Menu Utama

SAUDI BAKAL MENCONTOHI LANGKAH NAJIB MEMPELBAGAIKAN SUMBER PENDAPATAN BAGI MENANGANI KEJATUHAN HARGA MINYAK

Pada tahun 2009, 41.3% daripada pendapatan negara adalah dari sektor minyak dan gas – berjumlah RM 85.1 bilion keseluruhan pada tahun 2009.

Pada tahun depan, pendapatan untuk sektor berkenaan dijangka berjumlah RM 31 bilion sahaja – berkemungkinan akan menjadi lebih rendah kerana ia mengikut jangkaan harga minyak Brent pada nilai US$48 setong. Pada masa ini, harga minyak Brent ialah US$ 37.80 setong.

Ini bermakna lebih kurang RM 60 bilion hingga RM 70 bilion daripada pendapatan negara akan berkurangan pada tahun 2016 berbanding tahun 2009 – jadi, dari mana tambahan RM 70 bilion setahun boleh diperoleh untuk menyelamatkan ekonomi kita?

Pada tahun 2009, kerajaan memperkenalkan ETP dan Model Ekonomi Baru 2009 kerana sudah menjangkakan senario seperti ini mungkin akan berlaku. Lihat
http://www.epu.gov.my/epu-theme/pdf/nem.pdf

“Dari pertengahan 1970-an, sumbangan daripada minyak dan gas meningkat dan kini menyumbang kira-kira 40% daripada jumlah hasil kerajaan. MBE mencadangkan beberapa pembaharuan dalam mempelbagaikan sumber-sumber pendapatan negara. Asas cukai yang lebih luas adalah satu bahagian penting dalam pembaharuan, di mana pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah komponen utama.

Asas cukai yang lebih pelbagai diperlukan untuk mengimbangi pengurangan hasil daripada sektor minyak dan gas pada masa hadapan. Secara keseluruhan, satu lagi matlamat pembaharuan fiskal adalah untuk mengurangkan kadar cukai peribadi dan korporat, yang akan memberi insentif kepada individu dan syarikat untuk meningkatkan pendapatan dan keuntungan mereka.”

“Dengan rizab minyak sebanyak 4 bilion tong dan kadar pengeluaran kira-kira 250 juta tong setahun, mempelbagaikan sumber pendapatan boleh membantu negara membuat persiapan apabila rizab minyak berkurangan,”

Ini adalah masalah yang tidak pernah dihadapi dan tidak juga cuba untuk ditangani oleh kerajaan di bawah pimpinan Tun Mahathir – itulah sebabnya mereka tidak berani untuk melaksanakan GST dan pembaharuan cukai yang lain.

Dan kerajaan Tun M mungkin juga tidak membayangkan bahawa satu hari nanti penggunaan minyak dalam negara akan melebihi pengeluaran minyak negara kita – yang mana betul-betul telah berlaku pada tahun 2013 dan 2014.

Dengan perancangan yang teliti oleh Kementerian Kewangan, EPU dan PEMANDU sebagai sebahagian daripada ETP pada tahun 2009, kebergantungan negara kita kepada sektor minyak telah menurun daripada paras bahaya iaitu 41.3% pada tahun 2009 kepada hanya 14.1% atau lebih rendah pada tahun 2016.

Malah, walaupun harga minyak dan gas menurun pada paras sangat rendah, eksport Malaysia terus berkembang manakala pendapatan negara kekal stabil manakala ekonomi domestik terus berkembang dan negara kita meneruskan trajektori pertumbuhannya.

Tidak seperti negara-negara lain yang bergantung kepada sektor minyak dan komoditi, langkah yang sengaja dan dirancang untuk mengurangkan kebergantungan negara sejak lebih daripada 6 tahun yang lalu menyebabkan kedudukan kewangan Malaysia kurang terdedah kepada penurunan harga tenaga global.

