Menu Utama

Proton: Kesilapan Terbesar Najib Dengar Cakap Mahathir

Mahathir-Meroyan-Apabila-Kualiti-Proton-Dipertikai-Oleh-Pemandu-Teksi-1-Malaysia-0Hari ini kita membaca keluhan dan rayuan vendor Proton kepada Tun Mahathir Mohamad yang disiarkan oleh Malaysia-Today.net di bawah tajuk SURAT TERBUKA UNTUK TUN M, PENGERUSI PROTON.

Keluhan para pembekal atau vendor Proton mengenai kegagalan proton membayar dan menunaikan janji sememangnya sudah dijangka. Sejak sepuluh tahun lalu kerajaan telah mengetahui bahawa Proton tidak mampu bersaing dengan konglomerat kereta yang besar dalam dunia perdagangan bebas ini.

Hari ini industri automotif Asean telah dikuasai oleh Thailand dan mungkin Indonesia kerana Malaysia masih berterusan mahu melindungi Proton.

Idea dan kesungguhan Tun Mahathir membangunkan industri automotif negara dan jenama Proton wajar diangkat sebagai satu lakon layar patriotisme terbaik, biar berapa pun kos yang ditanggung selama ini.

Tidak ada salah keputusan Tun Mahathir mahu melaksanakan idea ini dan cuba menjayakannya.

Dalam perniagaan kita harus mencuba. Rugi bukan sesuatu yang hina asalkan kita belajar dari kegagalan tersebut. Kita rugi banyak kepada Proton, Mas, Perwaja dan Forex. Namun dalam kebanyakan hal kita belajar dari kegagalan dan memperbaikinya sehingga berjaya atau kita meninggalkannya kerana tahu ia bukan kepakaran kita.

Malangnya, Proton dari segi pembangunan teknologi dan perkembangan automotif sudah berada di tahap tidak dapat diselamatkan lagi. Ia hanyalah satu industri tempatan yang masih bertahan kerana perlindungan kerajaan dan patriotisme rakyat. Dari segi model perniagaan tulen ia sudah hancur lebih teruk dari 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kegagalan 1MDB mungkin hanya akan merugikan kerajaan beberapa bilion. Kerajaan lebih banyak rugi dalam isu Proton, Perwaja, Forex dan MAS berbanding 1MDB.

Namun isu lebih besar ialah kegagalan Proton sekiranya tidak diuruskan dengan baik akan mengakibatkan puluhan ribu pekerjaan hilang dan lenyap begitu sahaja.

Kesalahan dan kesilapan terbesar Mohd Najib ialah bersetuju dengan permintaan Tun Mahathir agar Proton dijual kepada Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari.

Mohd Najib sepatutnya membenarkan idea Proton diambil alih oleh syarikat kereta yang sudah terkenal dengan syarat mengekalkan vendor dan pekerja proton sedia ada. Jika ini dilakukan, sungguhpun kita menutup jenama Proton namun kita memastikan industri automotif negara kekal berkembang dan industri-industri hiliran Proton kekal ada perniagaan.

Malangnya, Mohd Najib tiada keberanian politik menolak cadangan Tun Mahathir kerana tidak mahu dituduh sebagai perosak jenama Proton.

Sudah tentu penjualan ini menguntungkan Syed Mokhtar berdasarkan aset hartanah, teknologi dan rangkaian perniagaan sedia ada.

Sekiranya Proton ditutup hari ini pun Syed Mokhtar tetap untung kerana segala aset terutama tanah-tanah milik Proton akan tetap menjadi miliknya.

Namun apabila ini berlaku kerajaan akan menanggung beban politik besar dari segi ekonomi, pekerjaan dan industri automotif.

Inilah dilema kerajaan bila berhadapan dengan isu Proton!






40 Komen to Proton: Kesilapan Terbesar Najib Dengar Cakap Mahathir

  1. ayam says:

    Semua salah dr Mahathir sebab tak pandai buat indsutri dedak…lain kali melayu jgn buat apa2 selain makan dedak semata2…sebab melayu nie bodoh2 belaka…tau nak buat duit cara senang. Jangan lupa buat sukan laga ayam mcm dulu2 alang2 nak buat kilang dedak.

  2. sman says:

    Pada hemat saya masalah Proton sekarang boleh di selesaikan jika Mahahtir meletak jawatan dari menjadi Pengrusi Proton.Biarkanlah Proton di urus oleh mereka yg arif berkaitan dgn automotif,bukan seorang doktor perubatan yg bersikap serba tahu,serba betul dan serba boleh.

