Menu Utama

Prof Hassan Said Naib Canselor Baru UiTM

dato_dr_hassan_saidKementerian Pendidikan Tinggi hari mengumumkan pelantikan YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr Hassan bin Said sebagai Naib Canselor UiTM yang ke-9, berkuatkuasa 1 Februari 2016.

Sebelum pelantikan ini, Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said menyandang jawatan sebagai Naib Canselor Universiti Taylor’s dan beliau juga merupakan mantan Ketua Pengarah Pengajian Tingg antara Januari 2005 hingga April 2008.

Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang matematik daripada University of Manchester (1979), ijazah sarjana sains daripada Brunel University, United Kingdom (1981) dan ijazah PhD juga daripada Brunel University (1984) dengan pengkhususan dalam bidang Computer Aided Geometric Design. Beliau telah memulakan kerjaya sebagai pensyarah matematik di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984, kemudiannya dilantik sebagai dekan fakulti pada tahun 1990 dan Timbalan Naib Canselor (Akademik) USM pada tahun 1995, sebelum berpindah ke Kementerian pada tahun 1998 sebagai pengarah bahagian.

Kementerian juga turut merakamkan penghargaan kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Prof Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar, Naib Canselor UiTM ke-8, yang akan tamat tempoh perkhidmatan beliau sebagai Naib Canselor pada 31 Disember 2015 ini.

YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Prof Ir. Dr. Sahol Hamid, yang telah berkhidmat sebagai Naib Canselor UiTM mulai 1 Januari 2010, telah banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan UiTM sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang tersohor di negara dan juga di persada antarabangsa, dan juga kepada kemajuan anak-anak bumiputera. Terima kasih diucapkan kepada YBhg Tan Seri Dato Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid.

Biodata:

EMERITUS PROFESSOR DATO’ DR. HASSAN SAID

PENDIDIKAN (Terpilih)
Ijazah Sarjana Muda : Manchester University, UK (1979)
Ijazah Sarjana : Brunel University, UK (1981)
Ijazah Kedoktoran : Brunel University, UK (1984)

KERJAYA PENGALAMAN PENTADBIRAN (Terpilih)
2009 – 2015 : Naib Canselor, Taylor’s University
2005 – 2008 : Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi
1998 – 2005 : Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi
1995 – 1998 : Naib Canselor (Akademik), Universiti Sains Malaysia
1984 – 1990 : Pensyarah Matematik, Universiti Sains Malaysia (USM)
1990 – 1995 : Dekan Fakulti Matematik, USM

ANUGERAH (Terpilih)
2007 : Chevalier de Ia Legion d’Honneur, Kerajaan Perancis
2009 : Doctor of Science (Honorary), Universiti Malaysia Perlis
2010 : Doctor of Science (Honorary), Mutimedia University Malaysia
2010 : Doctor of Engineering (Honorary), Birmingham University, England
2014 : Doctorate (Honorary), University of Toulouse

KEAHLIAN PERSATUAN PROFESIONAL / AKADEMIK (Terpilih)
· Ahli, Majlis Pendidikan Tinggi Negara
· Ketua Projek Khas Pendidikan Swasta, Majlis Profesor Negara
· Felo, Pertubuhan Matematik Malaysia
· Felo, Institut Matematik dan Aplikasi ITS, UK (FIMA)
· Felo, Akademi Sains Malaysia (FASc)

SUMBANGAN AKADEMIK & PENDIDIKAN TINGGI (Terpilih)
· Memainkan peranan penting dalam penubuhan Universiti Penyelidikan
· Memainkan peranan penting dalam penubuhan Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)
· Melalui ‘Perekaan Geometrik Dibantu Computer (Computer Aided Geometric Design, CAGD), beliau telah memperkenalkan kelas baharu fungsi campuran yang dikenali sebagai Generalised Ball Basis Functions yang juga dikenali sebagai






Satu Komen to Prof Hassan Said Naib Canselor Baru UiTM

  1. Kukuhitam says:

    Dari 2010 tu! Ade sape penah tau VC UniMAP x ditukar sejak bila? Dari ditubuhkan lagi, ketika masih bergelar KUKUM. Something fishy!

Leave a Reply

Threesome