Menu Utama

PAN tuduh PAS ada kaitan dengan IS.

Tuduhan terhadap Pas dikaitkan IS berniat jahat

Pas menganggap tuduhan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu yang mengaitkan parti itu dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) sebagai satu tuduhan yang berniat jahat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hasan berkata, Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu perlu membuktikan tuduhan itu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Beliau (Mat Sabu) bertanggungjawablah dengan kenyataan itu. Itu berniat jahatlah.

“Jadi, beliau perlu membuktikan dakwaan tersebut,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Mohamad yang juga bekas Timbalan Presiden Pas dalam sebuah portal berita yang mendedahkan bahawa antara punca Parti Amanah ditubuhkan kerana Pas sudah diresapi dengan pemikiran IS.

Mohamad turut menuntut agar siasatan terperinci dilakukan oleh pasukan keselamatan terhadap penyusupan pemikiran IS yang menyebabkan suburnya budaya ‘takfiri’ dalam Pas.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan menganggap tuduhan Mohamad itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Pada masa sama, beliau mencabar Mohamad untuk membuktikan tuduhan itu kerana Pas merupakan parti yang menolak keganasan.

“Tak betul, fitnah dan satu tanggapan yang jahat terhadap Pas yang saya lihat sebagai satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab. Jadi, saya cabar dia buktikan mana elemen keganasan itu sedangkan kita saban waktu mengeluarkan kenyataan menolak keganasan,” katanya.

Utusan






Satu Komen to PAN tuduh PAS ada kaitan dengan IS.

  1. semangat dato' haron says:

    Kalo ye pun, kenapa Mat Sabu? Bukankah PAS sejak zaman anda dikaitkan dgn golongan radikal islam sejak dahulu lg. Bagaimanakah kami pasti bahawa anda bukan ahli IS? Bukankah anda bekas pemimpin no. 2 PAS suatu ketika dahulu.

Leave a Reply