Menu Utama

Saman Malaysiakini Bukan Tindakan Sekat Kebebasan Media – Rahman Dahlan

20141006_DatukAbdulRahmanDahlan1. Saya merujuk kepada sidang media saya di Putrajaya bertarikh 25 November 2015 dimana saya telah membuat kenyataan media memperbetulkan salah faham yang timbul semasa sidang media saya di Hari Perancang Bandar Sedunia di JW Marriot pada 3 November 2015 yang lepas.

2. Saya juga ada memaklumkan semasa sidang media tersebut bahawa saya telah mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini akibat daripada tindakan mereka memuatnaik sebuah video Voxpop berhubung kenyataan saya yang telah diedit tentang “reverse migration”.

3. Peguam saya telah menyampaikan surat tuntutan bertarikh 24 November 2015 kepada Malaysiakini dan Cik Geraldine Tong menuntut antara lain supaya mereka mengeluarkan dan menerbitkan satu permohonan maaf terhadap saya akibat penerbitan video Voxpop yang telah diedit tersebut.

4. Saya juga menuntut daripada Malaysiakini dan Cik Geraldine Tong supaya memberi akujanji untuk tidak menerbitkan, mengeluarkan, mencetak atau menyebabkan dicetak atau diterbitkan perkataan-perkataan atau perkara serupa yang memfitnah saya.

5. Malangnya, saya telah menerima surat balasan daripada Malaysiakini bertarikh 27 November 2015 dimana mereka gagal memberikan jawapan yang memuaskan.

6. Sehubungan dengan itu, saya telah mengarahkan peguam saya memulakan tindakan untuk memfailkan saman terhadap Malaysiakini bertujuan untuk membersihkan nama saya.

7. Ingin saya tegaskan disini bahawa tindakan saya pada hari ini bukan untuk menyekat kebebasan media tetapi sebagai peringatan kepada portal-portal berita online supaya lebih berhati-hati bila mengeluarkan sesuatu berita dan tidak mengkompromi fakta.

8. Sesungguhnya saya percaya portal-portal media online mempunyai tanggungjawab sebagai satu institusi check and balance, maka mereka bertanggungjawab untuk melaporkan berita secara telus.

DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN
MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
PUTRAJAYA
8 DISEMBER 2015






Leave a Reply

Threesome