Menu Utama

Pembangkang Lebih Suka Jadi Pemimpin Samseng, Negara Kongsi Gelap

Pakatan Harapan gusar dengan Pembentangan Rang Undang Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 (MKN) yang di bentang untuk di luluskan dalam Parlimen hari ini. Gesaan dari Mohamed Hanipa Maidin (AMANAH-Sepang) yang meminta penangguhan kelulusan seperti tidak logik dengan alasan sibuk dengan pembentangan Bajet serta tidak sempat membahaskan kandungan Rang Undang Undang MKN 2015 secara terperinci.

Peningkatan jenayah samada terancang mahupun tidak pastinya akan menjadi agenda pembangkang apabila sesuatu yang buruk terjadi. Semua kesalahan pasti akan mereka menyalahkan kerajaan kerana tidak peka dan tegas dalam melaksanakan undang undang. Ini adalah perkara biasa buat pembangkang yang mencari ‘political mileage’ dalam mencari simpati rakyat dan membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

Pertemuan Nurul Izzah bersama Jacel Kiram lll tempohari cukup memberi gambaran negatif terhadap isu keselamatan negara selepas insiden Tanduo yang meragut 12 nyawa Perwira Negara. Ini juga menjadi penyebab mengapa Rang Undang Undang MKN 2015 perlu di luluskan dengan kadar segera dalam Parlimen dan di wartakan sebagai langkah pencegahan untuk sebarang aktiviti yang boleh mengancam ketenteraman awam.

Menjadi persoalan mengapa pihak Pakatan Harapan menentang perlaksanaan yang mampu mencegah keburukan untuk Malaysia dari terjadi, melainkan (PH) memang ada perancangan lain untuk menimbulkan kegelisahan kepada orang awam. Hanipa juga menyifatkan negara akan menjadi negara ‘Polis’ seandainya Akta tersebut di luluskan dan beliau serta rakan sekutu dalam Pakatan Harapan akan menentangnya habis habisan.

Majlis Keselamatan Negara di tubuhkan secara rasmi pada 31/7/1971 setelah MAGERAN di bubarkan. Punca kuasa kepada MKN adalah Arahan MKN No. 1 yang bersandarkan kepada Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 yang menjelaskan pembentukan dan tanggungjawab Majlis Keselamatan Negara. Pada asasnya, MKN bertanggungjawab menyelaraskan dasar yang berkaitan untuk keselamatan negara dan arah tuju hal-hal keselamatan.

Pembangkang serta Hanipa perlu meneliti lebih lagi mengenai kepentingan Akta MKN 2015 yang di bentangkan dan perlu di luluskan, bukan untuk menjadikan Negara seperti yang beliau dakwa tetapi untuk menjamin keselamatan, ketenteraman dan kedaulatan Negara dari sebarang ancaman.

Negara masih ingat insiden kempen BERSIH hingga BERSIH 4, yang membawa implikasi buruk terhadap keamanan, mendatangkan kerosakan harta awam, mendatangkan kecederaan kepada orang awam serta penguatkuasa. Imej baik negara juga terjejas dengan cara kotor pembangkang yang menggunakan rakyat sebagai ‘tikus makmal’ dalam usaha menanam kebencian rakyat terhadap kerjaan. Malahan petugas media juga menjadi mangsa keganasan demonstrator BERSIH dan pelbagai kempem yang melibatkan pemimpin pembangkang.

Kempen demi kempen yang di anjurkan oleh pembangkang juga mengajak rakyat turut serta di jalanan dengan niat menjatuhkan kerajaan yang di pilih secara demokrasi. Ini sebahagian dari bentuk ancaman terhadap ketenteraman rakyat keseluruhannya dan perlu di tangani dengan baik oleh kerajaan.

Jelas sekali keengganan Pakatan Harapan untuk membahas serta meluluskan Akta MKN2015 mempunyai motif tertentu yang di selindungkan dengan pelbagai alasan. Siapa kata mereka mahu Malaysia Aman?

http://www.bicara.news/






4 Komen to Pembangkang Lebih Suka Jadi Pemimpin Samseng, Negara Kongsi Gelap

  1. azmi says:

    Meluluskan Akta MKN 2015 adalah untuk memberi lebih kuasa kepada PM untuk mengishtiharkan mana-mana kawasan di negara ini sebagai kawasan darurat. Tujuan utamanya ialah jika BN kalah dalam PRU14 akan datang PM Najib akan mengupah balaci-balaci dan samseng-samseng umno seperti Ali Tinju dan Dato jamal ikan bakar untuk buat huru-hara disatu-satu tempat dan kemudian mengishtiharkan darurat. Kalau dah darurat tu faham-faham je lah pada mcm mana jadinya Malaysia nanti..

  2. Jojo says:

    Ulasan azmi berdasarkan persepsi dan mengarut. Jika begitu apa kurangnya dgn tindakan melampau pengikut Bersih 2 dan 3 dahulu?

  3. semangat dato' haron says:

    Azmi x baik buat fitnah malam2 jumaat

  4. bajak says:

    kalo pm nak wat mcm tu tahun lepas lagi pm dh bole declare darurat kt kelantan…tp pm xnk wat pn..jgn la ade sikap buruk sangka mcm tu skali…

Leave a Reply

Threesome