Menu Utama

RM 73 Billion Lesap Di Zamannya Masih Mahu Tunjuk Angkuh?

1

NADA angkuh dan berulang-ulang Tun Mahathir Mohamad dalam mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, seolah-olah memberi bayangan 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri dulu, segalanya sempurna dan cantik-cantik belaka di negara kita ni.

Terlalu banyak masalah sebenarnya kalau nak cakap, ramai orang hari ini pun tahu cuma tak larat nak singkap satu-satu.

Cakap pasal duit negara saja, secara RASMI (tepat dari sumber) 22 tahun jadi Perdana Menteri, pentadbiran Mahathir melesapkan sebanyak RM 73 billion wang negara.  Pecahannya adalah seperti berikut:-

  1. Kerugian BMF – RM 10 billion
  2. Kerugian Forex – RM 33 billion
  3. Kerugian Perwaja – RM 10 billion
  4. Kerugian MAS – RM 20 billion           Jumlah Besar – RM 73 billion

Rasmi, yang tak rasmi ada lagi lah tu tapi kerana platform ini platfom fakta saja, maka ketepikanlah yang tak rasmi tu dulu.  Benar, Barry Wain tulis RM 100 billion tapi rasmi yang kita sebutkan ni – RM 73 billion SAHAJA dulu.

Nak dikatakan disini, banyak-banyak billion tu semua dah lesap. Lesap bukan macam hutang, lesap maksudnya lesaplah.  Boleh jawab macam mana sekalipun, tetap lesap jugak, apa gunanya lagi?

Kenapa ia tidak jadi isu pada waktu itu, seperti mana sekarang, hanya satu sebab – Facebook, Twitter dan media sosial yang lain masih tidak wujud, kalau tidak bak kata orang putih (yang telah dialih bahasa), Perdana Menteri pada waktu itu boleh “mati berdiri”.

Ini baru betul LESAP duit rakyat, bukan HUTANG RM 42 billion tu (dah dapat balik RM 18 billion, Edra saja)!!  Macam itu punya banyak lesap pun masih nak berlagak dengan mengatakan orang lain tak kena itu dan ini.

Dengan Najib dah menjawab isu hutang RM 42 billion itu , sekarang kita nak Mahathir jawab pasal RM 73 billion ini sekarang, berani ke?






18 Komen to RM 73 Billion Lesap Di Zamannya Masih Mahu Tunjuk Angkuh?

  1. jebat says:

    ok…tolong arrange kan pertemuan najib dan Tun..live telecast..sesi soal jawab…satu pasal isu 73b tu..dan satu lg pasal 42b + 2.6b tu..ada berani???

  2. Mazlan says:

    …mhydin boleh tolong jawabkan mana 73b lesap….tapi kena bagi dia berucap dalam PAU kali ni…

  3. Memang Terok says:

    Jumlah besar dilarikan oleh Daim dikatakan sebanyak 60B. Ini duit UMNO yang dipertaruhkan atas dasar kepercayaan keakaun Daim bagi mengelak dari banana bear fruits two times. Umno pernah dibeku asset selepas diharamkan, jadi UMno pilih untuk tak buka akaun bank lagi dan Daim ketika itu jadi pak sanggup. Serupa macam pak sanggup penderma arab diamanah pada PM Najib.

    Dikatakan Daim enggan pulang duit itu selepas Madey step down dan dia sendiri berhenti jadi menteri. Kita tak tahu kebenaran nya. Tapi kita boleh ambik cerita ini sebagai betul walau angka diatas mungkin tak tepat atau kurang tepat atau hanya sipi2.

    Namun apa jugak angka sebenar, jika itu telah berlaku ianya tetap satu penyelewangan wang rakyat tanpa kira jumlah.

  4. Memang Terok says:

    Sebab itu jugak apabila Madey mula gunakan hal2 kabur begini terhadap PM kita anggap dari day one – this is a case of pot calling a kettle black.

    Madey bercakap pasal anak Najib. Madey ungkit mengenai isteri Najib dan seluruh famili Najib dengan menyoal dari mana datang kekayaan yang terlebih itu. Madey tak pernah ke berfikir dari mana datang kekayaan anaknya Mokhzani yang tersenarai dalam Forbes. Apa bisnis mereka buat, berapa lama dan apa pulak bukti bersihnya dia dan anak2nya.

    Kita bukan tentang Madey kerana dia serang Najib. Kerana kalau dia serang Nazri ke, Zahid ke, Ku nan ke pun kita rasa tak patut. Kerana dia menunding satu jadi kearah mereka sedangkan 4 jari lagi tunding diri sendiri. Ini hipokrasi. Kita akan tetap sokong Madey jika dia tidak hipokrasi, tapi dia bersifat buruk yang tak mampu kita terima.

