Menu Utama

Saudi Naik Minyak: Mitos Minyak Murah Segalanya Murah Memang Palsu

Rafizi-Ramli-Bodoh-20-Sen-Minyak

RAKYAT Malaysia hari ini harus bersyukur kepada Allah swt (atau tuhan mengikut kepercayaan masing-masing) kerana BN menang PRU13.  Walaupun dah lebih 2 tahun sejak BN menang tapi belum terlewat untuk bersyukur kerana hari ini terbukti negara kita ini telah diselamatkan dari tangan-tangan penipu yang dikepalai Anwar dan kuncu-kuncunya.

Soalnya sekarang minyak.

Ikut falsafah pembangkang, ibu kepada segala kenaikan dan penurunan di negara ini adalah minyak.  Negara kita – kata mereka, kaya dengan hasil minyak dan harga minyak semakin hari semakin tinggi, tidak akan turun.  Dari 2008 sampai 2013, itulah zikir mereka hari-hari, minyak murah barang murah, minyak murah barang murah.

Tapi ternyata semua itu salah, nasib baik mereka tak menang atau hari ini rakyat akan betul-betul hidup melarat, bukan bayang-bayang macam mana agaknya hidup melarat seperti sekarang.  Kebergantungan kepada hasil minyak ternyata boleh mengundang padah seperti yang berlaku di beberapa negara Arab.

Penulis katakan begitu sebab pembangkang macam Arab jugak, dia tak nampak cara lain bagaimana nak pelbagaikan hasil negara melainkan dengan minyak.  Bezanya cuma, minyak kat Arab banyak sedangkan negara kita tak berapa banyak minyaknya.

Itupun subsidi minyak masih ditarik balik dan harga minyak naik mencecah antara 40% – 50% di beberapa buah negara Arab dan nak diperkenal GST dan apa segala.  Sebagai perbandingan, negara kita pun tarik balik subsidi minyak tinggal lagi harga minyak kita semakin rendah bukan semakin tinggi.

Sepatutnya perkara ini dijadikan pengajaran supaya jangan percayakan pembangkang.  Kesannya mungkin bukan sekarang tapi akan datang.

Eh, pembangkang nak hapus bayaran parking (di negeri-negeri yang mereka perintah) pun tak mampulah, nak cerita apa bagi semua murah dan percuma kalau mereka perintah Malaysia?  Fikir macam tu saja cukuplah.






14 Komen to Saudi Naik Minyak: Mitos Minyak Murah Segalanya Murah Memang Palsu

  1. sman says:

    Ikhlas saya katakan kalau Pakatan Rakyat yg memerentah sekarang dan Anwar yg jadi PM nya Malaysia sudah tentu bankrupt,atau kucar kacir ,kerana terpaksa berhadapan dgn bantahan rakyat terhadap Pakatan yg mungkir janji mengenai subsidi,biasiswa,tol,harga barang dan perumahan.Begitu juga kalau yg menjadi PM adalah TDM,kemusnahan akan lebih besar kerana keborosan beliau dgn projek mega dan penganugrahan kepada kroni.

    Keberanian PM Najib dan teamnya menghapuskan subsidi minyak dan melaksanakan GST,memang sesuatu yg luarbiasa kerana ianya sangat tepat pada masanya.

  2. rockers says:

    nak bandingkn msia dgn Arab Saudi.mcm langit Dgn bumi

  3. Meriam Buluh says:

    Anuwar al juburi dan penyokong pakatan retard yang selalu bandingkan Malaysia dengan Arab Saudi. Pasal tu dok merapu minta dikekalkan subsidi itu subsidi ini, free itu free ini…

  4. aduhai says:

    Suka ke tidak BN memang memerintah M’sia.