Jika kerajaan tidak mempunyai pandangan jauh dan disiplin untuk mengurangkan kebergantungan ini, ia boleh menjadi masalah besar kepada Malaysia pada tahun ini dan tahun depan.

Semalam, Raja Arab Saudi telah mengarahkan pembaharuan ekonomi untuk mempelbagaikan sumber pendapatan dan mengurangkan kebergantungan yang tinggi terhadap minyak berikutan penurunan mendadak harga minyak mentah – dengan salah satu daripada langkah yang diambil oleh Saudi dan negara Arab yang lain ialah perlaksanaan cukai GST dalam masa terdekat ini.

Mari berikan kredit kepada pihak yang menjayakannya

PEMANDU, Idris Jala, EPU dan perdana menteri Najib Razak sememangnya berhak mendapat kredit kerana telah menjangkakan dan mempersiapkan negara dengan langkah-langkah pencegahan untuk menyelesaikan masalah ini dan meletakkan Malaysia pada landasan yang kukuh.

Terjemahan oleh : JASA
Sumber :
http://www.yourmiddleeast.com/business/saudi-to-diversify-economy-away-from-oil-king-salman_37609






24 Komen to SAUDI BAKAL MENCONTOHI LANGKAH NAJIB MEMPELBAGAIKAN SUMBER PENDAPATAN BAGI MENANGANI KEJATUHAN HARGA MINYAK

  1. ayam says:

    Kipasssss

  2. cikminah says:

    KAHKAHKAHKAH………….Masuk bakul, angkat sendiri
    namapaknya. Zaman Tun M dari 1986 ke tahun 2001 harga minyak was
    usd30-35 setong sama macam sekarang tapi matawang stable at Rm2.30-2.65 sampailah ke tahun 1997 ketika matawang Malaysia diserang oleh penyangak matawang dan Tun M introduce CAPITAL CONTROL. Itulah zaman gemilang,
    terbilang dan cemerlang di mana rakyat M’sia berbangga menjadi Rakayat
    M’sia.Jadi tak payahlah nak membandingkan zaman Tun dengan zaman sekarang
    di mana semua orang tahu, hutang kerajaan sudah berlipat kali ganda
    dari cuma RM150 billion di zaman Tun sekarang sudah jadi Rm750
    BILLION! Tapi zaman Tun kita terima subsidi untuk petrol, makanan,
    tol, letrik dan air. Infrastruiktur juga berkembang tapi sekarang
    kita cuma namapak 1MDB yang dibebani hutang.

  3. kakak says:

    Perancangan konkrit perlu dibuat sebelum dan apabila kita menghadapi situasi. Ia perlu sesuai, realistik dan praktikal. Kalau baik dan berkesan, tidak salah dicontohi.

    Kita sebagai manusia memang lumrahnya belajar antara satu sama lain. Yang baik baik dijadikan sempadan.

    Tiada unsur ampu-mengampu di sini.

  4. System baru says:

    Ingat tak daim Dan anwar dulu cakap nak laksanakan gst tapi tak berani laksanakan nya sebab takut pada tokey2 cina

  5. System baru says:

    Sebenarnya malaysia negara proses minyak Dan negara kejuteran minyak, malaysia bukan negara pengluar minyak seperti negara OPEC Arab Saudi itu.

  6. cikminah says:

    MASOK BAKUL, ANGKAT SENDIRILA. HEHEHEHE………….

  7. System baru says:

    cikminah zaman tun m mana ada subsidi minyak kalau ada pun ketika minyak naik dia tak payah bohong dengan aku ini. Tahun 1998 hutang kita tinggi rizab kita hanya ada 20bilon hutang 500billon, siapa buat kalau tak anwar Anak didik tun m dia sayang sampai sekarang malah anwar hanya dikenakan tindakan salah guna kuasa je walau pun dah lama tun m tahu anwar itu kaki liwat Dan kaki perempuan sebelum krisis ekonomi 1998, dia tetap hanya kena tunjuk akan bukti di mahkamah anwar salah guna kuasa je. Betapa sayang tun m pada anwar itu Dan tak malu akan dia walau pun ramai ahli umno tahu anwar kaki liwat dan kaki perempuan ‘tun m tetep pekak telinga nya

  8. rockers says:

    sistem baru..jgn x kipas.najib x nk mtk derma plak ke dgn Raja saudi.

