Menu Utama

Nasib Baik Tak Hilang PM Terhebat Hanya Kerana “Assumption”

mahathir_no_proof

KITA bernasib baik sungguh kerana tidak kehilangan seorang pemimpin terhebat seperti Datuk Seri Najib Tun Razak, hanya kerana seorang tua dihujung-hujung umur buat anggapan (assumption) beliau melesapkan wang negara sebanyak RM 42 billion melalui hutang 1MDB.

Sebelum ini orang tua yang sama mengelak buat laporan polis berhubung dakwaan yang serupa kerana mengaku tidak ada bukti, sekarang dia mengaku agak-agak saja pulak.

Nasib baik Najib melawan hari tu, kalau turut sahaja apa kehendak si tua tu, jadilah kita sebuah negara yang rugi kerana kehilangan pemimpin macam Najib, sudahlah pemimpin hebat macam itu bukan senang nak dicari.

Siapa nak muntah baca beberapa perenggan awal di atas, itu lantaklah.  Kalau Anwar yang meliwat ada kata hebat dan layak jadi Perdana Menteri, kalau Tun Mahathir yang pernah disamakan dengan Firaun boleh dikatakan agung suci dan murni, kenapa tidak Najib yang belum pernah lagi dibuktikan melanggar apa-apa bentuk undang-undang?

Bagaimanapun, apa sebenarnya yang nak disampaikan disini ialah, bagaimana mudah nak menurunkan pemimpin hanya berasaskan kepada agak-agak saja.  Padanlah terang berapa kali terang pun masih tak faham, rupanya dia pun main agak-agak saja.

Sudah dibagi bukti, fakta dan dokumen segala macam, tak nak percaya, nak percaya yang assumption itu juga, sekarang siapa yang malu?  Siap ada yang hilang jawatan kerana kes agak-agak ini, tak pasal saja.

Untunglah orang yang dapat jadi nombor dua kerana nombor dua sebelumnya percaya dengan cerita yang berdasarkan agak-agak semata-mata.

Lepas ini jangan lagi percaya cerita dan orang macam ini.  Mudah sangat nak turunkan orang kerana agak-agak, rasa-rasa dan sebagainya.  Ingat ni test food nak buat annual dinner ke boleh main agak-agak?






12 Komen to Nasib Baik Tak Hilang PM Terhebat Hanya Kerana “Assumption”

  1. Memang Terok says:

    Walaupun ada pengakuan dari seorang wargatua mengenai ketulinan kerja nya yang menabur fitnah yang dikatakan fakta selama ini , yang sedar bahawa segala jenis tohmahan dia selama ini adalah dirujuk pada assumption, tanpa evidence. Namun…. mengenali wargatua yang seorang ini… pengakuannya sebegitu tidak subjected to kesedaran yang akan membawa keinsafan pada dirinya.

    Kerana wargatua ini memiliki tendency untuk berbolak balik dalam kenyataannya. Kerana wargatua ini sejenis makhlok yang memang suka bercakap. Suka bercakap dan suka menulis. Bila suka bercakap jadi banyak cakap. Bila banyak cakap banyak lah bohong, ini semua kita tahu.

  2. Memang Terok says:

    Terdapat satu luahan pendapat dari sesaorang bahawa khidmat Madey selama 22 tahun mentadbir negara sedikit pun tidak boleh dipandang sebagai satu kecermelangan yang dikerjakan olehnya. Ini kerana semua pembangunan, policy, konsep dan pencapaian adalah semata2 untuk membentuk legasi diri yang telah berjaya mengagih faedah yang bukan sedikit pada kroni, konco dan keluarga sendiri.

    Bahawa Madey sepatutnya boleh duduk goyang kaki dengan hasil banyak yang diperolihinya selama ini. Untuk dikira blunder yang terhasil memang sukar dikira saperti perwaja, bakun damp, jualan Augusta, MAS bail-out dan berbagai lagi yang mampu memberi kesengsaaran rakyat oleh kehilangan ringgit yang banyak.

    Namun perjuangan Madey untuk kroni tidak pernah terhenti. Jambatan bengkok masih kuat terlekat dikepalanya. Bukan itu saja malah banyak lagi . Kegagalan Najib akur pada kehendaknya diukur sebagai kegagalan Najib mentadbir negara.

    Sebab itu Najib perlu diganti pada fikirannya. Ini perbuatan kejam dan tak perlu diikut oleh sesiapa.

  3. Zex1 says:

    Mooo dan Rockers mesti sentap punyer

  4. rockers says:

    PM terhebat?llawaknye. berdepan dgn tun m punn lari mencicit….kakah

  5. mata-mata says:

    Orang tua tu sebenarnya berminat untuk jadi Ketua segala ketua di malaysia ni… Kalau tak masakan nak lantik proksi dia untuk jadi Perdana Menteri yang akan dipimpin oleh’Council of Elders’ (Majlis Pemimpin Terkanan ). Sudah la proksi yang nak dilantik lagi tua dari Najib, kemudian sah-sah kena ikut telunjuk dengan oarang tua tu….

  6. burrpp.. says:

    Huh..bahaya betul kalau asyik meng’assumption’ ni. Kalau diamalkan sikap meng’aasumption”, mahu terbalik Malaysia

  7. sman says:

    Peliknya,batang tubuh sendiri mengaku tidak mempunyai bukti,tapi ramai pengikut yg terus percaya.Bodoh ke apa mereka ni?.

  8. rockers says:

    tap I dlm parliament x berani plak jawab ps l 1mdb.lari lagi.terpaksalah Tpm cover line.

  9. Anak_Nogori says:

    Apa perasaan midin bila dia tahu madey main agak agak?.

    Macai madey tak yah tanya lah..jilat kuat.

  10. sengugut says:

    Sudah la pro tun. Dah sampai 1 tahap pembangkang ambil alih semulakerja membangkang. Pro tun dah habis peluru. Data2 siasatan 1mdb dari ketua audit dan juruaudit ternama semakin lama semakin jelas takda bukti penyelewengan.

  11. Memang Terok says:

    Kita sebenarnya tidak rasakan Najib seorang PM terhebat, tersohor, jauh sekali yang terbaik.

    Apa yang kita cuba pertahankan sekarang kita mahu Najib terus berada disitu. Dan ini bukan kerana beliau yang terbaik mahu pun terhebat. Kita lihat Najib sedanag berkerja semenjak dilantik. Najib sudah menghasilkan sesuatu dan kita semua tahu . Maka kita mahu Najib terus berada disitu untuk siapkan kerja nya.

    Juga, kerana kita tahu jika Najib turun sekarang,ini bukan membawa kebaikan malah lebih pada keburukan. Perpecahan yang lebih terok pasti berlaku. Kedua mereka yang bekerja kearah mendesak Najib undur bukan bekerja dengan akal tetapi bekerja dengan emosi. Hasrat dan daya usaha Mereka penoh dengan emosi.

    Maka kita tetap mahu Najib disitu kerana dia pastitak akan berada disitu selama2nya. Ini pasti. Dia akan undur juga nanti at his own Will bila sampai waktu.

  12. in your dream baby says:

    isu mana rm 2.6 bilion? 1MDB? cincin rosmah?? beg tangan rosmah? rambut rosmah?? itulah modal yang diulang-ulang dalam ceramah parti dap, pas, pkr, dan amanah.. buat fundraising dinner jaja cerita merapu dengan harapan pendengar sekalian terpesona dengan cerita laughing stock tersebut lalu hulurlah derma ke tabung parti.. yay parti dapat duit..yay bestnya.. pru14 nanti pakatan harapan confirm menang ni.

Leave a Reply

Threesome