Menu Utama

Muhyiddin Dijangka Minta Maaf Kepada Najib Esok

AtJrMAaeu7F6FhbE9tz67HkFiNABMRO0x2O74Dgz2KYZ

ADA cakap-cakap yang mengatakan kebarangkalian satu perkara besar akan berlaku antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin esok.  Menurut sumber dalaman UMNO yang boleh dipercayai, Muhyiddin dijangka akan meminta maaf kepada Najib.

Entry terbaru Muhyiddin di akaun Facebooknya pun seakan mengarah kepada kebarangkalian yang sama.

Perubahan sikap ini menurut sumber yang sama, mungkinlah disebabkan Muhyiddin terkesan dengan ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dan nada sama yang disampaikan hampir kesemua perwakilan yang berbahas hari ini dan semalam.

Lagipun secara matematiknya, Muhyiddin ketinggalan 100 langkah di belakang bila Najib secara terbuka menyatakan kesediaan beliau untuk memaafkan Muhyiddin atas tindakan-tindakannya yang bersifat peribadi dan tidak selari dengan perlembagaan parti.

Bukan setakat itu, dalam ucapan semalam, Najib turut menjemput pihak-pihak yang tidak berpuas hati (Muhyiddinlah tu) agar bertemu dan berbincang dengannya.  Nak baik macam mana lagi, habis baik dah Najib tu.

Semua ini sudah tentu meninggalkan tidak banyak pilihan kepada Muhyiddin selain meminta maaf kepada Najib atau kredebilitinya akan menjadi semakin teruk dari apa yang sudah jahanam sekarang.

Persoalannya, mahukah Muhyiddin mempunyai jiwa besar sama seperti Najib?  Kalau ikut terlajak, terlajak Muhyiddin ini sudah terlampau jauh untuk diundur semula.  Ia perlu lebih dari jiwa besar untuk melupakan apa yang sudah dilakukannya terhadap Najib dan UMNO dalam jangka masa singkat.

Sekalipun lukanya sembuh, sakit atau parutnya masih lagi ada. Tapi kalau Najib boleh, kenapa Muhyiddin tidak?

Begitupun semuanya bergantung kepada Muhyiddinlah sekarang.  Nak aman ke nak ‘berperang’ ke, atas dialah macam mana.  Kena ingat ni, banyak bukti menunjukkan apa yang Muhyiddin katakan sebagai kesalahan yang Najib lakukan, bukanlah kesalahan, bukan salah faham pun, tapi Muhyiddin yang sebenarnya tak faham.






21 Komen to Muhyiddin Dijangka Minta Maaf Kepada Najib Esok

  1. azmi says:

    Bermaaf-maafan itu memang terbaik..maklumlah satu rumah takkan nak bermasam muka..itu hal dalam kain UMNO..kami rakyat diluar ni cuma mahu jaminan hidup yang lebih sempurna..tanggungjawab kerajaan berikan terbaik untuk rakyatnya..jangan gula-gulakan rakyat lagi..jangan kenakan gst..jangan naikkan tol..jangan naikkan minyak..dan tolong jangan gunakan wang rakyat untuk bayar utang 1MDB..

  2. Meriam Buluh says:

    Ada lagi barua bebal nak hentikan usaha kerajaan menjalankan sistem percukaian GST yang lebih adil kepada semua. Apabila kerajaan buat usaha yang baik untuk rakyat, itu dipanggil ‘menggula-gulakan rakyat’. Apabila tuntutan mereka tidak dipenuhi, itu dipanggil ‘tidak prihatin masalah rakyat’.

    Sampai bila agaknya pembangkang di Malaysia nak terus bebal macam ni? Pembangkang taraf longkang.

    Sudah-sudahlah azmi. Insaflah.

  3. Memang Terok says:

    Orang yang masih dragging dengan igauan issue GST itu tentunya besar bisnis nya. Mungkin jenis bisnis yang berturn-over RM 28,000,000.00 sebulan. GST 6% dari jumlah turn-over itu agak besar jumlahnya. Sebelum ini dia maintain 2 ledger, satu untung, yang satu lagi statement of account yang menunjukkan rugi dan break-even secara bergilir2. Dengan GST cuma ada tax invoice dan tak ada dua ledger lagi.

    Kebanyakan orang yang marahkan GST ialah bisnismen dan tentunya kebanyakannya cina. Hari ini kita ada seorang Melayu. Alhamdulillah, kita pun tumpang gembira kerana orang Melayu jugak ada bisnis besar selain dari Mokhtar albukhari, Tan Sri Azman, Rashid Husin , Mokhzani, Mirzan dan beberapa lagi yang agak mudah dhitung kerana tak berapa ramai.