  9. kri says:

    KALAU KITA PERGI KE KAMPUNG DAN KE BANDAR BOLEH DIKATAKAN SEMUANYA MERUNGUT KENAIKAN BARANG SEBAB APA SEBAB GST, KEJATUHAN RINGGIT MALAYSIA, KEPERLUAN HARIAN HARGA SEMAKIN HARI SEMAKIN NAIK, KALAU KITA TIDAK ADA SIFAT KEMANUSIAAN AKAN BERKATA ZAMAN MAHATHIR LAGI TERUK, TETAPI ZAMAN MAHATHIR RAKYAT TIDAK MERUNGUT, CUMA KES-KES POLITIK SAHAJA,

  10. System baru says:

    Aku hidup dari zaman tun m lah jangan bohong dengan aku ini,tun m zaman kenaikan ten o ais dari 80sen ke 1.20sen ada juga orang merungut ketika itu, cuma tak ada media sosial je tun m terselamat Dari ancaman macai pkr itu. Aku masih ingat lagi zaman tun m hanya seminggu je makanan ikan Dan ayam selapas itu makan telur Dan sadin tin tak ada pun orang merungut sebab tak media sosial, zaman Sekarang orang sangup habis Wang beli top up Dan bil telifon untuk memewahkan anak2 manalah berduit, bila harga makanan naik sikit marah

  11. Meriam Buluh says:

    Idea “Harga barang naik sebab GST.” adalah contoh ‘kejayaan’ pembangkang menipu rakyat yang tak cukup bijak..

    Pakar Kelentong Rakyat.

  12. mata-mata says:

    “Nasa GST harga barang naik…. Mungkin waktu SST dulu satu barang pun tak pernah naik sejak dari merdeka sampai la bulan Mac 2015….”

    Ada mana-mana anjing pembangang yang setuju dengan kenyataan aku atas tu…???

  13. sman says:

    Betul apa yg di katakan oleh SB kenaikan harga mutlak memang bermula di zaman TDM,kerana dasar-dasar pembangunan projek mega,perindustrian,pengswastaan dan mengurangkan fungsi sektor pertanian,kecuali komoditi pertanian utk eksport seperti kelapa sawit dan getah.Ketika itu Universiti Pertanian pun di tukar kepada Universiti Putra Malaysia,ianya mahu memperlihatkan betapa pertanian tidak lagi menjadi keutamaan TDM.Bila TDM melancarkan projek Proton nya,sekali lagi ianya melonjakan kos sara hidup.Harga kereta melonjak naik,dan rakyat di galakan utk membeli kereta yg bertambah mahal dgn berhutang dalam tempuh yg lebih panjang jadi bayaran faedahnya pula tentulah jauh lebih tinggi.Tanpa Proton ,kereta luar negara seperti Dutsun 120Y hanya berharga RM 14,000 dgn tempuh pinjaman hanya 4 tahun.Bila Proton di pasarkan harga kereta harga Dutsun 120Y sudah menjadi melebihi 40 ribu,kerana TDM mahu menjual Proton pada harga sekita 30 ribu.Segala beban hutang isi rumah dan kos sara hidup bermula di sini.Tambah lagi bil biasiswa pelajaran pula mula di hapuskan dan di ganti dgn pinjaman.Harga rumah juga mula melonjak dgn ketara,dan ianya hanya menjadi sedikit terencat bila krisis kewangan berlaku.

