Menu Utama

‘Sebahagian cukai lapangan terbang dibayar kepada ERL’

Sama ada menggunakan perkhidmatan Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) atau tidak, syarikat tersebut akan tetap memperoleh sebahagian daripada amaun cukai lapangan terbang yang dikutip daripada penumpang pesawat yang berlepas dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi pendedahan dalam portal http://www.malaysia-today.net semalam, pengendalinya, Raja Petra Kamarudin mendakwa, perkara itu terkandung dalam sepucuk surat Kementerian Kewangan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bertarikh 21 Ogos 1997 dengan siri rujukan UPE(S)65/3/5.

Dakwa beliau, surat itu merujuk memo daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri ketika itu) yang mengarahkan MAHB membayar ERL Sdn. Bhd. sebahagian daripada cukai lapangan terbang penumpang domestik dan antarabangsa KLIA yang kini termasuk klia2.

“Bayaran MAHB kepada ERL ini bermula dari hari pertama operasi tren itu sehingga akhir tempoh konsesi 30 tahun. Bayaran ini mening­kat sebanyak 10 peratus setiap lima tahun sehingga konsesi berakhir.

“Ini bermakna lambat laun cukai lapangan terbang KLIA dan klia2 terpaksa dinaikkan untuk menampung jumlah pembayaran yang semakin meningkat kepada ERL,” katanya dalam portal tersebut menerusi tajuk Mahathir’s the Malay Dilemma has become the Malaysian Dilemma.

Bermula 1 Januari tahun hadapan, harga tiket ERL akan dinaikkan kepada RM55 berbanding RM35 sekarang bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke KLIA atau klia2.

Peningkatan sebanyak 57 peratus itu merupakan semakan pertama sejak ia mula beroperasi 14 tahun lalu. YTL Corp. Bhd. menguasai 50 peratus dalam ERL Sdn. Bhd.

Menurut laporan penyelidikan, ERL menguasai kira-kira 14 peratus daripada penumpang harian bagi perjalanan ke klia2.

Kata Raja Petra dalam portal tersebut, di bawah perjanjian konsesi, tambang ERL (berasingan daripada cukai lapangan terbang) boleh meningkat kepada RM97 pada tahun 2019 dan kemudian menjadi RM126 pada tahun 2024 berbanding RM35 pada masa ini.

Oleh itu dakwanya, jika kenaikan tambang ERL kepada RM55 bermula 1 Januari ini tidak dibenarkan, maka kerajaan perlu membayar berbilion ringgit sebagai pampasan kepada syarikat itu.

“Berdasarkan kadar di­persetujui dan pembayaran daripada MAHB, ERL telah meramalkan pendapatan lebih daripada RM1 bilion setiap tahun bermula dari tahun depan dan menjangkau RM2.5 bilion setahun pada tahun 2027.

“Ini sebenarnya agak besar memandangkan kos keseluruhan pembinaan projek tersebut adalah sebanyak RM2.4 bilion dan ini (jumlah keuntungan) telah jauh lebih besar (daripada kos pembinaan). YTL telah membuat keuntungan yang besar daripada pembinaan tersebut lama dahulu,” jelasnya.

Dakwa Raja Petra, bukan itu sahaja, terdapat juga peruntukan bagi YTL untuk melanjutkan konsesi ERL selama 30 tahun lagi, yang bermakna mereka akan terus membuat keuntungan untuk generasi baharu kepimpinan syarikat tersebut.

“Oleh itu, sekali lagi, apa yang Dr. Mahathir tulis dan berkata pada tahun 1970 (merujuk buku The Malay Dilemma)? Atau apa yang ditulis hanya untuk pembaca Melayu bagi membantu beliau menjadi Perdana Menteri,” dakwa pengendali portal tersebut.

Utusan






13 Komen to ‘Sebahagian cukai lapangan terbang dibayar kepada ERL’

  1. damai says:

    Kenapa tun hanya berdiam diri dlm isu yg dibangkitkan ini? Jika najib didakwa, najib mesti menjawab segala pertuduhan dan najib dianggap bersalah selagi tidak dapat membuktikan dakwaan itu tidak benar. Jika tun, peraturannya akan jadi berlainan?

    Jika dakwaan ini benar, maka tun benar2 telah mengecewakan hati orang melayu. Tun akan menerima segala cacimaki dan makihamun dari orang melayu. Tun akan diludah orang melayu.

    Kenapa kerajaan bawahan tun memberikan konsesi itu kpd syarikat kepentingan ytl dan menyetujui sebuah perjanjian yg ternyata berat sebelah?? Dan yg paling dikesalkan ialah rakyat yg majoritinya melayu harus menanggung semua ini!!!

  2. rockers beruk says:

    Mana perginya pembela pembela madey kutty. Kenapa senyap membisu. Pergilah jawab kpd Raja Petra atas tulisan beliau. Jika tak jawab nanti maka benarlah apa yg madey kutty telah lakukan. Beliau khianat kepada rakyat dan pemimpin selepasnya.

