Menu Utama

Proton: Kepentingan Nasional Atau Kepentingan Pengerusi?

rafizi_proton

DENGAN pelbagai masalah yang melanda Poton sekarang, sudah sampai masanya kerajaan mendedahkan kepada umum berapakah sebenarnya perbelanjaan yang dikeluarkan untuk Proton sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.  Ini termasuklah suntikan dana, pembelian kenderaan rasmi dan sebagainya – setiap ringgit, setiap sen.

Ada sumber menyebut RM 40 billion tapi penulis jangka lebih besar sebab angka itu tidak termasuk pembelian kenderaan Proton untuk pelbagai kegunaan oleh pihak kerajaan.

Tujuan dedah ini mudah, Proton kata Pengerusinya, Tun Mahathir Mohamad akan naikkan harga Januari tahun depan.  Ketika banyak pengeluar kenderaan di dunia cari jalan untuk kurangkan kos dan seterusnya harga jualan, Proton jadi satu-satunya syarikat pengeluar yang cari alasan untuk naikkan harga.

Ini tak sepatutnya berlaku lebih lagi kepada rakyat Malaysia sebab berbeza dengan pengeluar kenderaan dunia yang lain, Proton ini dibesarkan dengan duit rakyat, bukan duit Pengerusinya pun.  Pelaburan ini sepatutnya dibalas dengan harga kereta yang lebih murah, bukan lebih mahal.

Dalam masa yang sama, rakyat juga boleh tahu sama ada Proton ini diadakan dulu untuk kepentingan nasional atau kepentingan Pengerusinya sahaja.  Sebab selain Proton, ada 2 syarikat pengeluar kereta yang dikategorikan sebagai kereta nasional, Perodua dan Naza tapi 2 syarikat ini tak dengar apa masalah, hanya Poroton – untuk belanja R&D pun perlu suntikan dan berbilion dari kerajaan, apa cerita tu?

30 tahun dah, bukan baru beroperasi semalam!!

Kita tahu ketika Proton bermula pada awal 80-an, banyak duit kerajaan digunakan untuk memastikan ia tidak gagal dan seterusnya mencemarkan nama Perdana Menteri ketika itu.  Berapa jumlahnya saja itu yang kita nak tahu.

Sampai masa semua ini didedahkan.  Kerajaan tidak boleh berlembut lagi kerana imej kerajaan rosak teruk dikerjakan Pengerusi Proton ini dan kita mesti mahu tahu adakah antara sebab ini berlaku kerana banyak permintaannya tidak dilayan, salah satunya Proton?

Lagipun sekarang ialah masa yang sesuai kerana ia sudah jadi pelik – seperti PKR pun sokong Proton naikkan harga kereta.  PKR kalau sokong apa benda, mesti ada yang tak kena.






12 Komen to Proton: Kepentingan Nasional Atau Kepentingan Pengerusi?

  1. semangat dato' haron says:

    Proton adalah projek peribadi Mamak Kutty dr dulu sampai skrg. Beliaulah org yg plg layak dipertanggungjawabkan dgn segala apa yg berlaku pd Proton. Not Najib, not pak lah or even Ku Li @ Musa Hitam.

  2. semangat dato' haron says:

    Hatta Anwar Ibrahim sekalipun

  3. rafizijoker says:

    ooi rafizi..cakap tak serupa bikin..kalau nak jilat pun agak agak lah..

