Menu Utama

Sukarela? Jangan percaya…
cari dan daftar mereka

KALAU berborak dengan sebilangan orang Melayu, mereka tidak percaya kalau dikatakan kuasa politik di tangan akan melayang jika tidak mendaftar sebagai pengundi.

Kata mereka: “Mana boleh, bukankah perkhidmatan awam sehinggakan angkatan tentera, polis dan sebagainya semuanya terdiri dari kalangan orang Melayu belaka. Mana boleh kuasa terlepas.”

Itu pemikiran cetek yang masih bersarang di minda. Kini, segala­nya ditentukan di atas kertas undi – pangkah mengikut demokrasi undang-undang negara dan antarabangsa.

Masih ingatkah kita satu insiden sekitar 1998 ketika Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO dan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Waktu itu dikatakan wujud satu gerakan semulajadi dari peringkat akar umbi tanpa dorongan UMNO yang secara tiba-tiba menyaksikan lebih 770,000 orang mendaftar sebagai pengundi.

Dikhabarkan, 770,000 orang ini berhasrat menjatuhkan Perdana Menteri ketika itu.

Dan andai kata pilihan raya umum ke-10 dilangsungkan lewat setahun dari itu, bukannya pada November 1999 tetapi tahun 2000, besar kemungkinan mereka yang berdaftar secara sukarela sebagai pemilih berdaftar ini telah mengakibatkan Barisan Nasional (BN) ‘bungkus’ – hilang kerajaan yang dikuasainya.

Waktu itu 770,000 orang ini tak dapat mengundi kerana terikat dengan prosedur dan proses pendaftaran ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Walaupun suasana waktu itu (1998/99) getir dengan Parti Keadilan yang membela Anwar baru didaftarkan dan bertanding buat kali pertama, BN masih mencatat kemenangan majoriti dua pertiga yang kemudian mendorong Perdana Menteri ketika itu mengundur diri.

Pada 2004, lebih kurang beberapa bulan selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) mengambil alih jawatan, beliau membubarkan Parlimen dan menang dengan majoriti amat bergaya sehingga meraih 90 peratus kerusi Parlimen.

Amat perlu diimbau sejarah supaya setiap kali hendak putuskan sesuatu tindakan besar, BN perlu ambil fakta pengundi secara objektif dan berangka. Contohnya jika mahu parti menang besar dalam PRU ke-14, jentera parti harus lakukan secara makro dan terperinci proses pendaftaran pengundi ini.

Barangkali apa yang dilakukan oleh UMNO Melaka boleh diteladani dalam aspek mendaftarkan pengundi baharu.

Pengerusi Badan Per­hubungan UMNO negerinya, Datuk Seri Idris Haron ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam memberitahu:

“Saya sebut berkali-kali bahawa untuk mengembalikan kerusi Parlimen Bukit Katil yang hilang kepada PKR, UMNO Bukit Katil mesti mendaftarkan sekurang-kurangnya 13,500 pengundi baharu.

“Dan angka ini mestilah dipacu oleh jentera UMNO Bahagian Bukit Katil sendiri, tak boleh dipacu orang lain. Tak dapat 13,500, kita lebih baik berkira-kira untuk hilang bukan sahaja Parlimen Bukit Katil tetapi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Baru juga. Jangan percaya kepada pendaftaran pengundi secara sukarela.

“Ini semua tanggungjawab Pemuda dan Puteri yang saya kira masih banyak ruang lagi untuk diperbaiki dalam kerja-kerja ini.”

Utusan






5 Komen to Sukarela? Jangan percaya…
cari dan daftar mereka

  1. dkds says:

    Perlu ditarik tangan untuk mendaftar kerana tahap kesedaran kaum melayu untuk daftar mengundi adalah amat rendah , saya pernah memyaksikan seorang yang sudah berumur 40 tahun baru hendak daftar mengundi…

    tak kisahlah mereka hendak pilih siapa nanti apa yg penting adalah mendapatkan mereka sebagai pengundi barulah cara kempen menyeluruh

  2. Memang Terok says:

    Tabiat orang kita semua benda yang dibuat perlu imbuhan. Tanpa imbuhan akan jadi, buat boleh tak buat pun tak apa. Kita tengok macam mana kapasiti orang mendaftar BRIM berbaris panjang hingga jalan raya jadi sesak oleh barisan orang yang menghalang trafik.

