Menu Utama

PAS/UMNO: Masalah Pada DAP Kalau Melayu Bersatu

10955331_166444450369241_8594072274979746206_n

‘KERJASAMA’ antara PAS dan UMNO sebenarnya telah lama berjalan secara tidak rasmi, bukan lama sangat lah, tapi lama dah sebelum pengumuman mengenainya dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang lepas.

Itu yang hairan sikit bila orang bising-bising seolah-olah ia hanya bermula selepas Najib sebut dalam ucapannya di perhimpunan Agung itu.

Jika semua masih ingat, dalam persidangan Parlimen terakhir 2015 yang baru lepas, hampir semua usul yang BN kemukakan di Parlimen, akan dapat sokongan ahli Parlimen PAS – sama ada mengundi menyokong, berkecuali atau paling tidak, tak undi membantah (umpamanya tak hadir dalam dewan ketika undian dibuat).

Setakat ini pun, tak satu mimpi Pakatan nak gagalkan BN di Parlimen yang berjaya, semuanya gagal.  Selain ahli parlimen BN lebih ramai, dikalangan pembangkang sendiri pun tak boleh nak dapat cukup korum, memanjang saja kurang – banyak darinya disumbang oleh kurang kerjasama dari ahli parlimen PAS.

Lama sebelum itu pun, beberapa pertemuan mesra antara pemimpin PAS dan UMNO telah dijalankan, rasmi atau tidak rasmi saja.

Sekalipun hubungan setakat ini lebih kepada motif sakit hati – PAS nak membalas dendam kepada Pakatan (terutama DAP) sebab mengenepikan PAS dengan menubuhan Parti Amanah Negara (PAN), tapi itu tidak penting yang penting sekarang ialah ‘kerjasama’ bentuk baru itu sudah lama wujud.

PAS gabung dengan DAP dan PKR tu pun bukan gabung betul-betul pun, tangkap muat juga, tak ikut syarak juga, tapi siapa yang peduli?  Jadi nak hairan apa pasal kerjasama UMNO dan PAS ni?

Yang penting sekarang, cerita penggabungan ni dah kasi  gegar puak sebelah sana, terutama DAP.  DAP baru nak buat kelompok Melayu mereka sendiri, dah keluar pulak cerita UMNO bergabung dengan PAS.

Sebab DAP tahu, kalau penggabungan ini betul-betul berlaku, yang masalah nanti adalah mereka juga.  PAS tak perlu masuk BN pun nak menunjukkan bekerjasama, cukup PAS bertanding dimana kawasan PAN bertanding, habislah tu pasal undi yang tengah pecah dua sekarang undi mereka, bukan undi kita.

Maka itulah bodoh-bodoh Anwar pun, dia masih harap PAS bekerjasama dalam Pakatan lagi sebab dia tahu realiti politik Melayu ni macam mana.






5 Komen to PAS/UMNO: Masalah Pada DAP Kalau Melayu Bersatu

  1. semangat dato' haron says:

    Bersatulah Melayu

  2. itsme says:

    Bersatulah Melayu ???

  3. Memang Terok says:

    DAP sebuah parti kecil dari awal penubuhan dan tidak pernah membesar. Dalam satu masa sejak dizaman Lee lam Thye lagi kawasan yang dikuasai DAP antara lain ialah Bukit Bintang KL , Kluang Johor dan Tanjung di Penang selain dari Kota Melaka. Tak ada parti lain yang boleh menang diberapa kawasan ini.

    Bukit Bintang hak DAP bukan kerana parti tetapi kerana wakilnya demikian juga Kluang. Mereka tidak pernah bermimpi barang sekelumit pun untuk jadi besar, jauh sekali untuk memerintah sebuah negeri. Mereka tetap berbesar hati kerana memang satu kerusi disini dan satu kerusi lagi dicerok lain.

    Tergabungnya mereka hasil idea AnwarIbrahim memberi mereka tenaga luar jangkaan. Umpama seekor kambing diberi tenaga kuda.

    Ini memberi makna berpecahnya pakatan mereka bakal mengecilkan semula DAP balik keasalnya.

    Sama2 kita tunggu selepas keluarnya PAS . Walau mereka berharap PAN akan ganti tempat PAS untuk terus mereka tumpang tui , tapi kita tak rasa begitu.

    Maka kita nasihatkan DAP untuk lupakan PAN kerana parti itu akan bergabung dengan TAT tidak lama lagi.

  4. syaa says:

    mudah mudahan dipermudahkan penyatuan ini.dihancurkan halangan2 yg datang.aminnn

  5. Hantu Gigi Jarang says:

    Penyatuan atas nama wang..

Leave a Reply