  14. kakak says:

    Hutang sebenar negara adalah RM623.3 setakat 30 September 2015. 96.4% daripadanya dalah

    Berdasarkan kenyataan dari Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani, hutang Kerajaan Persekutuan setakat 30 September 2015, berjumlah RM623.3 bilion. 96.4% daripadanya adalah hutang domestik dan hanya 3.6% bersumberkan pinjaman luar.

    Secara amnya hutang negara masih dalam keadaan terkawal dan yang besarnya adalah hutang domestik.

    Sila lihat ini satu laporan BERNAMA yang memetik kenyataan YB Timb Menteri Kewangan:

    Beliau menjawab soalan daripada Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang mahu penjelasan daripada Menteri Kewangan tentang jumlah hutang Kerajaan Persekutuan.

    Ini komennya:

    “Daripada jumlah berkenaan 96.4 peratus atau RM601.1 bilion adalah hutang domestik, sementara baki RM22.2 bilion atau 3.6 peratus adalah pinjaman luar pesisir dalam pelbagai denominasi mata wang.

    “Kedudukan hutang kerajaan persekutuan ini kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana,”

    Johari berkata tahap ukuran hutang Kerajaan Persekutuan, setakat tempoh tersebut, dari segi peratusan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) adalah 53.7 peratus.

    Berhubung hutang yang dijamin oleh kerajaan, beliau berkata hutang tersebut berjumlah RM175.8 bilion setakat Jun 2015, dan telah dikeluarkan kepada 27 institusi termasuk syarikat milik kerajaan.

    Ini komennya lagi:

    “Pemberian jaminan itu adalah bagi membolehkan institusi terbabit memperoleh kos pembiayaan yang lebih rendah bagi melaksanakan projek pembangunan strategik yang bersifat jangka panjang yang akan memanfaatkan rakyat secara keseluruhan.”

    Johari turut berkata Kerajaan Persekutuan menanggung hutang sebanyak RM30 bilion setakat Jun 2015 bagi melaksanakan program-program di bawah model Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

    Menurutnya, komitmen hutang tersebut telah pun dimasukkan ke dalam peruntukan bajet tahunan bagi tujuan membiayai bayaran balik pinjaman.

    “Komitmen (hutang PFI) juga telah diambil kira dalam pengiraan defisit fiskal dan kedudukanhutang Kerajaan Persekutuan, dan ini tidak akan meningkatkan sasaran defisit sedia ada,”

    Sumber: BERNAMA

    Dipetik dari: (261215)

    http://sembangterbang.blogspot.my/2015/12/hutang-kerajaan-persekutuan-berjumlah.html#

  15. jebon says:

    Ayat selenge KW2 Najib nak lepas tengkuk…masa zaman Tun tak ada internet..
    Ni jawapan budak darjah 4 la.

    Masa krisis ekonomi zaman Tun, ringgit diserang, harga minyak jatuh, BSKL merudum bawah 500 mata.

    Tapi…subsidi barangan keperluan tidak ditarik, kerajaan tak perlu kutip GST utk bayar GAJI kakitangan awam,bonus masih diberi, projek2 kerajaan berjalan sprt biasa sehingga siap.

    Zaman Najib.
    Subsidi ditarik, alasan nak suruh rakyat berdikari.
    Mana datang duit subsidi ni? Mcmana kerajaan buat duit utk tampung subsidi?
    Kenapa ditarik balik?
    Kenapa kerajaan tak mampu nak tanggung subsidi?

    Zaman Najib…zaman rakyat yg kena paksa tolong kerajaan utk tutup lubang2 yg dibuat oleh pemimpin yg gagal.
    GST di Malaysia sangat berbeza dgn GST yg dibuat di negara luar.

    Ada beberapa negara seperti di Denmark, cukai2 mereka melebehi 20%, tetapi mereka memberi semula kpd rakyat dgn menyediakan program pendidikan percuma seawal umur tadika.

    Najib cekik rakyat dgn cukai2 buat menampung belanja kerajaan.Tarik subsidi2 yg merupakan nikmat hidup rakyat hasil pengumpulan cukai dan penjanaan pendapatan yg lain.