  3. burrpp.. says:

    Siapakah yg paling layak utk memperatahankan Proton jika bukan dari pengasasnya? Kerana Proton adalah antara penjana ekonomi Malaysia sehingga berjaya berada di tahap sekarang. Negara-negara jiran masih tidak mampu menghasilkan jenama kereta buatan sendiri, namun Proton berdiri dgn megah hasil usaha rakyatnya dan juga kerajaan. Apakan daya, Proton nampaknya tidak mampu bersaing lagi dengan jenama-jenama kereta antarabangsa, yg mempunyai harga yg kompetetif selain datang dengan kualiti yg lebih baik. Proton patut dibantu, jika tidak ia akan menjadi sebuah sejarah

  4. dkds says:

    Proton sedang mengalami masalah kewangan yang teruk . Itu yang pasti.

  5. Myviku says:

    Perodua jugak yang berjaya..Proton makin lama makin teruk..DRB take over tak jugak selesai masalah. rugi rugi rugi rugi..

  6. bangKano says:

    Inilah kesilapan Mahathir yang begitu gelojoh dalam membuat keputusan tanpa penelitian yang mendalam,semuanya hendak dibuat secara tergesa-gesa seolah-olah seluruh ideanya tidak pernah silap…akibatnya semua rakyat pembayar cukai menanggung sengasara. Yang untung Mahathir & para kroninya yang berjaya mengumpul berbilion-bilion ringgit dalam akaunnya di luar negara yang disakau secara halus. Proton rugi dia perduli apa yang penting dia menimbunkan lagi aset & kekayaannya melalui semua projek hasil dari ideanya sendiri yang terhijab secara islami kononnya. Projek automatif negara adalah satu misinya untuk mencapai semua impian rakusnya umpamakan sebilah pisau mempunyai kedua-belah bilah yang tajam….memotong boleh…menusuk untuk membunuhpun boleh.

    Inilah kehebatan & kelicikan Mahathir bermain politik,ekonomi & sosial atas nama bangsa & negara yang motifnya demi kepentingan diri & suku sakatnya….!!!!

  7. system baru says:

    Masalah proton sebenar aku penah dengar Dari kawan aku sendiri dia sendiri cakap pada aku ini dulu proton mampu banyar bonus 3bulan sekarang bayar sebulan bonus susuh sebab keuntungan dia orang dah jatuh, Dari dulu lagi dah aku dah nasihatkan tun m jangan terlalu tumpukan politik Dan 1mbd sedangkan proton Ada masalah jualan dia jatuh. Tapi dia tetap degil

  8. semangat dato' haron says:

    Terfikir pula nk beli kereta apa ye…

  9. maula says:

    Takpe .. aset lebih dari hutang.. maknanya sihat walafiat .. err .. itu kata2 hikmat penasihat wanemdeebe..

  10. semangat dato' haron says:

    Ini semua Demi memenuhi ego Mamak Kutty.

  11. James Wong says:

    Sekiranya boleh, saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Tetapi, tindakan Tun M sendiri telah melampaui batas kerana sengaja mewujudkan ketidakpuasan hati rakyat terhadap Najib, hanya demi kepentingan dirinya. Tetapi langkah Tun M telah silap, kerana rakyat terus akan menyokong kerajaan yang meneruskan perjuangan untuk membangunkan negara, dan bukannya menggemukkan kroni-kroni sendiri seperti Tun M, dan juga DAP yang cakap tak serupa bikin.

  12. zul says:

    Zaman tun m dan 3 perdana menteri sebelum dasarnya realistik dan membina industri, wang negara banyak di belanja untuk pembangunan dan industri, malangnya zaman pak lah dan najib duit negara tak di belanja untuk pembangunan industri tapi di naiknya gaji kakitangan kerajaan hingfa habis duit belanjawan utk bayar gaji saja

  13. Burung Kakak Tua says:

    Semua gila.

