Menu Utama

Rafizi Perlu Akui PAS Cukup Enak Ditunggang

rafiziIa bukanlah berkenaan dengan ada apa untuk PAS, sebaliknya apa yang dilafazkan oleh Rafizi adalah cerminan bagaimana untuk PKR mengekalkan kuasa yang mereka nikmati di sebalik ketidakupayaan jentera parti tersebut.

Samada sewaktu pilihanraya, mahupun mencipta persepsi buruk ke atas pemerintah melalui gerakan massa di jalanraya, atau lebih mudahnya jika angka menjadi taruhan, khidmat PAS amat diperlukan untuk ditunggang, sementara pimpinan PKR pula duduk di atas pentas atau kenderaan, sambil memberi arahan.

Itu hakikat pada himpunan-himpunan sebelum ini, terutamanya sewaktu BERSIH yang pernah menyaksikan akan wujudnya dakwaan bahawa isyarat diberi oleh bukan pimpinan parti kepada Jabatan AMAL PAS menerjah pasukan keselamatan yang berkawal.

Itulah standard PAS di mata PKR. Kekuatan milik parti, tetapi habis diperah oleh bukan pimpinan parti. Bijak bukan?

Situasi inilah yang mahu dipertahankan oleh PKR, yang melalui Pengarah Strategiknya cuba untuk mengiktiraf fungsi PAS untuk mara ke Putrajaya. Jika diperhatikan, apa yang Rafizi nyatakan itu benar, dan mungkin berbaur sedikit pujian.

Namun, itu juga permainan mereka sebelum ini, dengan mengambil PAS sebagai sekutu rapat sebantal sebelum menikam parti tersebut dari semua sudut apabila sesuatu itu merugikan mereka. Tidak cukup dengan itu, PKR selalunya tidak berkeseorangan, dengan DAP sering menjadi garam yang ditabur pada luka yang sangat dalam.

Percaturan yang bijak dari PKR, yang tidak sedikit pun terkesan dengan kenyataan Mahfuz Omar bahawa sekiranya berlaku pertandingan 3 penjuru antara BN, PAS dan PH, maka PH akan menang.

Rafizi juga harus menarik nafas lega, kerana adanya Tuan Ibrahim Tuan Man, yang percaya bahawa Pakatan Rakyat belum berkubur.

Perkataan “keldai politik” bukan wujud sia-sia.



« (Previous News)



7 Komen to Rafizi Perlu Akui PAS Cukup Enak Ditunggang

  1. Anak_Nogori says:

    Satu masa rapizi puji PAS..satu masa lagi rapizi berdiri dipentas PH..PAS juga mudah dilelong.

  2. mata-mata says:

    PAS dimata PKR adalah kuda tunggangan yang mengasyikkan….

    Dimata DAPig pula, PAS hanya layak dijadikan alas kaki untuk cuci kotoran yang mereka pijak…

  3. Kamarul says:

    Bagi PAS; Dapigs lagi mulia wpun menentang hukum tuhan semua yg kerajaan buat salah, walhal kejahatan itu berpunca dari madey kutty

    http://www.malaysia-today.net/pas-needs-to-be-consistent-and-credible/

  4. falsafah says:

    dalam politik tak kiralah dari peringkat nasional sehinggalah peringkat akar umbi.. kawan tiba-tiba bertukar menjadi lawan.. lawan pulak boleh bertukar menjadi kawan.. jangan terlalu taksub.. jangan terlalu takbur.. maknanya jangan terlalu memuji/memuja/menyanjung/mengagungkan/menyukai/mencintai/menyayangi sangat sesuatu/seseorang dan janganlah pula terlalu mengutuk/mencela/mengeji/mengecam/menghina/membenci sesuatu/seseorang.. iman seseorang ni boleh berbolak-balik.. manusia bukanlah maksum.. manusia bukanlah malaikat.. manusia bukanlah sempurna.. manusia bukanlah dajjal..

    hidup ini sementara.. mati itu pasti.. sihat tidak bererti kita tidak akan sakit.. muda hari ini, nanti-nanti kita akan bertambah tua jua.. eloklah kita bersederhana..

    jangan puja sangat anwar.. anwar tidak maksum.. jika anwar meliwat sekalipun, yang penting anwar tidak ada aids / hiv / siflis / gonorrhea / dan segala penyakit pelik-pelik akibat seks luar tabii.

  5. anak pejuang says:

    kaki tunggang fizi ni..mcm abg angkat dia..jaga jaga..kena sondol mat sabu kang

  6. musanghitam says:

    Pas ini buta kayu , itu sahaja

    mereka ingat diri mereka cerdik dan gagah walhal kena liwat berkali-kali dengan PKR

  7. Meriam Buluh says:

    Pasal tu aku geli bila penyokong pakatan selalu ulang “rakyat sekarang makin bijak”. Bijak apa kalau asyik jadi keldai. Bukan sekali tapi bekali-kali. Tak insaf lagi pula tu. Puak Syiah & libral masuk menyelinap dan berkebang biak pun dibiarkan sahaja walhal di sana sini canang PAS pejuang agama. Sekarang apa sudah jadi? Mahu cakap bijak lagi?

Leave a Reply

Threesome