Menu Utama

PAU2015: Benarkanlah Muhyiddin Berucap!

Majlis Tertinggi UMNO harus meneruskan tradisi demokrasi parti dengan membenarkan Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden UMNO melakukan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2015.

Sebarang keputusan menidakkan hak mereka untuk berucap adalah satu keputusan yang tidak demokratik dan bertentangan dengan kedudukan UMNO sebagai parti demokrasi terbesar di negara ini.

Umum telah mengetahui apakah bentuk dan kandungan ucapan yang bakal di buat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, justeru tidak adalah tidak masuk akal untuk menghalang dua orang ini dari bercakap.

Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merupakan ahli politik berpengalaman yang sudah tentu tiada masalah untuk menjawab semua tuduhan dan serangan dalam sesi penggulungan nanti.

Mungkin menghalang Timbalan Presiden bercakap kerana diketahui akan menyerang Presiden parti boleh mengurangkan perpecahan dan kekecohan antara penyokong di dalam dewan.

Malah mungkin menyelamatkan air muka Timbalan Presiden sendiri daripada dicemuh atau “boo” oleh perwakilan UMNO.

Penyokong Mohd Najib perlukan seorang Presiden yang menjadi pahlawan, bukannya autokrat yang menutup segala ruang kritikan.

Ketika kita bersetuju dengan langkah tidak mengadakan perasmian sayap oleh Timbalan Presiden, hujah yang sama tidak harus diguna pakai untuk penggulungan.

Ucapan perasmian sayap oleh Timbalan Presiden adalah satu tradisi. Oleh kerana Timbalan Presiden diketahui menentang Presiden tentulah tidak wajar membenarkan beliau merasmikan persidangan sayap-sayap UMNO, seterusnya mewujudkan nada kurang senang dalam Perhimpunan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO.

Namun ini berbeza dengan ucapan penggulungan kerana ia sudah berada di akhir perhimpunan dan Presiden merupakan orang terakhir dalam sesi penggulungan boleh membuat satu “slum dunk” yang menutup terus harapan Muhyiddin  dan Shafie pada masa hadapan.

Majlis Tertinggi UMNO harus memahami bahawa poitik hari ini tidak lagi sama dengan politik 90-an.

Zaman baru, zaman media sosial ini, UMNO tidak harus ditadbir ala Mahathir lagi






10 Komen to PAU2015: Benarkanlah Muhyiddin Berucap!

  1. dkds says:

    Inilah masa yang sesuai bagi seorang Presiden menjawab dan mematahkan semua tohmahan yang bakal dilemparkan oleh Timbalan Presiden dan pesaingnya di hadapan perwakilan

  2. bugis says:

    U turn le pulak…

    Umno dah jadi mcm biskut, sekejap boleh sekejap tak boleh…
    Sejak bugis jagi Presiden, mcm dah sawan umno ni..

  3. Meriam Buluh says:

    Sawan pewaris pakatan retard akan terserlah apabila Umno mengubah keputusan menjadi keputusan yang lebih baik last minute. Masa ni la nak tengok mentaliti membangkang taraf longkang laknatullah ni dengan jelas sejelas-jelasnya.

  4. Anak_Nogori says:

    Itulah demokrasi sebenar didalam umno..setiap ahli berhak bersuara dan memberikan cadangan2 sama ada membenarkan atau tidak timbalan dan naib presidennya berucap dlm pau..dan akhirnya majlis tertinggi yg akan membuat keputusan terbaik demi umno.

    Biarkan midin berucap dan sudah tentu ahli2 umno sudah matang dlm menilai setiap ucapan beliau nanti.

