Menu Utama

Pintu Gerbang Dibiayai Penderma, Cara PKR Bodohkan Rakyat

haniza_bodoh

PKR memang tidak ada penjelasan munasabah kenapa kos pembaikan gerbang Darul Ehsan di Lebuhraya Persekutuan, disebut-sebut mencecah biaya hampir RM 10 juta – untuk perbaiki, bukan buat baru pun.

Nak jawab macam mana?  Jumlah itu memang besar untuk jenis kerja yang dilakukan, apatah lagi dalam persekitaran ekonomi negara yang PKR dan sekutu-sekutunya hari-hari kata tenat.  Penulis kalau ditempat mereka pun tak tahu nak jawab macam mana.

Maka itu tak hairan, selain menyakahkan Menteri Besar sebelumnya (orang dia jugak dulu), cara bodoh digunakan dengan mendakwa kos pembaikan pintu gerbang itu dibayar dengan guna wang penderma.  Kita faham dia nak sindir tapi tak kena tempat, tak hairan nampak begitu bodoh bunyinya.

Apatah lagi disebutkan dalam kenyataan yang sama, proses nak membaiki pintu gerbang itu melalui proses bidaan – dah bida, lepas tu derma pulak, confirm nak bodohkan rakyat.

Tapi penulis tak salahkan ADUN PKR yang berkenaan. PKR dan pembangkang amnya memang dihuni orang-orang bodoh, jenis asal hati sendiri senang saja bukan nak fikir sangat pun logik di sebalik kenyataan yang diberikan.

Kalau cerdik tidaklah mereka menyokong pesalah seksual sejenis diangkat menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun rakyat patut melihat ini sebagai cara PKR membodohkan rakyat – belum pun ada peluang memerintah negara.  Bayangkanlah kalau dia memerintah macam mana, asal ada pembaziran, jawab macam orang jiwa kacau seperti ini.

Itu buruknya, baiknya, PKR mengakuilah secara tidak langsung jumlah yang diwar-warkan itu memang benar.  Jadi fikir sendiri sajalah siapa sebenarnya yang lebih membazir dan sama ada ekonomi kita memang tengah parah atau tengah elok.






7 Komen to Pintu Gerbang Dibiayai Penderma, Cara PKR Bodohkan Rakyat

  1. Memang Terok says:

    Kalau lah penulis berpeluang bertemu dengan Ali tinju dimana2, bila2, penulis ingin bersalaman dengan nya dan berpelokkan dengannya, kerana Ali tinju berhak terima ucapan tahniah dari kita orang melayu.

    Orang politik betegang leher menampakkan perjuangan masing2. Tapi perjuangan orang politik adalah perjuangan kantong sendiri, kroni dan puak2 sendiri. Perjuangan mereka perjuangan dengan bayaran tengah dan bayaran tepi. Bayaran terang dan juga bayaran gelap tanpa GST.

    Sedangkan Ali tinju berjuang FOC tanpa bayaran. Yang lebih besar ialah dengan mempertaruh nasib sendiri, ditangkap, dikurung,disoal dan bakal dipenjara.

    Mana melayu lain ? Melayu lain hanya menggeleng kepala kerana melayu lain tidak buat benda berlaku . Melayu lain sekadar mengikuti benda berlaku dan separuh lagi hanya mendengar benda berlaku dengan penoh kehairanan.

    Apabila Ali ditangkap dan didakwa, apa sebenarnya yang patut dibuat oleh melayu lain?. Protest lah, merayulah… untuk Ali dibebaskan. Atau tolong bayar wang jaminan.

    Orang lain takut undang2, kerana mereka ada kerjaya, ada tanggungan. habis Ali tinju pulak bagaimana? Tak ada kerjaya ke dia,. tak ada keluarga ke dia. Ali memang berhak terima sanjungan kerana orang jenis ini perjuang maruah bangsa tanpa mengharap diberi bunga oleh sesiapa.

    , . , a

  2. system baru says:

    Baiki dulu lampu tandas di Stadium shah alam tak ada lampu itu Dan bunbum stadium itu tak rupa negeri maju serupa macam tandas di Kelantan. Bagi aku kalau syarikat nak menderma baiki pintu gerbang itu dia akan beri syrikat pembinan dia untuk baiki pintu gerbang itu.

  3. system baru says:

    Aku sokong kau Memang Terok ketika penguna ditipu dengan peniaga cina mana fomca itu, fomca itu sebuk menperjuang orang kaya naik ERT itu. Yg aku nampak hanya persatuan penguna Islam Dan ahli tinju Bantu orang kena tipu. Lebih baik fomca itu tutup je menyusah Rakyat Malaysia je hanya tahu duduk di pejabat lepas itu panggil wartawan bising pasal kenaikan ERT itu…

  4. burrpp.. says:

    10 juta utk baiki pintu gerbang? Apa jenis pintu gerbang yg boleh menelan belanja 10 juta? Oo mungkin pintu gerbang ni boleh bertukar jadi transformers megatron utk selamatkan azmin ali nanti kot. 10 juta boleh buat beribu buah rumah utk org miskin, ada faham ka?

  5. jebon says:

    Mcmana pulak bila seorg KB Umno kata 2.6b tu, utk belanja mematahkan strategi DAP dan suku sakatnya?

    Nampak sangat Najib dan juak2 pengampu tidak ada idea utk menangkis serangan propaganda DAP dan sekutu2nya.

    Ada akta ISA, dimansuhkan.

    Nampak lebih cerdik, atau lebih bengong?

    Mcmana nak tarik rakyat utk sokong Najib, bil rakyat tegur dilabel pembangkang, proTun,bodoh, bebal dsb.

    Najib dan pemakan2 dedak termasuk dlm MYKMU langsung tak boleh terima kritikan. Bila ada yg bersuara kena pancung.

    Maka keluarlah dalil2 agama supaya taat setia kpd pemimpin pelbagai.

    Dulu bukan main kutuk pemimpin PAS, dikatakan guna agam utk berpolitik.

    Najib dan penjilat2 lagi teruk, sanggup guna agama utk pertahan hujah2 munafik.

    Aku bagi contoh, kalau KW2 ada berani, tolong layan Youtube, bawah tajuk Salur Derma Politik Ke Akaun Peribadi, Ap Kata Najib.

    Dalam rakaman majlis anjuran SPRM ini, memang sahih, Najib seorg yg benar2 munafik bila berkata2.

  6. syaa says:

    pintu gerbang tu elok lagi.kenapa nak membazir.mesti ada masyukkk

  7. raplahjingaa says:

    Derma ?????? Oops…..sensitip , hehe

Leave a Reply