  14. system baru says:

    zul zaman abdul razak,hussia onn dan tun m ,anda tahu tak guru,polis Dan tentera bergaji rendah mereka terpaksa buat dua kerja satu masa malah Ada terpaksa terima rasuah untuk menampung kos hidup mereka. di zaman pak lah Dan najib Cuba meningkatkan gaji mereka hidup tak melarat. Cuba berfikir najib baru 6tahun memerintah dah Ada projek mega dia buat, 12 tahun pertama tun m buat APA bergaduh dengan Ku li Dan tun Husain onn ITU kerja dia buat.najib dia ambil sikap tak bergaduh dengan tun m itu . berbaliknya jika tun m keluarkan presepsi najib balas dengan fakta sebenar ITU Cara najib lakukan

  15. aku says:

    Mana ada projek mega … hutang mega adalah ..

    Projek atas kertas bukannya projek mega

  16. kri says:

    DI DALAM DUNIA INI NAJIB SEORANG YANG BETUL, YANG LAIN SEMUA SALAH, JAMBATAN PULAU PINANG RUGI, HIGHWAY UTARA SELATAN RUGI, ASN RUGI, BANK ISLAM RUGI, UIA RUGI, SEPANG RUGI, KLIA RUGI, SEMUA RUGI SELAMA MAHATHIR JADI SEMUA RUGI YANG BAGUS NAJIB LAH BAGUS, BARANG TIDAK NAIK, RINGIT MALAYSIA TINGGI DALAM DUNIA, BARANG KEPERLLUAN HARIAN TIDAK NAIK TURUN PULAK, GST BAGUS 6 PERATUS, TAHUN DEPAN MUNGKIN 10 PERATUS SEMUA BAGUS YANG TAK BAGUS ZAMAN MAHATHIR,

  17. system baru says:

    BANK ISLAM penah rugi dulu tak kau tak tahu cerita INI kri sebelum di selamatkan oleh kerajaan, kalau tak ada gst kau cekup duit Dari Dari mana? Keuntungan petronas dah jatuh, bahan2 komuniti pun dah jatuh nak cekup duit Dari mana kalau tak Ada gst. Semua HIGHWAY UTARA SELATAN dah di rancang oleh tun rakzak lupa nak cakap pada kau INI, tun rakzak dah rancang HIGHWAY Borneo ITU dah di rancang ada tak tun m nak buat HIGHWAY terpaksa anak nya laksanakan buat balik rancangan bapa dia Ada faham. tun m Ada jasanya ula,klia,sepang,puterajaya sebab dia memerintah 22tahun, kalau pm baru buat jasa kecil2 di perkecilkan , najib baru memerintah 6tahun berfikirlah matang. APAkah jasa najib rtc,UTC Dan MRT bukan jasa dia sebab tak bagi projek pada kroni tun m itu.berfikir lah

  18. Teja says:

    Mmg jse najibla dpt derma rm2.6bil. Kerjasama dgn pas. Tol naik tu pun bagus, hutang negara mningkat jdi ~800bilion pun bagus.. dlm mse 6 buln.sje hutang ngara dh cecah rm42bil..bagus sgtkn.. oh jgn lupa thun dpan tariff elektrik naik lg.hebatnya.. tol mgkin 5% naik..Mmg bangga dpt najib jdi PM malaysia!!!

  19. Hantu Gigi Jarang says:

    Semua orang dah kena mandram…power giler minah tu…

  20. Zul says:

    System baru, aku paham yg gaji tu dinaikan kpd kakitangan awam untuk keselesaan,dan apa pula nasib pekerja swasta? tetapi kerajaan tak mampu sebenarnya, hingga 3/4 belanjawan diguna utk bayar gaji sahaja, maksudnya disini kita bercakap ttg 29 juta rakyat, jika kerajaan tak boost ekonomi spt yg telah di buat 4 perdana menteri sebelum, dan sebenarnya kerajaan dah masuk level tak mampu bayar gaji dah sebetulnya – ekonomi yg gagal, kemudian ada solution mudah iaitu gst 6% untuk cover bayar gaji kakitangan,apakah nasib yg lain ? Mengapa wang tidak digunakan membina industri spt yg dibuat 4 pm sebelum?,atau di beri kpd R&D spt proton. Agar kita dpt bina teknologi dan melibatkan semua rakyat.inilah yg dilakukan tun m dahulu. Hanya jika kerajaan dah kaya ( dengan cara kutipan cukai yg wajar- hasil dari production yang di bina kerajaan-baru patut naik gaji.
    Jika kerajaan tak mampu, kemudian bayar gaji mahal, hingga kutip 6% dari rakyat-sedangkan umum tahu margin perniagaan 10% sahaja, walaupun ada secara teknikal claim input tax credit, tapi praktisnya ?..ia spt sistem cekik darah paling besar dalam sejarah malaysia merdeka, dan tatkala kerajaan tidak melabur dan membina industri, kini kerajaan menuju ke sistem perhambaan iaitu para peniaga hanya peroleh 4 % margin, dgn kata lain ini cukai 60% bahagian kerajaan.
    Benar negara lain ada buat gst spt jepun, tetapi industrinya bagaimana?
    Dalam keadaan kita blm mampu buat basikal, minta tolong jgn bangga kenaan gst kpd rakyat, sebab itu cukai mudah dan tak bijak langsung, sebab mudah saja , jika kerajaan kurang wang naikkan lagi gst ke 12 peratus, kemudian istihar kata hah tgk bijakan kerajaan dah dpt 100 billion wang, tak payah labur tak payah bina industri.
    Jadi jika inilah maka sistem perhambaan sdg berlaku, negara undur ke belakang