  5. geekpuk2 says:

    Ini Kelab Penyokong UMNO tahun 2015 atau Laman Reformasi Mahazalim tahun 1998?

    Macam hujah kitar semula penyokong ALJuburi je. Tak sangka MyKMU boleh siar balik bagi menghentam Mahafiraun (pinjam ayat PGayR)

  6. Memang Terok says:

    Dalam private blog atau tulisan diportal oleh banyak orang semua memperkatakan betapa tidak adilnya pemimpin yang semua hidup mewah dengan penuh gaya, berkereta mahal, rumah macam istana dan isteri pun besar. Sedangkan rakyat menderita dengan serba kekurangan.

    Mungkin kita boleh bersetuju dalam satu dua isu mengenai subject ini. Tapi kita perlu ukur dari pesfectif lain samada apakah kita dinafikan untuk bekerja, berniaga atau berikhtiar melalui apa cara untuk cari makan dan tinggikan taraf hidup. Adakah kita dinafikan.?

    Mungkin pemimpin perlu kurang pamirkan kemewahan mereka… ini kita boleh setuju. Maknanya pemimpin boleh pakai merz, bmw audi at the most kerana rakyat pun ramai yang mampu kereta klas itu. Untuk itu pemimpin tak perlu ada ferrari, lambogini dirumah kalau hanya untuk selaraskan dengan kekayaan mereka …. yang ini kita setuju.

    Namun dalam sudut lain, jika seorang pemimpin diserang, difitnah dan ingin dijatuhkan kerana dia kaya raya tanpa ada sebarang bukti tangible yang boleh ditunjukkan sesiapa atas penyelewengannya , kita rasa perbuatan ini kurang kena. Dengan cara ini Kita boleh terus cakapkan ini semua keluar atas rasa irihati, dengki lalu jalan terbaik ialah mengkhinatinya. Ini tak betol.

    Kita harus berpegang bahawa rezeki kita, kita punya, itu semua rezeki mereka. Untuk jadi macam mereka …. jadi lah menteri, kenapa harus irihati. Begini lebih mudah difaham.

  7. system baru says:

    najib Dah menjawabnya 2015 semua soalan berbangkit.

    pada 1998 Laman Reformasi Mahazalim tahun 1998 tak ada satu pun dijawab oleh tun m itu,pembakang buat fitnah tun m itu hanya menjawabnya konon dia ada bini muda cina dekat Singapore itu je aku dengar,
    Sepatut tun m pertahankan diri nya dengan soalan itu

  8. dkds says:

    kes perwaja dan PKFZ pun zaman Pak Lah juga dibongkarkan di bawa ke mahkamah itu pun boleh lepas….atas sebab keputusan kabinet..

    nampak tak permainan madey kutty di situ

  9. Meriam Buluh says:

    Tun M tak sangka Najib tidak lurus bendul dan tidak ikut telunjuknya.

    Syabas Najib!

  10. kakak says:

    DS Najib berusaha atas perjuangan yang konsisten, tidak membuka aib melainkan menceritakan kepentingan Timbalan dan Presiden serta ahli MT bekerja sebagai satu pasukan utuh. Itu perlu disebut sebagai satu usaha untuk ingat-mengingat. Kita ini kan manusia.

    Kalau dalam apa jua mesyuarat, nilai bekerjasama, keinginan tinggi untuk melaksana tanggungjawab memang perlu dan mesti disebut untuk dihayati satu persatu.

    Cuma… bagi yang terkena, mungkin kepedasan itu merah menyala hingga ke cuping telinga. Tapi, ini harus diterima kerana hakikatnya langkah serong telah dimulakan sebelum ini. Hendak tak hendak terpaksa dengar walaupun hati membara..

  11. Memang Terok says:

    Isu YTL buat Madey panas. Isu jambatan bengkok buat Madey tak tahan mendidih. Isu hubungan degan Spore Madey tak tertahan mahu terkucil.

    Itu lah sebenarnya Negarawan kita.

    Tapi Najib jenis specis yang dibesarkan untuk menghurmati orang tua. Kita tahu, kita nampak bahawa Najib terlalu menghurmati Madey kerana itulah upbringing beliau. Apa saja orang tua itu buat dia diam, ditelan hingga ketahap kita jugak kurang setuju dengan caranya. Tapi semua rakyat tahu bahawa Madey masih berurusan dengan duit, hidup untuk duit, buat semua hal kerana duit….

