Menu Utama

Part I: Analisis Awal Menjelang Pilhan Raya Negeri Sarawak

DUN-Sarawak

Penulis bukan anak Sarawak. Namun penulis mengikuti perkembangan semasa dan politik di negeri itu terutama sejak sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum ini. Apatah lagi dijangka Pilihanraya Negeri (PRN) dikatakan akan berlangsung pada awal tahun depan. Dengan penambahan 11 DUN baru, penulis melihat ia merupakan satu perkembangan yang positif untuk masyarakat di sana.

Atas kelebihan pernah tinggal di Sarawak, penulis sebenarnya tidak banyak masalah untuk memahami dialek tertentu, terutama bahasa Melayu di Kuching, Sri Aman dan beberapa daerah lain. Apatah lagi pernah berada di negeri berkenaan sepanjang PRN yang lalu, penulis serba sedikit sempat memahami budaya politik di sana.

Terus terang penulis katakan, budaya politik dan masyarakat di sana adalah agak berbeza dengan Semenanjung. Paling jelas, mereka sama sekali menolak budaya politik kebencian, tidak mengamalkan strategi serangan peribadi dan sangat memelihara perpaduan di kalangan kaum, etnik, agama, budaya serta perbezaan yang mereka miliki, walaupun berlainan ideologi politik.

Menurut mereka yang pernah penulis temui di sana, mereka mengamalkan budaya politik sihat dengan hanya membicarakan tentang dasar, kepentingan masyarakat Sarawak secara keseluruhan dan tidak pernah melampau sekiranya tidak berpuas hati dengan sesuatu.

Namun pada PRN yang lalu kata mereka, sudah mula bibit-bibit negatif yang dikatakan ‘diimport’ dari Semenanjung, khususnya dari kalangan para pemimpin parti politik pembangkang yang hadir berkempen lebih awal di sana.

Sebagai contoh, siri-siri PRN sebelum ini adalah amat jarang sekali untuk didengar sebarang provokasi berlaku di kedua-dua belah pihak. Namun pada PRN lalu, berlaku beberapa perkara yang kurang disenangi oleh rakyat tempatan khususnya membabitkan isu agama dan sentimen kaum.

Isu-isu yang membabitkan agama Kristian seperti isu rampasan Bible dan dakwaan yang mengatakan terdapat cubaan menarik umat Islam memeluk agama itu yang berlaku di Selangor sebelum ini sengaja dijadikan isu di Sarawak.

Mujurlah masyarakat di Sarawak tidak bodoh untuk terpengaruh dengan strategi busuk tersebut kerana mereka tahu tentang hak dan ketetapan ordinan negeri yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Lebih menarik, strategi tersebut seolah-olah ‘makan diri’ apabila ramai masyarakat Kristian di negeri itu menyedari tentang propaganda negatif yang cuba memecah-belah dan mencetus sentimen agama berunsur tidak sihat di sana.

Mengamalkan budaya menolak politik perkauman menyaksikan mereka tidak termakan dakyah provokasi pihak pembangkang yang dikatakan cuba mengambil hati beberapa etnik di pedalaman Sarawak. Perkara negatif itu mudah dihidu orang Sarawak kerana mereka memang benci perkara-perkara yang memecah belahkan mereka.

Pergi ke Bidayuh, dikata begitu, pergi ke Melanau di kata begini. Kayan, Kenyah, Baketan, Kelabit, Tabun, Murut dan banyak lagi etnik yang mereka temui untuk menyebarkan propaganda seumpama itu. Paling disasarkan ialah seperti biasa, masyarakat Iban. Khabarnya, macam-macam strategi dilancarkan untuk ‘meracun’ corak pemikiran masyarakat tersebut.

Penulis tidak tahu sejauh mana masyarakat Sarawak akan bertahan dari asakan-asakan pihak pembangkang yang cuba mempengaruhi mereka. Sudah bertahun-tahun mereka ‘cucuk jarum’, khususnya DAP yang berjaya menjajah kawasan-kawasan bandar yang majoritinya dikuasai masyarakat Cina.

Ketika penulis tinggal di Sarawak dulu, masyarakat Cina di sana tidak bersikap begitu. Mereka setia pada BN dan menghormati budaya serta sikap masyarakat bumi kenyalang yang menolak nilai-nilai negatif dari ‘luar’. Tidak tahulah ‘racun’ apa yang digunakan, tapi DAP berjaya masuk ke sana melatih ‘komrad-komrad’ mereka di bandar-bandar besar seperti Kuching, Miri dan sebagainya.

Pada PRN yang lalu, PKR pun cuba menunjukkan ‘taring’ mereka di sana. Penulis masih ingat lagi kelibat Anwar Ibrahim yang ke hulu ke hilir sebelum ini berkempen. Kali ini, kelibatnya jangan haraplah boleh dilihat. Malah anaknya pun sudah diharamkan dari memasuki Sarawak baru-baru ini, kan?

Salah satu kelebihan Sarawak dan Sabah ialah negeri itu miliki ialah mereka berupaya untuk menyekat ‘virus’ yang mampu mengancam negeri mereka di pintu masuk negeri. Mana-mana ‘virus’ yang cuba masuk selalunya dapat disekat oleh ‘firewall’ yang dikawal jabatan imigresen Sabah dan Sarawak.

Pada sesiapa yang tidak berpuas hati kerana disekat masuk, maka mereka boleh rujuk Perlembagaan Persekutuan dan baca sendiri Perkara-Perkara yang termaktub tentang ‘firewall’ berkenaan. Jika tidak faham, sila tanya pakar perlembagaan, Abdul Aziz Bari. Jika tidak faham juga, rebus buku Perlembagaaan Persekutuan dan minum airnya!

adenan satem

Berkenaan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang kini menerajui bumi kenyalang, penulis akan ulas di lain masa. Buat masa ini, penulis selesa dan positif dengan beliau. Khabarnya, beliau memang sedang popular di sana. Maka ‘sakitlah’ sikit nanti Pakatan ‘Haraman’ meneruskan hasrat menjajah Sarawak, kan?






Satu Komen to Part I: Analisis Awal Menjelang Pilhan Raya Negeri Sarawak

  1. semangat dato' haron says:

    Tolak daPIG.

Leave a Reply

Threesome