    Untuk menggalak orang mendaftar dengan memberi duit elaun, tak boleh. Beri ole2 atau goodies pun tak sesuai, nanti dipanggil rasuah.

    Untuk itu ada baiknya semasa mendaftar atau ambik duit BRIM suruh sekali mereka daftar mengundi dengan menyediakan kaunter untuk tujuan itu.

  3. jebon says:

    Haaa kan betul apa aku komen sebelum ni.

    Umno kena buat kerja, bukan asyik kipas dan jilat bontot Najib aje.

    2004, Pak Lah menang bergaya, menang besar.
    Awatnya PRU12, Penang,Selangor,Kedah,Perak dan Kelantan melingkup ke tangan pembangkang?

    Nak tau, kena cungkil dlm arkib MYKMU ni.
    Blog ni jugalah yg berkompang menjatuhkan Pak Lah dan KJ.
    Sabit tu, jika ada pembaca2 yg baru nak berjinak2 membaca pos dlm MYKMU ni, jangan panik dan seriau, pasai pa, MYKMU masih hentam KJ.

    Ini semua adalah pengajaran paling berharga.
    Kunun2nya Mahathir dah tak wibawa, kasi turun sama beliau.
    Pak Lah bakal mengerlap ngerlipkan negara dgn kononnya pelbagai idea baru yg akan disuntik oleh KJ.

    Malangnya, Pak Lah tidak bermaya, lesu dan tidur. Beliau digegar dari banyak penjuru termasuk dari MYKMU. Pak Lah yg lelah melepaskan jawatan kpd Najib yg berikrar akan bekerja kuat demi rakyat.

    Siapa tahu, PRU13, Najib yg ‘dikerjakan’ oleh rakyat. Majoriti undi BN makin merosot, Tsunami undi Cina berlaku, BN gagal dapat majoriti mudah 2/3 di parlimen, dan berbagai2 rekod pelik lagi.

    Persoalannya kenapa?

    Kenapa Pak Lah yg pada awalnya begitu mencanak prestasinya akhirnya akur berundur?

    Mengapa Najib yg berkilau2an membawa mesej kemajuan juga tertiarap di kaki rakyat?

    Pendapat aku, itu pentanda, rakyat bukan bodoh, rakyat tahu menilai, rakyat mahu pemimpin yg berintegriti, boleh dipercayai, kuat serta berkarisma.

    Jangan main2 dgn rakyat,jangan gula2kan rakyat,jangan bodoh dan persendakan rakyat.

    Aku amat yakin, jika Najib masih memimpin BN dlm PRU14, maka bersedialah Umno dan BN utk jadi pembangkang.

    Lihat nasib agama Islam dan Melayu di Penang serta Selangor. Renungkan.

    Najib wajib berundur dari Umno dan kerajaan.

  4. arul kekanda says:

    DAPigs da lama apply taktik ni….daftar kan seberapa ramai cina yg muda dan layak mengundi, lepas tu mohon ke SPR tukar kan alamat mengundi ke kawasan kawasan yg DAPig boleh menang…atau boleh retain kemenangan mereka…alamat kat kedah, tapi mengundi kat Penang…apa cer..???

    malangnya Melayu tak berapa nak cerdik akal minda nya…

  5. ubi says:

    kalo daftar tp kerajaan mcm ntah pape….xleh menang umno.
    pemimpin turun padang tny apa kesan gst pd rakyat marhein
    rata2 semua x happy dgn gst.kerajaan gebang ckp bjaya sbb hasil byk tp pd ms yg sm kurangkan subsidi.so persoalan ke mn hasil gst yg sgt bjaya tu.
    perli di igt….brg mahal rakyat x happy,tol mahal lg rkyat skt hati

    apa2 jela kerajaan…..yg pastu ht dh tawar hati dgn kerajaan.
    org yg dpt direct imbuhan mayb happy.tp rakyat cm Aku pbyr cukai tp tsepit dgn kebebasan kerajaan yg bjwa rakyat ni

Leave a Reply