Menu Utama

Muhyiddin Sebenarnya Boleh Pilih Untuk Jadi ‘Tunggul’ Atau Tidak…

tunggul

Allah SWT memberikan manusia akal fikiran untuk memilih. Ia dikurniakan kepada manusia untuk membuat pilihan sama ada memilih yang buruk atau yang lebih baik. Itu adalah antara hikmah kurniaan akal fikiran yang turut membezakan antara manusia dengan mahkluk ciptaan Allah yang lain.

Begitu juga perihalnya dengan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Penulis yakin beliau adalah manusia dan turut diberikan akal fikiran untuk memilih. Dalam konteks Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015, beliau juga berhak memilih, bukan?

Hari ini, beliau memberi kenyataan kepada media bahawa beliau akan menjadi ‘tunggul’ pada PAU 2015 nanti. Menurut laporan media, beliau mahu berucap, tapi kononnya tidak dibenarkan berucap di pentas UMNO itu nanti.

Pada pandangan penulis, dalam situasi sekarang ini, di saat ‘nasi hampir jadi bubur’, Muhyiddin masih mempunyai pilihan sama ada memilih untuk menjadi ‘tunggul’ yang menanti reput, atau memilih untuk menjadi seorang Timbalan Presiden UMNO yang meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.

Maksud penulis, Muhyiddin boleh keraskan hati, diamkan diri dan tidak berucap apa-apa di atas pentas PAU 2015 nanti. Beliau boleh berdegil cuba ‘menegakkan benang yang basah’ sambil menjeling rapat ke kerusi Presiden yang diidam sebelahnya. Muhyiddin boleh memilih pilihan tersebut.

muhyiddin-yassin

                         Sama tak dengan gambar kat atas tu?

Namun beliau juga sebenarnya punya pilihan untuk menjadi seorang Timbalan Presiden UMNO yang adil dengan tidak memburuk-burukkan imej Presiden di khalayak ramai, tidak ‘menyerang’ kepimpinan kerajaan secara terbuka dan memberikan kritikan ikhlas yang membina secara tertutup bagi memperbaiki keadaan.

Muhyiddin juga boleh memilih untuk tidak menjadi ‘tunggul’. Beliau boleh memilih untuk mengotakan ikrarnya untuk menguatkan parti dan mengembalikan kegemilangan UMNO, sebagaimana yang pernah beliau katakan selepas digugurkan dari kabinet.

kukuh parti

               Cakap nak kukuh, kuatkan parti lepas digugurkan…

Tapi, memandangkan beliau memilih untuk tidak mengotakan ikrarnya itu dan terus menerus bergandingan dengan bekas Perdana Menteri untuk menghentam Presiden UMNO secara konsisten dan tidak membina, maka beliau juga harus menerima akibat dari perbuatannya itu.

Bak kata orang, berani buat, maka beranilah tanggung, bukan? Jika berani mencabar, menjejaskan imej parti dan kerajaan secara tidak beretika, enggan memberi kritikan ikhlas yang membina secara tertutup serta cepat ‘bebal’ apabila digugurkan, maka terimalah seadanya.

Rasulullah SAW ketika berdakwah dahulu, pernah dibaling batu dan najis, serta dihamburkan dengan kata-kata nista. Baginda boleh memilih untuk membalas perbuatan tersebut dengan membenarkan Jibril menghempap penduduk Thoif dengan gunung-ganang.

Namun mengapa Rasulullah SAW tidak memilih untuk berbuat demikian? Ia adalah kerana baginda ikhlas dalam dakwahnya dan penduduk kota Thoif itu sebenarnya tidah tahu tentang keindahan serta kesempurnaan agama Islam yang dibawa Rasulullah SAW.

Penulis yakin bahawa selaku anak ‘tok guru’, Muhyiddin pernah dengar riwayat tersebut. Namun mengapa tidak mencontohi akhlak yang ditinggalkan Rasulullah SAW itu? Apakah dengan menjejaskan imej dan menimbulkan persepsi negatif terhadap Presiden UMNO secara terbuka itu bagus untuk pengukuhan parti?

tak kukuh

                                               Ini taktik kukuhkan parti Muhyiddin?

Selain itu, penulis juga yakin Muhyiddin boleh memilih untuk menjadi seorang Timbalan Presiden yang baik atau menjadi seorang Timbalan Presiden yang kurang baik.

Menjadi seorang Timbalan Presiden yang baik antaranya memerlukan Muhyiddin bersabar banyak, beristiqamah dengan etika parti, menegur melalui saluran yang betul dan memberi nasihat secara berhemah dalam menangani kekalutan dalaman yang berlaku serta tidak menjejaskan parti.

Namun, adalah amat untuk menjadi Timbalan Presiden yang kurang baik sekiranya beliau memilih untuk beristiqamah ‘menikam belakang’, menjejaskan imej tonggak parti, menimbulkan persepsi terhadap Presiden, sekaligus mengintai peluang untuk duduk di kerusi Presiden yang cuba digulingkan.