  3. system baru says:

    Aku pun ada persoalan kenapa jalan kecil di k.L. dulu semua yg dapat tendar itu bagi ytL termasuk jalan kecil dua lorong pun mahu bagi ytL kenapa boleh jadi macam itu? Tanya negarawan malaysia itu ,kenapa 30% DEB boleh gagal, tun m tak boleh bagi alasan bodoh pada kami setelah 22tahun memerintah malaysia

  4. semangat dato' haron says:

    Mamak Kutty tolong cina je…spnjg dia jd PM dia asyik mengutuk melayu. Leteran dia bkn utk mendidik tp lebih kepada menghina. Mamak Kutty cuma gunakan melayu demi capai cita2nya. Jgn percaya pd mamak kutty. Marilah bersatu di bawah Najib

  5. kri says:

    ASN MAMAK KUTTY YANG PERKENAL, UIA, MAMAK KUTTY, BANK ISLAM MAMAK KUTTY, LANGKAWI MAMAK KUTTY, SEPANG MAMAK KUTTY, PUTRAJAYA MAMAK KUTTY, PROTON MAMAK KUTTY, LEBUHRAYA UTARA SELATAN MAMAK KUTTY, KLIA 1 MAMAK KUTTY, JABATAN JABATAN KERAJAAN, PELAJAR PELAJAR MELAYU, PENSYARAH MELAYU SEMUA ZAMAN MAMAK KUTTY. SEBELUM ITU BANGSA ASING, BANYAK LAGI MAMAK KUTTY BUAT, P. RAMLEE PUN MAMAK JUGA (SEBEAH IBU), BUGIS APA DIA BUAT. ALLAH PILIH MAMAK KUTTY 22 TAHUN DIA TAHU DAN AMAT MENGETAHUI. LAGI PUN KETURUNAN MAMAK KUTTY ALLAH YANG MENGADAKAN,BUKAN MANUSIA MENGADAKAN.

  6. mata-mata says:

    MAMAK KERALA tu yang kata jangan percaya pada akhbar luar negara lebih-lebih dari negara barat…

    MAMAK KERALA tu juga suruh rakyat jangan sertai demonstrasi haram kerana penganjur dan para demostrator hanya ada agenda untuk burukkan Malaysia di mata dunia…

    MAMAK KERALA tu suruh rakyat terima apa yang diputuskan mahkamah selepas proses keadilan dijalankan….

    TAPI YANG PELIKNYA KINI…..

    MAMAK KERALA tu percaya sumber berita dari luar terutama dari WSJ, Sarawak Report dan sebagainya…!!!!

    MAMAK KERALA tu turut sertai perhimpunan haram BERSHIT, bukan sehari tapi dua hari berturut-turut hingga sanggup balik dari Pasir Gudang terus ke Dataran Merdeka berjumpa babi-babi kuning….!!!!!!

    MAMAK KERALA tu juga suruh Najib letak jawatan walaupun cakap-cakap bahawa Najib salahguna kuasa atau rasuah tak pernah dibuktikan dari pihak mana sekalipun….!!!!

  7. semangat dato' haron says:

    Woi kri, di sebalik apa dia buat yg ko ckp tu dia bebankan seluruh rakyat Malaysia dgn pelbagai perjanjian berat sblh yg x menguntungkan. Bangsa penipu sejak dr zaman Tun Mutahir dan Raja Mandeliar busuk hati kalo nampak mana2 bangsa melayu @ nusantara berkuasa semua cuba dihapuskan macamlah tanah air bangsanya di sini. Cuba tgk mamak2 kt Penang mana ada budaya melayu tp dlm ic nk tulis melayu tp malu nk mengaku melayu.

  8. semangat dato' haron says:

    Yg tampar budak polis melayu saman kereta kt Penang tu mamak. Sombong dan angkuh

  9. semangat dato' haron says:

    Tanpa mamak kutty negara akan lebih aman namun masalah legasi dan perjanjian2 konsesi berat sblhnya bersama kroni2nya akan terus menghantui generasi Malaysia mendatang utk tempoh beberapa puluh tahun lg. Adakah PM2 seterusnya akan terus dipertanggungjawabkan dgn beban yg mamak kutty cipta?

  10. semangat dato' haron says:

    Tubuhkan suatu Suruhanjaya Siasatan Diraja utk menyiasat segala perjanjian konsesi projek2 mega yg diluluskan pd zaman Mamak Kutty. Sudah tiba masanya rakyat tahu segala masalah yg berlaku bukanlah disebabkan Najib.

  11. mata-mata says:

    Legasi hebat yang ditinggalkan MAMAK KERALA…. Siapa yang guna je perkhidmatan kapal terbang di KLIA, beberapa ringgit dah pasti masuk poket kroni terhebatnya…

    Agak-agak MAMAK KERALA akan ulas atau beri penjelasan mengenai isu ini tak??

    http://buletinsengal.blogspot.my/2015/12/bukti-arahan-tun-dr-mahathir-agar.html?

  12. kakak says:

    Juga kita harus ingat, mengapa apabila hal-hal ini bangkit, Tun Daim yang menjadi rakan seperjuangan TM diam membisu? Setakat mana peranannya? Tidakkah semua tahu sebahagian kawasan Maluri dan sebahagian Jalan Cochrane itu kepunyaannya satu masa dulu.

    Ye, perlu ingat itu kawasan di tengah bandar. Bayangkan nilainya sebagai hartanah sekarang.

  13. kri says:

    woi semangat dato’ haron, AKU SETUJU MAMAK KUTTY BUAT APA, ASN BUKAN UNTUNG MELAYU RUGI, PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN BOLEH KATA SEMUA PEKERJA MELAYU, LAYU LEMBAB, LAGI PUN DIA TOLONG KERONI DIA, MACAM NAJIB BAGUS DIA TIDAK BAGI KEPADA KRONI, Cuba tgk mamak2 kt Penang mana ada budaya melayu, AKU SETUJU 100 PERATUS, BOLEH KATA SEMUA FILEM P. RAMLEE (MAMAK PENANG) CERITA PUTAR BELIT, PERANGAI MAMAK MAMAK JUGA. NAK BUAT MACAM MANA KETURUNAN ALLAH YANG BAGI, BUKAN KITA PILIH.

Leave a Reply

Threesome