  4. Memang Terok says:

    Petrol tak naik kerana harga minyak dunia kearah trend menurun. Dan harga minyak di apung tiap bulan, sentiasa berubah mengikut harga crude di pasaran dunia. Yang tak ada disitu ialah subsidi sudah ditarik sedikit menjadikan harga minyak seolah2 naik kerana kekurangan subsidi.

    Kita setuju tentang inflasi yang berlaku, tapi itu pun hasil manipulasi pembekal dan pemborong dan ini sukar dibendong.

    Walaubagaimana pun kita tetap berharap kerajaan adakan satu skim kawalan atau outlet lain yang dikawal penuh olih kerajaan.

  5. Memang Terok says:

    Hakikatnya untuk kita terangkan semua itu pada orang yang tertinggal keretapi memang sukar. Kalau tertinggal setakat dua tiga gerabak boleh tahan lagi. Tapi kalau dia duduk digerabak kargo yang paling belakang… memang susah.

    Susah kerana dia ini jatuh ketahap bebal atau tuli air. Sama macam pekak badak dan tidak cerdik.

  6. bangKano says:

    Kuncinya Muhyiddin tidak sabar nak jadi PM….maklumlah umurpun dah hampir 70 tahun tiada peluang lagi entah esok,lusa akan mati. Kerana tamak & gopoh dia tersilap main catur lantas hilang semua peluang. Kini dia semakin meracau sama dengan repekan Madir yang sudah hilang aura sebagai negarawan budiman. Tulah ada akai tak mau pakai…asyik terikut-ikut perangai ahli politik OTAI yang tak leh PAKAI semuanya bantai idea yang dah pun POKAI ujung-ujung lu sendili yang LAUSAI.

    Biarkan….biarkan…biarkan Luncai terjun bersama-sama labunya…..!!!!

  7. syaa says:

    bermaaf-maafan amalan mulia.orang umno memang penuh sifat pemaaf.ramai setan pembangkang yg telah dimaafkan oleh orang umno sebelum sempat disaman di mahkamah.mudah mudahan umno diberkati dan dirahmati tuhan kerana sifatnya yg pemaaf.aminnn.

  8. daud says:

    `Muhyiddin dijangka minta maaf Kepada Najib esok’
    auta mykmu jer lebih…hahah

  9. Meriam Buluh says:

    Rasanya ini peluang terakhir TSMY untuk berundur secara terhormat. Harap dia tak terus ikut nafsu dan ikut Tun M jadi bangsat.

  10. daud says:

    ULASAN UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO

    Saya mendengar dengan teliti ucapan dasar Presiden UMNO. Saya menghargai peringatan Presiden bahawa tugas Timbalan Presiden di bawah Perlembagaan UMNO ialah membantu Presiden. Tugas Presiden pula ialah menjaga kesempurnaan parti.

    Itulah yang telah saya lakukan selama ini. Sebagai Timbalan Presiden saya telah membantu Presiden menerajui jentera UMNO dan BN dalam pilihanraya umum dan pilihanraya kecil menerusi peranan saya sebagai Pengarah Pilihanraya. Saya juga telah membantu Presiden memastikan kelicinan pengurusan dan pentadbiran UMNO menerusi peranan saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO. Saya juga telah membantu Presiden menangani pelbagai permasalahan parti.

    Begitu juga ketika saya menjawat jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi. Amanah membantu Presiden tidak pernah saya abaikan.

    Sebagai Timbalan Presiden yang dipilih oleh ahli, saya juga bertanggungjawab kepada parti dan ahli-ahli. Saya banyak mendengar suara akar umbi mengenai pelbagai permasalahan yang berkait dengan kepimpinan parti. Maka tanggungjawab saya ialah untuk memberikan nasihat kepada Presiden supaya mendengar suara ahli-ahli parti di akar umbi dan segera memperbetulkan keadaan. Sebaliknya saya disingkir, disisih malah dihalang daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab saya sebagai Timbalan Presiden.

    Saya juga tidak dibenarkan berucap secara lazimnya dalam perhimpunan ini dan sudah tentu pandangan saya ini tidak dapat disampaikan kepada para perwakilan secara terus. Pentas dalam perhimpunan kali ini tidak sama rata.

    Dalam Islam kita dituntut supaya patuh dan taat kepada pemimpin. Hal ini disebut oleh Presiden dalam ucapan dasarnya pagi tadi. Pemimpin yang wajib ditaati ialah pemimpin yang taat kepada titah perintah Allah, amanah, jujur, berintegriti dan bersih, serta menjauhi perkara-perkara mungkar.

    Saya berharap agar perbahasan yang berlangsung sepanjang perhimpunan agung UMNO pada kali ini, termasuk perbahasan mengenai ucapan dasar Presiden, menyentuh perkara-perkara penting yang dapat menarik semula kepercayaan rakyat kepada UMNO.