  4. system baru says:

    Jawapan aku mudah pangurusan lemah dalam proton sistem 5s ,sell and servis gagal dibaiki dan digunakan dengan baik . selepas mitsubishi kepentingan dalam proton ‘proton gagal untuk berdikari ITU jawapan mudah aku bagi. Sepatut proton INI kena Ada CEO tegas tugas dia berani sambut cabaran selepas mitsubishi tinggalkan proton itu. Sepatut proton dah matang sebab nya dah mencapai 30tahun

  5. system baru says:

    Jawapan aku mudah pangurusan lemah dalam proton sistem 5s ,sell and servis gagal dibaiki dan digunakan dengan baik . selepas mitsubishi jual kepentingan dalam proton ‘proton gagal untuk berdikari ITU jawapan mudah aku bagi. Sepatut proton INI kena Ada CEO tegas tugas dia berani sambut cabaran selepas mitsubishi tinggalkan proton itu. Sepatut proton dah matang sebab nya dah mencapai 30tahun

  6. esamanja says:

    Selepas Arul Kanda selesai melaksanakan pengstrukturan semula 1MDB, Apa kata kita minta beliau mengstrukturkan semula Proton, beri dia kebebasan penuh untuk melaksanakan nya. Cadangan saya saja sebab Arul ni memang latar belakangnye sebagai penyelamat.

  7. ayam says:

    Apa susah2 struktur balik…jual kati aje la…melayu mana boleh buat benda2 canggih nie…layak buat dedak ayam je

  8. sireh ke gagang says:

    ayam kau bangsa apa ? klu kau melayu , sia-sia kau jadi melayu. atau kau mmg betul haiwan yg pandai berkomen ? malu nk mengaku menjadi manusia , rela guna nama haiwan sebagai pengenalan.

  9. system baru says:

    Bagi najib kena tengok proton itu , bagi syarat kerajaan boleh bagi 3billon ITU tapi Ada syaratnya
    1)kerajaan tengok kualiti kerja dalam proton
    2)3billon dibelanjakan hendaklah dipantau
    3)pakar pengurusan otomatif dilatik
    4)tingkatkan kecekapan sell and serves 4s
    5)pengurusah store barang muruh Dan berkualit
    6)Ada permantau kualitik barang vendor Dan kilang proton
    7)bunag mana pegawai menyelewing itu atau tukar ke tempat lagi jangan bagi dia bahagian kualiti lagi

  10. Meriam Buluh says:

    ayam berjiwa ca-ya-nun kafir harbi. Tengok saja sawan politiknya tu..jadi hiburan. Tipikal penyokong pakatan haram.

  11. che ted says:

    Proton ni projek kereta nasional antara kerajaan Malaysia dgn Mitsubishi motors. Tanpa mitsubishi proton takkan mampu bersaing kerana tidak ada teknologi . Pelik juga tindakan mitsubishi tinggalkan proton. Mungkin merekapun sudah hidu masalah dalaman proton. Pandai2lah cari rakan kongsi baru, syarikat pun bukan hak milik kerajaan lagi.

  12. shahulhameed says:

    untuk makluman bukan Proton sahaja yang menimbangkan kenaikan kereta, Perodua telah lebih awal membuat pengumuman. Kalau Ringgi terus jatuh, pengeluar kereta terpaksa bayar kos yang lebih dan kos tersebut terpaksa dikenakan keatas kereta baru.

    Macam harga minyak, ikut pasaran. Harga kereta pun kena conggak berapa kos . Negara lain mungkin harga kereta tak naik sebab WANG MEREKA TAADA MASAALAH. RINGGIT MALAYSIA dah susut dari satu masa RM 3.20 lebih sampai sekarang 4.20 atau 30 , jadi kenaikan lebih kurang 1.30 . kata naik 1.00 bermaana hampir 30% susut , jadi harga kereta tak kan sama.

    Benar banyak wang kerajaan digunakan, banyak manfaat dapat dikecapi oleh Rakyat Malaysia terutamanya Bumiputera kerana Industri automotif memang perlu modal yang besar sebab itu banyak negara tidak ada kereta sendiri. Pengerusi tak ada kepentingan peribadi, hanya nak majukan orang Bumiputera dan melonjakkan anam Malaysia. Kebanyakan R & D Perodua dah siap diJepun manakala Proton mulai dengan kertas kosong.Sokongan PKR saya rasa berdasarkan kenaikan Ringgit dan jika Ringgit turun berbanding US Dollar, pendapat PKR mungkin berubah.

Leave a Reply

Threesome