Menu Utama

PAU 2015: Kaki Karaoke, Kaki Dangdut Dipersiap Untuk Boo Najib

pau2015jpg

TELAH sampai ke pengetahuan penulis ada cubaan dari pihak-pihak tertentu untuk memalukan Presiden dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau berucap merasmikan perhimpunan agung UMNO (PAU 2015) nanti.

Lebih-lebih lagi dengan pengisytiharan terbuka Timbalan Presiden, Muhyiddin Yassin supaya Najib meletak jawatan malam tadi, apa yang disangka hanya cakap-cakap kosong taraf kedai kopi ini, besar kemungkinan akan naik taraf jadi cakap-cakap ‘coffee house’ – maksudnya nak jadi sangatlah tu.

Dah ada dah sekumpulan perwakilan yang moralnya diketahui sangat tidak berapa baik, ditugaskan untuk buat kerja-kerja tak berhasil macam ini.  Siapa mereka, nanti masa Najib berucap, kita tengoklah muka yang dimaksudkan itu.

Bagaimanapun, puak-puak ini boleh cubalah.  Nak boo ke nak ejek ke, itu ikut kepala mereka macam manalah nak buat.  Memang mak bapak mereka dulu ajar macam itu agaknya, kita nak kata apakan lagi.

Cuma satu sajalah penulis nak kata, kalau fitnah sebesar yang digerakkan Tun Mahathir dan Muhyiddin ini pun gagal menumbangkan Najib, apakah boo boo macam ini boleh?  Paling tidak jadi bahan media pembangkang untuk menghentam UMNO, setakat itu sajalah.

Rakyat pun janganlah ingat perkara itu asli, ia bukanlah asli, ada gerakan dan perancangan untuk buat macam itu.  Orang-orang ini sanggup berbuat demikian untuk upah yang tidak seberapa.  Dia sama macam perhimpunan yang pembangkang anjurkan, bukan asli tapi sengaja dibuat macam itu.

Apatah lagi, Muhyiddin pun sekarang guna pendekatan Anwar jugak dulu untuk memulakan pemberontakan menentang Presiden UMNO dengan merasmikannya di Kg Baru – lokasi sama gerakan reformasi 1998 dimulakan.






9 Komen to PAU 2015: Kaki Karaoke, Kaki Dangdut Dipersiap Untuk Boo Najib

  1. Anymous says:

    “Rakyat pun janganlah ingat perkara itu asli, ia bukanlah asli, ada gerakan dan perancangan untuk buat macam itu. Orang-orang ini sanggup berbuat demikian untuk upah yang tidak seberapa.”

    Ini juga la yang Najib buat pada kita yang kita tak tahu. Jangan anggap Najib tu Tuhan sampai tak boleh ditegur. Takde sebab Mahathir & Muhyiddin bersuara kalau tanpa sebab munasabah..Rasional la sikit..

  2. azmi says:

    Saya yakin walaupun di boo, di ejek dan di malukan Presiden UMNO sorang ini tidak akan sesekali berasa malu kerana malu bukan lah identiti kepada dirinya. Dengan muka slumberland setebal 5 inci sudah tentu beliau dapat mengontrol diri dari perasaan malu..memang sah lagi sahih presiden UMNO sorang ni MEMANG TIDAK TAU MALU..ha ha ha

  3. Meriam Buluh says:

    PM tak perlu rasa malu mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.

    Tun M & TSMY patut malu dengan apa yang mereka buat sekarang. Tak sedar diri. Bila nak insaf?

  4. jebon says:

    Meriam Buluh.

    Aku sokong ko.
    Memang dia org ni tak paham2.

    Sesekali cuba layari Youtube, bawah tajuk Salur Derma Politik Ke Akaun Peribadi, Apa Kata Najib.

    Dalam rakaman program integriti bertauliah anjuran SPRM ni, Najib dah buat penjelasan terperinci tentang duit derma tu.

    Saja je mereka ni nak buat fitnah.

    Nasihat aku, korang tengok sendiri rakaman tu,lepas tu mesti korang menangis, merayu kat Najib minta ampun dan maaf.

    Teruskan perjuanganmu Meriam Buluh.

  5. terhibur?? puas?? says:

    nak mencarut?? maki hamun?? oh nak boo-boo macam lembu… silalah boo sekuat hati dan seramai boleh agar bergegar dewan merdeka pwtc.. dipancarkan pula siaran langsung di tv arus perdana.. jutaan penonton di rumah bolehlah lihat gelagat tin kosong yang sungguh sia-sia.

    elok jugak buat macam dalam zoo.. ada bunyi boo, ada bunyi bek bek kambing, aum aum harimau, miau miau kucing, psst psst ular dan banyak lagi bunyi haiwan boleh buat.. nak lagi kuat pasang video bunyi haiwan menerusi smartphone.. pasang loudspeaker.. eh loudspeaker boleh bawa masuk ke dalam dewan?? kan ada security scanning bagai kat pintu masuk dewan.. oh pasanglah smartphone volume bunyi tu maximum yang boleh secara berjemaah.. puas hati?? nak sangat kan buat kecoh?? eh buatlah?? bukan selalu pun nak jadi bahan berita kan?? reporter pun akan laporlah berita sensasi habis.. huhh hiburan oh hiburan..

  6. mata-mata says:

    Nak malu apa pun… Bukannya najib didapati bersalah oleh mana-mana pihak lagi. Dakwaan yang dilemparkan pun hanya setakat andaian…

    Kalau ada bukti, dah lama pihak yang menuduh dan suruh najib letak jawatan tu kemukakan kepada pihak polis…. Ni ade??? Laporan polis dari manusia-manusia nyanyuk tu pun tak pernah dibuat…

    Lawak bangang untuk siapa yang percaya bulat-bulat cakap mamak kerala dan proksi-proksi dia tu…

  7. Azam says:

    Pemimpin berajiwa besar x mudah mengalah…

  8. abdul jalil says:

    SOKONG MEMBAWA REBAH… Semua ini memudahkan kerja pembangkang pada pilihanraya akan datang

Leave a Reply

Threesome