  21. Zul says:

    Perang kenaikan kos boleh dilakukan, dengan pelaburan modal dilakukan kerajaan dalam industri berkaitan dgn meningkatkan penawaran, spt yg cuba di buat NFC yg gagal itu, yg sewajarnya kerajaan bersifat decetralized, yg mana ia ditawarkan kepada rakyat secara tender terbuka, untuk melaksanakan rancangan kerajaan.demikian juga dengan rumah selagi kerajaan bersifat centralized harga rumah mampu tengok akan kekal pada harga 200,000 keatas, cubalah decentralized , dan ditender secara terbuka dimana dana diberi utk pembinaan terus kpd rakyat ( bukan kepada PRIMA, insallah harganya akan jauh lebih murah.Bagi sebahagian rakyat yg memerlukan rumah kos rendah ia boleh dilaksana pada kadaran rm 60 kaki persegi sebenarnya atau boleh lebih rendah lagi, sebahagian besar golongan ini adalah pekerja swasta yg tidak beroleh kemudahan bank

    Pekerja asing- janganlah di bawa masuk lagi dah terlalu ramai sangat dah yg berada di malaysia malah sekarang dgn kemahiran mereka, merekalah yg mengambil sub kerja untuk bangunan komersial dan perunahan juga.

  22. Zack puchong says:

    Bebudak proton berapa lama makan basic je. Ot tarak. Nampak gayanya nasib diorang bakal jadi macam kilang brek tempat keje aku gak -Tutup/Bungkus. (Kilang aku supply brek pada vendor proton). Nasib baik bos Australia aku tak main chalo jer. Bagi pampasan ikut ca ngan union. Dapat gak modal buat balik kampung. Proton nih silap haribulan, tdm tutup tanpa pampasan setimpal pada pekerja. Bukan buleh pakai bos Malaysia nih. Tambah kalau bos bangang cam tdm yg tak paham jerih perih operator kilang. Bos mat saleh, Jepun gak best. Follow undang2, perjanjian ngan union.

  23. Zack puchong says:

    Zul, ko ni sama spesis tdm. Tak pandai jual kereta, berlagak macam reti. Tak tau camna nak improve sale, produktiviti, kualiti proton. Tau salahkan orang lain je. Kerajaan nak naikkan gaji kakitangan salahke? Dia punya pekerja, dia punya suka la. Swasta bukan dia yang bayar gaji. Kira untung najib upkan gaji minimum, harap majikan kene piket, mogok dulu. Nfc gagal? Nasib dia la! Dia tetap kena bayar hutang tu. Bukannya Geran, Pinjaman.
    Proton tutup camne? Tdm kan bijak bestari. 22 tahun pengalamn jd perdana mentri. Proton idea dia sendiri. Rm3 bilion untuk r&d? Pastu kerete masih tak laku lagi? Nampak sangat management tak guna, tau jual air liur je. Makan gaji buta.
    Aset lebih banyak dari liabiliti? Masalahnya aset2 ni buleh jualke kat kompeni china, Qatar. Ada harga ke? Ada kompeni sanggup takeover bisnes yg rugi?

