Menu Utama

RM248 juta wang haram ‘terbang’ ke Nigeria

Percaya atau tidak, sindiket penipuan siber yang didalangi warga Nigeria telah ‘menerbangkan’ kira-kira RM248 juta hasil pendapatan jenayah mereka di negara ini ke negara tersebut dalam tempoh 11 bulan tahun ini.

Angka dan fenomena itu mencetuskan kebimbangan mengenai persoalan, sampai bilakah Malaysia akan dijadikan hab penipuan oleh sindiket warga Afrika? Kenapa pula rakyat Malaysia, khususnya wanita begitu mudah terpedaya?

Berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, dari Januari hingga November lalu, kira-kira RM195 juta yang ‘diterbangkan’ adalah hasil penipuan Sindiket Love Scam dan RM53 juta lagi daripada kelicikan Sindiket African Hacker.

Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Senior Asisten Komisio­ner Roslan Abd. Wahid berkata, jumlah kerugian melibatkan Sindiket Love Scam itu hasil 1,380 laporan yang diterima di seluruh negara sementara bagi Sindiket African Hacker, 139 laporan.

Beliau berkata, Sindiket Love Scam yang beroperasi melalui laman sosial seperti Facebook akan menggunakan teman wanita yang terdiri daripada warga tempatan serta warga asing iaitu Filipina dan Indonesia yang menetap di negara ini sebagai ‘jururunding’.

Menurutnya, mereka juga membeli atau membayar komisen antara lima hingga 30 peratus kepada orang tempatan yang sanggup menjual atau membenarkan akaun atau kad debit dan kredit mereka digunakan untuk transaksi wang.

“Wang yang diperoleh akan dihantar ke Nigeria melalui khidmat kiriman wang antarabangsa ke bank tempatan di negara itu.

“Satu lagi taktik sindiket ini ialah membuka akaun di bank tempatan di Nigeria menggunakan dua nama iaitu nama ahli sindiket dan saudara-mara mereka agar wang hasil penipuan yang dimasukkan di sini boleh dikeluarkan di sana dengan lebih mudah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ujar Roslan, sindiket African Hacker pula menggunakan kepakaran komputer dan akan menggodam sistem, perisian dan e-mel mangsanya sebelum ‘menyedut’ wang mereka.

Tambahnya, sindiket ini akan membeli data daripada pasaran gelap sebelum melakukan kerja menggodam.

“Jika data yang diperoleh mempunyai maklumat wanita yang berpotensi menjadi mangsa penipuan mereka akan menjualnya kepada Sindiket Love Scam,” katanya.

Roslan memberitahu, dengan perkembangan terkini, pihaknya berharap orang ramai berhati-hati dengan kegiatan penipuan kedua-dua sindiket ini terutama Love Scam agar segera melaporkan kepada pihak polis jika mempunyai maklumat atau berhadapan dengan cubaan penipuan mereka.

“Maklumat segera mungkin dapat menyekat pengaliran wang ke Nigeria kerana pada hari bekerja wang tersebut boleh dipindahkan dalam tempoh setengah jam sahaja,” jelasnya.

Dalam pada itu, Roslan mengakui, jumlah kerugian yang dilaporkan itu jika dihitung pada tahun-tahun sebelumnya pasti lebih besar.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, sindiket ini bukan sahaja menjadikan masyarakat negara ini sebagai mangsa tetapi rakyat di negara lain dan lebih membahayakan mereka beroperasi di negara ini hingga Malaysia dianggap sebagai hab penipuan warga Afrika.

“Apa yang dikhuatirkan ialah jika dunia akan menganggap sindiket ini sebagai Malaysian Love Scam yang pastinya memberi persepsi negatif kepada negara,” katanya.

Roslan turut mencadangkan agar kerajaan tidak mengeluarkan visa ijazah pertama kepada warga Afrika terutama Nigeria dan hanya membenarkan mereka mengambil ijazah lanjutan di negara ini.

“Kewujudan polisi negara untuk menjadi hab pendidikan global sejak lebih sepuluh tahun lalu menyebabkan ada di antara pelajar asing yang datang ke sini menyalahgunakan visa pelajar dan mengambil kesempatan melakukan jenayah.

“Mungkin dengan hanya membenarkan visa untuk ijazah lanjutan, yang datang ke negara ini adalah yang benar-benar ingin melanjutkan pelajaran dan bukan sebaliknya,” katanya.

Utusan






4 Komen to RM248 juta wang haram ‘terbang’ ke Nigeria

  1. itsme says:

    Msia tdk “lapar” tanpa warga Nigeria atau Afrika.. dgn byknya penipuan yg berlaku kerajaan perlu bertegas dan ada eloknya agar kemasukkan mrk sama sekali dihalang. Jgnlah membuka ruang utk perkara sama berulang dan berulang. Kalau nak diikutkan, kerajaan kita sudahpun “bergerak” terlalu perlahan dlm isu ini sehingga beratus2 juta boleh keluar gitu sahaja dan dgn byknya report yg dibuat baru kini tindakan mahu diambil. Sgtlah sedih sebenarnya.

  2. Memang Terok says:

    Banyak cerita dan telah banyak bukti yang tangible mengenai penipuan scam rakyat Africa dinegara kita . Segala pembuktian yang ada seharusnya sudah cukup buat kerajaan ambil tindakan terhadap mereka.

    TETAPI apa lagi yang kerajaan tengah tunggu ?

    Haramkan kemasokan terus warga Africa kesini kerana mereka memang telah buat banyak onar . Atau hadkan tempoh visa mereka, sekurang2nya . Benarkan mereka masok hanya 2 minggu. Lebih pada itu tangkap mereka kerana tinggal terlebih had visa.

  3. bujuk says:

    Apa adahal…
    PM boleh bawak masuk 2.6bilion dlm negara.

  4. semangat dato' haron says:

    Haramkan masuk Afrika spt cdgn Trump utk halang Muslim masuk US

Leave a Reply

Threesome