Menu Utama

Nelayan Perlu Sujud, Peluk Kaki Guan Eng Untuk Batal Projek Tambak Laut Di Bayan Bay?

Penulis tidak pasti sama ada portal-portal pro-pembangkang yang ‘telus’ dan kononnya berkonsepkan ‘news and views that matter’ ada menyiarkan tentang sesuatu yang bersifat ‘aneh’ sedang hangat diperkatakan di Pulau Pinang.

Namun pada penulis, sekiranya mereka tidak menyiarkan tentang rintihan rakyat dan persoalan yang berlaku di negeri ‘jajahan’ DAP itu, maka mereka tidaklah bersifat ‘news and views that matter’ sangat, kan?

Apa yang penulis maksudkan ialah mengenai isu tebus guna tanah bagi projek tambakan laut di Bayan Bay di negeri pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Khabarnya, ada sesuatu yang tidak kena di sebalik projek berkenaan.

Khabarnya, projek tersebut telah diluluskan pada 15 Mei lalu, namun hanya diumumkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang pada sidang DUN yang berlangsung pada November lalu.

Soalnya, kenapa projek sudah diluluskan kira-kira 6 bulan lalu barulah Guan Eng umumkan di sidang DUN? Buat dulu, baru umum? Penulis yakin jika kerajaan BN buat begini, maka sudah tentu pihak pembangkang akan persoal. Jadi, boleh Guan Eng jelaskan soal ini?

tambak laut

Paling menarik, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Abdul Malik Abul Kassim sebelum ini dalam satu sidang akhbar begitu yakin bercerita pada media kononnya projek tebus guna tanah tersebut mendapat sokongan 80% nelayan di kawasan tersebut. Kononnya, majoriti nelayan yang sokonglah…

Secara logik akal, agaknya nelayan manakah yang akan setuju dan sokong jika ‘periuk nasi’ mereka ‘ditabur pasir’? Berhubung isu ini, projek berkenaan secara tidak langsung akan menyebabkan kawasan persisir pantai di kawasan tersebut cetek.

Mengganggu ekosistem dan mengubah suai perairan yang menjadi lokasi para nelayan persisir pantai itu juga dijangka akan menjejaskan hasil tangkapan jika projek berkenaan diteruskan.

Jadi, tidak hairanlah jika sebanyak 13 ketua unit persatuan nelayan Pulau Pinang Selatan semalam tampil membuat bantahan terhadap projek berkenaan. Untuk makluman Abdul Malik, mereka mewakili 90% warga nelayan di kawasan terbabit. Oleh itu, dari ‘celah’ mana Exco Guan Eng itu dapat fakta 80% nelayan sokong projek tersebut? Boleh jelaskan?

nelayan bayan bay

Pada pandangan penulis, ada perkara yang tidak kena di sebalik projek tersebut. Siapa Ideal Gim Venture Sdn Bhd? Siapa Caturan Elemen Sdn Bhd? Siapa Lumbini Consultancy? Siapa yang luluskan projek sebelum diumum kepada sidang DUN?

Pokok pangkalnya, ramai yang tidak setuju dan membantah keras projek Guan Eng tersebut, khususnya para nelayan yang penulis kira merupakan golongan yang paling tertindas bagi isu ini.

Jika diberi pampasan sekali pun, berapa ratus juta yang diperoleh setiap nelayan yang tertindas? Penulis tidak merasakan nelayan akan diberi RM1 juta setiap orang kerana dilaporkan seramai 800 orang nelayan dan 1,000 penduduk yang akan terjejas kerana projek itu. Dari mana Guan Eng mahu korek duit?

Lagi pula, jika diberi pampasan sekali pun, berapa lama pampasan itu dapat bertahan sedangkan para nelayan dan penduduk di sekitar kawasan itu ‘dihalau’ dari tempat asal mereka dan merugikan dari sudut jangka masa panjang.

Penulis masih ingat lagi janji-janji Pakatan Haram ketika PRU ke-13 yang lalu. Kononnya mereka mendengar suara dan rintihan rakyat marhain. Kini rakyat marhain yang beri undi pada mereka sudah merintih bersuara.

Kenapa tidak ikut kehendak dan keperluan rakyat marhain berkenaan? Atau Guan Eng sememangnya lebih mementingkan ‘masyuk’ berbanding nasib rakyat di Pulau Pinang? Perlukah mereka sujud dan peluk kaki Guan Eng untuk membatalkan projek berbilion ringgit itu?






Leave a Reply

Threesome