Menu Utama

Pas sedia lupa sengketa dengan UMNO – Takiyuddin

Pas sedia melupakan segala isu yang selama ini menjadi punca persengketaan antara parti itu dengan UMNO bagi menjayakan perpaduan antara kedua-dua parti, demi kepentingan orang Melayu, agama Islam dan tanah air tercinta.

Perkembangan terbaharu itu mencerahkan lagi harapan untuk menyaksikan perpaduan antara UMNO dengan Pas selepas pelbagai usaha yang dirintis sebelum ini gagal membuahkan hasil disebabkan keengganan pimpinan terdahulu Pas melupakan dendam lama.

Kesediaan Pas itu disuarakan sendiri Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan dan beliau menyifatkan perpaduan umat Islam merupakan agenda besar yang menuntut keikhlasan semua pihak jika benar-benar mahu melihat sejarah berkenaan tercipta.

“Itu ciri-ciri yang perlu ada (melupakan sengketa lama). Ini bukanlah perkara baharu, ramai pemimpin daripada parti lain termasuk UMNO yang masuk Pas, mereka mempunyai kedudukan yang begitu baik dan diterima dengan hati terbuka oleh ahli Pas.

“Itu dalam kalangan ahli. Sekarang datang parti dan kita akan buat benda yang sama,” katanya ketika ditemui pemberita sempena Persidangan Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini hari ini.

Selasa lalu, Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 menjadi saksi terintisnya jalan perpaduan antara UMNO dan Pas apabila Presiden kedua-dua parti terbesar orang Melayu, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir dalam majlis itu.

Najib yang juga Presiden UMNO kemudiannya menghulurkan salam perpaduan kepada Abdul Hadi de­ngan berpandukan suruh Ali-Imran ayat 103 yang mengajak umat Islam agar berpegang teguh kepada tali Allah dan melarang daripada berpecah-belah.

Kepada soalan adakah Pas dan UMNO akan mengadakan pertemuan lebih kerap selepas ini bagi membincangkan soal perpaduan yang sedang dirintis, Takiyuddin berkata, perkara tersebut bergantung kepada bagaimana perancangan kedua-dua belah pihak.

Menurut beliau, di pihak Pas, memandangkan isu perpaduan dengan UMNO itu masih baharu, pihaknya memerlukan lebih banyak masa untuk menjelaskan kepada ahli akar umbi mengenai keputusan menyambut salam perpaduan yang dihulurkan Perdana Menteri.

“Penerimaan (ahli akar umbi) memang kita boleh lihat, tetapi memang perkara baharu jadi ada pandangan tertentu. Pokoknya dalam kepemimpinan Pas apa yang dibawa oleh Presiden Pas ini adalah sesuatu yang bersikap kolektif atas nama parti,” katanya.

Utusan






12 Komen to Pas sedia lupa sengketa dengan UMNO – Takiyuddin

  1. itsme says:

    Walaupun ada pihak2 yg memberi komen2 yg agak sakastik dan pedas pasal isu ni… aku harap mrk akan sentiasa diberi kekuatan dan ilham oleh Allah swt utk kembali bertaut demi Allah swt dan rakyat umumnya.

  2. semangat dato' haron says:

    Dahulu kononnya terdpt perancangan British memecahkan UMNO kerana mereka gentar dgn kuasa UMNO menggagalkan Malayan Union mereka. Dan PAS adalah kejayaan mereka memecahkan kuasa melayu. Adalah wajib utk kita menyatukan mereka semula. Jika dahulu Malayan Union dan British berjaya ditundukkan, apalah sgt dgn daPIG jika Melayu bersatu.

  3. acid says:

    Alhamdulillah. Semoga ikatan ukhwah yg kuat sesama muslim seperti yg di tuntut Allah, menjadi kenyataan hendaknya…in syaa Allah.

  4. bleu says:

    Rasa lapang bila melihatkan para pemimpin di kedua pihak memiliki jiwa yg besar….alhamdulillah.

  5. Sen says:

    Allahu Akbar Walillahilhamd… ?

  6. azmi says:

    DAH NAFI PULAK…………
    Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari ini menafikan parti Islam itu bersedia memaafkan dan melupakan kesilapan lalu Umno, seperti dilaporkan media semalam. – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-nafi-laporan-sedia-maafkan-umno#sthash.krOJ9vhx.dpuf

  7. azmi says:

    sebelum UMNO kerjasama dengan PAS elok lah dibuat PEMANSUHAN KEPADA AMANAT HAJI HADI DULU…

    “Saudara-saudara sekelian percayalah,

    Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
    Percayalah saudara-saudara sekelian,
    Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.

  8. Meriam Buluh says:

    azmi, ko suka PAS bekerjasama dan bergabung dengan UMNO atau ko takut PAS bekerjasama dan bergabung dengan UMNO? Heheheh…

  9. Meriam Buluh says:

    Tuan Ibrahim Tuan Man awal-awal dah berbunyi tak suka PAS-UMNO bergabung. Tak pelik la sebab dia memang kelompok petai harumanis.

  10. Ekonomi_handalan says:

    Apalah sgt umno berbanding si kaki bontot dan dap yg terang2 klu boleh nak buang status negara islam..klu dulu pas bley duduk besama pakatan keji tu,napa tidak dgn umno ? Tp yelah pastinye makin panas la mata madey nanti

  11. geekpuk2 says:

    Alhamdulillah

    Harap rundingan segera pembahagian kerusi dapat dijalankan segera supaya tidak berlaku pertindihan kerusi antara dua parti melayu ini di kerusi majoriti Melayu.Moga UMNO dapat banyak beralah dalam memberi kerusi kepada parti lawan.

  12. bujuk says:

    UMNO parti memerintah.. pendayung ditangan UMNO. PAS hanya berpegang pada Al-Quran. UMNO ikut Al-Quran, PAS dan UMNO tak perlu bergabung pun. Jika UMNO dah laksanakan tugas PAS untuk martabatkan ISLAM, melaksanakan islam yg syumul dalam semua perkara.. dah tak perlu PAS. Bubar pun takda masalah, PAS bukan ditubuhkan untuk ambil alih kuasa tapi untuk tegakkan Islam dan syiarnya.
    Kalau UMNO dah sedia, laksanakan.. usul pertama seperti yg UMNO janjikan bagi laluan hudud dilaksanakan. Hentikan rasuah.. jangan masih cakap i help u, u help me. Terbaru sebelum perhimpunan PM cakap benda tu lagi dengan ketua kampung pulak, bila naikkan had umur mereka. Dalam PAU PM cakap lagi, dia dah bagi bahagian wang bila jawab isu 2.6 bilion. Apa semua ni?
    Takkan nak suruh TGHH terima perkara ni berlaku, bersih la diri dulu sebelum nak bertemu orang, sebelum nak bersalam dan berpeluk dengan orang. Jangan nak bersihkan diri dengan lap najis pada orang lain.

Leave a Reply