    Masalahnya, BN tak konsisten:

    1) Bila harga minyak dunia naik, kerajaan kata perlu naikkan harga petrol/diesel juga sebab tak mampu nak subisdi
    2) Bila harga minyak dunia turun, kerajaan kata pendapatan Petronas dah kurang dan perlu naikkan harga

    Nampaknya, harga minyak turun atau naik, harga kita naik juga. Mana konsistennya.

    Nota: Jgn pulak ada yang kata ‘harga pun kekadang turun jugak’. Ada naik dan turun tetapi secara umum, harga dah naik jauh lebih tinggi berbanding kenaikan harga minyak dunia.

  5. aduhai says:

    Nampaknya Mykmu dah mula censor/tapis komen

    Sekejap je komen saya dah kena delete

    Komen saya mengikut fakta je…..takde pun mencarut dan sebagainya….fitnah pun takde

    isk…isk…isk

  6. Younger But Wiser says:

    aduhai, komen mana yang kena delete? Saya rasa browser tak tunjuk sebab cookies problem..

  7. Meriam Buluh says:

    Subsidi petrol & diesel perlu rasionalisasi antaranya kerana jumlah kenderaan sekarang dah terlalu banyak tak macam dahulu. Subsidi stail lama lebih menguntungkan orang kaya.

    auhai wrote:

    “Bila harga minyak dunia turun, kerajaan kata pendapatan Petronas dah kurang dan perlu naikkan harga.”

    Bila harga petroleum (Brent) dunia turun, harga petrol & diesel di Malaysia TURUN. Mana ada naik. Kerajaan ambil harga purata. Tapi sekarang dah tak ada subsidi.

    Petroleum menyumbang pendapatan negara yang besar jumlahnya. Apabila harga petroleum rendah dan pendapatan negara merosot teruk, belanjawan negara perlu disemak.

  8. Anak_Nogori says:

    Mcm juga pembangkang kata mereka perintah kalu…pendidikan percuma…alih2 rapizi cadangkan mana2 peminjam ptptn cecah je gaji rm4k..baru potong gajinya..awat tak pegang sampai mati pendidikan percuma tu?..

  9. Aduhai says:

    Meriam buloh,
    2 soalan:
    1) Subsidi dah dikurangkan (termasuk subsidi elektrik, gula dll). Mana pergi nya duit semua nie?
    Dibandingkan brim, penjimatan subsidi jatuh lebih tinggi.
    2) Sila bandingkan harga petrol/disel kita berbanding harga minyak mentah Brent. Gunakan perbandingan 5, 10 dan 15 tahun terdahulu dgn hari nie.

    Tolong kongsikan data. Jgn pakai cakap je.

  10. sireh ke gagang says:

    aduhai bengong , kelantan kena bencana , sabah kena gempa , duit repair segala kerosakan tu datang dari subsidi yg dah ditarik & dikurangkan lah. apa bengaap sangat tak boleh fikir.

  11. sireh ke gagang says:

    yang kau nampak , br1m , br1m .. e-kasih , baucar 1malaysia kau buat2 lupa. kau sendiri pun cakap mcm keling. fakta konon.

  12. Meriam Buluh says:

    aduhai, lain kali apabila Belanjawan dibentangkan, fahamkan elok-elok pendapatan dan perbelanjaan kerajaan. Isu duit subsidi hilang tak ada. Duit yang dijimatkan digunakan untuk perbelanjaan yang lain.

    Harga petrol & diesel sekarang jangan dibandingkan dengan masa ada subsidi dahulu. Kos pengeluaran petrol & diesel hari ini pun makin meningkat. Tak boleh lihat harga minyak mentah Brent semata-mata.

  13. syaa says:

    orang cakap subsidi minyak negara arab yg kaya minyak pun dah dikurangkan.arab pun susah hati sbb harga minyak jatuh.zalim negara arab ni sbb kurangkan subsidi kata pembangkang.

  14. […] Sumber:http://www.mykmu.net/2015/12/saudi-naik-minyak-mitos-minyak-murah-segalanya-murah-memang-palsu/ […]

Leave a Reply