  24. Ron says:

    Proton vs 1MDB

    1. PROTON ada ribuan pekerja dan puluhan ribu pekerja syarikat vendor vs 1MDB ada berapa pekerja?

    2. PROTON ada keluarkan produk-produknya tanpa gagal vs 1MDB ada produk apa?

    3. PROTON ada bandar PROTON di Tg Malim vs 1MDB nak jual tanah di Bandar Malaysia?

    4. PROTON mendapat pelbagai anugerah bertaraf dunia vs 1MDB dapat apa?

    5. PROTON membina lebih banyak aset vs 1MDB menjual aset.

    6. PROTON sentiasa maju dalam keluarkan produknya tapi 1MDB buat apa?

    7. PROTON bayar cukai kepada kerajaan vs 1MDB bayar cukai tak?

    Ok.

    1. 1MDB hutang FAEDAH SAHAJA RM 2.7 Billion setahun vs Proton?

    2. 1MDB masih tangguh penyata audit dari 2013 vs Proton sentiasa keluarkan penyata audit.

    3. 1MDB kena buat rasionalisasi syarikat vs Proton mengekalkan pekerja nya.

  25. Zul says:

    Zack puchong, tak salah naik gaji, bukan issuenya naik gaji , tapi bila kewangan kerajaan lemas dia belasah gst dari orang ramai, matilah macam ni, karang nanti bila lemas lagi belasah gst 12 persen pulak, pengsanlah rakyat macam ni,

  26. Gengrembau says:

    Tolong proton silap
    Hehehehehe
    Tolong petrosaudi palsu bilion bilion tak silap
    Tolong ipic palsu tak silap

    Hehehehehehe
    Tolong 1mdb 42 biliion ok…

    Nak spin aper lgi pemakan dedak ni?

    Hehehehehehehe
    Dedak dedak dedak

  27. Gengrembau says:

    42 billion invest kat proton kan bagus…
    Ni invest kat petrosaudi tipu
    Ipic tipu

    Hehehehehehehe
    Makan la dedak yer

  28. Satria says:

    korang ni bodoh betul la. berjuta juta org Melayu drive Proton kot. Beribu ribu org Melayu ada nafkah sebab proton kot.

    aku sebenarnya tak nak masuk campur bab politik. tapi bila korang dah desperate sangat nak attack mahathir sampai ckp benda camni buat apa.. ramai kot org bawak kereta proton.

    aduh. sedih aku bro. aku ni dari dulu pro-govt. tapi bila dah keluar article mcm ni aku tak nak undi UMNO dah buat masa ni.

    Proton dah byk kasi nafkah kat beribu org Melayu bro. dah 40+ tahun lebih.

    korang nak backup 1MDB sangat kenapa.. yg kaya bukan org Melayu bro. Cina kaya. Arul (keling) kaya.. kita?? kilang, workshop proton semua org Melayu yg kerja kat situ bro.. pastu korang takde idea.. attack proton. aku sampai tak tau dah nak ckp camne.

    byk cara lain nak counter diaorg bro.. tapi jgn la sampai Proton pon nak hentam. tu semua periuk nasi org Melayu kita.. pikir cara lain nak attack bro. tolong lah. ramai pengundi bawak proton bro.. takkan tu pon tak tau.

    “Darahku MERAH. seperti PartiKu juga. Dulu, Kini, Selamanya. A.Khal”

  29. semangat dato' haron says:

    Zul dan gengrembau ni budak2 gen Y, dia cuma ingat mamak kutty tu hebat sbb buat pelbagai mercu tanda yg sbnrnya merosakkan ekonomi negara dan menfefisitkan negara sehingga skrg.

  30. kri says:

    system baru PEMIMPIN ALLAH YANG PILIH. TUN JADI PEMIMPIN 22 TAHUN MESTI ADA SEBAB BUKAN TANPA SEBAB ALLAH MEMILIHNYA. KALAU PIMIMPIN MEMERINTAH SECARA MENGANIAYAI TAK LAMA LAGI KITA BOLEH TENGOK. PEMIMPIN SEBELUM MAHATHIR, BOLEH DIKATAKAN BANYAK PELUANG DIBERI KEPADA BANGSA ASING, PADA TAHUN ENAM PULUHAN, BERAPA ORANG SAJA MELAYU YANG JADI PENSYARAH, PELAJAR-PELAJAR UNVIERSTI, KAKITANGAN KERAJAAN BANGSA ASING YANG BANYAK, SEMENJAK MAHATHIR MENJADI PM, BOLEH DIKATAKAN 90 PERATUS BANGSA MELAYU. DI PUSAT PENGAJIAN, JABATAN KERAJAAN, SWASTA DAN BANYAK LAGI. TUAN, NABI BERPESAN SEBELUM TENGOK KEBURUKAN ORANG ITU, TENGOK KEBAIKAN SESEORANG ITU DULU.