    Konon2nya kerajaan Najib prihatin la sangat bagi BR1M. Duit BR1M dikutip drpd tol, GST dan cukai2.
    Yg mampus,rakyat yg bayar cukai2 dan SEMUA rakyat yg bayar GST.
    Nak tutup mulut rakyat, diguna cara perkauman, konon2nya utk ‘kerjakan’ tokey2 Cina.
    Berbuihlah mulut dicanang, konon lepas GST harga barang turun, tapi faktanya makin naik mencanak.

    Kemudian Najib buat lawak bangang, kaitkan kenaikkan harga barang dgn turunnya harga minyak.
    Dah sinonim dah, bila kena kat batang hidung, Najib dan puak2 penjilatnya mesti cari alasan dan tunding jari kpd sipolan2 atau apa sahaja utk lepaskan tengkuk.

    Rakyat bukan bodoh dan tak ada otak.
    Jangan kurang ajar dgn rakyat, kerana semakin hari, kesabaran semakin menipis.

    Kpd KW2 pemakan dedak Najib, lebih baik korang jual goreng pisang tepi jalan, drpd bagi anak bini makan duit dedak Najib.

  16. ayam says:

    Najib tak sangka dapat jadi keramat hidup org2 melayu skrg…keletong bodo tahap gaban sekali pun org melayu akan telan…teran suara skit mcm org nak terberak semua melayu bertepuk tangan…syok hidup sebagai najib ni…hidup tak pernah susah…masuk politik tumpang nama bapak…jadi pm sebab member bapak terhutang budi punya pasal…kalau la najib dicampak sedikit kesusahan tanpa semua kelebihan tu aku agak merempat hidup mamat nie

  17. sman says:

    Saya memang cukup berterima kasih dgn beberapa langkah yg di ambil oleh PM Najib berkaitan dgn ekonomi,terutamanya berkaitan dgn GST dan pemansuhan subsidi minyak.Kalau tidak kerana langkah ini ringgit mungkin suduh merosot melepasi RM5.00/USD, dan ekonomi negara mungkin sudah mengalami kemelesatan seperti zaman TDM dulu,semuanya akan hancur lebur dan negara terpaksa mengambil masa 1 deked lagi utk kembali pulih seperti sediakala.

    Nampaknya penyokong Najib di beri gelaran pemakan dedak,biasanya pemakan dedak adalah makhluk yg sangat bersyukur,makan apa yg ada terhidang di depan mata,tak banyak kerenah.Bila dedak tidak ada mereka akan kesana kemari kais pagi makan pagi ,kais petang makan petang,tidak menyusahkan orang lain.

    Yg banyak kerenah adalah mereka yg malas berkerja hanya mahukan barang percuma dan subsidi dimana -mana.Mentaliti begini di ajar oleh ketua mereka TDM,semuanya di hidangkan dgn ‘subsidi’.TDM tidak menarik subsidi minyak keran beliau sendiri sangat memerlukan subsidi tersebut.Anak beliau tuan punya syarikat Konsortium Perkapalan dan Konsrotium Logistik,semunya menggunakan minyak sebagai bahan utama business pengangkutan mereka,kalau subsidi di tarik mati lah mereka.Itu pun syarikat kapal anak beliau terpaksa di bailout,gagal dalam operasi mereka.

    Subsidi minyak juga sangat di perlukan oleh para kroni pemegang IPP ,begitu jugalah dgn Proton yg sangat berkehendakan rakyat membeli kerta.Kalau subsidi minyak di tarik,harga menjadi mahal siapa yg akan membeli kereta?.Tambah pula dalam keadaan harga kereta yg sudah mahal kerana cukai yg di naikan.Subsidi juga adalah utk membantu para peniaga yg banyak menggunakan pengankutan,TDM memang terkenal dgn polisi,’business friendly’,bukan rakyat friendly.Kalau apa yg di beri kepada rakyat,ianya misti utk kepentingan peniaga sebagai matlamat akhirnya.Orang bodoh sukar mengesan putar alam yg sebegini.