    Duit untuk dunia hingga manusia terlepas pandang bahawa duit hanya diguna semasa hidup , masok kubur tak ada menafaatnya lagi. Sehelai kain putih , segulung kapas masih murah harganya dan masih termampu utk dibeli oleh semua orang yang bergelar jenazah. Tentunya bukan jenazah yang beli sendiri. Untuk itu apa perlu berperang kerana duit sedangkan pakaian terakhir kita tak perlu belanja banyak duit untuk beli.

  12. geekpuk2 says:

    Alhamdulillah

    Ternyata ada titik persamaan antara PKR dan UMNO dalam menlondehkan kezaliman dan kebobrokan Madey

    Tak sia-sia berdebat dan berentap dengan penyokong Juburi kat IRC dan newsgroup tahun 98 dulu. Zaman sebelum Facebook dan smartphone.

    16 tahun kemudian Kelab Penyokong UMNO guna hujah sama macam pentaksub Juburi. Proton.Perwaja, Bank Bumi, YTL ,MAS, MISC semua keluar balik

  13. Anak_Nogori says:

    Madey takkan jawab..tapi org lain dia suruh jawab..carutkan je madey tu..

  14. sireh ke gagang says:

    kalau najib ikut pendekatan mahathir , dah lama bungkus semua pembangkang , penentang ni semua sebenarnya . mahathir power dulu dgn baju ISA. Kamunting tu rumah biasa bagi penentang mahathir lepak.jangan ingat start reformasi 98 je mahathir dah mula. ingat ops lalang ? berapa ramai pembangkang masuk kamunting. tu salah seorangnya presiden PAN & CM penang. dua2 bekas tahanan ISA tu.

    pasal mohkzani , mirzan kaya raya , kita malas nk ungkit. mcm aku penah cakap dulu kat sini , kalau diungkit kisah mahathir & empayar dia , mmg tak cukup 1 forum nk tulis. itu belum masuk dia perlecehkan golongan org berjanggut lagi. lagi haru ceritanya .pendek kata , bagi aku yg dh melalui zaman tun hussein onn smpai ke najib ni , zaman najib ni paling beruntung rakyat menikmati apa erti menjadi warganegara yg bebas & merdeka itu. ta[i sebab najib open minded jugaklah org2 yg tak sedar dek untung ambil kesempatan menyerang dia , bini dia , keluarga dia non stop . sungguh biadap kebaikan dibalas sedemikian rupa.

  15. geekpuk3 says:

    geekpuk2

    Macamana tak londeh kisah madey gila nie.Dah perangai dia pun sebiji macam Al Juburi yg kerjanya nak melingkupkan umno. Usah temberang la mamak kutty tu kononnya menegur atas suara rakyat marhain. Bongok apa kah mamak kutty.

    Dulu kita pertahankan dia atas sebab perpaduan dalam parti. Kita tak mahu tebuk lantai kapal. Kalau karam maka semua akan mati lemas. Jgn cerita kesusahan rakyat sbb sejak zaman dia lagi ramai jugak yg hidup susah. Bezanya hari ini org ramai susah sbb keadaan yg kita tak mampu kawal. Kalau zaman madey dulu wang kita juga jatuh tapi beliau sanggup cairkan rezab semata mata tak mahu dilihat matawang jatuh berbanding wang dollar singapura. beliau bernasib baik kerana harga komoditi masih tinggi. Permintaan utk minyak dan getah juga tinggi. Negara jiran kita masih belum menawarkan opsyen menarik kepada pelabur. Para pelabur masuk melabur ke malaysia kerana dasar kita menguntungkan mereka. Itu dulu, hari ini dengan china, vietnam thailand juga menyediakan ruang pelaburan yg baik serta pasaran buruh yg murah maka ramailah pelabur yg beralih ke negara spt china vietnam. Semua ini mengurangkan pendapatan negara dan jika tiada sistem untuk menambah pendapatan negara maka ekonomi kita tidak berkembang dan kerajaan tidak mampu menyediakan budget untuk menjaga kebajikan dan keselesaan rakyat.

  16. Gengrembau says:

    73billion dlm masa 22 tahun
    42billion baru 6 tahun

    Hebat lah pahlawan ni

    Aku suggest mamat mamat yang jual dadah baik jadi mcm pahlawan ni
    Jual dadah pun tak dapat pon 42billion

    Hebat hebat

  17. […] Sumber: http://www.mykmu.net/2015/12/rm-73-billion-lesap-di-zamannya-masih-mahu-tunjuk-angkuh/ […]

Leave a Reply