  5. Pemerhati says:

    iya, benarkanlah muhyiddin berucap(semasa hari perasmian atau hari terakhir PAU) kerana ada perkara prinsip(tentang ketidaksehaluannya/ketidaksetujuannya dengan Najib terutama tentang derma 2.6 bilion itu) orang nak dengar darinya…bagi muhyiddin, bagaikan satu kesalahan besar & haram Najib menerima derma 2.6 bilion itu dari anak raja negara Islam bernama Arab Saudi dimana Najib telah memasukan derma itu ke dalam akaun peribadinya

    jadinya jika benarlah muhyiddin menganggap apa dilakukan oleh Najib itu satu kesalahan besar & haram, muhyiddin harus memberi cadangan & menggesa para perwakilan parti mendesak MT supaya meminda/membuang/menghapus/memansuh klausa dalam perlembagaan parti tentang kebenaran yang diberikan kepada presiden parti memasukkan/menyimpan derma politik ke dalam akaun peribadinya

    beritahu kepada perwakilan bahawa kita hanya boleh membenarkan proksi/trustee sahaja yang menyimpan & menjaga duit derma politik itu sepertimana tuan pengembala lembu(madey) lakukan…jika ada duit derma politik yang dijaga & disimpan oleh proski/trustee itu hilang lagi, tidak perlulah kita cari atau sibuk bertanya bagaimana boleh hilang…tuan pengembala lembu(madey) tidak pernah pun bertanya, jadinya saya(muhyiddin) sebagai lembu, kenapa harus bertanya? betul atau tidak tuan2 & puan2?

    duit derma politik yang hilang semasa tuan pengembala lembu(madey) menjadi presiden, kita sama2 halalkan sahaja begitu juga jika duit dermanya itu nak hilang lagi selepas kita sebulat suara mahu ianya terus disimpan & dijaga oleh proksi/trustee

    sekian terima kasih

  6. Zainal Abidin says:

    Kasi chance la beruk kaung ni berucap.Nampak mcm dia ‘kura2 dlm perahu’ lagaknya mcam bodoh2 agan gitu.Dah kena nasi kangkang keling kutty terus jadi mcam zombi. Peluang nak spin 2.6 bilion dah hancur pasai mcmc dah pasti donor dari asia barat.

  7. burrpp.. says:

    Kenapalah pemimpin bangsaku ini bercakaran sesama sendiri. Tidak kah kalian mahu duduk bersama dan menyelesaikannya dengan kaedah Islami? Sudahlah kita orang Melayu berpecah lapan, sekarang terlalu sibuk mendakwa pihak sini betul sana salah. Apalah salahnya kita mencari titik pertemuan bg mengelakkan pertelingkahan membarah

  8. Jasin Kadir says:

    Kasi chance la beruk kaung ni berucap.Nampak mcm dia ‘kura2 dlm perahu’ lagaknya mcam bodoh2 agan gitu.Dah kena nasi kangkang keling kutty terus jadi mcam zombi. Peluang (last kopek) nak spin 2.6 bilion dah hancur pasai mcmc dah pasti donor dari asia barat.

  9. ayam says:

    Buuurrrrppppp…..aaaahhh…kenyang la makan dedak arini..pastikan bekalan dedak cukup masa PAU nanti tau!

  10. dindally says:

    Jangan bagi dia berucap. Takkan kita nak biarkan orang yg menuduh tanpa mengemukakan bukti memburukkan seseorang yang sehingga kini tak dibuktikan bersalah oleh mahkamah, sprm dan polis. Tanpa bukti, semuanya adalah andaian.Cakap pasal tradisi, tak ada tradisi Timbalan Presiden yang berucap mengutuk presiden sendiri(dan tak ada bukti pun presiden bersalah) . Itu tradisi. Tradisi hanyalah cipataan manusia dan buat masa tahun ini, belum ada bukti presiden bersalah, dan kita dapat jangkakan apa yang timbalan presiden nak ucap, buang tradisi tu. Tahun depan kalau nak sambung tradisi, lain cerita. Yang nak dengar timbalan presiden berucap sebenarnya bukan inginkan kebenaran tapi nak jayakan agenda melaga-lagakan pemimpin dan penyokong pembangkang. Sayang sekali keinginan anda yg “bijak” itu tidak terlaksana. Cuba lagi tahun depan.

Leave a Reply

Threesome