Menu Utama

Naik: Punca Masalahnya Ialah Lambakan Konsesi, Bukan Najib

ERL Fares 1

RAMAI orang bising pasal kenaikan tambang Komuter, ERL baru-baru ini.  Seluruh Malaysia bercakap tentangnya sekalipun perkhidmatan itu tidak ada ditempat mereka, tapi begitulah Malaysia ni, dah berzaman macam itu, asal naik kondem, asal naik kondem tapi tetap naik (guna) juga perkhidmatan tersebut – apa pun lah dia.

Soal pilihan lain ada, tak peduli, soal berapa pun kenaikan itu lebih murah dari guna pengangkutan sendiri, tak peduli, yang mereka peduli asal naik kondem.  Orang Jerantut yang takde ERL dan komuter pun kondem juga, itu yang kadang-kadang jadi tak faham, puak ni komen pasal apa sebenanya?

Apa pun, isu disebalik kenaikan ini semua patut membuka mata semua pihak akan masalah sebenar yang kerajaan hari ini termasuk tanggung – konsesi.  Tol baik, ERL baik. Komuter pun sebenarnya konsesi juga dulu sebab ketika ia (Komuter) bermula pada tahun 1995, KTMB adalah sebuah syarikat yang diperbadankan dibawah dasar penswastaan (sebelum kerajaan terpaksa ambil alih semula kerana rugi).

Rujuk ucapan Tun Mahathir disini kalau tak percaya.

Penulis bagaimanapun reserve pasal komuter sebab kenaikan ini adalah kenaikan 13 TAHUN SEKALI.  Lepas ini kerajaan perlu naik tambang komuter tiap tiap tahun untuk elak kenaikan yang begitu tinggi macam sekarang – RM 0.04/km, tinggi tu, kalah Jepun.

Kalau kita tengok laluan sepanjang laluan komuter tu, majoritinya kawasan pembangkang, membuktikan selama tambang tak naik 13 tahun ni, penduduk kawasan itu yang dapat manfat dari komuter, sokong kerajaan BN – siapa percaya ni, maka percaya jugalah penulis masih teruna.

Balik pada isu tadi.

Negara kita ni sebenarnya dibebani dengan lambakan perjanjian konsesi yang banyak dan ada diantaranya makan masa berpuluh tahun untuk tamat.  Tambah buruk keadaan bila syarikat yang dapat konsesi ini ada kaitan hubungan kroni dengan Perdana Menteri ketika perjanjian konsesi ditandatangani.  Itu yang dekat Perhimpunan Agung UMNO, masa itu jugalah dia nak naik harga.

Konsesi ni di permukaan memang nampak baik, kerajaan tak payah keluar duit, swasta yang keluar duit, lepas tu diberi konsesi untuk dapat balik pelaburan mereka.  Tapi lama kelamaan, nampak menyusahkan rakyat pulak.  Masa mula konsesi jalan tak nampaklah pasal bukan semua orang cerdik masa tu, Universiti pun ada 6 saja seluruh negara tapi semakin zaman berubah, semakin orang menyampah dengan konsesi ni.

Yang jadi masalah ialah kerajaan dan Perdana Menteri sewaktu ‘menyampah’ itu sampai.  Jadi siapa punca semua masalah ni?

Rujuklah bapa konsesi negara kita untuk maklumat lanjut.






4 Komen to Naik: Punca Masalahnya Ialah Lambakan Konsesi, Bukan Najib

  1. maula says:

    Gaya pentadbiran najib adalah mencari alasan bukan penyelesaian …

    Patut la gagal memanjang..

  2. Anak_Nogori says:

    Waktu konsesi tu..kerajaan waktu tu dikatakan jimat duit rakyat…tapi byk gak berhutang…patutnya..jimat…tak perlu berhutang banyak lah.

    Bijak ke tak bijak mantan tu?…sekarang rakyat yg tanggung kebodohannya tu.

  3. Meriam Buluh says:

    Mentaliti pembangkang, pakatan retard, pakatan haprak dan konco-konco mereka adalah membangkang..membangkang..membangkang. Bukan bagi alternatif yang lebih baik. Pembangkang taraf longkang. Sia-sia dapat rakyat macam mereka.

  4. kereta api says:

    alangkah bahagianya jika stesen kereta api berdekatan dengan shopping complex, sport complex, taman bunga, public square..

Leave a Reply

Threesome