    Berbahaslah dengan jujur, ikhlas dan benar.

    TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
    Timbalan Presiden UMNO

  11. daud says:

    Berapa kerat lagi yg tinggal ? Ramai dah angkat kaki…

  12. syaa says:

    gaji aku kawan aku tiap taun naik.lebih malangnya gaji ahli dewan undangan negeri dan parlimen pembangkang pun turut naik.malang betul la.

  13. syaa says:

    titah perintah allah juga janganlah menuduh tanpa bukti sahih.jangan mengaibkan orang.semak dan tapis setiap berita yg diterima.jauhi fitnah.

  14. ayam says:

    Sejak jadi ahli UMNO nie tuan presiden asyik bagi makan dedak je la…takde benda lain ke? Kita sokong…puja2 mcm nak rak the one and only pahlawan booogies malaysia mengalahkan Kim Jong-un…berkokok siang malam tapi tang habuan takan dapat serdak je kan?

  15. daud says:

    Bukan masalah fitnah….tapi masalah lembab nk sediakan skip nk lawan kononnya `fitnah’….ambil masa berbulan bulan nk mengaku ya atau tidak…macam ada sesuatu yg tk kena…tk boleh nk counter on the spot…tersenyum tersipu…bila ramai penyokong upahan ada di depan baru berani cakap berdegar degar….PRU13 dulu pun cakap berdegar degar jugak depan cina cina yg pegang placard `I love u PM’…..hasilnya…hampehhh….tk ker bodoh & syok sendiri namanya tu…sekarang bila dah tersepit nk berpeluk dgn Hj Hadi pulak…selama ni korang jugak yg kutuk gang belah sana…bila dah tk jumpa talian hayat baru lah nk cakap pasal unity lah…ummah lah….tapis berita yg di terima lah….bab anwar Ibrahim dulu, takde pulak nk tapis tapis fitnah atau bukan…main langgar jer….reality nya….sang at susah nk jumpa orang yg bersetuju dgn Najib harini. Warna merah dalam dewan PWTC bukan ukuran sebab ada 90% orang diluar yg dah menyampah.

  16. Rahim din says:

    Tak perlu minta maaf…bukan salah apapun…salahkah jika sebagai org no.2 bertanya mengapa rm2.6 billion tu masuk akaun persendirian?..sebenarnya perkara ini boleh selesai jika rm2.6bl tu dipindah terus ke akaun parti…mengapa masih disimpan duit derma tu dlm akaun persendiri…utk apa? Bukankah duit derma itu tujuannya agar kelangsungan politik islam dan melayu terus berjaya…masukkan je duit tu dlm akaun parti…habis cerita..settle problem..settle skandal…ada brani?

  17. Meriam Buluh says:

    Kepada penyokong tegar pakatan haram & pewaris pakatan retard dalam mykmu, jika anda merasakan orang seperti kami yang menyokong Najib kerana diberi habuan, anda silap besar. Anda asyik ulang-ulang isu habuan kerana sebenarnya itulah matlamat anda semua bersama pakatan. Anda merasakan penyokong Najib sama macam anda juga. Oh, tidak..anda silap.

    Yang tak sokong PM di di luar sana adalah golongan seperti anda. Dan rakyat malang yang anda berjaya tipu kerana tak cukup cerdik.

    Allah bersama pihak yang memperjuangkan kebenaran. Pasal tu UMNO masih kukuh biar banyak ujian melanda. Kami bahagia berjuang untuk Islam melalui UMNO.

    Pakatan pemfitnah…bersedialah dengan azab di akhirat nanti. Usah fikir anda akan terlepas..

  18. sayang negara says:

    berhujah tu biarlah ada fakta jangan auta jerrr baru nampak idea tu boleh pakai ada isi bukan kosong

  19. daud says:

    Muhyiddin dah mintak maaf ker belum 🙂
    Macam macam lah imiginasi penulis arrikel ni…tidur tk cuci kaki lah tu sampai mengigau… 🙂

  20. Gengrembau says:

    Gua bukan benci umno
    Tak pernah pun
    Tapi umno dah jdi sarkis
    Yang teruknye macam si meriam buloh ni…
    Sarkis sudah jinak….
    Bagi dedak pun dah cukup….

    42billion bro.. 20klcc boleh dapat
    2.6 billion bro boleh bina 1 klcc

    So nak tanyer sikit.. Utang dah 42billion .. Aper yang nampak?

    Nampak nyer kiter sudah kene tipu bro…
    Be real la… U pinjam duit bank lu buat bantal ker?
    Kalu betul la buat bantal at least ader bantal…
    42 billion … Aper yang kita nampak??

    Nampak sangat kene tipu lah…
    Tapi sarkis dah jinak… Nampak dedak aje lah
    Hahahahahahaha

Leave a Reply