  31. system baru says:

    Cuba tengok Dan malu sikit dengan syarikat Korean sedarlah kualiti kereta Korean sama je seperti proton tapi korean berjaya di amerika Dan negara Arab malu sikit, syarikat Korean penah ditawarkan beli syarikat lotus tapi mereka tak menbelinya mereka tahu kowangan mereka tak cukup nya tinggi harga di tawarkan, INI kita beli agustar kemudian kerajaan tanggung hutang dia tak malu ke? Kalau tak tahu mengurus syrakat buang je CEO dan penasihat proton itu. Aku macam ini rasa Ada tak kena pada proton ITU. Syarikat Korean hampir bankrap tapi mereka berjaya bangkit. Aku tengok penasihat kehulu kehilir berpolitik Dan berceramah tak kerja ke? Tun m ITU perangai dia sama macam Anak didik dia ‘si anwar kehulu kehilir berceramah, satu kerja sebagai penasihat pun tak di buat.

  32. system baru says:

    Kalau korang tahu kerja produk di hasilkan 1mbd bandar baru trx Dan bandar malaysia ITU serupa macam bandar baru di puterajaya yg di miliki oleh puterajaya holding ITU saham putarajaya di miliki oleh Petronas ITU, Ada faham Ron

  33. aku hanya serangga says:

    Takat tulis srmua org blh..keluarkn la fakta yg dsokong utk comparekn 1mdb dan proton..korg dok ckp itu ini,based on sumber tah manetah lps tu nk tnjuk hero..dok ckp org politik asyk bgaduh,kite rkyat pn same..asyik nk berbalah dlm alam maya n realiti..stop all n start improve our financial,family n generation..think for ur future!

  34. rockers says:

    system baru…1mdb dh 6 tahun ape perniagaannye yg mnguntungkn rakyat.byr h utang pun nk sapu duit rakyat ke..jual aset 100% pd sykt asing..

  35. sman says:

    rockers,

    kau ni memang tak tahu apa-apa pun hanya dengar cakap tdm je.tolong tengok penyata kewangan 1mdb beberapa tahun kebelakangan,berapa tahun mereka untung berapa tahun mereka rugi.semuanya ada rekord bukan main hentam je.

  36. Gengrembau says:

    1mdb untung
    Hahahahahahahahaha
    Hahahahahahahahahha
    Hahahahahahahahahaha
    Gile bebudak makan dedak ni

    Naik sampai kepala dedak ni yer

    Hehehehe

    1mdb utang pun tak mampu bayar
    Kater untung

    Gila

  37. Memang Terok says:

    Orang melayu pandai,bijak dan ber pandangan jauh. Melayu tidak bodoh. Kalau melayu tak bijak negara ini tak boleh terbentuk sebegini rupa hingga kehari. Apa yang kurang dengan melayu ialah penyatuan sesama sendiri kurang kuat dek kerana sijil PHd yang kita miliki.

    Contoh mudah apabila isu derma PM di sebar dan diperbesarkan itu hasil Dari sijil PHd itu lah. Kau dapat Kenapa aku tak dapat ? Itu isu sebenatnya.

  38. gila says:

    Gengrembau dah pekena nasi kangkang siti hasmah tu yg tak berenti dok puji madey kutty tu

    Rembau bukan tmpt Khairy Pak Lah ke ? nie mesti kes makan dedak tambah nasi kandar kutty
    sampai jadi gila

  39. daud says:

    Cerita cerita bodoh mykmu dah makin lemau kebelakangan ni…tk kira apa topik pun korang twist jadi bahan kelakar la…:)

  40. Gengrembau says:

    Gila
    Kalu nak tau asal gengrembau
    Tanyer chulan, bigguydotcom
    Dier org tau
    Chulan… Tak makan dedak macam korang ni…
    Cool chulan

    Setakat kau, gila, setaun jagung, tak yah merapu lah

    Sbb dedak naik kepala
    1mdb business dgn company MIRIP petrosaudi, IPIC pun kau kater betul…
    Kene tipu sbb makan dedak la kau org ni…
    Sama la semangat dato harun tu….. Ape punyer semangat lah…. Ishh
    Be real la bro

Leave a Reply