Menu Utama

Star Wars: Realiti Menang Lagi, ‘Miskin’ Rakyat Malaysia Hanya Di FB

star_wars

MENURUT sumber, pawagam di seluruh negara melanjutkan masa tayangan filem terbaru sekuel Star Wars sehingga jam 4 pagi akibat sambutan yang begitu memberangsangkan dari rakyat Malaysia.  Menonton filem di pawagam adalah antara perkhidmatan yang dicaj GST..

Tak lama sebelum ini, hanya minggu lepas sahaja lebih 60 ribu orang membeli tiket untuk menonton perlawatan akhir bolasepak piala Malaysia antara Selangor dan Kedah di Shah Alam.  Selangor adalah sumber kebanyakan maklumat di media sosial yang mengatakan rakyat Malaysia hidup terhimpit akibat polisi pentadbiran sekarang.

Beberapa minggu sebelum itu, ratusan ribu manusia menyerbu pembukaan cawangan baru IKEA di Cheras.  Cheras adalah kerusi DAP yang BN tidak pernah menangi dan dalam kawasan Cheras ada beberapa konsesi tol terletak berhampiran.

Jadi, ini semua bukti bahawa majoriti orang di Malaysia hidupnya tidaklah sesusah mana seperti yang selalu kita baca di media sosial.  Dah mampu berpusu pusu masuk panggung tengok wayang, tengok bola, membeli belah dan sebagainya tu kira ada wanglah.

Fitrah manusia yang nombor satu ialah makan dulu.  Ada lebih baru fikit benda-benda lain.  Tengok wayang, tengok bola ni adalah kategori yang dah terlebih-lebih makan.  Menyokong pendapat tersebut, kadar penyakit yang diakibatkan terlebih makan seperti jantung, kencing manis dan sebagainya, adalah antara tertinggi di Malaysia.

Tapi bila buka FB, Twitter dan lain-lain, macam semua ooang dalam negara ini merempat.  Apa yang penulis jelaskan di atas adalah bukti itu semua hanyalah penipuan semata-mata.

Penulis yakin, ini semua tidak akan berakhir.  Pada masa hadapan bila ada produk popular, filem terbaru dan sebagainya diperkenalkan, orang di Malaysia antara yang berbaris untuk mendapatkannya.

Mana datang susahnya lagi?






10 Komen to Star Wars: Realiti Menang Lagi, ‘Miskin’ Rakyat Malaysia Hanya Di FB

  1. semangat dato' haron says:

    Sila refer komen harga brg sekolah naik.

  2. Meriam Buluh says:

    Rakyat Malaysia ramai yang mengadu susah dalam media sosial kerana ramai yang ada ‘high taste’ kecewa kerana tidak menikmati kesenangan hidup yang diimpikan. Kenapa? Kerana siang malam pagi petang mereka asyik disogokkan dengan kisah manusia yang hidup mewah. Kisah kehidupan Nabi saw tidak dijadikan panduan.

  3. burrpp.. says:

    Kadang-kadang kita ini terlalu bermonolog dengan harga barang, inflasi dan kesempitan hidup. Teruskanlah hidup kerana tak pernah terjadi harga barang semakin menyusut. Begitulah hakikat hidup.

  4. Sen says:

    Amal paling power untuk tarik rezeki ialah Solat. Yang tu kalau jaga penuh dan qada mana yang tertinggal, in sya Allah, Yang Maha Pemberi Rezeki berjanji akan jaga sampai akhirat. Kalau tak jaga Solat.. maka tidaklah dia termasuk dalam perjanjian itu.

  5. dkds says:

    Rakyat Malaysia memang suka pada duniawi , walaupun pada mulut mereka zikir yang utama adalah susah zalim dan sengsara

  6. bangKano says:

    Aku mengakui tak pernah solat tetapi rezeki tetap bertambah kerana aku bijak menguruskan kewangan secara jujur & beramanah dan menjauhkan skim pembiayaan bank dll.

    Solat adalah satu kaedah supaya kita sentiasa patuh pada perentah & larangan Allah…tiada sebarang nas dari Alquran menyatakan solat boleh masuk syurga dan tak solat boleh dihumban ke dalam neraka…..hanya amalan kebaikan dibalas dengan pahala dan kemaksiatan dibalas dengan dosa…amalkan berzakat,bersedekah,sifat kecintaan/sayang menyayangi & membantu pada yang memerlukan dll kebaikan dan jauhkan zina,fitnah,arak,riba dll kemaksiatan yang dilarang..insyaallah kita akan selamat di dunia & akhirat.

    Jika aku tersilap sila perbetulkan dengan nas-nas Alquran yang soheh…….!!!!

  7. semangat dato' haron says:

    Needs over necessities

  8. Teja says:

    Klula mcm tu cra ukuran thap pendapatan rakyat malaysia. Mcm tu kerajaan nk sruh smpai rakyat mrempat ke? Stress n ikat perut? Mmg nk sruh rakyat mrempat tepi jln n mkn ubi kayu n tido dlm kotak konon xnk taste ‘tggi’ n berjimat?

  9. saya says:

    semua rezeki kita datang dari Allah.
    jadi jagalah hubungan kita dengan Allah agar rezeki kita takkan putus.

  10. Gengrembau says:

    Kalu tak susah orang mesia ni
    Tak de la kutu kutu makan dedak ni
    So cerita 1mdb yang dok tipu rakyat mesia ni tak de di spin kan
    Cerita 2.6b dah ade orang kene tangkap rasuah

    Org mesia susah
    Tu sbb kene spin cerita
    Sbb nak dedak lah

    Hehehehehe
    Kalu tak caya apsal kat mykmu ni tak de cerita petrosaudi tipu? Cerita IPIC tipu?
    Masih nak cerita 1mdb business dgn petrosaudi dan ipic arab nyer?
    Padahal business dgn cayman island nyer company…
    Sebab miskin la orang mesia ni.. So ” saya cari makan”

    Dedak dedak dedak la korang ni

Leave a Reply

Threesome