  18. sireh ke gagang says:

    pum pang , pum pang sembang , ckp mcm duduk dalam MOF & PMO . rupanya dapat info dari blog tepi jalan. alahai keyboard warrior .. hidup dan matilah engkau dgn persepsi dan sumber bohong. kelak esok dlm kubur , kau akan disoal dengan segala apa yg kau buat skrg ini .

  19. mata-mata says:

    Ala jebon.. Gst 6% pun dah bising macam nak kiamat… Inikan pula suruh ikut macam luar negara sampai 20%. Bukan tu je… Anjing pembangang mana yang cakap atas tu yang kata sebab gst harga barangan naik. Ingat nak buat macam ko suruh tu, harga barangan tak naik ke??

    Mungkin ko boleh tolong sekolahkn anjing tu juga macam mana nak gst 20% tanpa harga barangan tak naik… Komen kamu tu sama-sama kontra satu sama lain… Tapi otak kebodohan kamu sama je….

  20. bujuk says:

    Terimalah kenyataan.. rakyat memang dah tak caya Najib lebih dari masa zaman rakyat tak caya PakLah. Zaman Paklah orang marah sebab ting.4 buat keputusan tapi dia memang dilantik jadi penasihat PM, sekarang kabinet dapur yg buat keputusan lebih menjahanamkan.
    Sedih jugak… Muhyidin yg diharapkan pun takat jadi ‘anjing menyalak bukit’, tak mampu nak kejutkan Najib dari d ulit mimpi.

  21. mata-mata says:

    Setahu aku yang sukar nak terima kenyataan ni kebanyakan anjing-anjing pembangang…

    Tak dapat bentuk kerajaan dipusat, mula la fitnah – ada pengundi hantu la, pengundi bangla la, dakwat tak tak kekal la, blackout la, rasuah la, itu la, ini la…

    Bila pemimpin utama mereka ditangkap dan disabitkn bersalah atas kesalahan jenayah liwat – ini konspirasi la, bukti diada-adakan la, tak berak 2 hari la, peliwat sakit tulang belakang la, itu la, ini la….

    Bila pakatan rakyat berpecah – ini semua taktik umno la, pakatan masih kuat la, rakyat tetap dengan pakatan la, itu la, ini la….

    Nampak tak??? Siapa yang tak boleh terima kenyataan tu??!!!!

    Kita tunggu je waktu pilihanraya negeri sarawak tahun depan… Lihat betapa anjing-anjing pembangang akan menyalak bila kalah teruk nanti. Tengok je alasan-alasan yang anjing pembangang akan beri bila TAK BOLEH KENYATAAN KELAK…!!!!!

  22. mata-mata says:

    Kita tunggu je waktu pilihanraya negeri sarawak tahun depan… Lihat betapa anjing-anjing pembangang akan menyalak bila kalah teruk nanti. Tengok je alasan-alasan yang anjing pembangang akan beri bila TAK BOLEH TERIMA KENYATAAN KELAK…!!!!!

  23. sman says:

    Terimalah kenyataan,Najib masih PM Malysia dan suara TDM sudah kian kelam,M’din dan Shafie juga dah beberapa minggu tidak kedengan khabar berita.Tak kanlah terhenti setakat itu je.Kalau lama sejuk susah nak panas balik.

  24. kakak says:

    Bukan semua harga barang naik. Barang tertentu dan asas, harganya dikawal. Yang menaikkan pembekal, kebanyakan bukan dari punca peruncit.

    Harga minyak turun ke, naik ke, harga barangan tetap dinaikkan mereka. Satu helah untuk eksploitasi

    Lihat saja kes Kota Raya, nyata pengguna bulat-bulat kena tipu sekian lama. Kalau tidak berlaku kes begitu, harga yang mereka naikkan dituduh berpunca dari gst.

Leave a Reply

Threesome