Menu Utama

Menghadapi Sindiran Kenapa Dulu Boleh Bagi Subsidi Sekarang Tidak

Oleh Ab Jalil Backer

Kita sering berhadapan dengan sindiran dari penyokong Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim seperti berikut:

“Dulu pun kerajaan bagi subsidi, kenapa sekarang dikurangkan. Dulu harga minyak murah saja tapi kerajaan masih boleh bagi subsidi.”

Kenyataan di atas adalah lumrah apabila kita bercakap kerajaan terpaksa melakukan rasionalisasi subsidi. Kadang-kadang sakit hati pun ada sebab untuk mengejek seperti di atas mudah, tapi untuk menjelaskan memerlukan kesabaran, masa dan fakta yang panjang lebar.

In Sha Allah suatu hari nanti saya mungkin ada kesempatan menulis panjang lebar jika tiada sesiapa dari Pemandu mahu menerangkan. Namun ia memerlukan satu penyelidikan panjang dan buat masa ini, masa adalah musuh saya. Buat masa ini berikut ialah pandangan ringkas saya mengenai masalah subsidi sebenar:

bil-hospital1. Kenaikan Subsidi Kesihatan: Dulu penduduk Malaysia 20 juta, sekarang lebih 30 juta. Jumlah hospital, doktor dan jururawat bertambah berpuluh kali ganda untuk perkhidmatan hampir percuma ini. Kerajaan perlu mengambil peruntukan lain untuk membiayai kos ini.

2. Dulu kita hanya ada 8 buah universiti awam apabila kerajaan memberi biasiswa, pinjaman tanpa faedah. Sekarang kerajaan mempunyai 20 IPTA saja belum masuk IPTS dan Kolej Teknikal. Jika dulu kita mungkin peruntukkan 2 Bilion untuk 8 IPTA, sudah tentu sekarang kita perlukan lebih daripada itu untuk membiayai 20 IPTA. Itu belum dikira jumlah pelajar universiti yang bertambah berpuluh kali ganda. Jadi sangat tidak masuk akal anda mahu bandingkan keadaan dulu dan sekarang.

3. Berapa banyak jumlah tong gas dan nilai yang disubsidi pada zaman Mahathir dengan sekarang? Jumlah penggunaan gas memasak meningkat beratus kali ganda berbanding 20 tahun lalu. Ini berikutan peningkatan kualiti hidup rakyat dan pertambahan jumlah penduduk.

Demikian juga jumlah penggunaan petrol hari ini sudah meningkat berpuluh kali ganda berbanding tahun 90-an. Justeru jumlah subsidi bahan bakar telah meningkat dengan sangat besar kerana kuantiti penggunaan yang meningkat.

Janganlah main zaman Mahathir dan Najib ikut suka saja tanpa melihat kepada nilainya.

4. Ini mungkin menyakitkan hati tapi realiti. Pada zaman Tun Mahathir, beliau membina pelbagai kemudahan awam dan bangunan kerajaan secara PFI, ini termasuk Pusat Pentadbiran Putrajaya, Lebuh raya, ERL dan KLIA.

Apakah maksud PFI? Maknanya anda bina sekarang, anda bayar pada masa akan datang dengan harga yang lebih tinggi.
Jadi siapa yang membayar sekarang? tentulah kerajaan yang dipimpin oleh Najib Razak.

Untuk membina sangat mudah tapi untuk membiayai pembinaan satu perkara yang susah. Dan Mahathir yang bijaksana merangka agar pemimpin hari ini yang membayarnya. Kita tahu dan sedar pembinaan ini adalah keperluan menjana ekonomi negara.

Kita tidak kata Mahathir salah. Kita cuma minta janganlah bandingkan dengan zaman beliau kerana beban sudah jauh berbeza.

Misalnya, dalam konsesi tol, bayaran meningkat berkali ganda setelah berpuluh tahun selepas pembinaan.
Jika zaman Mahathir, kerajaan mungkin hanya bayar 1 sen perkilometer untuk subsidi, zaman Najib Razak kerajaan mungkin perlu membayar RM 10 sen per kilometer.

Kesimpulannya memanglah zaman dahulu banyak subsidi sebab kos subsidi rendah. Sekarang kos subsidi sudah mencecah RM 40 bilion ringgit sudah tentu kerajaan kena buat keputusan mana yang lebih utama dan penting.






6 Komen to Menghadapi Sindiran Kenapa Dulu Boleh Bagi Subsidi Sekarang Tidak

  1. system baru says:

    Ingat lagi aku pada zaman tun m dulu gula naik 10sen pun kedai naik akan harga air ten o ais, ada juga orang merungut juga itu maklum lah ketika itu tak ada media sosial ramai juga ambil kesempatan naikkan harga ketika itu, aku ingat lagi tol naik sikit pun dia orang naik akan harga ten o ais, pelik betul zaman tun m itu. Tak ada pun media sosial ketika itu Rakyat tak merungut macam budak2 sekarang baru naik sikit dah bising satu dunia

  2. mata-mata says:

    Zaman dah berubah… Negara mana yang harga barangan mereka tetap maintain sejak dari 20 tahun lepas sampai sekarang??

    Kalau ada, maksudnya IHP (Indeks Harga Pengguna) negara tu adalah 0.0 sejak 20 tahun lepas…

    Aku rasa anwar jadi pm pun nilai IHP takkan jadi kosong…!!!!

  3. sman says:

    Semakin maju sesebuah negara semakin kurang subsidi yg akan di beri oleh pihak kerajaan dan kalau ada subsidi yg di beri pun ianya hanya di tujukan kepada kelompok tertentu yg benar-benar memerlukannya.Tak ada negara maju yg memberi subsidi minyak ,kerana ianya hanya akan lebih menguntungkan orang yg kaya yg banyak menggunakan bahan api tersebut.Kalau ini pun masih ada yg tidak memahaminya….kelamlah masa depan.

  4. jebon says:

    Cuma nak tanya?

    Siapa yg selalunya beriya2 benau nak bandingkan zaman Tun dan zaman Najib ni?

    Pemerhatian aku, MYKMUlah yg sangat rajin bakar sentimen untuk perbandingan ini.

    MYKMu jugalah yg bakar sentimen rakyat masa nak ‘jatuhkan’ Pak Lah dulu.
    Seperti biasa jugak, sentimen perbandingan zaman Tun dan Pak Lah diguna sebagai senjata utk memusnah reputasi Pak Lah dan KJ.

    Sejarah tak menipu, dulu MYKMU bukan main tegar membela Tun sehingga cucian menjadi bersih berkilat2.

    Tapi bila datang zaman Cash Is King, rupa2nya tengkok manusia2 MYKMU ni taklah sekeras mana.

  5. […] Sumber: http://www.mykmu.net/2015/12/samakah-subsidi-zaman-mahathir-dengan-zaman-najib-razak/ […]

  6. […] Sumber: http://www.mykmu.net/2015/12/samakah-subsidi-zaman-mahathir-dengan-zaman-najib-razak/ […]

Leave a Reply

Threesome