampakkan ANwarIbrahim itu elok perangainya… merupakan satu perbuatan mustahil. TEramat tinggi degree kemustahilan nya.

    Ini kerana dosa maksiat AnrwarIbrahim adalah maha hebat tak ada tolok banding.
    Dia setubuhi isterinya
    Dia setubuhi isteri rakan baiknya
    Dia jolok buntut drebar isterinya… adik angkatnya dan beberapa yang lain lagi.
    Dia langgan pelacur cina..
    Dan sebelum dia didakwa dia minum kopi bersama kopi boy dia.

    Ada ke sesiapa lagi dapat atasi kelebihan AnwarIbrahim… OH No, No. Sudah tak ada lagi. Namun inilah orang yang disanjung dan diberi harapan untuk meneraju dan teruskan perjuangan bangsa. AnwarIbrahim bijak bukan bodoh. Yang bodoh ialah pencacai yang ikut belakang nya, hingga dia sendiri pun pelik kenapa orang masih ikut aku. atau kenapa aku masih ada pengikut ??

  9. azmi says:

    anwar ibrahim dah dapat hukumannya kerana meliwat..
    – anwar ibrahim asalnya pun orang UMNO..biasala orang UMNO ni kan..dalam UMNO susah nak cari yang ok..
    – artikel diatas bukan aku fitnah..cuma post untuk baca aja..
    – Yang saudara Memang Terok post ni juga bukan menfitnah kan??

    “Mengaitkan perbuatan orang lain dalam tujuan untuk menampakkan ANwarIbrahim itu elok perangainya… merupakan satu perbuatan mustahil. TEramat tinggi degree kemustahilan nya.
    Ini kerana dosa maksiat AnrwarIbrahim adalah maha hebat tak ada tolok banding.
    Dia setubuhi isterinya
    Dia setubuhi isteri rakan baiknya
    Dia jolok buntut drebar isterinya… adik angkatnya dan beberapa yang lain lagi.
    Dia langgan pelacur cina..
    Dan sebelum dia didakwa dia minum kopi bersama kopi boy dia.
    Ada ke sesiapa lagi dapat atasi kelebihan AnwarIbrahim… OH No, No. Sudah tak ada lagi.
    (BANYAK PAHALA SEDARA MEMANG TEROK HARI INI..)

  10. mata-mata says:

    Si BENGONG pun berkata-kata….

    “artikel diatas bukan aku fitnah..cuma post untuk baca aja..”

    Jadi apa point yang ko nak utarakan sebenarnya?? Setakat suruh orang baca dan buang dalam tong sampah?? Atau nak suuh orang baca dan percaya apa yang ko copy paste tu ke??

    Mana satu point yang ko nak bagitau sebenarnya??

    Kalau nak dibakulsampahkan, aku rasa lebih baik ko tu je masuk tong sampah…

    Kalau nak suruh orang percaya, maksudnya ko nak tabur fitnah tanpa sebarang bukti… Lebih-lebih ambil cakap orang yang memang dilaknat oleh Allah dan Nabi Muhamad…

    Mana satu

  11. mata-mata says:

    Mana satu ko punye point ha si BENGOMG azmi???

  12. al juburi says:

    apa la…azmi…ang ni pn kaki bontot gak ke…meraban mcm xdapat bontot…

  13. falsafah says:

    anwar ibrahim sepatutnya ada 30 orang anak.. anwar ibrahim patut kahwin empat.. sayang kan baka anwar ibrahim tu elok.. handsome.. berkarisma.. bergaya.. mata cantik. bentuk muka pun cantik. gigi cantik.. dahi pun cantik..

  14. jebon says:

    Biarkan Anwar mereput di Sg.Buloh.

    Yg aku heran, MYKMU, heboh2 jaga tepi kain orang, kain sendiri dah terlondeh, koyak rabak.

    Bawah Najib, UMNO dan BN semakin nazak.

    Kalau tak dipulihkan, bersedia je la utk dibungkus dlm PRU14 nanti.

    PAU dah lepas dengan segala keseronokan sorak sorai, mengampu, memuji Najib.

    Di luar PWTC, rakyat menyumpah2,meludah dan berkahak memaki hamun Regim Najib yg seolah2 tak ambil peduli langsung suara2 rakyat yg merintih akibat himpitan sara hidup.
    GST, tol, penarikan subsidi2, kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan, dibalas dgn sindiran2 sinis seolah2 rakyat ini kayu dan batu.

    Baguslah, MYKMU, teruskan jaga kain orang.Pedulikan semua hingar bingar rakyat.
    Tundinglah jari kpd mantan2. Dodoi dan pujilah idola kesayangan korang, kerana…

    UMNO ini NAJIB.
    Kerajaan ini juga adalah semata2 Najib.

  15. bangKano says:

    Buat apa menyumpah seranah pada Najib….tunggulah PRU 14 tahun depan…mana-mana pengundi berdaftar di kawasan parlemen Pekan & DUN Pahang jangan pangkah beliau & BN/UMNO….dah tentu Najib jatuh. Itu cara untuk menaikkan & menjatuhkan sang pemimpin yang kita sayangi/bencii’.

    Membebel tiada gunanya mulut letih hati panas…..!!!!

Leave a Reply

Threesome