Menu Utama

Polis Iring Perdana Menteri, Simpan Sikit Kebodohan Macai

Seorang Perdana Menteri ada 5-6 program setiap hari. Sebahagian besar program ini merupakan kerja yang perlu dilaksanakan merancakkan ekonomi negara, melicinkan jentera pentadbiran, isu keselamatan negara dan memenuhi undangan rakyat.

IMG-20151221-WA0059Apabila anda dengan bangga menyatakan kita perlu menghalang perjalanan Perdana Menteri, supaya merasai masalah kesesakan jalan raya, anda sebenarnya sedang mensabotaj jutaan rakyat Malaysia.

Apabila anda kata Perdana Menteri perlu merancang lebih awal perjalanan beliau, anda sebenarnya tidak memahami kehidupan seorang Perdana Menteri atau Menteri yang bekerja hampir 15 jam satu hari, malah kadang-kadang lebih.

Janganlah bandingkan kerja anda sebagai “despatch”, pengurus kedai, kaki judi, ustaz CD atau “plumber” dengan Perdana Menteri.

Jika anda tidak berfungsi ada hanya satu segmen kecil yang terjejas.

Tapi jika Perdana Menteri atau Menteri tidak berfungsi ia menjejaskan seluruh jentera kerajaan sekaligus memberi kesan besar kepada rakyat keseluruhan termasuk anda.

Kalau tulisan ini kasar saya minta maaf. Tapi saya tidak dapat terima kebodohan melampau tapi dilihat kononnya cerdik dalam Facebook ini.

Dipetik dari Facebook Ab Jalil Backer






14 Komen to Polis Iring Perdana Menteri, Simpan Sikit Kebodohan Macai

  1. burrpp.. says:

    Sebab mereka tidak berada di tempat PM dan para menteri, jadi berbanggalah dengan kebongkakan dan kebodohan anda!!

  2. bugis says:

    Berok pun kalau orang hormat, dia akan dimuliakan dalam.pelbagai cara..

    Maaflah kalau terkasar sedikit, ini bukan soal samada orang faham atau tidak faham tugas PM tetapi lebih kepada sudah tidak ada penghormatan, sudah tidak ada integriti. Why? Lu sendiri fikir?

    Boleh faham kot..

  3. Jack says:

    Ah jangan susah2 tangkap je budak ni kasi lokap seminggu dua biar dia belajar sikit hormat pemimpin.

  4. kamal ali says:

    masa naik ambil lesen dulu kan ada diterangkan keutamaan laluan kepada beberapa jenis kenderaan, ada ingat lagi? ataupun emosi sudah menjadi keutamaan dari undang undang jalan raya? tahniah untuk anda yang mempamerkan satu contoh untuk pemandu baru. adik adik dan anak anak sedang memerhatian apa yang kita lakukan sama ada dengan soalan ‘kenapa’ ataupun mengikut perasaan semasa.

    ngkorang yang dah ada lesen. pikirkan

  5. Meriam Buluh says:

    Inilah contoh rakyat yang dikatakan bijak ikut neraca pakatan haram pewaris pakatan retard. Bijak tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar…

  6. Meriam Buluh says:

    Kalau dilihat jumlah likes yang diterima bolehlah agak betapa ramainya rakyat bebal dengan akal panjang sejengkal dalam kelompok sana tu.

  7. bujuk says:

    As salam..
    Lama tak kunjung sini.
    Dalam situasi ini ada beberapa perkara yg perlu diambil perhatian. Selain undang2, menghormati pemimpin, emosi dan ketidak puas hati masyarakat. Apakah selama hari ini rakyat bersikap demikian? Kenapa rakyat bersikap demikian?
    Kita selalu hormat pemimpin, tapi apakah mereka menghormati diri dan jawatan mereka? Hidup ini umpama bola yg dibaling ke dinding. Apa yg kamu buat, itu yg kamu dapat. Rakyat dah hilang sabar rasanya… PM perlu melakukan sesuatu dan bukan gimik semata2. Rakyat hari ini telah terbeban, dan terus dibebani oleh k’jaan. Apa yg kita nampak.. k’jaan nak untung dengan menyusahkan/ menzalimi rakyat. Bila rakyat dah kutuk, dah maki, dah marah.. inilah jadinya. Konon negara akan maju, hebat hanya ucapan kosong.
    K’jaan tarik subsidi minyak, Allah jatuhkan harga minyak… apa k’jaan dapat?, K’jaan buat GST, Allah jatuhkan nilai RM.. apa k’jaan boleh buat?
    Moralnya jangan bodohkan dan zalim pada rakyat, kerana doa orang yg dizalimi tiada hijab, Cepat Allah terima.
    Harap PM ambil pengajaran dan tidak lagi menzalimi rakyat sendiri. Bimbang juga perkara lebih buruk berlaku…

  8. dotdot says:

    P.M x zalim pn bujuk,,,korang je yg bodoh,,,tu je aku nk ckp.

