Menu Utama

Pelan Rasionalisasi Berjaya, Hutang 1MDB Berkurangan Sebanyak RM40.4 Bilion – Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata paras hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kini telah berkurangan sebanyak RM40.4 bilion berikutan pemeteraian beberapa perjanjian oleh syarikat itu setakat ini.

Dalam perutusan tahun baharu beliau pada Khamis, Najib turut menyuarakan rasa puas hati dengan perkembangan yang dijanjikannya sebelum ini bahawa isu hutang 1MDB berkenaan akan dapat diselesaikan menjelang akhir tahun.

“Pada Jun lepas, saya berkata bahawa cabaran yang dihadapi 1MDB itu dapat diselesaikan menjelang akhir tahun.

“Oleh itu saya ingin mengesahkan yang syarikat itu sudah menandatangani perjanjian yang menyaksikan hutangnya berkurangan sebanyak kira-kira RM40.4 bilion.

“Angka ini mewakili sebahagian besar daripada hutang 1MDB,” katanya.

Laporan sebelum ini menyatakan paras hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion, berdasarkan akaun kewangan yang diaudit setakat 31 Mac, 2014.

Perjanjian terbaharu ditandatangani pada Khamis antara 1MDB dengan konsortium usaha sama Iskandar Waterfront Holdings (60 peratus) dan China Railway Engineering Corp (40 peratus), melibatkan penjualan 60 peratus pegangan ekuiti dalam Bandar Malaysia yang membabitkan pengurangan hutang sebanyak RM7.1 bilion.

Menurut Perdana Menteri, apa yang jelas adalah cabaran besar yang dihadapi 1MDB sebelum ini sudah berlalu sepertimana yang dijanjikannya, sebelum ini.

“Apa yang tinggal adalah untuk semua perjanjian itu dimuktamadkan dan langkah akhir bagi pelan rasionalisasi 1MDB itu dapat diselesaikan,” katanya.

Selain penjualan Bandar Malaysia, 1MDB juga bersetuju untuk menjual segmen tenaganya, Edra Global Energy Bhd kepada China General Nuclear Power Corp padaharga RM9.83 bilion, November lepas.

Ia turut memeterai perjanjian dengan International Petroleum Investment Co(IPIC) yang menyaksikan syarikat Abu Dhabi itu mengambil alih obligasi bonbernilai US$3.5 bilion.

– Bernama –






10 Komen to Pelan Rasionalisasi Berjaya, Hutang 1MDB Berkurangan Sebanyak RM40.4 Bilion – Najib

  1. Hantu Gigi Jarang says:

    Bayar hutang dengan melelong negara – apa dapat hasil hutang?

  2. jebon says:

    Pelan rasionalisasi gaya Najib.

    Beli aset dgn hutang.
    Lepas tu jual aset utk bayar hutang.

    Kemudian, pakat tepuk tangan ramai2 konon2 dah berjaya selesai hutang.

    Hutang selesai, aset negara hancai lunyai.

    Malaysia mungkin tukar nama kpd Chinasia.

  3. Meriam Buluh says:

    jebon & HGJ, cuba bagi cadangan alternatif korang? Nak tau juga.

  4. azmi says:

    Cadangan saya tolong kongsi-kongsi duit derma 2.6 bilion tu pada rakyat, jangan la makan sorang je Encik Najib oii…

  5. sman says:

    1.Pokoknya dulu Mahathir kata 42 billion lesap kemudain kata hutang melebih asset,tapi keputusan akhirnya lepas sattle hutang pun harta 1MDB masih berbillion RM nilainya.Ada sesiapa penyokong Mahahtir yg boleh jawab?.

    2.Kalau 1MDB tidak di ganggu gugat oleh mereka yg berniat jahat mungkin penjualan secara pukal begini tidak akan berlaku,projek boleh di laksankan secara berperingkat dan keuntungan maksima boleh di rancang.Edra Power Energy juga tidak perlu di jual jika langkah penyenarainya berjalan lacar tanpa khianat dari pihak tertentu.

    3.Ini satu perniagaan, langkah yg di ambil adalah satu-satu nya pihan yg ada kerana ‘khinat’ berkaitan yg bermaharajalela.Sebagai rakyat saya berlapang dada menerima langkah 1MDB dalam menyelesaikan isu ini,dan ianya memang dijangka.Lagi pun modal 1MDB dimulakan dgn hanya 1 juta RM,sekarang bernilai berbillion RM selepas di langsaikan hutang.Angka-angka tidak menipu,terutama bagi seorang yg berpengetahuan berkaitan dgn perakaunan,mudah memahaminya.

  6. Kasim says:

    Hadiah tahun baru utk rakyat Malaysia: jual tanah malaysia kepada negara china. Belajar resmi bisness 1mdb. Modal 1 juta, buat pinjaman 42000x ganda dri modal, kerajaan jual tanah smurahnya kpd 1mdb, lpas tu jual blik tnah yg murh giler dri rege pasaran kepada negara lain sbb nk langsai hutang. Hebat2x.. skarang Malaysia+China = Malayhina.

  7. syaa says:

    bila syarikat luar beli hartanah di malaysia dikatanya malaysia dah dijual.tapi syarikat malaysia beli hartanah di london maknanya london sudah dijual kepada malaysia?syarikat malaysia melabur di arab maksudnya arab sudah dijual kepada malaysia.macai pembangkang memang bangang.politik gila.klu syarikat luar beli hartanah di p.pinang dan selangor maknanya p.pinang dan selangor sudah dijual oleh dap dan pkr.ini cara macai pembangkang guna otak.haha

  8. rockers says:

    lelong la..lelong la..x kisah pun…x suka pindah kt London.

  9. ancus says:

    jual harta nak bayar hutang. orang jual harta nak gandakan harta. yerla dapat harta pun macam dapat duit terpijak…jual jerlaaa. yang ontong sapa…bijak betul kmu.net berniaga.

  10. jebon says:

    Bijak bebeno meniaga.

    Sepatutnya jual aset dapat untung, sekurang2nya.

    Ni jual aset, bayar hutang.

    Apa pun tak dapat.

    Benar pepatah Pak Kaduk.

    Menang sorak, kampung tergadai.

    Jual,jual,jual.
    Bayar hutang, lepas tu duk menyewa premis org yg awalnya 100% milik sendiri.

    Najib bila lagi nak berambus

Leave a Reply