Menu Utama

PAU2015: Jangan Jadi Hang Tuah Sehari, Mat Salleh Setahun

pau_agung

TUMPUAN utama dalam Perhimpunan Agung UMNO, bila tahun pun lah ia diadakan ialah kepada pembahas-pembahasnya, bukan kepada kemeriahan yang lain kecuali pada tahun 2002 bila Tun Mahathir umum untuk melepas jawatan – itu sikit berbeza sebab orang suka bila ‘firaun’ nak bersara.

Oleh yang demikian, sesuai dengan tarikan tersebut, setiap pembahas dalam perhimpunan kali ini pun hendaknya mempersiapkan diri mereka sebagai pembahas yang hebat, cara penyampaian dan isi yang nak disampaikan perlulah boleh menarik minat orang yang mendengar.

Bukan syok sendiri atau anggap yang duduk mendengar di depan itu hanyalah orang kampungnya dan saudara maranya.

Tapi paling penting sekali, setiap pembahas ni penulis nak tengok menjadi diri mereka sendiri ketika berucap.  Maksud disitu, kalau kita tahu dia style bercakap tu macam Mat Salleh, masa berucap nanti, bercakap jugaklah macam Mat Salleh, bukan Hang Tuah.

Jangan nak tiru macam Anwar sangat, guna bahasa-bahasa lama sehingga yang si bercakap itu pun tak faham apa maksudnya.  Kalau nak kata ‘meski’, katalah meski, tak payah ganti ‘kendati’ dan sebagainya.  Kita faham ini perhimpunan orang Melayu tapi UMNO bukan sekadar Melayu, bumiputera pun ada, jadi sesuaikanlah.

Lagipun nanti orang kata hipkorit pulak, susah.

Orang-orang lama tu kita faham, yang baru-baru ni kita nak tegur, nak nak yang dari besar sampai kecik duduk luar negara, balik sini hanya sebab nak jadi Perdana Menteri sebelum umur 40.  Tak kena sangat bunyinya pasal bukan dalam kebiasaan.

Kupasan isu hendaklah sesuai dengan keadaan semasa.  Info sejarah kalau nak dimasukkan, hanya sebagai rujukan.  Perhimpunan Agung kali ini mungkin panas sikit atas beberapa faktor malah ada yang dah isytihar PAU kali ini  ‘tak seronok’, belum pun ia bermula, jadi jangan burukkan situasi dengan gaya perbahasan yang membosankan.

Itu sajalah nak cakap.






6 Komen to PAU2015: Jangan Jadi Hang Tuah Sehari, Mat Salleh Setahun

  1. dkds says:

    Selamat bersidang !

  2. rockers says:

    ALOHA!!

  3. azmi says:

    Pelik la orang di MYKMU ni, kalau tak sebut anwar ibrahim tak sah..ha ha..

  4. Meriam Buluh says:

    Anwar tu kan contoh terbaik penipu agung yang masih disanjung kelompok rakyat yang masih terpesona dengan karisma zaman silamnya. Firaun dan syaitan pun selalu diulang-ulang dalam Al Quran agar kita sentiasa ingat pada kekufuran dan tipu daya kedua-duanya.

  5. semangat dato' haron says:

    Budak yg duduk luar negara tiba2 blk nk jd PM adalah KJ. Tolak KJ!!! We don’t need another Anwar Ibrahim

  6. selamat bersidang says:

    “Orang-orang lama tu kita faham, yang baru-baru ni kita nak tegur, nak nak yang dari besar sampai kecik duduk luar negara, balik sini hanya sebab nak jadi Perdana Menteri sebelum umur 40. Tak kena sangat bunyinya pasal bukan dalam kebiasaan.”

    Setuju sangat-sangat.. balik Malaysia untuk jadi ketua cawangan UMNO?? sebab itu batu loncatan untuk naik dalam karier politik di Malaysia.. itu pasal pemilihan parti ni memakan kos lebih banyak untuk melobi jawatan.. bila menang boleh dipromote dalam macam-macam jawatan kerajaan. macam tu jugaklah dengan parti lain pun, parti DAP, PAS, PKR, dan parti-parti komponen BN, berebut nak jawatan dalam parti supaya boleh justify nanti mereka patut diberi jawatan pengerusi tu pengerusi ni pengarah tu pengarah ni, boleh justify betapa layaknya mereka jadi calon pilihan raya bagi DUN dan parlimen. kira buat kerja lah sangat di peringkat akar umbi walaupun yang tersiratnya perabih berjuta ringgit untuk lobi jawatan dan pangkat. gelaran dato pun dibeli jugak.. this is malaysia.

Leave a Reply