  9. Meriam Buluh says:

    bujuk, penyokong pakatan haramjadah yang sebenarnya memperbodohkan dan menzalimi diri sendiri. Bila la nak insaf diorang ni..

  10. jebon says:

    Hahaha

    Ayat slenge KW2 Najib.
    Kalau tak sependapat mulalah dilabel penyokong pembangkang, penyokong komunis, bodoh, bebal, tonggong dsb.

    Mcmana Najib nak perbaiki imej, klu KW2 sendiri yg tolong menjahanam reputasi idola mereka.

    Setiap hari puji dan junjung Najib.
    Setiap hari la jugak menghina,mencerca Tun M.

    Korang ingat Tun M kecik anak, tak payah nak gebang besar, lebih ramai rakyat berbilang kaum yg tahu dan faham, apa sumbangan Tun M berbanding Najib.

    Korang kompang la satu Malaya, satu dunia ttg keburukkan org tua tu, penilian prestasi beliau telah berlaku dan berlalu.

    Dunia dah mengiktiraf peranan beliau.

    Najib sekarang dah jadi tajuk utama akhbar2 dunia dgn pelbagai skandal yg memual dan memalukan rakyat dan negara.

    Rakyat dah bagi peluang buat penjelasan, tapi asyik menyorok, berputar2 lidah bila bercakap, sedangkan media utama dia yg kontrol.

    Tengok pulak apa lelucon kata/ucapan menteri2 Najib, KB2nya,

    Kisah Ahmad Maselan dgn GSTnya,
    Ismail Sabri dgn telur penyunya.
    Rahman Dahlan, dgn bangun awal dan tol.
    Salleh Keruak dgn internet siput yg jadi pilihan rakyat katanya.
    Dan berpuluh2 lagi lawak2 bangang dari pengampu2 Najib yg kalau ditulis begitu menghina dan memperbodohkan rakyat.

    Tak lama lagi dah.
    Tahun depan seawal bulan Mac akan berlangsung Mesyuarat2 Agung Cawangan2 Umno.
    Gegaran makin terasa.
    Kita tengok bagaimana tercirit2nya wakil2 rakyat, KB2 yg totok makan dedak Najib panas miang dikerjakan akar umbi.

    Harap2 KW2 jangan lupa turun ke cawangan2 ye.

  11. rockers says:

    pujilah najib melangit….best pm in the world.pm berjiwa besar yg blh mendgr denyut nadi rakyat konon.I love pm

  12. krizalid says:

    komen terhadap komen bujuk … kerajaan tarik subsidi minyak, Allah jatuhkan harga minyak … kalau subsidi minyak tak tarik, lagi teruk la kerajaan sebab pendapatan Petronas dah berkurang dan tak mampu tampung pendapatan negara dari cukai yang dikutip melalui Petronas … jadi subsidi yang ditarik tu ada la hikmahnya …

    kerajaan perkenalkan GST, Allah jatuhkan RM … kerajaan dapat apa? Dapat kutip pendapatan dari GST la … cuba kalau takde GST dan kekal SST yang mana banyak peniaga menipu tak bayar …

    Apa punya hujah daaa … makan diri balik …

  13. anor says:

    GST adalah satu elemen penting untuk mencari peniaga-peniaga yang tak mau bayar cukai…maka GST diwajibkan didaftar supaya kerajaan dapat mengutip cukai dari para peniaga dengan kadar 6%….itu adalah kadar yang paling rendah dirantau ini. Coba bandingkan dengan negara jiran seperti Thailand,Indonesia dll berapakah kadar GST negara tersebut…sudah tentu memelebihi 10% tak lak rakyat mereka meroyan ke seluruh negara macam orang Malaysia melalak ke seluruh negara…malulah macam ni…..!!!

Leave a Reply