Menu Utama

Murahnya Nyawa Rakyat Selangor Berbanding Pintu Gerbang RM 10 Juta

Pengumuman Kerajaan Negeri memperuntukkan RM 1.5 juta untuk program mencegah nyamuk Aedes dan Demam Denggi bagi tahun 2016 merupakan satu sikap tidak bertanggungjawab dan memandang lekeh ancaman denggi di Selangor.

Sehingg semalam Selangor mencatatkan jumlah penghidap demam denggi tertinggi dalam negara ini iaitu sebanyak 61,469 kes. Jumlah ini sangat tinggi berbanding negeri-negeri lain. Selangor juga mencatat jumlah kematian akibat denggi yang tertinggi tahun ini.

Dalam ucapan Bajet 2016 Selangor baru-baru ini, Datuk Seri Azmin Ali berkata, “Kerajaan Negeri menyedari bahawa masalah denggi masih serius dan perlu ditangani dengan berkesan dan komprehensif. Kerajaan Negeri bercadang memperuntukkan sebanyak RM 1.5 juta untuk program pencegahan dan kawalan denggi melalui tindakan pemeriksaan dan penguatkuasaan yang lebih ketat termasuk rumah kediaman dan tapak projek pembinaan. Pada masa sama, Kerajaan Negeri menyarankan agar masyarakat bersama-sama membantu menjaga kebersihan di kawasan kediaman masing-masing untuk memastikan tempat pembiakan nyamuk aedes dapat dihapuskan sama sekali.”

Sungguh melucukan ketika Kerajaan Negeri Selangor (sekarang sudah bertukar kononnya diubahsuai melalui derma) membenarkan BAIK PULIH pintu Gerbang Negeri Selangor hampir RM 10 juta, tetapi hanya RM 1.5 juta untuk pembasmian Aedes dan Denggi yang sudah menjadi wabak di Selangor ini.

Apakah begitu murah nyawa rakyat negeri Selangor yang menyumbang 78% daripada RM 2 bilion pendapatan negeri Selangor setiap tahun?

Masalah Aedes ini tidak sepatutnya menjadi isu besar memandangkan banyak projek pembangunan telah siap di Selangor ini. Malangnya, kegagalan kerajaan negeri menjaga kebersihan dan menyebabkan ia menjadi satu wabak sepanjang tahun sekarang.

Daripada senarai negeri-negeri, Selangor merangkul “Johan Maha Perkasa” dalam isu denggi ini pungutan 61,469 kes. Negeri kedua ialah Johor pun hanya mencatat 15,255 kes. Lihat perbezaan antara kedudukan tempat pertama dan kedua kes denggi.

Dan Azmin hanya memperuntukkan RM 1.5 juga untuk membasmi Aedes. Tahniah penduduk Selangor!






3 Komen to Murahnya Nyawa Rakyat Selangor Berbanding Pintu Gerbang RM 10 Juta

  1. mata-mata says:

    Duit derma tak cukup la. Kalau ada dapat lebih pun, masuk dalam rizab negeri. Nanti war-warkan rizab negeri ada biliun-biliun lagi banyak duit berbanding waktu BN memerintah dulu. Tapi kenyataannya duit datang MARRIS yang tak digunakan sepenuhnya.

    Nak buat program basmi aedes, MB Assmin kata tak payah mahal-mahal. Sembur je ridsect dalam bas sekolah banyak-banyak. Syarikat ridsect pun boleh derma tin semburan anti-nyamuk juta-juta tin… Apa kesah…

  2. Gengrembau says:

    Wah perkataan derma sekarang ni memang hebat
    Everything derma
    2.6 billion derma
    10juta derma

    So lain kali kalu lu orang banyak duit tetiba
    Kater duit derma
    Lepas dari segala tuduhan
    Hehehehehehe

  3. mata-mata says:

    Yang penting jangan hipokrit, kalau geng sendiri buat disenyapkan… Kalau orang lain buat gegak gempita satu alam…

Leave a Reply

Threesome