Yang mana satukah pilihan Muhyiddin, penulis serahkan padanya. Beliau ada akal dan fikiran, bukan? Mahu jadi ‘tunggul’ juga? Atau mahu menjadi seorang Timbalan Presiden yang baik?

Penulis harap, ‘nasi yang hampir menjadi bubur’ itu mampu diperbaiki keadaannya supaya menjadi ‘nasi’ kembali, dan ia terletak pada hati dan keikhlasan Timbalan Presiden UMNO itu. Tidak perlu tuding jari pada orang jika empat jari lagi menuding kepada diri sendiri, kan?






11 Komen to Muhyiddin Sebenarnya Boleh Pilih Untuk Jadi ‘Tunggul’ Atau Tidak…

  1. semangat dato' haron says:

    Letaklah jawatan Muhyiddin. Jika ada next pemilihan UMNO, bertandinglah melawan Najib.

  2. system baru says:

    Muhyiddin Dan kroni tun m ada pilihan akan datang mereka pemilihan UMNO letak orang bertanding lawan sama najib ini aku tengok muhyiddin dan saudaramara anwar si kahairudin tak pun berani suruh bertanding macai. He.he.he aku nak sangat tengok manifosto pemilihan UMNO yg kroni tun m dibantu dengan si khairudin buat manifosto mereka muhyiddin tak sabar aku nak tengok.

  3. itsme says:

    tak bole bygkan tsmy duduk sebelah dsn diatas pentas sambil dihimpit “org2” dsn masa PAU nanti.. apa perasan dia agaknya?? ishh x leh nak gambarkan kalaulah aku berada ditempat tsmy.

    Ditambah lagi dgn ribuan penyokong dsn berada dlm dewan… ntah cam mn agaknya. mungkin disanalah bermulanya nanti, mungkin tsmy akan terus letak jawatan dan dsn bole balik dgn satu isu sdh dikira selesai.

    atau mungkin juga hal2 lain yg akan bermula disana nanti? Wallahuaklam.

    Maju UMNO utk semua.

  4. Memang Terok says:

    Puak2 berhaluan kiri itu tetap mempertahankan bahawa apa yang mereka lakukan hanya pada PM Najib. Mereka mahu PM Najib berundur bukan mahu rosakkan party. Pada kita dengan mahu pastikan Najib undur serupa dengan mahu Umno hancor.

    Walau pun UMNO bukan kepunyaan Najib dan UMNo bukan Najib tetapi dengan menghalau ketuanya sama dengan merosakkan pertubuhan itu.

    Apa juga yang mereka bakal katakan tindakan merteka itu tak betul, salah dan diluar kebiasaan.

    Mereka harus bayang jika mereka ditempat Najib dan orang lain berbuat apa yang sedang dia lakukan terhadap PM…. mereka juga akan rasakan demikian.

  5. rockers says:

    ala…ckp bnyk x gunalah najib…luaskn kuasamu..pecat je tsmy.takda telur ke…

  6. azmi says:

    Ya..setuju dengan rockers, pecat semua penentang Najib terutama Mahathir, Muhyidin, Shafie, Rafidah dll termasuk 9 ketua cawangan yang suruh najib berundur..ha ha ha..

  7. Meriam Buluh says:

    Batu api barua RBA dah keluar…

  8. Meriam Buluh says:

    TSMY boleh berundur secara terhormat. Tapi nafsu sudah menguasai diri..

  9. azmi says:

    Apa perlu TSMY berundur..dia bukan penyamun..yang menyamun NAJIB perasan pahlawan bugis…

  10. sireh ke gagang says:

    kalau org dah tak bagi berucap , tak perlu menjadi kebudak2an dengan keluarkan pelbagai kenyataan. duduk diam bermuhasabah diri lagi baik. anak ulama kalau pun tak dapat 100% ilmu warisan ayahnya , dapat 20% perangai ayahnya pun cukuplah.

  11. bangKano says:

    Tu la kalau ada akal tak digunakan secara waras tulah akibatnya…..tindakan bebal Muhyidin sukar hendak diperbetulkan. Sepatutnya dia perlu bersabar bukan gopoh-gapah nak dapatkan kuasa politik tertinggi. Kan sekaragn dah hilang semuanya….cakap orang-orang tua kita tak mau dengar…asik-asyik dok dengar cakap krang tua dah nyanyuk tuu. Aku yang berkelayakan sijil sekolah menengahpun tak sebebal tindakan Muhyidin ada ijazah lebih baik buat membungkus nasin lemak Mak JAh jkat gerai runmah aku tuuuu lagi berbaloi.

    Manusia kalau dah rakus semuanya lupa pada ajaran Allah….cuma ikut raasa hati yang secara alami salah walaupun kununnya berilmu…ilmu apa haa..kalau setakat teori usang temuan sarjana barat tahun 20’an baik tak payah….cari & kajilah sendiri ilmu tu sentiasa berada di mana-mana dan sentiasa berkembang & berubah ikut dinamika manusia yang rasional….!!!

Leave a Reply